Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

041




Aku update Woi!
Gembira tak? Komen!

Harap korang sukalan dgn chapter kalini, sorry bosan!

Jangan amnesia tekan vote and Komen!

++++

JLE : 041❤️
CHAPTER : Throwback + Promise me🌼


++++



Jeju National University Hospital 🏥


     Cha Eunwoo dan Ahn Seonhwa berlari kearah Seokjin,Yoongi,Taehyung,Mia dan Jimin yang berada di luar ICU.  Yoongi bangun bila melihat Eunwoo melangkah kearahnya, Cha Eunwoo kawan baik dia.

“Macam mana dengan Byeong dan Kook? Doktor ada cakap apa-apa tak?” Eunwoo memegang lengan Yoongi. Eunwoo mengawal sebak di dada.

Min Yoongi merenung Eunwoo, mulutnya seperti berat untuk berkata-kata.

“Doktor bagitahu yang keadaan Jungkook stabil cuma kaki kiri retak, tangan kanan dia patah, cedera sikit dekat kepala tapi doktor scan yang tak ada masalah. Sekarang Jungkook masih tak sedar. Dia dah dipindahkan ke wad tapi sekarang doktor tak bagi masuk lagi sebab Jungkook perlu kan rehat.” Terang Yoongi panjang lebar.

“Mungkin dalam sejam lagi baru dibenarkan.”

Eunwoo menundukkan kepala.
Ahn Seonhwa melihat dengan sayu. Pinggang Eunwoo dipeluknya, memberi kekuatan. “Awak kuat..” Bisik Seonhwa ditelinga Eunwoo.

Wajah Ahn Seonhwa teman wanitanya dipandang oleh Eunwoo. Seonhwa senyum nipis, tipulah jika dia tidak sedih dengan keadaan sebegini.

“Eunbyul? Adik aku macam mana?” Soal Eunwoo kepada Yoongi. Anak mata hitam milik Yoongi bergegar, dia larikan pandangan tidak mahu bertembung dengan mata Eunwoo.

“Eunbyul..”Selepas itu ayat Yoongi tersekat. Seokjin yang melihat terus berdiri dan menghampiri Eunwoo. Seokjin senyum nipis kepada Yoongi.

Tidak mengapalah biar dia yang cerita kan. Wajah kacak Eunwoo yang sentiasa ceria kini menjadi merundum sedih. Tiada secalit raut wajah ceria diwajahnya.

“Kau kuat tak nak dengar berita ni?”  Ujar Seokjin.

Eunwoo memandang kearah Seokjin. Mata yang berair tu menjawab segalanya.

“Woo abang Byul.. kuat atau tidak woo kena tahu.” Walaupun dia sentiasa cari pasal dengan adiknya Eunbyul, kasih sayang seorang abang tetap semadi dalam dirinya.

Cha Eunbyul, satu-satunya adik perempuan nya. Tiada yang mampu tandingi kasih sayang dia terhadap Eunbyul.

Seokjin menarik nafasnya, dia juga mencari kekuatan untuk ceritakan hal ni.

“Keadaan dia serius disebabkan trak tu langgar bahagian Eunbyul jadi it's nasty. Paling teruk kepala dia, kemungkinan besar akan ada kesan sampingan macam hilang ingatan sebab trauma kemalangan.. kecederaan leher dan tangan. Kepala Eunbyul terhentak kuat. Sekarang Eunbyul dalam bilik bedah. Aku tak dapat nak ceritakan detail sebab ni bukan hospital Seoul jadi it's difficult.”

Seokjin membetulkan cermin mata nya. Sebak rasanya bila menceritakan keadaan Eunbyul.

“Tak mengapa hyung, terima kasih..” Bahu bidang Seokjin dipeluk sebentar.

Jika Seokjin mahu menangis apatah
lagi dia. Eunwoo memandang semua.. terlakar wajah sedih diwajah mereka.

“Terima kasih semua ada dekat tempat kejadian. Maafkan aku.”Eunwoo menunduk hormat. Taehyung yang melihat itu terus meluru kearah Eunwoo. “Bukan salah kau hyung.” Taehyung menepuk bahu Eunwoo.

Eunwoo mengangguk. Nafasnya dikawal apabila dia mahu menitikkan air mata.

“Joon dengan Seok mana?” Soal Eunwoo cuba menghalang kesedihan yang makin membungkam diri.

“Diorang uruskan tentang pemandu trak dan hal kemalangan.” Ujar Jimin yang berdekatan.

Eunwoo mengangguk sedikit. Seonhwa yang melihat keadaan sebegini mula memajukan diri. Dia tahu sesuatu.. jadi dia tidak boleh berdiam diri, dia harus bertindak cepat.

Seon nak cakap sesuatu...”

Semua memberi perhatian kepada Ahn Seonhwa, Eunwoo yang tahu apa yang Seonhwa ingin katanya sudah mencari tempat duduk. Dia tidak kuat untuk mendengar untuk kali kedua. Kerana itu dia berasa mahu menangis.

Sempat Seonhwa memandang kearah Eunwoo.. jejaka itu sedang menekup wajah.

“Sebenarnya.. kemalangan ni dirancang.”

Semua terkejut. Apa yang baru mereka dengar? It's true?  Dari mana Seonhwa tahu? Semua mata terarah kepada Seonhwa.

“Apa maksud Seon?” Soal Seokjin.

Seonhwa menarik nafas, dia juga berdebar ingin menceritakan hal sebenar.

Mia yang berdiam diri sejak tadi mula berasa marah. “Siapa yang tergamak buat macam ni?!” Jerkah Mia.

Dia terkesan.. Eunbyul dan Jungkook kawan baiknya.

Ahn Seonhwa merasakan degup jantungnya mula berdegup laju. Yakinkah dia dengan apa dia ingin sampaikan.

“Jeon Hye Sun , nenek Jungkook.” Ujar Seonhwa senafas. Semuanya kelihatan terkejut amat.

“Apa?!”

Seon... Kau yakin?” Yoongi menyoal Seonhwa. Anak mata coklat terang milik Seonhwa memandang kearah Yoongi.

“Aku ada bukti.” Ujar Seonhwa yakin.

“Aku akan ceritakan lepas Jungkook stabil.


🌼🌼🌼


   Setelah 6 jam pembedahan dilakukan Eunbyul diletakkan di ICU untuk memantau keadaannya. Eunbyul berada di ICU sehingga keadaannya stabil. Dua hari selepas itu Eunbyul dipindahkan ke wad VVIP. Masa yang Eunbyul ambil untuk sedar dalam lima hari selepas dipindahkan ke wad biasa.

Selama tempoh itu Jeon Jungkook melawat gadisnya itu. Setiap kali dia berjumpa dengan Eunbyul yang terlantar diatas katil dia rasa bersalah.. bersalah kerana memiliki ahli keluarga sebegitu. Setiap kali itulah Jungkook genggam tangan Eunbyul dan menangis.

Bagaimana dia mahu berhadapan dengan situasi ini? Mampukah dia?

Ahli keluarga Eunbyul pulang ke Seoul kerana urusan syarikat yang tidak dapat dielakkan hanya Eunwoo sahaja ahli keluarga Eunbyul yang masih di Jeju.

Seokjin dan Yoongi terpaksa pulang ke Seoul kerana kerja mereka, hanya Namjoon dan yang lain menetap di Jeju buat sementara.

Pada hari ketujuh, Jeon Jungkook jejaka itu masih dengan pakaian hospital dan bertongkat masuk ke dalam wad Eunbyul. Dengan bersusah payahnya

“Eunbyul.. aku datang lagi.” Bibirnya hanya mampu mengukir senyuman nipis. Jungkook berdiri di tepi katil hospital Eunbyul. Tangan kirinya mengusap pipi Eunbyul. Jungkook menunduk sedikit untuk mencium dahi gadis itu yang masih berbalut.

Saat bibirnya menyentuh dahi Eunbyul dengan ajaibnya Eunbyul mencelikkan mata. Jungkook menjauhkan wajahnya.
Mata Eunbyul membulat, dia menanggalkan alat bantuan penafasan.

“Kau sah sedar..” Wajah Jungkook kelihatan gembira ketika ini. Bibirnya menguntum senyum manis.

Dahi Eunbyul berkerut..

“Siapa kau?”Soalan Eunbyul membuat kan Jungkook tersentak. “Apa kau buat dekat sini?” Eunbyul menyoal lagi, siapa lelaki ini? Dia tidak mengenali lelaki ini.

Sebenarnya dia sudah sedar pagi tadi cuma dia tidur sehingga sekarang, tengahari. Wajah lelaki tidak dikenalinya dipandang namun fikirannya kosong.

Nama dia juga dia tidak tahu..

Jungkook menelan air liur yan kesat. Pemegang tongkat ketiak itu dipegang kuat. Apa yang baru dia dengar?

Jantungnya mula berdegup laju.
Degupan yang gemuruh.

“Eunbyul.. ni aku Jungkook..” Dada bidang nya ditepul. Dia tidak percaya dengan apa dia dengari sekarang. Ini bukan perkara yan dia mahukan.

Eunbyul kenapa kau macam ni...

Makin musykil Eunbyul dibuatnya. Matanya terkelip-kelip menerima situasi yang teramat janggal baginya.


“Nama aku Eunbyul?”

Tanpa menunggu terus Jungkook menekan butang merah di dinding. Jungkook cuba ketawa kecil namun kedengaran kekok.

“Eunbyul tak lawaklah.. kau prank aku ke?”  Jungkook mula sebak.. ujian apa yang perlu dia lalui lagi?

Eunbyul menyentuh kepalanya yang sakit.

“Apa kau merepek ni? Arghhh! ”

Doktor dan jururawat mula menyerbu masuk.

Jungkook pula mula berundur kebelakang. Sebak mula menguasai diri. Dada yang terasa sesak disentuh.


Pandangannya kini kelihatan kabur kerana air mata yang makin bertakung..

Memang benar..

Adakah kisah kita berakhir setakat ini?

Inikah pengakhiran kita?

Jika benar..

Biar aku simpan segala duka dan suka kenangan kita..

Aku harap kau hanya ingatkan kenangan manis kita.. bukan kejadian tragis ini.

Jungkook keluar dari wad Eunbyul dengan perasaan sedih yang membungkam seluruh dirinya.

🌼🌼🌼

“Jungkook!”

Cha Eunbyul memuka mata secara mengejut, nafas tidak teratur ketika ini. Mimpi indah yang bertukar mimpi buruk menyedarkan dia dari mimpi yang dimulai dengan penuh kebahagiaan tetapi ditukar oleh kedukaan yang tragis.

Eunbyul memandang sekeliling ruang yang terasa asing baginya. Tiada sesiapa berada di ruangan ini. Dia berada di hospital, bilik VVIP.  Dia bangkit daripada pembaringan.

Rambut diraup ke belakang. Kepalanya terasa berdenyut-denyut disentuh. Otaknya sakit dengan memori yang diterimanya. Dada yang terasa sesak cuba dikawal dengan cara penafasan.

Dia pasti dengan ingatan itu. Ianya jelas seperti layar wayang di fikiran nya dan dia Eunbyul tahun kini berada disana, melihat segalanya.

Wajah Jungkook yang penuh dengan kesedihan dan kehampaan.. berundur dan melangkah keluar dari wad miliknya.

Eunbyul memejamkan matanya, rasa sakit itu terpahat dihatinya setiap kali teringat kejadian kemalangan itu.

Sebab ini kah Jungkook tidak mahu menceritakan kepadanya kerana.. memori itu terlampau pahit untuk diingati.

Pintu wad ditolak. Terpacul lah wajah Jungkook disebalik pintu. Ketika mata mereka bertembung tanpa menunggu Jungkook meluru kearah Eunbyul.

“Eunbyul? Kau dah bangun!” Tubuh gadis itu dipeluk lama. Jungkook mencium dahi Eunbyul berulang kali.

Pinggang ramping Jungkook dipeluknya. Jungkook memanjatkan rasa syukurnya. Dia terlampau risaukan keadaan Eunbyul. Wajah gadis itu dipandang lama.

“Jungkook..” Panggil Eunbyul perlahan. Dia turut rindukan jejaka ini.

Rambut Eunbyul diusap oleh tangan besar Jungkook. “Ya sayang, sehari kau tak sedar sayang. Aku risau sangat.” Luah Jungkook. Dadanya disentuh.

“Baby okay?” Soal Eunbyul mengenai bayi mereka. Eunbyul menerima anggukan daripada Jungkook.

“Jangan risau, baby okay. Dia kuat macam mommy dia.” Hidung mereka Jungkook lagakan. Bibir Eunbyul dikucup sebentar. Eunbyul hanya senyum mendengar ayat Jungkook.

“Are you okay?” Jungkook menyoal apabila wajah Eunbyul kelihatan seperti memikir sesuatu. Eunbyul yang termenung itu memandang Jungkook.

Tangan Jungkook dicapainya.

“Kook.. saya ingat..” Eunbyul mengusap tangan Jungkook.

Berkerut dahi Jungkook. Tangan
Eunbyul ditindih dengan tangan kirinya. Dia ingin tahu apa yang Eunbyul sudah ingat.

“Sayang ingat apa?” Soalnya lembut.

“Kejadian tiga tahun lepas..” Ujar Eunbyul.

Jungkook yang mendengar hal itu mula terkaku. Secepat ini Eunbyul ingat mengenai itu, Jungkook tidak bersedia. Eunbyul yang melihat Jungkook ingin bangun itu dia tahan. Berusaha Eunbyul ingin bertentang mata dengan Jungkook.

“Jungkook.. dengar apa yang saya nak cakap. Jangan mengelak.” Nak tak nak Jungkook harus menerima kenyataan yang Eunbyul sudah ingat tentang kejadian yang hampir meragut nyawa mereka.

Eunbyul mencium pipi Jungkook.

“Awak lamar saya dekat pantai.. awak main gitar.. kita tengok sunset sama-sama.. you give big surprise to me tetapi keesokannya.. saya tak sangka singkat begitu waktu bahagia kita. Kita kemalangan.. you hold my hand and the truck—” Kata-kata Eunbyul terhenti.

“Eunbyul.. don't pushed yourself.” Jungkook menarik Eunbyul kedalam pelukannya. Pundak kepala Eunbyul dikucup lama.

Eunbyul meneruskan ceritanya.

“Saya sedar, wajah pertama yang saya lihat awak tapi saya tak ingat awak..
I'm said.. Siapa kau? Apa kau buat dekat sini? Awak pergi dengan wajah yang hampa.” Suara Eunbyul makin lama makin perlahan.

“Eunbyul..” Sebut Jungkook. Keluhan nafasnya kedengaran berat.

Perut Jungkook ditepuk sedikit. Dia mahu membuat permintaan kepada Jungkook.

“Jungkook, boleh ceritakan tentang kenapa mendiang ibu bapa saya meninggal?” Ujar Eunbyul. Dia sangat mahu tahu tentang hal itu. Kepalanya tidak dapat ingat dengan jelas. Dia mahu menyoal Eunwoo tetapi dia tidak mahu abangnya itu sedih.

Eunbyul menyelesakan kepalanya yang berada di dada kiri Jungkook. Mendengar degup jantung Jungkook.

Jeon Jungkook jejaka itu memeluk bahu Eunbyul. Gadis ini kekuatannya.

“Aku.. sedih.. aku buat keputusan untuk jauhkan diri.. keluarga kau baik, sangat baik.. ” Jungkook teringat tentang ibu bapa Eunbyul yang seperti keluarga keduanya.

Eunbyul senyum mendengar ayat Jungkook. Dia rindukan keluarganya.

“Sehari hari lepas kita balik Seoul.. Your parents accident.. Dengan kau yang hanya ingat tentang mendiang ibu bapa kau dan dapat tahu mereka dah tiada. You cried a lot.. Aku datang funeral mendiang ibu bapa kau.. but I'm hiding myself.” Kejadian pada hari itu terngiang-ngiang Di benak fikirannya.

“Kau juga tak pandang aku. Aku nak sangat peluk kau erat kata yang aku rindukan kau dan kuatkan diri. You need someone but I can't reached you. After that kau kemurungan dan hanya duduk dekat rumah almost 3 months and then kita masuk university. Kau langsung tak ingat kejadian tiga bulan lepas.”

“Eunwoo minta jangan beritahu kau hal sebenar dalam masa terdekat takut ganggu pembelajaran kau dekat university. Jadi kami tutup mulut.” Jungkook memberitahu hal sebenar.

Kini Eunbyul faham, makin erat lingkaran tangan di pinggang Jungkook.

“Thanks to your brother, Jungrien and Daniel.. mereka yang ceriakan kau kembali.”Rambut perang Eunbyul diusap-usap.

“About you.. ” Kata Eunbyul , Jungkook faham dengan apa Eunbyul katakan. Dia mahu tahu keadaan Jungkook selama tiga tahun ini.

Eunbyul menunggu kata-kata Jeon Jungkook.

“For fcking 3 years .. aku perhatikan kau secara senyap. Aku jadi dingin, beku, belasah orang kembali.. my bad sides are coming. Aku gembira bila kau masih crush kan aku, kau pakai cincin lamaran aku sampai sekarang. After 3 years aku cari semangat dan keberanian aku untuk tebus segalanya.”  Nafas lega dihela.

“Now I get you and our baby. Aku gembira sangat.” Tubuh gadis itu didakap erat sehingga mereka jatuh terbaring atas katil. Eunbyul baring secara meniarap atas badan Jungkook.

Bantal ditarik oleh Jungkook dan dia labuhkan kepalanya. Jungkook melihat Eunbyul yang mendagu di dada bidang nya.

“Jungkook...”

Panggil Eunbyul dengan mata tertutup. Jungkook berdehem, jemarinya bermain-main dengan segenap wajah Eunbyul.

“143 hehe..” 

Pipi gebu Eunbyul dicubit sedikit, lapuklah dia jika tidak tahu makna I love you itu.

“Nado~” Balas Jungkook.

Eunbyul membetulkan kedudukan nya, jemarinya bermain-main dengan dada bidang lelaki itu. Ada satu perkara berlegar-legar di ruang fikirannya.

“Saya tahu perkara ni baru 60 peratus saya tahu. Baki 40 peratus awak kena janji yang awak dan yang lain akan bongkarkan dekat saya?” Eunbyul mula pandang Jungkook serius.

Jungkook mengiyakan. Nak taknak dia perlu membongkarkan juga suatu hari nanti. Sekarang dia perlu menguruskan hal Seungyoun dulu dan barulah perihal neneknya.

Dia bakal bongkar satu per satu dan mencari sebab utama yang sebenar.

“Not now but later. I'm promise.”

Mereka melakukan pinky promise. Pinggang ramping Eunbyul dirangkulnya. Jemari Eunbyul mengusap pipi Jungkook pula.

“Sekarang sayang, we should think about choreography.”  Jungkook menaikkan kening nya.

Mereka tidak boleh terlepas sehari sebenarnya. Ini persembahan terakhir jadi mereka perlu all out.

“Kita boleh berlatih hari ni.” Cadang Eunbyul yakin. Dia dah sedar jadi dia boleh keluar kan? Duduk hospital bosan teramat.

Jeon Jungkook menaikkan kening nya, biar betul gadisnya ini. Eunbyul dipandang lama oleh Jeon Jungkook.

Geurae?? Sayang dah sihat? Jeongmal?”Soal Jungkook seakan meminta kepastian. Lirikan matanya kini melirik penuh nakal kearah Eunbyul.

Eunbyul melihat pandangan mata Jungkook. Dia benar-benar sudah sihat. Oh main tarik tali ya!

Jeongmalyeo~” Dada bidang Jungkook ditampar geram.

“Let doing some test.”

Pasangan ini mula bangun daripada pembaringan santai mereka. Jungkook sudah terfikir satu tarian ini, mereka pernah berlatih tarian ini.

Bibir melakar senyuman sinis. Ingat lagi atau tidak gadis ini dengan Salah satu tarian kegemarannya.

Sebelah tangan Eunbyul dicapai dan sebelah lagi berada di pinggang Eunbyul.

Eunbyul mula dapat menangkap tarian apa Jungkook ingin lakukan. Dia juga mengambil posisi yang sebenar.

“No music?”

“Yes, it's challenge.” Balas Jungkook.

Mereka melakukan tarian ballroom viennese waltz , gerakan tarian yang rancak. Mereka membuat pusingan secara bulatan nasib wad VVIP ini besar ruangannya.

“Yah Jungkook awak laju!” Eunbyul mengetap bibir. Gerakan kaki cuba di lajukan.

“Interesting right?” Jungkook mula ketawa.

Wad VVIP itu penuh dengan gelak tawa Jeon Jungkook dan Cha Eunbyul. Seokjin yang kebetulan lalu di kawasan itu mengintai disebalik bahagian lutsinar di bahagian pintu.

Melakar senyuman manis di bibir Seokjin. Kalau dah menari tu boleh dah keluar. Seokjin mula meninggalkan kawasan tersebut.



TO BE CONTINUE 🌼
❤️2384 WORDS❤️




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro