Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

033




BTW,  jalan cerita aku merapu tak ikut sangat dunia asal. Inikan dunia oren! So jangan pelik lah kalau umur 22 dah graduate university ke apa. Okay hahaha aku buat ikut suka otak aku je.😝💜

Sila layankan otak mereng aku.

Selamat datang ke dunia Araa!

++++

JLE : 033
CHAPTER : A SECRET ADMIRE +
JANGANLAH MARAH!💜

++++

      Kami ada masa seminggu sebelum pusingan separuh akhir.  Macam biasa selepas pusingan sebelumnya, habis sahaja pusingah tersebut kami mesti sibuk kembali untuk melakukan tarian baharu.

Sekarang hari keempat. Sebenarnya aku dan Jungkook akan berlatih sejurus sahaja sehari selepas pertandingan sebelum. Tetapi disebabkan keadaan aku yang tak membantu jadi Jungkook mulakan rangka tarian dahulu.
Aku hanya menolong sedikit selama dua hari lepas. Dan hari ini hari kedua kami berlatih.

Disebabkan kami pasangan yang cepat dapat idea HUEHUEHUE jadi selama dua hari ini kami sudah siap dengan tarian cuma ada perkara yang perlu ditambah dan dikemaskan.

Syukur keadaan aku semakin pulih, walaupun aku masih tak sedap badan aku teruskan juga. Nanti satu habuk tak jalan apa-apa disebabkan melayan sangat sakit.

Selepas latihan aku dan Jungkook selesai aku melangkah kearah loker aku seorang diri. Jungkook pula pergi letak barang dalam kereta. Senior tahun akhir tak akan ada kelas buat masa ni sebabkan pertandingan yang berlangsung. Lagipun lagi dua bulan kami bakal graduate. Sekarang sudah bulan Disember!

Bulan musim salju!

Aku raupkan rambut yang basah sedikit dengan peluh kebelakang. Aku lupa nak ambil kot tebal aku dalam kereta Jungkook jadi aku hanya pakai baju tebal lengan panjang dan seluar legging.

Sepanjang aku berjalan, ada sahaja mata-mata memandang ku dengan pelbagai pandangan. Aku cuma endahkan.

Tetapi aku dapat rasakan seperti sedang diekori. Aku berpaling ke belakang. Tiada siapa yang mengekori. Aku mengangkat bahu tanda malas ambil tahu dan berjalan kearah loker yang sudah dekat keberadaan nya.

Aku nak tengok keadaan loker aku.

Pintu loker aku buka. Sebuah surat yang terselit terjatuh. Aku tunduk memandang surat yang mempunyai tulisan itu.

Surat ni lagi.
Aku hanya pandang tanpa minat.
Aku pandang pula dalam loker, sekuntum bunga ros pemberian Jungkook pagi tadi buatkan aku tersenyum.

Dia cakap dia ambik dekat kedai eomma dia. Patutlah dia menghilang waktu kami rehat. Katanya ingin beli makanan rupanya sempat singgah kedai eomma Jeon tanpa aku.

Aku rindu eomma Jeon lah!

Bunga ros pemberian Jungkook aku letak kembali dalam loker. Pintu loker ditutup oleh aku. Sekarang nak buang surat ni, surat ni selalu tulis benda yang merapu. Kadang-kadang gambar aku terselit juga.

Menakutkan, orang ni macam obses pun ada. Baik aku buang sebelum Jungkook ambil.

Baru sahaja aku ingin pusing belakang surat ditangan aku dirampas seseorang. Aku toleh kearah orang itu. Baru sahaja ingin menjeling rupa-rupanya Jungkook si Jebon tu.

Pipi aku dikucup olehnya.

Dia sandar badan dia dekat loker aku.
Surat ditangannya dibelek-belek dengan penuh minat.  Mulutnya terbentuk O tanda dia teruja. Bibir sudah diketap, habislah kalau Jungkook tahu mesti dia marah.

“Sayang, really surat cinta? Nak baca.” Tangan Jungkook yang ingin membuka kertas yang terlipat dua itu aku tahan. Wajah nya aku pandang serta digelengkan kepala.

Jungkook hanya pandang aku sekilas sebelum dia tahan tangan aku.

“Jungkook janganlah. Saya gigit awak nanti.”Aku memberi amaran. Janganlah bukak Jebon!

Bila Jungkook berikan pandangan yang tajam kepada aku. Terus aku duduk diam. Baik berhenti meronta-ronta sebelum Jungkook jadi singa.

Dalam hati aku dah menangis dah sebab
abang Jebon ni nak baca surat tu . Kena basuh lah aku dengan Jeon ni nanti. Saya tak kuat gais, tolong selamatkan saya.

Jungkook berdehem sebelum membaca isi yang terkandung dalam surat itu.

“Sebenarnya aku dah lama perhatikan kau. Sejak kau jejak kaki di university lagi.
Aku suka kau Eunbyul! Sudi tak jadi teman wanita aku? Jungkook? Kau boleh tinggalkan dia. Dia jahat. From SYC

Terkedu, aku terkedu mendengar suara Jungkook yang membacakan isi surat itu.
Aku dah memejam mata sekejap. Kenapa orang ni kacau waktu aku bahagia?

Riak wajah Jungkook aku pandang.
Bebola matanya bergetar sedikit.
Lidah ditolak ke pipi tanda dia sedang
cemburu dan... marah?

HUWAAAAAA JUNGKOOK JANGANLAH MARAH!

Heol.” Jungkook tergelak sinis.  Kertas tersebut dilipat semula. Tidak sangka namanya turut berada dalam surat.

Anak mata hitam Jungkook menikam aku.

“Dah lama ke awak dapat surat ni?” Jungkook menyoal aku dengan nada yang biasa tapi pandangan nya tajam.

Panggilan Jungkook sudah berubah disebabkan aku yang suruh. Entahlah aku
rasa dia kasar bila guna kau aku dan aku pun sejak beberapa hari ni aku mudah terasa.

Jungkook pula yang pening, yes sebab tu Jungkook ubah cara panggilan dan....
Aku suka dia panggil awak saya, nampak soft!

Kejap, kau boleh fangirling lagi Eunbyul? Jungkook macam nak meletup dah tu.

“Jungkook itu hal saya kan?”Aku ucap lembut, lengan Jungkook aku pegang. “Awak hal saya sekarang Cha Eunbyul.”

Aku mengeluh, aku lepaskan pegangan di lengannya. Nak taknak aku kena jawab.

“Sejak hari saya terlanggar awak tu tapi saya selalu buang surat tu.” Jujurku. Pandangan Jungkook aku balas. Jungkook angguk kemudian dia larikan pandangan.

Melihat perubahan sikapnya tanpa buang
masa aku tarik lengan baju panas dia. Janganlah macam ni. Huwaaa!

“Kook are you okay?”Soal aku. Jungkook hanya berdehem malas. Dia lepaskan tangan aku yang tarik lengan bajunya.

Aku?

Jangan cakap, dah terasa habis.
Ha.. dia lupa ke aku mudah terasa lately ni?

“Saya simpan surat ni.” Jungkook genggam kertas tersebut. Sepanjang dja bercakap dia langsung tak pandang aku.

Aku cuba kawal perasaan yang bercampur-aduk. Nak marah, nak menangis, nak merajuk semualah. Nafas ditarik bagi stabilkan perasaan aku.

“Saya nak buang.”

Sebaik sahaja aku bercakap begitu,
Jungkook terus tinggalkan aku. Tanpa toleh kebelakang lagi aku kejar Jungkook.

Disebabkan dia melangkah dengan laju
aku hanya mampu ikutnya dari belakang.
Muka aku dah monyok tanda tidak lama lagi mutiara-mutiara jernih bakal membasahi pipi.

Jungkook ni pun datang bulan ke apa
tiba-tiba nak marah! Aku yang nak menangis masalah ni!

Langkah Jungkook aku ikut sehingga dia masuk ke dalam tandas lelaki. Serta merta derap kaki aku terberhenti. Tak akan nak masuk tandas lelaki?

Jungkook!

Aku berdiri depan tandas lelaki.
Orang yang lalu lalang aku abaikan.

Selepas beberapa minit, Jungkook keluar dari tandas. Baru aku ingin mendekati nya tanpa pandang aku sedikit pun dia mengatur langkah tinggalkan aku lagi.

“Jungkook! Berhentilah. Awak tak berhenti saya tak nak balik rumah! ” Laung aku setibanya kami berada di jambatan yang menghubungkan ke bangunan bilik latihan menari.

Jungkook berhentikan langkah. Dia berpaling ke arah aku. Jarak kami yang sedepa aku kekalkan. Tidak berganjak dari tempat aku berdiri.

Surat yang ditangannya dia angkat sehingga selaras dengan kepalanya. Wajahnya aku tenung, wajah dia yang dingin beku dah kembali. Wajah sudah rasa panas disebabkan menahan tangisan . Pandangan nya aku balas.

“Kenapa nak buang?
It’s mine now. Don't you dare to take it.” Suara yang tegas. Aku tak suka suara tu!

Aku hanya diamkan diri. Aku rasa kalau
aku bersuara memang berjurai air mata ni.

“Kenapa? Nak? Ambil lah. Eunbyul, ambil sekarang.”Surat ditangannya dihulurkan kepada aku. Aku tahu dia hanya nak cabar aku. Macam tak tahu, setapak aku melangkah mesti dia jerkah aku.

Jadi aku membatukan diri. Disebabkan
cuaca yang sejuk aku mendiamkan diri disebabkan baju yang aku pakai tidaklah setebal kot tebal Jungkook tu.

“Kenapa taknak ambil? Tadi beria nak ambil dari saya.”

“Jungkook-ah.” Suara yang bergetar aku tahan. Hm, nak nangis ni. Jantung yang berdetak laju kerana risau yang amarah Jungkook makin menjadi-jadi tu.

“Awak tu bukannya nak bagitahu saya.
Duduk serumah pun nak berahsia ke? Macam mana saya nak buat isteri ni? ” Ayat Jungkook membuatkan aku tersentak. Bibir yang diketap sudah bergetar.

“Kook-ya..apa awak ni. Saya taknak awak
risau. Cuba awak faham saya pula.” Balasku. Dada yang berombak laju dapat dirasakan.

Jungkook ni nak marah pula, cuba dengar penjelasan aku. Haih!

“Ni kalau saya tak ambik dari awak sampai
bila nak sorok? Nanti saya salah faham awak suka ke? Suka tengok Jeon Jungkook jadi raksaksa? Awak nak tengok saya belasah manusia tu depan awak?”

Serta merta kepala digelengkan bersama air mata yang sudah bertakung. Aku tak nak.
Puas aku ubah diri dia tak akan semudah itu dia boleh kembali dengan perangai waktu sekolah menengah.

Jungkook mendengus kasar. “Awak cuba nak cabar saya ke? Sekelip mata saya boleh cari siapa yang hantar surat ni dekat awak.” Nada suara nya yang makin kuat buatkan aku takut.

Air mata sudah melimpah.
Tak kuat aku nak hadap Jungkook.

“Jungkook berhentilah.” Ujarku sedikit kuat. Bibir dikemam bila kaki sudah menggeletar sejuk. Suhu cuaca yang rendah itu buatkan aku mula berasa sejuk hingga ke tulang belakang.

Berhenti lah Jungkook...

“Awak suka tengok saya belasah orang macam dulu? Sampai masuk ICU. Saya tanya awak ni Eunbyul. Awak suka ke?” Soal Jungkook lagi. Dia melangkah setapak kearah aku.

Aku cuma menggeleng tanda tidak suka. Hidung yang sudah berhingus aku sedut.
Aku baru je sihat tak akan nak sakit balik ni?

“Atau awak memang suka tengok saya nak marah je.” Soalan dia buatkan air mata makin lebat turun membasahi pipi.

Aku menangis tanpa keluarkan suara.
Hanya bibir sahaja bergetar sedikit menahan bunyi tangisan.

Aku dah cakap aku mudah terasa kebelakangan ni. Jangan main-main dengan emosi aku. Jebon ni nak kena maki ke ha?

“Suka ke tengok saya hilang akal kalau orang yang suka awak tu apa-apa kan awak dan saya tak tahu?” Jungkook sudah beremosi di hujung ayat.

Aku masih lagi diam. Kepala yang pening aku tahan. Nak mampus ke Jeon tuduh melulu ni? Air mata yang mengalir hingga ke dagu aku kesat.

Dia ni buta ke tak nampak aku menangis ni! Nak tunggu aku pengsan dulu ke baru nak bertindak. Tahu menuduh je.

Aku debik satgi hah!
Huwaaaaaaaa!!! Eunwoo tengok Jungkook ni ha main tuduh-tuduh!

Seokjin! Namjoon! Yoongi! Hoseok! Taehyung! Jiminniee!!!!!!! HUWAAAA JUNGKOOK BUAT!

Jeon Jungkook, pandang aku tajam berserta wajah dinginnya.

“Cha Eunbyul! I'm talking to you!” Jungkook yang makin tak sabar sebab Eunbyul tidak balas soalan nya itu terus menengking. Ada mulut tak reti nak guna ke?

Bahu aku terhinjut. Makin deras air mata.
Aku menghentakkan kaki tanda tidak suka ditengking sebegitu.

“Jawablah Eunbyul kenapa diam!” Sekali
lagi aku menerima jerkahan. Kau ingat aku ni taf macam kau ke Jungkook hati kental!

“Kook.. jangan lah tinggikan suara awak.
Saya takut. Kenapa nak marah saya nya?
Saya taknak awak risau. Ya salah saya tak beritahu awak. Puas?! Huwaaaaaa!!!”  Selepas bercakap begitu terus aku menghamburkan bunyi tangisan yang tak dapat ditahan lagi.

Disebabkan lutut aku lemah kerana terkejut kena tengking dengan Jungkook aku terus bercangkung. Kaki yang terasa lembik membuatkan aku terus duduk atas lantai yang sejuk ni.

“Eunbyul!” Dia mendapat kan aku. Tubuhku sekelip mata didakapkan bila dengan sengajanya aku menutup mata nak bagi dia bersalah. Kau dah buat aku menangis.

Biar aku buat kau risau. Badan sengaja dilembikkan tetapi mulut masih menghamburkan bunyi tangisan.

“Yah buka mata!” Pipi aku ditepuk separa kuat. Tubuh aku yang memanas disebabkan suhu badannya buatkan aku selesa.

Mata dicelik dan aku meronta-ronta dalam pelukannya. Nak protes!

“Lepaslah, apa ni peluk-peluk.
Saya benci awak. Buat orang nangis..
tengking orang. Ingat orang...ni kental macam awak ke?! ” Kataku dengan tangisan yang berselang-seli. Baru aku ingin menyambung ayat, bibirku dicium lama.

Bibirnya mula memaikan peranan.
Matanya yang tertutup aku tatap kemudian
aku pejamkan mata.

Tahu pula nak diamkan aku. Pandai sentuh butang ON mood bulan aku . Pandai juga turn OFF mood bulan aku.

Merajuk memang merajuk tapi bab cium-cium dengan Jeon ni tak boleh nak tolak. Dapat aku rasakan pipi yang basah dengan air mata dikesat dengan tangannya.

Sebelah tangannya memegang belakang kepalaku dan dia tolak kehadapan menyebabkan ciuman yang sudah bertaut itu makin dalam ciumannya.

Nak tahu tak perangai lain aku sekarang?
Selain cepat terasa nak menangis aku suka cium atau dapat ciuman Jebon ni.

Gatal kan?

Setelah hampir satu minit dia rungkaikan bibir kami. Pipi aku yang sudah memerah dia sentuh. Matanya jatuh menatap pandangan mata aku. Bibirnya didaratkan pada dahi aku.

Nak pujuk lah tu.

Tangan besarnya mengusap pipi aku penuh kasih sayang.
Aku masih tersedu-sedan menahan tangisan yang nak keluar lagi selagi Jungkook tak minta maaf.

Dia mengangkat aku bangun. Aku berdiri sambil memeluk tubuhnya. Tangan Jungkook mengusap rambut aku. Sebuah kucupan singgah di atas kepala aku.

“Saya sayang awak arraseo? Saya tegur je.
Saya cakap sebab saya risau keadaan awak. Awak tak terfikir ke dia akan cederakan awak sebab mahukan awak. Awak tahu saya boleh gila tanpa awak.” Nada suaranya yang sudah lembut itu buatkan aku cair macam selalu.

Jungkook peluk aku kuat sehingga masuk ke dalam kot tebal nya. Hm, hangatnya. Aku lekapkan pipi pada dada kiri Jungkook. Mata aku terpejam saat mendengar degup jantungnya.

Macam mana nak marah Jungkook balik
kalau dah pujuk aku pun manis macam ni.

Aku hanya berdehem dengan sedu yang menyibuk.

“Saya minta maaf okay saya tinggikan suara. Tak nak dengar penjelasan awak.” Pinggul aku ditepuk lembut dengan telapak tangannya.
Dia tahu macam mana nak pujuk aku. Pandai juga buat aku naik angin, menangis semua.

Jungkook menunduk sedikit melihat wajah aku. Pandangannya aku balas. Dia senyum manis dan mengucup pipi kiri aku.

Ini baru Jungkook.
Jungkook yang asyik nak cium aku bukannya nak menengking. 🙄

Jungkook menatap anak mata coklat aku. “Dahlah saya tak marah awak, janganlah menangis. Awak ni emosional sangat kenapa sejak dua menjak ni?” Soalan Jungkook buatkan aku geram. Dada kanannya aku tepuk kuat. Dia mengaduh sakit.

“Pukul saya pula. Sakit tahu?” Mata aku giat menjelingnya.

Tanya lagi, aku gigit telinga kau Jebon.

“Awak tu hah saya terasa tahu. Pergilah, saya terasa sangat. Huwaa!” Aku mula menangis semula. Perangai aku yang baru. Cepat menangis, cepat juga berhenti.

Tubuh Jungkook aku tolak. Tak sampai tiga saat. Tubuhku ditarik semula kedalam pelukannya. Bibir Jungkook yang mengeluarkan bunyi ketawa tu aku pandang tajam.

Aku masukkan tangan ke dalam kot tebalnya dan pinggangnya aku peluk. Disebabkan aku ni genit kecil bila Jungkook peluk aku pun hilang!

Tadaaaa!

Tubuh aku yang kesejukan aku tahan.
Nasib Jebon ni peluk aku kalau tak aku nak pengsan dulu.

“Alalalala baby saya ni terasa ke?
Mianhaeyo aegi-ya~” Jungkook menekup pipi aku dan di dongakkan memandang nya. Bibirku dikucup sekali lagi.

Aku menjeling Jungkook, boleh tanya aku ni terasa ke? Wajahku dimonyokkan.

“Tak payah nak baby baby sangat lah. Dah buat orang terasa tahu pula nak pujuk.” Aku sedut mukus yang mahu keluar. Jungkook ketawa kecil dan bibirku dikucup lagi.

“Sayang ni saya cakap salah sikit, bergurau sikit awak terasa,merajuk. Awak okay ke tak?” Ibu jarinya mengusap pipi tembam aku.
Aku memberi dia gelengan tanda aku tak okay.

“Tak okay, awak boleh tanya lagi?” Bidasku geram. Aku pandang dia panas dengan pipi masih ditekup oleh Jungkook.

Jungkook mengusap saki baki air mata yang berada di tepi mata dan pipi. Pipi aku yang pastinya merah kerana sejuk dikucup-kucup oleh Jungkook.

Haih sayang ni, Jungkook monolog dalam hati.

“Berhenti menangis okay? Kita balik rumah. Lama-lama dekat luar ni nanti sayang sakit. Malam nanti nak dinner dengan Seokjin dengan yang lain. Nanti saya kena cuci
dengan Seokjin sebab buat adik manja dia
ni sakit.” Jungkook mengusap rambut perang aku. Sempat pipi aku dicubit sedikit.

Baru aku nak keluar dari kot tebal nya Jungkook menarik aku semula. Menenggelamkan aku disebalik tubuh kekarnya.

“Peluk saya kuat-kuat nanti awak sejuk.” Arah Jungkook. Aku dengan sukanya memeluk pinggang dia kuat. Kami mula melangkah untuk keluar dari bangunan ini.

Aku memberhentikan langkah jadi Jungkook juga berhenti. Dia pandang aku pelik. Kenapa?

“Kejap-kejap.” Ujar aku sambil membetulkan kedudukan aku. Jungkook toleh memandang aku yang berada di bahagian kanannya.

“Kenapa? Kaki sayang kebas?” Suaranya seakan risau itu mengusik hati kecil aku. Kepala digelengkan berserta bibir tersungging sebuah senyuman.

“Nak muah muah!”

Tangan aku menekup rahangnya. Sempat memberikan senyuman manis kepada Jungkook dan bibirnya disambar olehku.

Pinggang aku dipeluknya sebab aku
berjengket ingin menyamai bibirnya. Kini tanganku merangkul leher Jungkook apabila Jungkook membalas ciuman aku.

Bye-bye nak cium-cium ni! Jangan ngendap!


🌼TO BE CONTINUE 🌼
💜2613 WORDS💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro