Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

040




This chapter throwback 3 tahun lepas.
So enjoy!

++++

JLE : 040💜
CHAPTER : Jeju-do [ 3 years back]
The Tragedy 🌼

++++


      Angin laut yang makin sejuk kerana hari sudah masuk senja. Rambut mula beralun mengikut rentak angin pantai. Sepasang pasangan kekasih berjalan di persisiran pantai tanpa memakai selipar sambil berpegangan tangan. Senyuman manis terbit di bibir manis mereka. Menikmati ciptaan Tuhan yang teramat indah. 

Mereka memberhentikan langkah, berdiri menghadap permandangan laut. Cha Eunbyul gadis itu teruja melihat permandangan laut dengan hari semakin senja. Cantik yang tidak dapat diungkapkan.

Jeon Jungkook menoleh kearah Eunbyul. Melihat permandangan di hadapannya sekarang. Wajah yang bujur sirih, mata bulat seperti bulan sabit, hidung mancung dan pipi yang gebu membuatkan Jungkook makin tidak keruan melihat gadis itu.

Jantung yang berdegup kencang memberi tanda yang dia sangat mencintai gadis itu. Gadis yang mampu buat dia menangis, ketawa dan gembira.

Dialah.. Cha Eunbyul.

Gadis yang mengubah segala hidupnya daripada sombong, angkuh dan sekarang menjadi lebih baik dengan bantuan gadis ini. Gadis yang disukainya sejak kecil dan sehingga dia remaja dia mencintai gadis itu sepenuh hati. Tidak pernah berubah walaupun sehari.

Tidak dapat bayangkan suatu hari nanti Tuhan memberi dugaan terbesar bagi mereka yang mereka harus berpisah.
Jika takdir Tuhan itu cantik, berpisah walaubagaimana sekalipun Jeon Jungkook tetap menunggu Cha Eunbyul sehingga nafas yang terakhir.

Jeon Jungkook memang Jejaka Limited Edition yang dimahukan setiap gadis apabila melihat sisi romantis apabila bersama Eunbyul. Semuanya sanggup menjadi Eunbyul.

“Cantik kan?” Jungkook mencecah kan kesunyian. Tangan Eunbyul digenggam kemas. Menyalurkan haba kepada gadis itu kerana dia tahu Eunbyul mudah kesejukan.

Eung..”

Balas Eunbyul yang masih melihat matahari terbenam itu. Sangat cantik sehinggakan dia berasa emosi saat melihat ciptaan Tuhan ini.

“Jung.. terima kasih saya gembira dekat Jeju dengan awak dan yang lain. Awak rancang semua.. saya sayang awak tahu?” Eunbyul menyatakan ayatnya. Jungkook yang disebelah nya dipandang. Rambut yang menghalang wajahnya dialihkan

“Aku tahu, aku rancang semua ni semperna kita dah habis sekolah.” Senyum Jungkook. Makin melebar senyuman di bibir merah jambu Eunbyul. Sisi kepala dilabuhkan pada bahu Jungkook.

Dia bahagia begini dengan Jungkook, walaupun cinta mereka orang lain labelkan cinta monyet . Mereka menidakkan, mereka akan bersama sehingga Tua tanpa wujud perkataan putus dibibir mereka. Biarlah Tuhan menentukan. Aturan Tuhan lebih indah walaupun diberikan duka yang terselit disebalik suka.

“I looked mess today..”  Ujar Eunbyul perlahan.

“Darling, you look perfect today..” Jungkook berbisik di bawah nafas nya. Tetapi Eunbyul terdengar ayat itu dan melirik kearah Jungkook. Eunbyul menyembunyikan senyum yang makin melebar.

“Eunbyul..”

“Closed your eyes.. I've big surprise for you.”

Pinta Jungkook, hanya menurut Eunbyul menutup mata walaupun dia tertanya-tanya dengan kejutan apa yang Jungkook bakal lakukan. Kelopak mata gadis itu dikucup sebelum sehelai kain hitam menutup mata Eunbyul dan diikat di belakang kepala Eunbyul.

Bibir bawah digigit sedikit menandakan Eunbyul gementar. Jungkook yang melihat hanya senyum sahaja, bibir gadis itu dikucup ringkas.

Sebelah tangan Eunbyul berada dalam genggaman Jungkook.

“Jangan lepaskan tangan aku sehingga aku lepaskan sendiri okay?” Arah Jungkook. Pipi gadis itu diusap lembut. Eunbyul mengangguk sedikit.

“Janji awak tak akan tinggalkan saya?” Tautan tangan itu makin dieratkan, Eunbyul genggam tangan Jungkook kemas seperti tiada hari esok.

Jungkook mengangguk walaupun Eunbyul tidak mendapat melihatnya. Rambut paras bahu Eunbyul diusap dengan telapak tangan besarnya.

“I’m promise with big heart.”

Seusai berkata sedemikian Jungkook memulakan langkahnya. Sepanjang perjalanan mereka hanya diam hanya bunyi derap kaki , ombak yang menghempas batu dan bunyi burung. Kira-kira hampir 30 meter Jungkook memberhentikan langkah.

Tubuh genit Eunbyul diangkat mudah dan Jungkook berdirikan Eunbyul ditengah-tengah podium bulat abstrak. Jungkook berdiri tidak berkutik dihadapan Eunbyul. Pautan tangan sudah dilepaskan sebentar tadi.

“Jungkook?” Panggil Eunbyul perlahan apabila dia tidak mendengar derap kaki. Eunbyul mengenggam tangannya ke sisi. Dia di mana? Kenapa sunyi?

Bahu Eunbyul disentuh. Terhinjut bahu Eunbyul menerima sentuhan mengejut. Baru ingin bertanya siapa, suara Jungkook kedengaran.

“Kira perlahan-lahan sampai 5 dan buka ikatan kain ni. Arraseo?”

“Urm..” Balas Eunbyul dengan deheman. Kejutan apa yang Jungkook nak buat ni. Hati sudah berdebar bagai nak rak menanti detik-detik kiraan yang perlu dia laksanakan.

Jungkook dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan sedikit bunyi Jungkook meninggalkan Eunbyul yang masih kaku. Dia berjalan secara mengundur apabila mendengar Eunbyul sudah menyebut angka satu.

Jungkook menuju ke satu arah.

Park Jimin dia meluru kearah Jungkook. Dia menghulurkan suit putih gading dan satu kotak kecil. Jungkook memakai suit itu dahulu dan mengambil kotak kecil itu dari tangan Jimin.

Halsuisseo.. (kau boleh buat) kami sokong kau.” Ujar Jimin. Kedua-dua bahu Jungkook ditepuk memberi semangat. Kemudian Min Yoongi datang memberikan gitar miliknya kepada Jungkook.

“Aku bawak ni dari Seoul. Buat yang terbaik. Kalau eunbyul say no aku hempuk kepala kau dengan gitar ni.”  Ujar Min Yoongi dan kembali ke tempat asalnya.

Jungkook memandang satu per satu wajah sahabat nya yang lain semua tersenyum kearah nya. Jimin memusingkan badan sasa Jungkook.

“Lakukan seperti yang kau dah rancang. Semoga berjaya.” Ujar Jimin buat kali terakhir sebelum menolak perlahan tubuh Jungkook kehadapan.

Tanpa menoleh kebelakang Jungkook melangkah kearah Eunbyul dengan langkah yang sederhana.

“Lima..”

Cha Eunbyul, gadis itu berhenti mengira dia mula merungkaikan ikatan dibelakang kepalanya. Ketat betul Jungkook ni ikat. Setelah berjaya dia membetulkan rambutnya.

Eunbyul memejamkan matanya sebentar bila secara automatik dia bertemu cahaya. Setelah dirinya stabil Eunbyul mula menyoal dirinya sendiri.

“Aku dekat ma...na..”

Saat dia memandang ke hadapan matanya terbeliak melihat penuh kelopak bunga diatas pasir , red carpet yang dibentang dan lilin yang mengelilingi podium bulat ini. Eunbyul menekup mulutnya.

Dengan suasana senja menambahkan
lagi betapa cantiknya permandangan nya kini.

Bunyi petikan gitar mencuri perhatian Eunbyul. Dia mendongak sedikit wajahnya memandang kearah bunyi tersebut. Eunbyul sudah merenung Jungkook yang berpakaian putih itu memegang gitar dan melangkah perlahan kearahnya.

Air mata mula bertakung di tubir mata.

Jungkook memulakan nyanyiannya dengan suara merdu.

“ I found a love for me
Darling, just dive right in and follow my lead
Well, I found a girl, beautiful and sweet
Oh, I never knew you were the someone waiting for me

'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time
But darling, just kiss me slow
Your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When you said you looked a mess
I whispered underneath my breath
But you heard it,
Darling, you look perfect tonight.. ”

Sepanjang lagu Perfect by Ed Sheeran , Eunbyul mendengar bait-bait makna lirik lagu yang dinyanyikan oleh Jungkook. Eunbyul teringat kembali  minggu lepas mereka baru sahaja menari dalam gelap, beralaskan rumput di halaman rumah Eunbyul.

Detik-detik manis yang dia tidak dapat lupakan.

Jungkook berdiri dihadapan podium.
Gitar diletakkan diatas tempat nya yan sudah tersedia. Eunbyul mengelap air mata terharunya. Jungkook bersorak kuat dalam hati melihat Eunbyul terkesan dengan nyanyiannya.

Jungkook bergerak ke atas podium.
Dia melutut sebelah kaki. Eunbyul yang melihat makin mahu menangis bila dia faham apa yang Jungkook mahu lakukan selepas ini.

“Cha Eunbyul, sayang.. Aku cakap ni satu kali je.” Ujar Jungkook. Kotak cincin dibuka. Jelas kelihatan cincin yang ukirannya seperi akar menjalar dengan daun.

“Will you marry me?” Jungkook mendongak melihat Eunbyul memejamkan matanya dan tidak lama kemudian Eunbyul mengangguk.

“Yes I do..”

Cincin tersebut diambil. Jungkook menanggalkan cincin lama dua tahun lepas dan menggantikan dengan cincin baru.

Jungkook bangun, mata mereka bertembung dan Jungkook mencium dahi Eunbyul. Selepas itu tubuh Jungkook dipeluk erat.

Tidak lama kemudian dengar bunyi sorakan dari arah belakang Jungkook.

“Makan nasi minyak wohooo!”

“Chicken noodle soup!”


🌼🌼🌼🌼


   Keesokannya mereka semua bersiap
sedia untuk pulang. Jungkook meletakkan baranng-barang kepunyaan nya dan Eunbyul dalam kereta sewa.

Eunbyul menolong Jungkook. Bahu Eunbyul disenggol oleh Jungkook. Terdorong ke tepi dibuatnya, bibir merah jambu digigit geram. Belakang badan Jungkook dicubit.

“Argh sakitlah!” Jungkook mengaduh sakit. Tangan kirinya mengusap belakang badan yang terkena cubitan ketam. Nasiblah dia sebab dia hanya pakai baju panas besar. Eunbyul hanya buat tak tahu dan susun beg mereka.

Garangnya..aku suka orang ganas ni, nak nombor boleh? Kenal each other and boom!” Ujar Jungkook yang masih memandang kearah Eunbyul.

Jungkook dijeling manja. “Saya ada bakal suami nama dia Jeon Jungkook. Awak boleh cari orang lain.” Seusai berkata demikian Eunbyul melarikan diri kearah yang lain.

“Jeon Eunbyul..” Jungkook menyimpul senyum manis dan menutup bonet kereta SUV tersebut.

Jungkook melangkah kearah yang lain. Dia berdiri di sebelah Eunbyul. Seokjin yang melihat semua ada mula menepuk tangan untuk mendapat perhatian.

Semua mata terarah pada Seokjin.

“Macam biasa hyung, Yoongi dengan Seok satu kereta. Joon, Tae, Mia dgn Jimin satu kereta and then Jungkook dengan Eunbyul.” Seokjin menerangkan memandang kan dia paling tua dekat situ. 22 tahun jadi dia perlu menerangkan segalanya.

“Jadi sebelum pukul 2:30 kena ada dekat Jeju International Airport. Jangan melencong pula! Waktu tepat ya! ” Amaran diberikan.

Semua menjawab patuh. Min Yoongi dia malas mendengar dan mula menyumbat earphone pada telinga.

“Rindu buah hati lah tu.” Bisik Taehyung perlahan namun didengari jelas oleh Seokjin. Dia mencekak pinggang kearah Taehyung. Wajah adiknya itu dipandang. “Dae.. wae.”

Taehyung menggeleng sambil tersengih. Eheh kantoi pula.

Mereka mula menuju kearah kereta masing-masing. Maka perebutan tempat duduk terjadi. Taehyung dan Mia berebut ingin duduk belakang. Namjoon yang ditempat pemandu hanya menggeleng, dia masuk campur pun bukan boleh pakai bila dua beradik tu berebut sesuatu.

“Jin hyung salyeojuseyo.(tolong saya)” Ujar Namjoon perlahan.

Jimin yang mahu tidur dalam kereta disebabkan pening kepala itu mula terganggu. Dia mencerlung tajam kearah Kim dua orang tu.

“Adik beradik Kim ni ha kalau aku lempang sekor-sekor memang pengsan ni ha. Tempat duduk pun nak bergaduh ke?” Tajam pandangan mata Jimin.

Kim Mia dan Kim Taehyung mula menunduk kan kepala. Kalau Jimin marah memang gentar mereka. Namjoon yang melihat melalui cermin menelan air liur.

“Mia.. duduk sebelah abang ni. Nanti abang belanja smoothie.” Ujar Namjoon. Tanpa menunggu Mia menuju kearah tempat penumpang sebelah pemandu.

Taehyung pula duduk disebelah Jimin yang sudah menyelesakan diri untuk tidur.

   Jeon Jungkook membuka pintu ditempat pemandu. Dengan selesanya dia duduk ditempat pemandu, enjin dipanaskan.  Eunbyul yang menanggalkan jaket mula masuk ke dalam kereta dipandang oleh Jungkook. Ketika Eunbyul meletakkan jaketnya dibelakang, matanya memandang wajah kacak Jungkook. Dengan pantas dahi Eunbyul dikucup.

“Annyeong bakal isteri.” Sapa Jungkook.

“Bakal suami juga.” Eunbyul mengenyitkan mata.

Jungkook memulakan pemanduan. Eunbyul disebelah mula membuka aluminium foil yang membaluti gimbab buatan Seokjin.

Gimbab yang sudah dipotong itu disuapkan ke mulut Jungkook. Jungkook menerima suapan itu, dia kunyah dengan gembira.

Mereka melalui highway selama satu jam dan sehinggalah mereka memasuki jalan biasa untuk memasuki airport.

Brek cuba diekan tetapi tidak makan. Jungkook mula panik, sebentar tadi semasa di highway Jungkook tidak menggunakan brek kerana tiada banyak kereta .

Eunbyul yang melihat kelakuan Jungkook itu mula memandang kearah Jungkook. Melihat Jungkook panik sebegitu membuatkan dia juga berasa resah.

“Kenapa kook?”

Brek tak makan. Something going wrong!” Jungkook menekan-nekan brek. Dia terpaksa mengikut jalan disebelah yang mujur kosong itu.

Seokjin dan Namjoon yang memandu
juga melihat pelik kereta sewa Jungkook seperti hilang kawalan.

Jungkook makin tidak tenang apabila
dia sudah melanggar lampu isyarat. Stereng cuba dipusingkan.

“Awak dah langgar lampu isyarat!” Kata Eunbyul, peha Jungkook disentuh.

Bunyi hon mula kedengaran. Eunbyul menoleh ketepi alangkah terkejutnya dia melihat sebuah trak besar menuju kearahnya.

“Jung! Trak tu datang arah kita!” Tunjuk Eunbyul. Jungkook dengan serta merta tidak menekan pedal minyak. Kereta ini seperti dikawal. Dia terkaku. Kereta mula menjadi perlahan..

Adakah ini detik terakhir mereka?

“Sayang! Hold my hand!”Jungkook mencapai tangan Eunbyul. Dia memandang Eunbyul dan Eunbyul pandang Jungkook.

“Sayang.. I love you.” Ucap Jungkook dengan titisan air mata.

“I love—”

Tanpa sempat Eunbyul membalas, Trak besar itu merempuh bahagian Eunbyul.

Bbumppp!!!!”

Dentuman bunyi yang kuat membuatkan kereta SUV itu terbalik dan jatuh ke tempat asal setelah dua kali berguling.

Disebabkan impak dentuman yang kuat mereka cedera parah. Orang ramai mula berkerumun. Sahabat mereka mula turun dari kereta. Mia sudah menangis di dakapan Namjoon, tidak sanggup melihat keadaan mereka. Seokjin dan Yoongi yang melihat keadaan itu terus membuka pintu dibahagian Jungkook dan Eunbyul.

Hoseok menelefon pasukan kecemasan. Taehyung dan Jimin sudah jatuh melutut melihat keadaan ini.

Seokjin membawa keluar Jungkook dan Seokjin menarik keluar Eunbyul yang kecederaan nya lebih parah berbanding jungkook.

“Eun.. Byul.” Sebut Jungkook tersekat-sekat.. Pandangan matanya kabur ketika ini. Dia hanya dapat melihat Eunbyul yang tidak sedarkan diri dengan berlumuran darah dipangku oleh Seokjin.

Cha Eunbyul gadis itu berlumuran darah. Jin memangku tubuh gadis tersebut. Disebabkan dia doktor dia memeriksa keadaan Eunbyul.

Kecederaan yang teruk dibahagian kepala.

Tidak lama kemudian bunyi siren ambulan kedengaran.

Ketika itu tangan Eunbyul yang bergerak sedikit mula jatuh lemah diatas tar.

Detik permulaan kehidupan baru buat mereka berdua.



🌼TO BE CONTINUE🌼
❤️2071 WORDS❤️





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro