
029
JLE : 029❤️
CHAPTER : NEW COUPLE + BILIK KULIAH 3❤️
+++
PERINGATAN!
🔥🔥🔥
RUGI HA ANDA TAK BACA DAN SCROLL
SAMPAI HABIH.
ADA KEJUTAN!
APPETITE FOR YOU ALL.
And silent readers please vote okay?
++++
Secawan latte panas terletak diatas meja
tepat antara Cha Eunbyul dan Jeon Jungkook. Jungkook menjatuhkan pandangan pada secawan latte panas tersebut. Eunbyul merenung wajah Jungkook. Geramnya nak
sedut pipi tu!
Baguslaj sorang nak gigit pipi sorang lagi nak sedut pipi.
Tanpa membuang masa Eunbyul mencapai telinga cawan dan bibir merah jambu merekah nya bertemu dengan bibir cawan putih tersebut. Sempat menghidu aroma kopi susu tersebut sebelum menghirupnya.
Jungkook hanya melihat dengan mata bulat seakan bulan sabit itu. Dia hanya duduk diam memberi ruang untuk gadis itu menikmati minuman caffeine itu.
Sebelah tangan menongkat dagu , ralit merenung gadis kesayangan nya itu. Sebelah lagi mula bermain dengan cincin yang berada di jari manis Eunbyul.
“Kau kena minum banyak tahu? Aku kurang—”
Kata-kata Jungkook dicantas. Eunbyul menolak secawan latte yang sudah separuh kearah Jungkook. “Jeon Jungkook kurang gemar dengan kopi. I know it.” Hidung mancung itu dicuit.
Jungkook mengukir senyum manis. Eii kacak betul, terus hati Eunbyul. Senyum pun dah buat orang cair macam ais terkena cahaya matahari.
Disebabkan meja yang kecil. Jungkook kedepankan badannya sedikit dan mengesat susu di bibir atas Eunbyul menggunakan bibirnya.
Hm, manis.
“Kau tu jangan minum caffeine banyak sangat tak baik untuk kesihatan. Lepas ni kita minum banana uyu je.” Ujar Jungkook, kopi susu tersebut disisip sedikit. Dengan riak wajah tak bersalah selepas mengucup bibir si gadis.
Hm, sedap.
Cha Eunbyul memuncung sedikit bibir bila terdengar perkataan banana uyu. Tahu sajalah minuman kegemaran jejaka itu. Susu pisang. Susu everywhere.
“Alah nak latte love jugak.” Muncung bibir dilakukan.
“Tukar. Banana uyu love pulak. ”
Eunbyul hanya membuat muka pasrah.
Malaslah dia nak perang mulut dengan komander palsu ni. Dia pasti kalah, takdenya
dia nak isytiharkan menang.
“Bukan setakat banana uyu je.
Banana blended, smoothie semua boleh.” Bebel Jungkook. Badan disandarkan pada kerusi. Tangan disilangkan ke dada. Bibir mula mengomel tentang minuman kegemarannya itu.
“Membebel lah awak sorang-sorang. Hidup dengan susu awak tu jangan lupa imagine celup biskut dalam susu tu. ” Secawan latte dihabiskan oleh Eunbyul. Cawan diletakkan atas meja kembali.
Jungkook bukan pasang telinga pun, taknak dengar ayat perlian Eunbyul. Nanti dilayan dia yang merajuk.
Mata hazel milik Eunbyul menangkap dua figura manusia yang masuk dalam cafe yang hanya ada beberapa orang sahaja termasuk mereka berdua. Kelihatan mesra. Tangan jejaka merangkul pinggang ramping gadis tersebut. Gadis itu mengenyitkan mata kepada lelaki itu. Jejaka tersebut mendekatkan bibir pada telinga si gadis seakan berbisik.
Disebabkan kedudukan Eunbyul dan Jungkook yang tersorok sedikit. Menyukarkan penglihatan Eunbyul. Puas Eunbyul menjenguk.
Eo, Mia dengan Jimin?
Mata Eunbyul membulat apabila tanpa segan silu Mia mencium pipi Jimin. Mereka seakan ketawa kecil. Kelihatan mesra seperti merpati dua sejoli. Tangan Jungkook yang diatas meja disentuh dan ditepuk sedikit kuat.
“Jungkook.” Panggil Eunbyul dengan nada cemas, Jungkook memberi tumpuan kepada Eunbyul. Gerak bibirnya bergerak perkataan 'kenapa?' dia pula yang risau.
“Jeogibwa.. tu Jimin dengan Mia.. kan?”
Tunjuk Eunbyul. Jungkook menoleh sedikit kebelakang. Matanya sedaya upaya dikecilkan.
“Betul lah. Eo..?” Jungkook menoleh kearah Eunbyul semula bila Jimin dan Mia keluar dari cafeteria sambil berpegangan tangan.
Jungkook seakan terkejut. Sejak bila si jimbit Tu dengan adik Taehyung? Enggak ngobrol sama dia ni! Jungkook mengerutkan kening. Dia pula lihat berfikir.
Ke.. dia sorang tak tahu? Mustahil Taehyung tak tahu dan mustahil juga Kim Namjoon dan Kim Seokjin tak tahu. Adik bongsu tu!
Dasar keluarga Kim yang pening!
Eunbyul pula pelik lihat reaksi kekasihnya dia ingatkan Jungkook tahu. Rupanya tak tahu. Itulah sibuk dengan dunia cinta.
“Awak tak tahu?”
“My eyes has been locking to you. Macam mana nak tahu? Bangun pagi tengok sayang, keluar bilik air nampak sayang, pergi dapur nampak sayang, duduk ruang tamu dengan sayang, everytime dengan sayang. Tidur dengan sayang. Angaunya dengan sayang. Macam orang baru bercinta.” Tangan Eunbyul yang masih diatas tangannya mula dipaut dan diselitkan jarinya antara celahan jemari Eunbyul. Dibawa tangan itu ke belahan bibir dan dikucup lima kali.
“Ni bibir ni memang selalu manis. Puas lah saya nak normal kan balik degup jantung saya yang hampir tak terkawal selalu.” Bibir bawah Jungkook dicubit manja. Jungkook mengerutkan hidung dengan comelnya.
“Pastu manis macam ni.” Sisi kepala Eunbyul dicapai dan Jungkook mendekatkan wajahnya, mengacah yang dia akan menggomol Eunbyul tetapi akhirnya tewas acah-acah kononya tapi digomol juga pipi tembam Eunbyul selepas itu Eunbyul ingat sudah selesai tetapi sebaliknya Jungkook menyerabutkan rambut panjang mengurai milik Eunbyul.
Membuntang mata Eunbyul.
Eunbyul menepuk-nepuk lengan Jungkook. Rambut sudah serabai disebabkan oleh perbuatan Jebon.
“Jungkook rambut saya! Lepaskan!” Ronta Eunbyul. Dia perlahankan suaranya. Jungkook hanya buat pekak.
“Jom wrestling nak?” Soal Eunbyul yang memanah tajam anak mata Jungkook. Tangan dah siap sedia genggam lengan Jungkook.
“Jom dekat bilik kuliah 3.
Kau top harini. Aku bottom. We’re going wild on afternoon again! ” Wajah nakal ditayangkan. Jungkook sudah pasang senyum sinis.
Eunbyul yang faham ayat tak berasas Jungkook terus mengetap bibir.
Nak kena back flip Jebon ni.
🌼🌼🌼🌼
Sebuah kereta Hyundai Palisade memasuki perkarangan university. Kereta di pakir tempat pakir khas pelawat. Bibir si pemandu tidak berhenti mengomel sejak ditahan oleh pengawal keselamatan di depan pintu masuk Seoul University itu.
Selepas kereta di kunci si jejaka berwajahkan dingin beku itu mula berjalan dengan laju sambil tangan diseluk dalam poket seluar.
“Nak masuk sebagai pelawat pun kena
tahan. Berani tahan Mr.Pilot macam aku.
Ini Min Yoongi lah.” Yoongi berdengus kasar. Dengan wajah singanya dia menonong jalan.
Walaupun mahasiswa sudah pelik kenapa seorang pilot tiba-tiba masuk ke dalam university tetapi tetap kagum kerana pilot tersebut sangat kacak!
“Dah sah dah aku pakai baju pilot ni haa ada
ke kata aku ni Pak guard yang datang lambat? Eiii?!” Nafas yang tak teratur dikawalnya. Nanti tak pasal-pasal terbakar university ni nanti.
Tangan yang ingin meraup rambut terhenti. “Yang aku pakai topi pilot ni kenapa?!” Makin sakit kepala dia dibuatnya. Namun topi khas bagi pilot itu tidak langsung ditanggalnya.
Telefon bimbit yang bergetar dikeluarkan dari poket seluar. Siapa yang kacau ni?
Terpapar Nama Seokjin di skrin telefon.
Mesej tersebut dibuka.
“Yoongi-yaa hyung dengan Joon lambat sikit.
Kau pergi terus dekat pondok Orkid tau? Taehyung dengan yang lain dah tunggu dekat situ. Kau tak pakai baju pilot Kan? Sebab aku takut ada aduan Yang pilot beku masuk university. Annyeong! Jangan maki aku dengan Joon!”
Yoongi mengetap bibir. Tidak mengapa dia cuba bersabar. Sabar, kau kan kacak, baik pastu swag! Sabar—
“Yaish! Seokjin dengan Namjoon ni pun
lembab betul! Argh aku stress sesat!” Mama suara Yoongi bergema sekitar koridor. Nasib yang baik tiada mahasiswa lalu lalang.
Dia teruskan berjalan sehinggalah di astaka.
Dia duduk diatas kerusi batu berdekatan astaka.
“Budak-budak ni pun aku suruh sambut aku dekat astaka ni bukannya nak jemput. Ei ingat aku ni ingat sangat ke selok belok university besar gedabak ni?” Bebel Yoongi tak sudah.
Jeon Jungrien yang berjalan sekitar astaka ingin pergi ke mesin air terhenti apabila melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya. Dia dekatkan diri dengan keberadaan figura berpakaian pilot tersebut. Lengkap bertali leher dan berkot hitam bersama jalur warna kuning terang di lengan kanan dan kiri.
“Eo, Yoongi? Dia buat apa datang sini dengan baju kerjanya.” Jungrien bingung tetapi dia tetap mendekati dari arah belakang. Jelas didengari Yoongi membebel. Jungrien senyum sendiri.
“Pft, kyeopta.” Bibir ditutup apabila ingin mengeluarkan tawa. Dia berdehem sedikit dan berdiri dihadapan Yoongi.
“Yah, Yoongi-ssi buat apa dekat sini?” Bahu Yoongi ditepuk . Yoongi memalingkan wajah kearah Jungrien. Matanya membulat saat melihat wajah ayu berseri Jungrien dihadapannya.
“Siapa...Oh—Jungrien.. er.. ” Tetiba gagap pula Yoongi. Saliva ditelan kelat. Entah kenapa dia gugup. Jantung yang berdegup laju mengacau jiwa dan raganya.
Senyuman yang lembut dihadiahkan. “Ya saya ni Rien. Saya tanya dekat awak. Encik Pilot buat apa dekat sini? Membebel sorang-sorang. Awak okay ke?”
Yoongi terpaku namun terus dia melarikan anak mata , nampak sangat yang dia sedang gugup. Berhadapan dengan crush sejak sekolah mana dia tidak gugup?
Bibir terbuka sedia menjawab tetapi dia tetiba mahu tergagap.
Jangan gagap lah bodoh! Monolog Yoongi. Menegaskan diri supaya tidak tersangkut seperti tali pancing tersekat di ranting.
Hehem! Yoongi berdehem sedikit.
“Nak lunch dengan yang lain dekat pondok
mana tah.” Jawab Yoongi dengan lagak tenang. Anak mata bertembung dengan Jungrien. Dengan debarnya dia terus membalas pandangan sang pemilik mata hazel itu.
“Pondok Orkid tu rupanya. Iya? Makanan?” Soal Jungrien. Sebenarnya dia turut gugup. Gugup dengan renungan mata hitam Yoongi. Mana mungkin dia kuat dengan jejaka yang diminatinya secara diam selama ini. Kenapa dia perlu suka lelaki dingin beku seperti ini?
“Seokjin. Seokjin hyung bawakan.”
Jungrien mengangguk. Tali tas tangan digenggam erat bila terlihat senyuman manis Yoongi. Kalah gula perang yang berada dirumahnya.
“Awak tahu tak mana pondok Orkid tu?”
“Tak tahu, sebenarnya Seokjin hyung dengan Namjoon suruh tunggu diorang tahu mana pondok tu tapi diorang datang lambat pula jadi sa—aku tak tahu mana pondok Tu. Sesat.” Terasa malu Yoongi mula membasahkan bibir dan menggaru belakang leher.
Ya Tuhan!
Comelnya kelakuan jejaka ini!
“Saya bawakkan. Jom ikut saya.” Pelawa Jungrien. Yoongi menggeleng, dia sanggup paksa adik-adik palsu nya itu ambilnya.
“Tapi aw—kau tak ada kelas? Kacau pula.” Sedaya upaya menolak. Jungrien pula menggeleng. Dia mencapai lengan kot Yoongi. Yoongi menjatuhkan pandangan kearah tangan gadis tersebut.
Memang dia tak basuh baju ni.
“Tak ada. Saya tak ada kelas harini, saya datang nak jumpa pensyarah je. Jomlah saya jadi tour university guide untuk awak.” Lembut sahaja nada Jungrien. Jungrien beri senyuman dan menarik Yoongi supaya bangun.
Yoongi masih terkedu. Lengan jejaka itu dipaut apabila Yoongi enggan mengikut langkahnya. Yoongi masih membatu. Jungrien mula sedar akan silapnya.
“Awak tak selesa? Oh sorry.” Jungrien lepaskan lengan Yoongi.
“Anniya.. pautlah. Aku tak kisah asalkan
kau jangan lepaskan sebelum sampai dekat pondok Orkid. Aku percaya kau. ” Tangan Jungrien diambil semula dan dipautkan pada lengan kanannya.
Jeon Jungrien menatap anak mata Yoongi. Makin cair dirinya dengan renungan lembut yang mampu menggugurkan jantungnya.
Jungrien, this is your chance!
Akhirnya Yoongi sendiri membenarkan. Membiarkan lengannya dipaut oleh Jungrien.
“Khaja Min Yoongi!~”
🌼TO BE CONTINUE 🌼
❤️1648 WORDS❤️
“Semoga tidak cair.”
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro