Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

042

Happy new year! Actually aku takde internet huhuhu.

Selamat bersekolah😭

Jangan lupa vote Komen
💜

++++

JLE : 042💜
CHAPTER : Eat and eat more💜

++++

    Waktu makan malam sudah lepas,
kini waktu sudah menunjukkan
pukul 10 malam. Eunbyul duduk dalam bilik sambil melihat drama di telefon bimbit nya. Katil menjadi sasaran selepas gadis itu bersantai atas sofa. Badan direbahkan di atas katil.

Pajamas warna kelabu yang tersarung di tubuh genitnya diperbetulkan. Rambut yang hampir paras punggung nya sudah disanggul tinggi. Susah payah Eunbyul untuk mengikatnya.

Kadang-kadang dia pun putus asa dengan rambut sendiri, itu belum bahagian shampoo lagi, sikat rambut dan keringkan rambut. Dia memang suka rambut panjang tetapi ini sudah mencecah paras punggung.

Jenama telefon bimbit iaitu iPhone 11 dipandang lama skrin yang memaparkan gambar dia dan Jungkook sebagai wallpaper. Segala aplikasi dalam telefonnya ditekan dan di undur kembali. Notification nya sendu malam-malam begini.

Beberapa minit kemudian, Eunbyul meletakkan telefonnya ditepi bantal. Siling bewarna putih itu di tenung. Conclusion nya, Cha Eunbyul dilanda kebosanan. Anak Jeon tu pergi bilik gym yang berada di aras dua tetapi di hujung, sudah hampir 45 minit.

“Jungkook ni bersenam ke buat alatan gym.” Eunbyul mula mengomel katanya nak bersenam 30 minit je ni dah hampir satu jam, memang nak kena gigit ke?

Tidak lama kemudian Eunbyul sudah menguap. Dia termenung lagi, terkelip-kelip mata apabila dia memang rasa mengantuk, limit nya sudah menghampiri.

“Mengantuknya..pagi esok sampai tengahari nak practice lepastu nak kena pergi mall cari barang lagi nak kena jemput granny dekat airport. Wuah! ”

Itu belum kira dia yang nak pergi McDonald dan sebagainya. Eunbyul rasa Jungkook pun penat layan dia kerana yang memandunya Jungkook.

Dia teringatkan neneknya, hampir lima tahun berada di Canada . Membuka syarikat di sana. Nasib baik Eunbyul ingat mengenai neneknya itupun sebab dia terbacakan diari miliknya yang dia jumpa semasa mengemas bilik dalam setahun lepas.

Eunbyul memutuskan untuk tidur dahulu, dia mengantuk sangat harini mungkin kerana dia menonton drama sejak pukul 9 tadi. Jika tidak mahu 1 atau 2 pagi dia tidur. Sebelum tidur , Eunbyul mencuci wajahnya, memberus gigi dan memakai pelembab sebagainya.

Rambut dilepaskan kembali, Eunbyul menuju kearah wardrobe dan dia memandang kotak-kotak yang dipenuhi pakaian lama yang sudah singkat dengannya. Dia bercadang untuk menderma kepada rumah anak yatim ataupun di barang terpakai.

Selepas itu Eunbyul keluar daripada wardrobe dan dia menekan suis lampu tidur dan bergerak lagi untuk menutup lampu bilik. Selesai semuanya dia baring atas katil, selimut tebal ditarik sehingga paras pinggang. Matanya terarah pada telefon Jungkook yang berada disebelah telefonnya. Telefon itu diambil, dia memeriksa semua yang berada dalam telefon bimbit Jungkook cuma dia tidak buka chat sahaja. Gallery ditekan, satu persatu album di lihat.

Melebar senyuman nya melihat melihat satu album yang namanya ditulis
영원한💜 bermaksud kekal. Penuh dengan gambar mereka dan dia. Dari zaman sekolah menengah hingga kini.

Dia beralih kepada video pula. Eunbyul menekan satu video yang paling terbaru. Bantal Jungkook menjadi dinding bagi menahan telefon bimbit Jungkook daripada jatuh.

Matanya makin lama makin kuyu setelah dua minit video dimainkan. Lama-kelamaan Eunbyul memejamkan mata tanda sudah tertidur.

Tepat pukul 10:30 PM , Jeon Jungkook jejaka itu mengibas singlet hitam kerana panas datang dari peluh bersenam. Rambutnya yang basah dengan peluh diraup ke belakang. Imejnya sekarang benar-benar hot & spicy.

“Ah.. dah lambat.. mesti kena bebel.” Jungkook menggigit bibir nya.

Macam mana tidak terlebih masa kalau Changwook si bodyguard yang dia pinjam sebentar daripada ayahnya itu menemannya. Buat pengetahuan, Jungkook meminjam Changwook sehingga dia selesaikan Seungyoun tu.

Pintu bilik dibuka secara perlahan apabila melihat tiada cahaya yang berada dalam bilik mereka. Tak akan Eunbyul sudah tidur?

Awalnya..

Jungkook menerombos masuk ke dalam bilik. Jungkook menutup pintu bilik, dengan langkah berjaga-jaga supaya Eunbyul tidak terjaga Jungkook memerhati kan Eunbyul yang tidur nyenyak sambil mengiring menghadap bahagiannya.

“Sayang?” Panggil Jungkook namun
tiada balasan. Nampaknya Eunbyul memang sudah tidur.

“Dah tidur? Aigoo-ya mesti Byul tunggu.”

Makin mendekat Jungkook melihat  video mereka yang dia rakamkan. Jungkook mengambil telefonnya dan melihat video tersebut yang entah keberapa kali dia tonton.

Bibirnya tersungging sebuah senyuman manis. Wajah Eunbyul kelihatan sangat ceria dan cantik dalam video. Akhirnya video berdurasi hampir 7 minit itu habis.

Jeon Jungkook meletakkan telefonnya disebelah bantalnya. Selimut tebal itu ditarik sehingga paras dada Eunbyul. Sempat dahi Eunbyul dikucup sedikit sebelum mengatur langkah kearah bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri Jungkook mempersiapkan dirinya, pajama kelabu yang sama dengan Eunbyul disarungkan pada tubuhnya.
Jeon Jungkook dengan berhati-hati duduk di atas katil tidak mahu terjagakan Eunbyul. Badan disendal di belakang nya.

Telefonnya diambil dan dia membuka video latihan mereka. Dia harus memikirkan step penuh untuk tarian ini.

Disebabkan volume telefon yang kuat sedikit kerana Jungkook lupa nak ambil earpod atas meja solek. Eunbyul mula bergerak dan matanya memandang skrin telefon yang bercahaya.

“Awak?” Panggil Eunbyul mamai, mata dikecilkan.

“Aku kacau kau tidur ke?” Jungkook memandang kearah Eunbyul yang menyelesakan cara baringan. Mendengar soalan Jungkook, Eunbyul menggeleng tanda tidak.

Rambut Eunbyul diusap-usap. Melihat mata kuyu Eunbyul , Jungkook menyentuh kelopak mata Eunbyul.

“Tidurlah dulu aku nak tengok video latihan kita .” Ujar Jungkook sambil menunjukkan skrin telefon.

Eunbyul hanya bergumam kemudian melelapkan matanya kembali. Hampir 5 minit, Jungkook mula melihat Eunbyul yang kembali tidur itu dan menutup telefonnya apabila dia tahu yang gadis itu mahu dipeluk ketika tidur.

Jungkook masuk ke dalam selimut. Bantal dibetulkan dan pinggang ramping Eunbyul dipeluknya. Ketika Jungkook melelapkan mata, Eunbyul mula tersenyum sedikit dan mendekatkan sedikit jarak mereka.

Jalja jagiya..

🌼🌼🌼

    Selepas menderma tiga kotak pakaian milik Eunbyul dan dua kotak pakaian Jungkook di rumah anak yatim Hwaseong mereka menuju kearah mall.

Keadaan dalam kereta senyap kerana Jungkook fokus dengan pemanduan dan Eunbyul pula melihat video latihan mereka yang sudah lengkap. Mereka harus berlatih setiap hari kerana ini pertandingan akhir jadi mereka perlu bersungguh-sungguh.

Jungkook mengerling kearah Eunbyul sekejap apabila gadis itu hanya senyap sambil menatap skrin telefon, kening kanan dinaikkan apabila pelik. Rasanya tadi semasa makan di rumah dan di Rumah anak yatim Hwaseong gembira saja Jungkook lihat.

“Sayang, what you want to buy?” Jungkook memecahkan kesunyian yang dirasakan janggal baginya.

“Some clothes..” Jawab Eunbyul ringkas. Telefon bimbitnya diletakkan ke dalam beg tangan. Oh, cakap mengenai beg tangan. Eunbyul sudah menukar yang lain. Perutnya yang masih kempis itu disentuh.

Eunbyul termenung seperti memikirkan sesuatu. Makin pelik Jungkook dibuatnya. Tanpa menunggu Jungkook terus menyoal Eunbyul. Risau dia lihat Eunbyul diam begitu.

“Eunbyul, gwaenchana? Kenapa?
Nak apa-apa tak?” Soalan Jungkook dibiarkan tanpa jawapan. Cermin kereta menjadi permandangan Eunbyul. Iris hazel itu memandang setiap café yang berada di bahagiannya.

Sedapnya...roti..

Malhae (cakaplah).. jangan diam.” Suara Jungkook bertukar tegas. Tangan kanan jejaka itu mencapai lengan kiri Eunbyul. Bibir dijuihkan sedikit, Eunbyul mengeluh pendek.

Baegopa.. saya nak garlic cheese bread.” Keluh Eunbyul, matanya masih memandang ke luar tingkap kereta.

Lah lapar rupanya.. detik Jungkook dalam hati. Dia ingatkan apalah yang mengganggu fikiran gadis ini. Jeon Jungkook memerhati jalan yang dia gunakan, sehala dengan kafe milik isteri Seokjin.

“Kita singgah café isteri Seokjin hyung okay? Sebab jalan sehala. Lagipun dekat dah ni.”

Mata Eunbyul membulat teruja,
melebar senyuman di bibir merah
jambu merekah tersebut. Ni makin sayang ni!

JEONGMAL? YAYYYY! THANK YOU JUNGKOOK!” Terus leher Jungkook dipaut dari tepi. Pipi kanan Jungkook diciumnya. Wajahnya terus bertukar ceria. Jeon Jungkook jejaka itu mengekalkan riak biasa.

“Kenapa tak cakap je tadi?”Ujar Jungkook senada. Alah, arnab dah marah. “Kita kan baru je makan tengahari lepastu makan kalguksu dekat rumah anak yatim tadi. ”

Nanti saya gemuk , awak lari macam mana? Namun ayat itu hanya terlepas dalam hati. Wajah dingin Jungkook yang dekat dengannya dipandang lama.

“Kau risau gemuk ke? Sayang kan mengandung jadi mesti sayang mengidam jadi tak apalah anak kita juga. Sayang gemuk atau tidak aku tetap sayamg sebab aku jatuh cinta dengan sifat kau bukan rupa dan bentuk badan. If I get like that it's bonus. Like now.” Ujaran Jungkook yang disangkal Eunbyul yang Jungkook memarahinya tetapi sangkaannya meleset.

Kini, gadis itu terharu.

Jeon Jungkook memakirkan kereta mercedes nya dihadapan kafe milik isteri Seokjin si abang.

“Sayangnya saya dengan lelaki bernama Jeon Jungkook ni~” Hidungnya digeselkan pada pipi Jungkook. Barulah terbit segaris senyuman manis di wajah kacak Jungkook.

“Kau memang patut sayang Jeon Jungkook.” Cha Eunbyul mencium pipi Jungkook lama. Rangkulan leher dilepaskannya, Eunbyul mula mengemaskan diri sebelum keluar daripada kereta.

Jungkook memerhatikan gelagat Eunbyul yang membetulkan rambut hadapannya yang menutup dahi. Dengan gerakan yang smooth dagu gadis itu ditoleh kearahnya. Jarak mereka Jungkook pendekkan.

“Lain kali kalau kau nak apa-apa just inform me. Aku kau punya. Jangan diam, kau buat aku risau.” Ujar Jungkook dengan nada suara dalam. Dialek Busan nya jelas kedengaran.

Eunbyul mengangguk dengan senyuman di bibir. Anak mata hitam berkilat itu jatuh pada bibir merah jambu Eunbyul. Buat beberapa saat bibir seksi itu mendarat atas bibir merah jambu Eunbyul.

Setelah aksi panas itu berlangsung, mereka keluar daripada kereta dan melangkah masuk ke arah kafe. Bahu Eunbyul di paut oleh Jungkook.

“Sunny noona!” Sapa Jungkook apabila berdiri dihadapan kaunter.

Kim Hyesun si isteri Seokjin yang memiliki Nama sama dengan nenek Jungkook. Nasiblah panggilan namanya Sunny. Isteri Seokjin senyum manis kearah pasangan dihadapannya ini.

Wasseo, nak order apa?” Soal si wanita yang memiliki raut wajah yang jelita.

“Eunbyul nak Garlic cheese bread dengan grapefruit ade.”Pesan Eunbyul. “Jungkook nak chocolate waffle dengan iced americano. Makan sini.”

Kim Hyesun mengangguk. Dengan cekapnya si ibu mengandung itu melakukan kerjanya.

“Semuanya 15,000₩ .” Jeon Jungkook jejaka itu membuka dompet nya tetapi Eunbyul dengan pantas membayar. Terhenti gerakan tangan Jungkook. Dia memandang gadisnya itu.

“Biarlah aku bayarkan.”Berkerut dahi Jungkook. Isteri Seokjin yang melihat hanya tersenyum. “Saya belanja.” Eunbyul memberi kata putus dan Jungkook akur sahaja nanti merajuk pula mak buyung sorang ni.

“Nah baki dengan resit, duduk dulu nanti makanan sampai.” Huluran duit baki berserta resit diberikan kepada Eunbyul. “Kamsahamnida..” Ujar Eunbyul dan mereka bergerak mencari tempat duduk.

Setelah mereka duduk. Eunbyul menyoal Jungkook yang membetulkan rambut hitamnya.

“Awak order kopi?” Setahu Eunbyul Jungkook jarang minum kopi. Tetapi sejak akhir-akhir ni kerap jugalah Jungkook meminum kopi jika mereka berada di kafe. “Teringin.” Jawab Jungkook ringkas.

“Jungkook.. boleh saya tanya sesuatu?”

“Tanyalah.”

Cha Eunbyul merenung Jungkook lama. Dari dia sedar lagi dia mahu menyoalkan hal ini tetapi dia tak ada peluang pula sebab asyik terlupa.

“Macam mana dengan Seungyoun?” Soalan itu diajukan dengan berhati-hati. Mendengar soalan itu, mata hitam berkilat itu memandang wajah Eunbyul.

“Lepas dia larikan diri, like usually keesokannya dia datang uni macam biasa, attend kelas sebab dia tahu kita sibuk dengan latihan untuk pertandingan akhir dan tak masuk university. Tapi jangan risau, Gyu dengan yang lain berlatih dekat university jadi diorang perhatikan Seungyoun tu.” Jungkook menanggalkan jumper nya.

Jungkook dah fikir nak buat apa bila dia dapat Seungyoun. Eunbyul hanya memeluk tubuh sambil bersandar.

“Jungkook, boleh saya belasah dia?”

“Sure you can, tetapi selepas aku kerjakan dia. I bet.. kau tak sanggup tengok keadaan dia lepas tu.” Balas Jungkook selamba.

Sebenarnya Jungkook tak mahu Eunbyul terlibat , gadis itu bakal ibu jadi Jungkook tidak mahu menghapuskan gelaran bakal ibu itu. Sebelah tangan Eunbyul diatas meja dipegang.

“Awak nak bawa dia sampai ICU?”

Mata mereka bertembung antara satu sama lain. Tepat pada waktunya pesanan mereka sampai. Mereka berhenti berbual. Selepas sahaja pekerja itu pergi Jungkook membuka mulut.

“Jangan halang aku, he's too much. Pasang CCTV, cuti dengar perbualan kita, pecah masuk rumah , take your perfume like idiot and make you feel pain meanwhile want raped you. Dia cuba buat benda kotor dekat kepunyaan aku. Aku janji dia tak mati.” Senyum dibibir terukir.

Eunbyul mengiyakan, dia tak boleh menidakkan apa yang Jungkook katakan. Jari kelingking kanan ditunjukkan kepada Jungkook.

Yaksokhaji?(Promise?) ” Kata Eunbyul dengan nada manja. Jungkook senyum manis sehingga memperlihatkan gusinya.

“Promise sayang.” Jari kelingking mereka bersatu buat sementara. Kini mata Eunbyul mula tertumpu kepada Garlic cheese bread. Bau roti, keju dan bawang putih sangat menyelerakan. Roti petak yang kelihatan gebu itu menarik perhatian nya.

Jungkook melihat gelagat Eunbyul yang sudah mencapai sudu dan garfu bersedia untuk melahap.

“Sekarang, makan nanti kita nak pergi mall lepastu airport.” Jungkook mula memakan waffle chocolate nya.

Eunbyul mengalihkan rambut panjangnya ke belakang. Rimas dia rasakan ketika ini.

“Jung, bila nak potong rambut saya?” Soal Eunbyul sambil memegang rambutnya. Jungkook melihat rambut Eunbyul yang apabila dia duduk rambut itu sudah mencecah punggung.

“Urm, rambut sayang dah cecah punggung, malam ni lah aku potongkan.” Jungkook memberi kata putus.

🌼TO BE CONTINUE 🌼

2038 WORDS💜





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro