
044
Hai gais! I'm late again!
Wuahhh!
Thanks yg Masih menunggu!
Jangan lupa vote ngn komen.
Itu je penguat semangat aku nak update!
++++
JLE : 044🌼
CHAPTER : The Wars Of Sibling 🌼
++++
5:50 PM.
Susur tangga disentuh oleh Eunbyul,
dia membuat keputusan untuk turun ke bawah kerana bila dia bangun tidur Jungkook tiada di dalam bilik. Sempat dia menukar pakaian yang lebih selesa, seluar pendek paras peha dan baju lengan pendek. Berhati-hati dia menuruni tangga.
Menapak sahaja dia di lantai tingkat satu terus dia melangkah kearah dapur hajatnya ingin minum air kerana tekaknya berasa kosong.
Dari jauh boleh dia dengar suara-suara yang riuh dari arah dapur. Dengan langkah yang laju Eunbyul masuk ke dalam dapur dan dia lihat neneknya sedang memerap ayam, Jungkook membuat kimchi daun bijan dan Eunwoo memotong bawang, kentang dan sebagainya.
“Apa yang riuh sangat ni?” Eunbyul berdiri di hadapan pintu masuk dapur. Puan Cha memandang kearah pemilik suara tanpa menunggu disuruh cucunya itu membantunya.
“Cucu halmeoni~ mari sini tolong kami masak. Halmeoni nak masak untuk makan malam.” Puan Cha menggamit Eunbyul supaya menolongnya.
“Arraseo~”
Senyum Eunbyul dan melangkah masuk menuju kearah kaunter pulau, air di dalam jug dituang ke dalam gelas. Semasa dia meneguk air dia terpandangkan dapur memasak yang ada kuali. Eunbyul mendekati kuali tersebut.
Matanya membulat melihat kek beras pedas yang kelihatan menggiurkan.
“Eo, Ahjumma masak tteokbeoki?” Teruja Eunbyul melihat makanan tersebut.
Ahjumma Lee memusing menghadap belakang menghadap Eunbyul. “Bukan ahjumma tapi Jungkook masak. Apa kata kamu makan dulu sebelum tolong kami masak.”
Mulut yang melopong cepat sahaja Eunbyul tekup, Jungkook masak? Wuahhh mesti sedap! Jungkook sudah senyum, dia tahu Eunbyul mesti suka kalau dia masak.
“Jungkook buat? Jeon Jungkook? Wah!” Tanya Eunbyul beberapa kali. Jungkook hanya diam tetapi tersenyum. Eunwoo yang mendengar terus membidas.
“Iyalah Jeon Jungkook lah yang masak ke pernah kenal dengan Jungkook lain?”Bidas Eunwoo. Mood untuk mengacau adiknya sudah on.
Puan Cha memandang Eunwoo yang mengusik adiknya itu. Tak mengusik memang tak sah ada je nak bergurau dengan adiknya itu. Mata dijegilkan kepada Eunwoo.
Eunbyul sudah menjeling Eunwoo tajam. “Byeong tak cakap dengan abang. Shut up please.” Eunbyul mengambil mangkuk dengan selamb. Tteokbeoki yang di dalam kuali dicedok dan diletakkan ke dalam mangkuk.
Mengabaikan Eunwoo yang galak menyakatnya.
“Halmeoni tengok tu dia diamkan orang pula.” Eunwoo mencebik bila neneknya mengabaikannya. Bawang kembali dipotong apabila tiada orang melayannya. Jungkook gelak dalam hati, kesian Eunwoo. Cha Damhee hanya menggeleng kepala, sudah lama dia tidak menyaksikan dua beradik ini berperang mulut.
“Eh, macam mana popular tak dekat university? Ada orang mintak autograph?” Eunwoo menyakat Eunbyul. Terkekek ketawa dia dapat menyakat adik bongsunya itu.
Dah lama tak tengok Eunbyul marah.
“Ataupun secret admirer?” Ayat Eunwoo membuatkan Jungkook yang hanya mendengar itu memandang Eunwoo.
Cha Eunbyul gadis itu mendengus kasar, tidak suka topik secret admirer dibuka kerana dia teringatkan Cho Seungyoun.
“Mesti suka kan femes? Tak kena sisih dah. Kawan pun ramai sekarang.” Eunbyul disakat oleh Eunwoo. Cara Eunwoo memang menyakat tetapi jika orang salah anggap akan memikir itu seakan memerli.
“Eh diam boleh tak? Aku turun ni bukan nak dengar kau menyakat aku. Kalau nak menyakat pergi duduk luar.” Badan dipusing ke arah Eunwoo. Hilang panggilan abang atau Woo yang digunakan.
Dia tahu Eunwoo mahu bergurau tetapi dia tak sukakan cara Eunwoo yang seperti mahu memerlinya. Sejak dia mengandung dia mudah terasa kadang-kadang hati tu tisu.
Jeon Jungkook sudah terkelip-kelip mata, nampak gayanya memang dia lah nak kena pujuk nanti. Jauh di sudut hati dia juga tidak berapa suka dengan cara sakat Eunwoo.
Ahjumma Lee sudah memandang si nenek. Meminta bantuan, takut jika mak buyung itu meledak kemarahan, orang mengandung emosi memang tidak terkawal. Si nenek memberi isyarat tidak mengapa nanti dia masuk campur. Dia bukan tak tahu tentang Eunbyul hamil tetapi dia mahu lihat sejauh manakah dua beradik ini mengendalikan masalah sakat menyakat ni.
Mata hazelnya memandang Eunwoo seakan mahu telan. Cha Eunwoo gugup sebenarnya kerana dia tahu jika Eunbyul marah memang baran gadis itu mencanak tinggi.
Eunwoo membalas pandangan adiknya, dia sudah tersilap cakap. Eunbyul tidak suka dipalit dengan topik sebegitu tetapi dia mahu menyakat juga.
“Aku balik pun sebab nenek, bukan nak jumpa adik degil macam kau.” Perang mulut mula terjadi. Bila ego menguasai diri semua hak tidak berlaku dengan lancar.
Eunbyul melangkah kearah meja makan mengabaikan Eunwoo, tempat sebelah Jungkook diambil. Dia tidak mahu menyambung hal ini yang bakal tercetus sebagai perang dingin. Seusai sahaja dia meletakkan mangkuk berisi tteokbeoki suara Eunwoo kedengaran.
“Kenapa diam? Tadi nak perang mulut sangat.” Eunwoo memprovok adiknya. Sakatan diteruskan tanpa memikir apa yang berlaku seterusnya.
“Eunwoo.. Eunbyul sudah.” Tegur Puan Cha.
Melihat suasana yang semakin tegang suasana di dapur mula senyap sunyi. Eunbyul meraup rambutnya ke belakang, sudu yang sudah tersedia berada di tangan mula dijatuhkan kembali di sisi mangkuk. Jungkook sudah menelan air liur.
“Kau nak gaduh ke?” Eunbyul menaikkan kening.
Eunwoo bangun dengan yakin. “Ya, meh lah sini.” Mencabar adiknya itu. Tanpa menunggu Eunbyul bangun dan pergi kepada Eunwoo seperti mahu membelasah abang kandungnya itu.
Jungkook sudah membulat kan mata, sempat dia berdiri dihadapan Eunbyul yang sudah menghampiri Eunwoo. Lengan Eunbyul dipegang. Berkerut kening Eunbyul apabila dia ditahan.
“Eh sayang kau tu mengandung. Behave sikit. Tenang sikit.” Tegur Jungkook.
“Hah kau tu mengandung buat cara mengandung nak ajak gaduh pulak. Benda aku cakap sikit je itu pun nak terasa sampai nak bertumbuk dengan abang sendiri ke?” Eunwoo menjeling Eunbyul yang ditahan oleh Jungkook.
“Kau yang mula dulu. Kau tak tahu apa aku lalui dengan ayat sakat kau tadi. Tahu tak? Kau ingat kau selalu bergurau tak guriskan hati orang?” Sekarang Eunbyul mula beremosi.
Eunwoo tersentap. Dia melarikan pandangan seketika dan mula memandang wajah adik perempuan nya itu kembali.
“Tak tahu, kau tu cepat kahwin anak dah ada. Jangan sampai pihak media tahu yang kau dah mengandung nanti aku yang kena jawab. Apa pula tanggapan keluarga Cha dengan Jeon? ” Tangan disilangkan di dada.
Air mata mula bergenang di pelupuk mata. Jungkook memerhatikan air muka Eunbyul yang bertukar sepenuhnya.
“Cha Eunwoo! Aku tahu macam mana nak uruskan hidup aku!” Bibir bawah yang bergetar digigit sedikit.
“Dengan umur 21 tahun? Pandai sara hidup tak?” Kedengaran sinis.
Eunwoo tidak tahu dengan ayatnya bukan Eunbyul seorang terpalit tetapi Jungkook juga. Tangan Jungkook yang memeluk bahunya Eunbyul lepaskan. Eunbyul berdiri dihadapan abangnya yang turut membalas pandangan nya.
“Pernah ke aku minta duit kau selama ni? Pernah ke Cha Eunwoo? Tahu tak macam mana dengan umur aku 15 tahun .. aku kerja sambilan sebab nak hidup dengan duit sendiri. ” Bidas Eunbyul seakan berbisik dengan jari telunjuk kananya menekan-nekan dada abangnya.
Anak mata hazel itu bergenang dengan air mata, sedih memikirkan tentang berapa lamanya dia mencari duit sendiri walaupun keluarga nya menghalang kerana dia masih muda.
Eunwoo terpempan.
“Jawab, pernah ke Cha Eunwoo?”Soal Eunbyul lagi.
Eunwoo mati kata. Mulutnya di gam sepenuhnya, dia akui apa yang dicakap oleh adiknya.
Cha Eunbyul dia kerja sambilan sejak dia berumur 15 tahun dan terhenti seketika semasa dia kemalangan dan bekerja semula semasa menjadi mahasiswa university Seoul dan sekarang dia berhenti kerana Jungkook tidak membenarkan buat masa sekarang.
Cha Damhee si nenek menggaru kepala apabila melihat emosi Eunbyul mula tidak stabil dia mula bersuara takut nanti ada yang lebam sana sini muka.
Risau pula dia dengan bakal cicit yang berada di rahim cucunya. Eunwoo pun perangai minta kena penampar.
“Aih kamu berdua ni jangan jadi budak boleh? Dah besarkan jadi jangan nak perang mulut macam orang tak matang. Eunwoo tahukan adik tu mood tak elok nak menyakat tu kenapa lepas tu apa cakap macam tu pandailah adik tu rancang hidup dia. Eunbyul kamu tu mengandung tak payah nak buat gelanggang WWE depan halmeoni. ” Puan Cha memasuk campur.
“Dah duduk, Eunwoo sambung kerja kamu. Byul makan, Kook teman Byul.” Puan Cha memberi arahan. Eunwoo kembali duduk, Eunbyul pula memalingkan wajah dari terus memandang abangnya kemudian dia mengatur langkah keluar dari dapur.
Dia perlukan masa untuk pulihkan emosinya. Jungkook memerhatikan Eunbyul langsung tidak menoleh kearahnya sehinggalah susuk tubuh langsing itu hilang daripada ekor mata.
Jungkook memandang Eunwoo yang hanya diam sambil menyambung duduk mengupas bawang putih. Anak mata hitam berkilat itu memandang kesal kearah Eunwoo. Keluhan dilepaskan.
“Hyung.. Jungkook tak sangka hyung akan cakap macam tu. Mengenai anak... Tak mengapalah.” Selepas itu Jungkook mengejar Eunbyul yang sudah hilang entah ke mana. Sengaja dia memutuskan niat untuk bercakap tentang kandungan Eunbyul.
Eunwoo melepaskan keluhan berat.
Apa yang dia dah cakap? Dia sudah guriskan hati adiknya dan juga Jungkook. Bibirnya ditepuk sedikit, kesal dengan tindakan nya.
Si nenek menggeleng kan kepala, apa nak jadi lah dengan perangai masing-masing ni. Sarung tangan plastik ditanggalkan dan melangkah kearah Eunwoo. Kerusi ditarik, tempat sebelah cucunya diambil.
Bahu Eunwoo disentuhnya dan ditepuk-tepuk tanda menenangkan hati cucu lelakinya itu.
“Menyesal?” Soal Puan Cha.
Eunwoo mengangguk kecil. Cha Damhee melihat wajah cucunya yang kelihatan begitu menyesal. “Eunwoo kenapa kamu cakap macam tu dekat adik?”
“Woo hm.. terlepas cakap.. woo—” Ayat Eunwoo terhenti bila dicantas oleh neneknya dia juga tidak dapat meneruskan ayat seterusnya kerana terasa kelu dengan perbuatan melulunya sebentar tadi.
“Eunbyul mesti terasa, halmeoni bukan nak berat sebelah tapi dari tadi halmeoni lihat dan perhati. Ya, dua-dua salah tetapi kamu tak sepatutnya mainkan emosi adik kamu. Eunwoo, kamu sendiri cakap dengan halmeoni yang adik kamu bila mengandung sekarang emosi dia tak stabil kadang-kadang. Tapi.. lihat apa yang Eunwoo sebagai abang dah buat. Bergurau tak ada masalah tetapi biarlah berpada-pada.” Sebagai nenek dan yang paling tua dalam rumah ini biarlah dia bersuara.
“Eunwoo minta maaf halmeoni.”
“Pujuk adik kamu nanti jangan nak menyakat tentang hal ni lagi. Minta maaf nanti jangan tak bertegur lama sangat. Buat perangai ya waktu halmeoni balik.” Bahu cucunya ditepuk kuat. Eunwoo mencebik tetapi mengangguk juga dengan arahan neneknya.
Dia akui kesalahan dia.
Boleh ke dia nak pujuk adik dia itu? Mesti hal tadi melekat betul pada hati Eunbyul lagi-lagi melibatkan tentang anak dalam kandungan adiknya.
🌼🌼🌼
Jeon Jungkook memandang ruang tamu yang kosong. Badannya dipusingkan mencari kelibat Eunbyul namun tiada langsung kelibat si gadis genit itu.
Mata helangnya terarah pada sliding door yang terbuka sedikit. Tanpa menunggu Jungkook melangkah kearah pintu gelansar. Sebaik sahaja dia melangkah kearah taman halaman rumah, cuaca yang sejuk menyapa kulit wajahnya cukup membuatkan dia merasakan kesejukan. Dari jauh dia lihat Eunbyul duduk di pondok yang berhadapan tanaman bunga Ahjumma Lee.
“Sayang..” Panggil Jungkook yang berdiri dihadapan Eunbyul.
Eunbyul mendongak memandang wajah kacak Jungkook yang menunduk sedikit memandang nya. Jungkook menilik air wajah gadis itu yang langsung tiada secalit riak ceria.
“Awak nak apa? Pergi sambung kerja awak. Saya nak duduk sini.”Dihujung ayat keluhan kedengaran. Jungkook hanya mengabaikan arahan gadis itu.
Eunbyul menoleh lagi kearah Jungkook yang tidak berganjak. “Saya sakit kepala, can you leave me alone?” Pinta Eunbyul. Tangan disilangkan ke dada apabila sejuk mula mencengkam kulitnya.
Tempat sebelah Eunbyul diambil. Keluhan dilepaskan, payah bercakap dengan manusia degil ni. Peha putih melepak Eunbyul dipandang.
“Sakit kepala jadi masuk dalam rumah, sayang tu pakai seluar pendek nanti sejuk lepastu jatuh sakit macam mana sayang?” Teguran diberikan.
“Aku tak nak tengok kau sakit. Aku sayang kau dengan aegi.” Tangan kanan kecil Eunbyul diraih.
Eunbyul mengeluh lagi dan kali ini kedengaran berat. Kata-kata Eunwoo masih terngiang-ngiang dalam benak fikirannya. Tentang sakit, sejuk dia tidak peduli.
Bahu Eunbyul disentuh dan dia menarik bahu gadis itu ke dalam pelukannya. Anak mata hazel itu menunjukkan segalanya. Mata tidak boleh menipu.
“You can cry..”
Wajah disorokkan pada dada bidang Jungkook. Setitik air mata perempuan nya jatuh di pipi saat suara Jungkook kedengaran.
Dia ingatkan jejaka ini tidak mengendahkannya.
“Jungkook...” Lirih suara si gadis.
“Salah ke apa yang saya buat selama ni? Kenapa Eunwoo nak cakap macam tu.”
Jeon Jungkook menepuk bahu Eunbyul. Dagu direhatkan pada kepala si gadis. Membiarkan gadis itu membebel sendiri.
“No, you didn't doing anything wrong.”Sebuah kucupan hinggap di atas kepala Eunbyul.
“keunyang..wae..”
Eunbyul menangis teresak-esak di dada bidang Jungkook. Sweatshirt yang dipakai oleh Jungkook basah sedikit dengan air mata.
Macam ini ke suruh orang pergi tapi dia sendiri perlukan orang untuk dia luahkan perasaannya. Hampir 5 minit Eunbyul menangis dan selepas itu dia menjarakkan sedikit jarak mereka.
Baki air mata dikesat dengan jari-jemari. Jungkook memandang sweatshirt yang basah sedikit betul-betul di dada kiri.
“Feel better?” Soal Jungkook.
Eunbyul berdehem dan menunduk kepalanya. Lega sedikit dapat menangis. Jari Jungkook mengusir rambut Eunbyul yang menghalang dia melihat wajah cantik itu.
Disebabkan dia tidak dapat melihat wajah Eunbyul dengan jelas kerana gadis itu menundukkan kepala, Jungkook mula bergerak dan melutut sebelah kaki menghadap Eunbyul.
Dia lihat Eunbyul menggosok hidung yang memerah akibat menangis sebentar tadi.
“Eunbyul..” Panggil Jungkook lembut. Eunbyul memandang kearah Jungkook yang mendongak memandang wajah nya. Tangan Eunbyul diraih.
“Janji dengan aku, berbincang dengan Eunwoo nanti. Dia abang kau, ahli keluarga kau.” Jeon Jungkook dia berharap sangat keadaan adik beradik itu tidak dingin.
Jungkook membuka topik tersebut. Angin sejuk mula menerpa kulit mereka. Sekarang dia mahu masuk ke dalam rumah. Sedangkan dia yang memakai seluar panjang juga sejuk apatah lagi Eunbyul yang memakai seluar pendek.
“Sayang.. dengar tak?” Pinggang Eunbyul dipegang. Dengan gerakan lambat gadis ini angguk kepala nya.
“Good, dah jangan sedih nanti kita buat check-up untuk baby lepas habis pertandingan.” Pujuk Jungkook. Terus bersinar mata bulat itu. Otaknya ligat berfikir, kandungnya sudah masuk 2 minggu.
“Buat buku baby?” Soal Eunbyul sedikit teruja. Jungkook gelak kecil dan bertindak mengucup perut Eunbyul. Cium baby!
Sejurus sahaja bangun, Jungkook memegang tangan Eunbyul supaya bangun.
“Yes, jom masuk. Sejuk.” Hidung mancung Eunbyul dicuit. Gadis ini hanya melakar senyum dan bangun. Mereka masuk ke dalam rumah kembali sambil berpegangan tangan.
Langkahan kaki Jungkook menuju kearah dapur tapi Eunbyul ingin melencong kearah tangga. Jungkook perasan, tangan gadis itu ditarik supaya kearahnya.
“Aipp, dangshin eodi gass-eo?
(Awak nak pergi mana) ” Kening kanan dinaikkan. Eunbyul menayangkan wajah polos.
“Bilik. Dalam bilik ada biskut. Nak makan biskut.” Tolonglah abang arnab! Taknak pergi dapur! Wajah dibuat-buat comel. Jungkook hanya pandang kosong.
“pil-yoga eobs-seubnida (Tidak perlu).. tteokbeoki tak berusik lagi. Makan yang tu dulu.”
“Geuttae..(kemudian)
saya nak makan dekat ruang tamu.” Degil Eunbyul. Jungkook menggeleng.
“Ssst—
makan dekat dapur. ”
“Jungkookkkkkkkk...”
Destinasi mereka sekarang ialah dapur. Eunbyul menurut langkah jejaka ini walaupun tidak rela. Bibir bawah dimuncungkan.
Masuk sahaja di ruangan dapur, Jungkook menyuruh gadis ini duduk di tempat tadi. Puan Cha melihat cucunya ini. Jelas sangat baru lepas menangis..
“Duduk,
aku ambilkan air.”
Eunbyul mengangguk. Langsung dia tidak memandang Eunwoo. Jungkook kembali dengan segelas air suam. Gadis ini memandang kearah Jungkook yang fokus dengan kerjanya. Tteokbeoki disuap ke dalam mulut.
Mmm, sedap!
“Eunwoo, kamu dah ajak Seonhwa belum?”Puan Cha menanya Eunwoo, mana mungkin dia lupakan kekasih tercinta Eunwoo. “Dah, Woo dah call dia tadi.” Balas Eunwoo.
Eunwoo yang duduk dihadapan Jungkook sudah menyiap potong bahan-bahan dia bangun dan membawa mangkuk yang terisi bahan-bahan serta papan pemotong dan pisau ke kaunter pulau. Dia janggal, tahu yang dia dah terlepas cakap dan adiknya itu langsung tidak senyum dari tadi.
Lagi-lagi selepas hampir bergaduh dengan adiknya memang tak naklah dia duduk semeja sekarang. Mak buyung memang ganas ea?
“Bila nak siap?” Eunbyul menunjuk mangkuk yang terisi bahan perisa untuk disapu atas daun bijan. Jungkook menoleh kearah Eunbyul. “Lagi tiga helai je ni lepastu masuk dalam peti sejuk.” Ujar Jungkook.
Eunbyul bergumam dan menyambung makan. Tteokbeoki dinikmati dengan sendiri nya. Jungkook mengerling kearah Eunbyul menikmati makanan setelah dia selesai menyiapkan kimchi daun bijan.
Bekas yang berisi kimchi daun bijan diletakkan ke dalam peti sejuk. Setelah membasuh tangan Jungkook kembali duduk di sebelah Eunbyul. Kerusi ditarik rapat kearah gadis itu. Tangan diletakkan diatas kerusi Eunbyul.
“Machitha? (Sedap?)” Badan dipusingkan menghadap Eunbyul.
“Sedap, pandai awak masak.” Puji Byul.
Melebar senyuman Jungkook.
Kena puji tak akan nak marah pula kan?
Eunbyul ditenung oleh Jungkook.
“Nak rasa?” Pelawa Eunbyul.
Mendapat anggukan daripada Jungkook terus Eunbyul ingin menyuap kek beras pedas itu ke dalam mulut Jungkook.
Dengan gerakan pantas, bibir gadis ini yang terdapat sos tteokbeoki dikucup.
“Umm sedap.”Senyuman nakal mula terbit. Ppap! Dada bidang Jungkook ditampar. “Awak ni kalau halmeoni nampak macam mana?”Bisik Eunbyul. Hidung gadis ini dicubit.
“Aku dah halang. Apa ingat kau tu
besar sangat?” Penyepit di tangan Eunbyul diambil kemudian kek beras pedas itu masuk ke dalam mulutnya.
“Apa awak ingat awak tu
badan kecil lah pakai baju sendat ni?” Dada bidang yang jelas kelihatan kerana baju yang dipakai boleh dikatakan ketat. Dicucuk dada kanan jejaka kacak ini.
Sudu yang berada di mangkuk dicapai. Sesudu kek beras bersama telur puyuh dan sos disuakan ke mulut Eunbyul.
“Banyak cakap, makan sekarang.”
Eunbyul tidak melihat sesudu besar penuh yang bakal masuk dalam mulutnya. Dia membuka mulut seraya itu sesudu penuh tteokbeoki meluncur ke dalam mulut.
“Jung! Banyak sangat!”
Maka peha Jungkook ditumbuk oleh Eunbyul. Geram aku dengan dia ni!
“Arkhhh!! Eunbyul!” membongkok sedikit badannya menahan sakit.
Aduh drumstick aku!
Puan Cha lega melihat Eunbyul yang bergurau senda dengan Jungkook.
🌼To Be Continued 🌼
💜2779 Words💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro