Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

035

   


Sebenarnya aku tak sihat. Tapi aku Cuba untuk update sebelum tidur .
Jalja~❤️



JLE : 035💜
CHAPTER : Let's happy together + Terbongkar💜

++++

    Jeon Jungkook dia mundar-mandir di luar pintu bilik Eunbyul dan dia. Kuku ibu jari digigit sedikit . Risau, gusar dan seangkatannya dia rasakan. Jungkook menunggu Kim Seokjin dan jururawat memanggil nya sebab Seokjin menyuruhnya tunggu di luar.

“Lambatnya hyung.” Rungut Jungkook
sambil menghentakkan kaki tanda tidak sabar.

Sudah beberapa minit berlalu.
Jungkook sudah tidak duduk diam. Baru sahaja tangannya ingin memulas tombol pintu. Dengan ajaibnya pintu dibuka dari dalam. Wajah jururawat perempuan itu terkejut kerana Jungkook berada di hadapan pintu.

“Ah.. juseonghamnida.” Jungkook membongkok sedikit badannya.

“Masuklah.  Doktor Kim dah selesai.” Jururawat itu mengukir senyuman. Pintu bilik dibuka luas membenarkan Jeon Jungkook masuk. Tanpa menunggu Jungkook terus meluru kearah Seokjin yang berdiri ditepi katil bahagian Eunbyul sambil memeriksa IV drip pada tangan kiri gadis itu.

“Hyung!”Laung Jungkook sedikit lantang. Dia berjalan laju kearah Seokjin. “Shh! ” Seokjin meletakkan jari telunjuk pada bibir munggil nya. Jungkook ketawa kecil.

Tubuh Seokjin dipeluk sekejap dan dia
mula duduk ditepi Eunbyul. Pipi gebu gadis itu diusap-usap dengan jemarinya.

“Macam mana hyung? Eunbyul okay?” Soal Jungkook. Matanya Masih melekat pada Eunbyul. Seokjin memeluk tubuh. Melihat kelakuan Jungkook yang mencuit hatinya tidak seperti Jeon Jungkook tiga tahun lepas seperti mayat hidup.

“Eunbyul okay dia cuma pening. Kau jangan risau, pening tu sekejap sahaja. Esok okaylah tu. Pening olok-olok je tu, lepas dia tahu dia preggy ceria lah dia, esok kau boleh practice lagi. Lusa kan separuh akhir?”

“Boleh ke? Ke kami patut tarik diri?” Jungkook terjeda selepas berkata sebegitu. Kepala Jungkook diluku oleh Seokjin.

“Jangan nak buat macam tu. Satu langkah je lagi nak pergi akhir. Eunbyul mesti jaga elok-elok. Mana tahu anak kau nanti ikut eomma dengan appa dia pandai menari.”  Kim Seokjin memujuk Jungkook.

Jungkook memberi senyuman nipis.
Menerima apa yang Seokjin katakan.
Tangan besar Jungkook membelai rambut Eunbyul. Pandangan mata redupnya menatap wajah lesu Eunbyul. Jemari Jungkook menyentuh hidung mancung yang sentiasa dilaganya dan digigit.

Aigoo-ya kau ni buat aku risau.”

Seokjin yang sekadar memerhati melihat sahaja tingkah-laku Jungkook. Mendengar bahasa kau aku terus Seokjin mencelah.

“Hei, awak saya.”Tegur Seokjin serius. Jungkook menghiraukan Seokjin. “Eunbyul tengah tidur kan?”

“Plastiknya.”Komen Seokjin cukup membuatkan Jungkook menjeling padu. “Anniyo!” Bentak Jungkook.

Kim Seokjin jejaka itu suka mengusik
Jungkook si muda. Seokjin berdehem sedikit. Sudah masanya dia bagitahu. Dia melihat Jungkook dahulu. Masih ralit mengusap rambut panjang mengurai Eunbyul.

“Eunbyul mengandung satu minggu lebih.”
Ujar Seokjin selamba. Matanya kekal melihat Jungkook.

“Arraseo.”

Jungkook tidak perasan dengan ayat Seokjin. Seketika dia terjeda, mata nya membulat dan dia menghenyak-henyak kuat tilam katil. Seokjin sudah tersenyum lebar.

“Apa?! Betul ke hyung! Serius lah?! Wuahhh!” Jungkook berguling atas katil. Gembira tidak terhingga. Jururawat Joohyun yang berdiri tidak jauh sambil mengemas peralatan turut tergelak kecil.

Lawak betul bapa muda itu.

Selepas puas berguling, Jungkook duduk dengan wajah yang teruja teramat. Dia sudah lupa yang Eunbyul tidur sebelahnya. Eunbyul yang sudah menggaru leher itu dipandang Seokjin.

Jungkook masih terkesima dalam teruja.

Chincha, Jeongmal, wanjeon, heol, waenyeol, DAEBAK.” Ujar Jungkook kuat dan WOOHOO dihujung tidak dilupakan.

Eunbyul berkerut mukanya tetapi mata masih tertutup. “hmm Jungkook.. bendanya.. bisinglah. Awak kenapaaaa..” Tegur gadis itu dengan nada malas. Tengah pening buat bising ei.

Jungkook mengemam bibirnya bila Seokjin memberi pandangan membunuh. Jungkook terus mengusap kepala Eunbyul dan dicium pipi gadis itu. Eunbyul mula lena kembali.

Arraseo.. tidur saya dodoi awak” Telapak tangan besar Jungkook menepuk lengan Eunbyul. Lengan gadis itu mula menarik lengan sasa Jungkook dan dipeluk. Dengan spontan Jungkook terbaring.

Baru sahaja Jungkook nak bangun. Seokjin menolak kedua bahu Jungkook supaya baring kembali. “Nanti Eunbyul terjaga.”

Satu hal terlintas di fikiran Jungkook.

“Macam mana hyung periksa..” Soal Jungkook perlahan. Nanti Eunbyul terjaga. Shhh~ Dia mengiring sedikit menghadap Eunbyul.

“Hyung kejut Eunbyul tadi suruh cuba pregnancy test tu. Joohyun tolong. Joohyun kata Eunbyul pening sangat jadi Joohyun tolong. Tak sempat nak keluar dari bilik air dan rebah. Nasib hyung tunggu depan pintu.” Jelas Seokjin dengan kejadian tadi.

Jungkook faham dan senyum nipis. Seokjin ambil strip pregnancy test diatas kabinet tepi katil. Menunjuk kepada Jungkook. Jungkook senyum gembira. Seokjin letak kembali benda itu tepi lampu tidur dan ditindih oleh telefon bimbit Eunbyul.

“Petang sikit nanti hyung datang lagi.” Seokjin mula meminta diri dan Jungkook melambai sambil mengucap kan terima kasih. Seokjin dan jururawat nya Joohyun keluar dari bilik

Jungkook menatap wajah jelita Eunbyul.
Tidak pernah jemu hadap wajah ini selama
17 tahun. Dia sangat bersyukur yang dia dapat kembali bersama Eunbyul.

Dahi licin itu dicium lama. Dalam hati sudah berterima kasih kepada Tuhan memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga baginya.

Terima Kasih Yang Maha Kuasa.

“Sayang.. syukur. Aku gembira sangat. Aku minta maaf kita tak kahwin lagi mesti Uncle Kim marahkan kalau dia tahu? Halmeoni aku..tak payahlah sebut pasal dia.” Jungkook mula tidak suka apabila dia sendiri yang membangkitkan tentang nenek sombongnya itu.

“Sebelum bahagia berlebihan aku kena cari lelaki yang berani nak ambik kau dari aku. Arraseo?” Jungkook berbisik lembut. Senyumnya makin manis, tidak sabar nak buru jejaka misteri itu.

Jeon Jungkook dia merungkaikan pautan tangan Eunbyul yang makin longgar. menanggalkan baju kerana jika dalam bilik bersama Eunbyul dia memang tanggalkan baju.

Jeon Jungkook dia memandang kearah
sliding door. Seokjin bukakan sebab dia
taknak bukak lampu. Berapa Kali nak kena tutup langsir.

Setelah berdiri di hadapan sliding door itu.
Dia memandang kearah sekitar kawasan perumahan yang indah dengan salji yang turun dan matanya berhenti pada seseorang yang berada di rumah orang lain memiliki telescope arahnya ke sliding door bilik ini. Jungkook mengawal riak wajahnya dan melarikan bebola mata seperti tidak nampak kehadiran orang itu.

Jungkook meregang kan otot badannya yang sasa itu , berbunyi saat dia memusingkan kepalanya.

Jungkook menarik kasar langsir tebal itu. Jungkook memeriksa segenap bilik Eunbyul dengannya. Mencari sesuatu mana tahu ada peranti suara ataupun CCTV?

Disebabkan Jungkook teliti dia menjumpakan satu yang pelik di penjuru bilik bahagian atas almari besar. Pandangan keseluruhan bilik. Jungkook meliarkan mata sekeliling bilik mencari lagi tapi sudah tiada.

Kerusi tinggi yang berada dalam wardrobe untuk Eunbyul mencapai baju yang disangkut tinggi Jungkook diambil.

Dalam hati sudah memujuk supaya bersabar.

“Hye, selamat bertemu.” Sempat Jungkook melambai dan senyum comel seperti naif dan mematikan CCTV tersebut dan menanggalkan nya.

SYC , jejaka misteri yang menghadap komputer riba nya mula kebelakang tanda terkejut. Dia baru letakkan benda itu dalam beberapa hari lepas dan dia sudah tertangkap. Selama ini kawasan perumahan itu semakin dikawal ketat Nasib baik dia dapat masuk sebagai penghantar kobis segar.

Jungkook sudah turun. Kerusi tinggi itu dibiarkan didepan almari.  Jungkook meletakkan CCTV itu dalam poket seluar slack nya.

Dengan lagak yang tenang dia berdiri dihadapan cermin meja solek. Kedua belah tangannya memegang bucu depan kiri dan kanan meja solek.

Rambut hitamnya diraup ke belakang. Dia menunduk kan pandangan dan mula tergelak menyeringai dan puas. Kepala turut digelengkan.

“HAHAHÀHAHA.”

Gelakannya terhenti bila dia dongakkan kepalanya. Bibir mula tersenyum sinis. Dia sengetkan kepala memandang diri sendiri dalam cermin.

“Kau nak main-main dengan aku? Jeongmal?
Welcome to my world, gaesaeggi-ya (son of bitch)”  Senyuman sinis mula bangkit. Kelakar dengan taktik jejaka misteri ini. Lidahnya ditolak ke dalam mulut tanda yang dia marah sekarang.

“Let’s begin the game.”

Jungkook mengundur beberapa tapak dan melangkah kearah sofa. Badan direbahkan kuat atas sofa empuk itu. Jungkook bernafas kuat sambil menutup mata.

“Jadi dah lama dia mengendap? Oh pity
him tak kena notice. Menyeronokkan.”

Jejaka ini mencapai telefon diatas meja.

Jungkook ralit memerhati skrin telefon nya.
Dia mencari nama seseorang. Melihat orang itu dalam talian Jungkook terus mesej. Setelah selesai dia membuka kenalan dalam telefonnya.

“Annyeong Mingyu. Aku nak jumpa kau dekat café dalcomannie.” Jungkook menggosok kasar rambutnya.

“Okay aku ada dekat Pledis ni nanti aku gerak.  Nanti aku datang.” Balas Mingyu dicorong talian.

Café itu dekat dengan rumah ini jadi dia putuskan untuk berjumpa di situ. Tidaklah dia mengambil masa yang lama untuk pergi. Dia akan pinjam motor Eunbyul.

Cha Eunbyul, bakal ibu itu sudah terjaga selepas Jungkook menamatkan panggilan. Eunbyul mengangkat tangan kirinya.

Hm apani?” Soal Eunbyul mamai. Cucuk-cucuk pula. Dia rasa dia tidak pergi ke hospital.

Jungkook yang perasan Eunbyul Sudah terjaga dari lena terus melangkah kearah gadis genit itu.

“Eh sayang? Bangun dah?” Soal Jungkook sejurus duduk ditepi Eunbyul. Dia pandang bibir munggil Eunbyul memuncung kearah kekura tangannya.

“Awakkkkkk apa ni jarum ni. Semak lah.”  Eunbyul mula mahu cabut tapi sempat ditahan oleh Jungkook. Menggeleng jejaka itu melihat tindakan Eunbyul. Tangan Eunbyul dicepuk.

“Ehh sayang jangan-jangan. Tadi Jin hyung datang saya nak call dia sebab awak taknak bangun. Tak akan tak ingat?”

Eunbyul menggaru kepalanya dengan mulut menguap luas. Jungkook menutup sedikit mulut Eunbyul.

“Entah, samar-samar. Ingat masa Seokjin suruh test apa tah. Saya tengah pening jadi sedar tak sedar je.” Terang Eunbyul jujur. Yang dia tahu dia pening waktu tu.

Jungkook hampir tergelak dengan reaksi wajah Eunbyul yang terjaga daru lena.

“Awak, saya nak keluar ni.”Ujar Eunbyul laju bila Jungkook dah berdiri. “Pergi mana pula? Nak ikut.” Rengek Eunbyul sambil menendang comforter.

“No, saya nak jumpa Mingyu ada hal peribadi sedikit , Mingyu nak kongsi pasal masalah dia.”Balas Jungkook. Eunbyul mula faham, itu hal member-member jadi biarlah.

“Dahtu saya sorang? Sunyilah saya.” Sebek sahaja wajah Eunbyul.

Jungkook mengusap pipi Eunbyul. “Nanti ada orang datang mesti awak suka.” Senyum Jungkook. Eunbyul hanya bersetuju. Tidaklah sunyi sangat.

Jungkook bangun dari katil dan mencapai baju t-shirt nya dan jaket tebal yang disangkut atas sofa single.

Jungkook memasukkan telefon dalam poket jaket. Bersiap sedia untuk keluar berjumpa Kim Mingyu. Jungkook menuju kearah katil. Perfume yang Eunbyul letak atas kabinet dicapai. Perfume Eunbyul. BEDAL JELAH.

“Nak duduk bawah tak? Kesian ahjumma duduk sorang-sorang.”

“Arraseo.” Ujar Eunbyul teruja. Yay nak gossip dengan ahjumma!

Eunbyul mula bangun dari baringaannya. Rambut panjang nya diikat malas. Hidung mancung Eunbyul yang peka menangkap bau wangian yang Jungkook pakai.

Perfume dia~~!

“Tapi sebelum tu apa yang Jin cakap dekat awak? Something bad?” Eunbyul sudah bersiap sedia mahu menangis bila Jungkook lambat respon. Tergopoh-gapah jejaka itu dibuatnya. Pipi gebu itu ditekupnya.

Sebelum Eunbyul meledakkan tsunami baik dia halang dahulu.

“Bukan sayangggggg.”

“Dah tu awak ni cakap sekerat-sekerat ha.” Jelingan manja diberikan. Jungkook mengucup bibir gadis itu. Peha Jungkook di cubit.

“Kalau saya bagitahu ni awak kena bagitahu reaction awak. Kalau tak saya yang sedih.” Jungkook meletakkan peraturan. Matanya saling membalas renungan dengan mata hazel milik Eunbyul.

Jungkook senyum manis.

“Perkara yang awak nak sangat.”Jungkook menggenggam kedua belah tangan Eunbyul. “Apa?” Soal Eunbyul dengan kerutan dahi. Aku tengah sakit kepala kau boleh suruh fikir banyak-banyak?

Eunbyul mengerdipkan mata nya.

“Tak ada petunjuk ke?” Suara manja dikeluarkan. Jungkook yang cair dengan sekali tembakan cinta itu terus memberi petunjuk.

“Masa makan malam lepas pertandingan separuh akhir.” Ringkas tapi padu. Jungkook memandang Eunbyul penuh berharap.

“Fikir, kalau awak salah teka baru saya bagitahu.” Tangan gadis itu diusap-usap.

Eunbyul mula berfikir keras lama-kelamaan Eunbyul mula membulat kan mata. Dia menarik kasar tangan Jungkook.

“HA! JEONGMAL?! AWAK SERIUSLAH?!” Soal Eunbyul lagi dengan air mata kegembiraan.  Tangan Jungkook dibawa ke pipi nya. Ah! Gembiranya dia!!!!!

Jungkook berpuas hati dengan reaksi kekasihnya.  Air mata itu dikesat pantas.

“Dae, one week and half.”Terang Jungkook. Badan kekar Jungkook dipeluk erat. Jungkook membalas pelukan Eunbyul. Leher gadis itu diciumnya. “Terima kasih, sayang nya saya dengan awak ni! Mari sini saya nak bagi kiss.” Eunbyul merenggangkan pelukan dan menyambar bibir Jungkook.

Wah mommy daddy ganas.

Jungkook membalas ciuman itu. Lambatlah dia kalau layan Eunbyul ini.  Kini pipi Jungkook diciumnya.

“Saya lagi sayang awak.” Balas Jungkook dengan senyuman menampakkan gusinya berbeza dengan perwatakan dia dihadapan cermin tadi.

Jungkook melihat Eunbyul teruja.
Betullah apa yang Seokjin cakap. Eunbyul bakal lupa pening dia tu.

“Tak pening dah?” Soal Jungkook perlahan.  Eunbyul mengangguk teruja.

“Saya dah sihat. Cabut benda ni.” Tangan kirinya dihulurkan kepada Jungkook. Sakit tahu. Jungkook menggeleng.
“Aip mana boleh nanti saya kena marah dengan Seokjin.” Jungkook mencebik.

Eunbyul hanya pasrah dan mula bangun. Mereka beriringan keluar sambil tangan Eunbyul menarik tiang ini.

Jungkook melagakan kepala mereka dengan manja. Cha Eunbyul aku cintakan kau tahu?



🌼TO BE CONTINUE 🌼
🌼1986 WORDS🌼


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro