Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

023 [little edit]

JLE ; 023❤️
Chapter ; Angry + Nakal❤️

🌹🌹🌹

Tergesa-gesa dalam keadaan yang amarah menggunung. Jeon Jungkook keluar daripada kereta Audi hitam pekatnya. Pintu kereta ditutup sekuat hati.  Amarah yang menghimpit dada berlawan dengan rasa sesak yang menghimpit diri apabila teringatkan kejadian yang menimpa Eunbyul.

Laju derap langkahnya bertemu dengan lantai marmar itu. Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Wajahnya setegang-tegangnya.

Pembantu rumah mula terpinga-pinga memandang hentakan kaki yang masuk kedalam rumah. Nampak sahaja wajah Tuan muda mereka yang sememangnya jarang membekalkan senyuman apabila di rumah ini mereka kecut perut kerana wajah itu kelihatan lebih dingin daripada biasa.

Urat-urat hijau timbul dileher dan tangan kekarnya. Ruang tamu yang riuh dengan ruang sembang antara adik beradik Encik Jeon yang berhimpun meluangkan masa tidak dihiraukan.

“ Jeon Jungkook— ”

Baru sahaja ayah saudaranya ingin menegur tetapi ditahan oleh Encik Jeon sendiri dia menggeleng kepala perlahan dan mengeluh pendek.

Tahu sahaja apa yang dicari Jungkook semestinya ibu kandungnya itu. Apalah lagi yang ibunya itu buat kepada Jungkook.

Haih..

Yang berada dalam ruangan itu berkerut pelik. Ibu Jungkook sudah beriak risau. Encik Jeon mempunyai empat adik beradik. Pertama dia, kedua, perempuan iaitu ibu Nahee, ketiga lelaki dan keempat perempuan.

Ji Nahee turut berada disitu sudah resah seresahnya—sungguh Ku merasa resah—eh! apabila melihat wajah tegang Jungkook. Tangan diramas-ramas pada seluarnya. Peluh dingin mula membasahi dahi.

Habislah dia jika Jungkook memberitahu ayahnya yang dia hampir menjadi pembunuh sebentar tadi. Mahu dia dimarahi teruk. Nahee menggigit bibir kuat.

Resah bukan kepalang.

Jungkook mengangkat separuh tangannya tanpa memandang pembantu rumah yang terkocoh-kocoh menunduk hormat kepadanya dan figura itu melangkah dengan laju kearah tangga.

Terkelip-kelip mata mereka semua yang berada di ruangan tersebut. Jeon Jungkook yang selalu beriak wajah kosong kini dihurung api kemarahan.

Di dalam bilik yang serupa pejabat yang moden, Puan besar Jeon iaitu halmeoni Jungkook duduk atas kerusi kerja yang empuk menghadap satu dokumen. Seorang berdiri hormat dihadapan wanita itu. Ditangannya memegang satu tablet.

“ Bohwa macam mana dengan syarikat? Junghyun uruskan dengan baik? ” Puan besar Jeon membelek dokumen tentang saham syarikat Edward Holding. Nama cucu pertamanya disebut. Jeon Junghyun abang kepada Jungkook.

“ Ya sajangnim, semuanya terkawal. ”

“ Kalau macam Tu, sampaikan pesanan saya dekat Junghyun yang esok saya nak lunch dengan dia ya. ”  Dokumen itu diletakkan atas meja. Senyumnya tidak lekang, gembira kerana saham Edward Holding meningkat! Tidak sia-sia dia melantik cucunya itu supaya menjadi Co-Ceo Edward Holding.

Si nenek ini rupawan orangnya tetapi dia seorang yang mengongkong sebenarnya.

Wajah cantik yang terselindung pelbagai perkara.

“ Harini awak boleh balik awal. Saya nak luangkan masa dengan keluarga saya. ” Arahan diberikan.

Bohwa menunduk hormat dan mengatur langkah.

Baru sahaja pembantu peribadi halmeoni nya keluar daripada bilik tersebut. Jungkook terus meluru masuk tanpa menoleh sedikit kepada wanita yang berselisih degannya itu.

Pintu bilik itu ditutup kasar oleh Jungkook. Selak kunci diturunkan.

Dia mahu berbincang dengan neneknya itu.

“Halmeoni!” Suara garau Jungkook menyentakkan Puan besar Jeon yang baru ingin menulis sesuatu pada kertas yang terisi maklumat tentang projek baharu syarikat.

Puan besar Jeon ataupun Jeon Hyesun mengurut dada akibat terkejut. Wajah cucunya itu dilihat. Berkerut dahi melihat Jungkook meluru ke arahnya. Apa pasal budak ni?

“Apa halmeoni tak puas hati dengan Jungkook?!” Tangan sudah digenggam menjadi sebuku penumbuk namun riak wajahnya kelihatan dingin sedinginnya.

“Apa cucu nenek cakapkan ni? ” Jeon Hyesun tergelak sinis dihujung ayat. Dia tidak tahu tahap mana baran cucunya ini.  Belakang badan disandar selesa pada kerusi empuk itu.

Jungkook mengetap gigi sehingga bunyi geseran gigi terhasil. “Halmeoni ingat bila gunakan Nahee untuk serang Eunbyul Tu berguna?” Jungkook merendahkan nada suara, sedaya upaya ingin mengawal amarahnya.

Puan besar Jeon mulai faham, dia hanya senyum. Wajah kacak cucunya yang memerah ditenung. Dapat dia lihat betapa marahnya cucunya sekarang.

Kamu terlampau sayang ya pada Eunbyul?

Jungkook menolak tepi pipi apabila melihat senyuman sang nenek. Tersenyum? “Jungkook banyak kali makan hati dengan halmeoni. Tapi Jungkook diam. Sekarang Jungkook betul-betul tak percayakan halmeoni. ”

Puan besar Jeon hanya diam melihat amarah Jungkook. Bukan salah dia, dia cuma memprovok Nahee sahaja yang buatnya Nahee.

“Jungkook dah besar. 20 tahun. Kook mampu fikir dengan waras. Kook mampu halmeoni!” Meja kerja Jeon Hyesun di tumbuk geram. Lagi sekali dia terkejut dengan suara jantan Jungkook.

Puan besar Jeon, Jeon Hyesun menarik nafasnya. “Halmeoni buat apa yang termampu untuk Jungkook.”

Jungkook tergelak sarkastik. “Halmeoni hampir buat Jungkook bunuh diri kalau Eunbyul mati tadi!” Jerkah Jungkook. Terhinjut bahu orang tua itu. “Jungkook! Rendahkah suara kamu.” Arah Jeon Hyesun sambil memegang dada.

Jungkook mengalihkan pandangan apabila air matanya bergenang. “Jungkook bukan seperti hyung yang mampu ikut telunjuk halmeoni. Kook.. bukan macam Tu.” Rendah sahaja nada Jungkook. Dia sebak mengingati kisah abangnya. 

“Halmeoni ingat Junghyun hyung suka bila dia dipaksa tinggalkan teman wanita dia supaya ikut cakap nenek yang kononnya sakit waktu Tu. ” Perlian diselitkan.

“Jungkook! ” Jeon Hyesun meninggikan suara, macam mana cucunya ini tahu!

Jungkook pula tergelak sinis.

“Kook tahu perasaan hyung macam mana tapi dia terlampau hormatkan halmeoni sehingga sanggup korbankan apa yang dia sayang.”

“ Jungkook minta diri. ”

Jungkook memboloskan diri keluar daripada bilik itu. Malas dia nak hadap wajah neneknya itu.

Setibanya Jungkook turun daripada tangga dia terpandang kan Nahee terus dia meluru kearah Nahee yang bergelak tawa dengan jenaka yang dilakukan oleh adik ayahnya, Jeon Junghae.

Kolar baju Nahee dijerut dengan tangannya. Berangnya tadi tidak reda mula menggelodak apabila melihat gelak tawa perempuan itu. Jelas sangat yang tiada riak bersalah di wajah cantik itu.

“Aku dah cakap, jangan sentuh dia! Kau nak mampus ke?!” Cengkaman dieratkan. Wajah Nahee bertukar pucat!

“Jungkook! Crazy?!” Nahee menepuk-nepuk lengan kekar Jungkook.

Keadaan ruang tamu mula kecoh. Jeon Junghae ibu kepada Nahee menarik tangan Jungkook. “Lepaskan Nahee!” Bentaknya.

Ayah Nahee pula menarik bahu Jungkook. “Jungkook kenapa dengan kamu ni! ” Risau dia melihat keadaan ini.

“ Pak ngah! Anak pakngah ni hampir jadi pembunuh! She's almost be a killer!” Jerkah Jungkook kuat sehingga bergema ruang tamu itu. Semua terdiam.

Ibu Nahee sudah terduduk. Tangannya menekup mulut.

“ Apa Jungkook cakapkan ni? ” Kini Encik Jeon iaitu ayah Jungkook pula menyoal.

Jungkook mengendahkan soalan itu kemudian menarik kasar lengan Nahee.

“Ikut aku.”

Cengkaman lengan dilepaskan kasar apabila tiba di luar rumah. Nahee meringis sakit apabila pergelangan tangan nya sudah lebam.
Aduh,sakit!

“Kau boleh mengadu dekat halmeoni. Kau boleh berkomplot dengan halmeoni tapi ingat. Sampai bila-bila aku takkan berpaling pada kau.” Jari telunjuk dihalakan pada wajah Nahee. Memberi peringatan.

“ I.. I.. cuma— ”

“Kau tak kenal Eunbyul. Kau boleh cakap macam-macam. Tapi aku ni yang bersama dengan dia, I know everything about her. ” Jungkook mula sebak memikirkan keadaan Eunbyul.

Nahee terlonggo, baru dia sedar. Betapa besarnya cinta lelaki ini terhadap Eunbyul. Sangat besar. “Walaupu apapun yang terjadi even Eunbyul tinggal kan aku disebabkan satu perkara. For a goddess sake, I'm not facing at you. Aku tak akan pilih kau.”

“Aku rela mati daripada kahwin dengan orang lain. Ingat tu.” Sambung Jungkook lagi. Air mata Nahee menitik mendengar pengakuan Jungkook.

Selama dia berada di University sama dengan Jungkook, dia tidak pernah menyenangkan Jungkook. Dia mendekatkan diri dengan Jungkook sehingga dia sanggup membuli pelajar-pelajar university yang berani hantar Surat cinta kepada Jungkook. Ah.. gilanya dia.

Nahee merenung wajah Jungkook, teringat kejadian tadi. Jerkahan Jungkook dengar hingga ke bawah.

“Tetapi.. Jangan berani hilang hormat kepada halmeoni! She's old! You should understand her! She's love you! Dia nenek Kita Jungkook! Jangan kurang ajar dengan dia. ” Masih membela Jeon Hyesun.

Jungkook tergelak sinis. Apa hormat? “Halmeoni? Hormat?” Jungkook menggeleng.

“Hormat aku terhadap dia dah lupus bila orang lain juga dia tidak mampu hormat.”

Selepas melepaskan kata-kata tersebut Jungkook berlalu pergi meninggalkan Nahee yang berdiri tegak atas rumput hijau itu.

🌼🌼🌼


   Celik sahaja mata hanya aku sahaja yang berada diatas katil hospital. Leher yang terasa gatal digaru dengan wajah yang mamai. Segenap ruangan bilik kesihatan dipandang. Nampaknya hanya aku sorang tiada pesakit lain.

Tiada lagi berbantalkan peha Park Jimin, jemari di dalam tautan hangat Kim Taehyung, kaki yang dimanja-manja oleh Min Yoongi dan bebelan Kim Seokjin.

Sebet muka aku ketika ini. Tangan yang berbalut cuba digerakkan namun sakitnya sehingga ketulang belakang!

Sakit.. tiada orang nak temankan ke?

Jungkook mana?

Hm, aku tidur lama sangat ke?

Eunbyul mencebik, dia kembali memejamkan mata. Mana Mia,Daniel dengan Jungrien.. taknak lawat aku ke?

Tidak lama kemudian aku dapat dengar pintu bilik kesihatan dibuka. Mungkin doktor yang bertugas?

Derap langkah makin menghampiri. Aku celikkan mata apabila terasa ada seseorang berdiri ditepi katil.

Chakkk!!

Wajah Jungkook menghiasi segenap kornea mata. Sebuah kucupan hangat singgah di hidungku dan senyuman yang manis.

Eh Jungkook ni janganlah buat saya geram!

“Kook saya.” Tangan Jungkook dicapai dan ditarik lembut supaya duduk atas birai katil. Aku hanya mampu baring. Kesan tikaman yang masih basah dengan darah menghalang pergerakan. Aku mencium tangan Jungkook penuh kasih.

Tangan dimainkan ke serata wajah Jungkook. Bibir yang terbentuk cantik itu menunjukkan segaris senyuman apabila jariku menyucuk lubang hidungnya. “Main dekat lubang hidung. Aku hembus nanti.” Ugut Jungkook yang acah-acah nak hembus. Cepat-cepat larikan tangan. Sebuah sengihan diberikan.

“Awak pergi mana? Saya sedar tidur tengok semua dah takde dengan saya. Awak pun.” Wajah Jungkook dipandang, dia membelai rambut panjang mengurai aku.

“Diorang ada hal. Aku.. balik rumah appa sekejap.”Senyuman nipis diberikan kepadaku.

Balik rumah? Setahunya dia jarang balik ke sana. Dia merenung raut wajah Jungkook. Nampak sugul. Ah, mesti berkaitan dengan halmeoni.

Macam mana tahu? Nahee Ada sebut yang halmeoni mereka yang rancang semua ini.

“Urm okay. ”Malas mahu berlama dengan topik itu, Jungkook menukar topik. “ Kau dah makan?” Tangan kanan aku yang berbalut dipandang lama.

Eunbyul mengeluh. Tangan Jungkook dicapai. “Kook.. awak tak bergaduh dengan halmeoni kan?” Diusap lembut tangan itu. Nanti tak pasal-pasal melenting.

Jungkook mengeluh panjang. “Sayang.. can we ignore the topic? I'm exhausted about that.”

Eunbyul mengerdipkan mata. “I'm sorry..” Jungkook hanya tersenyum lalu menggeleng. Haih Eunbyul,kenapa comel sangat ni?

“Minggu depan university buat karnival.”

Aku menepuk suka! Karnival! Sukanya!

“Iya? Tak sabarnya.” Tangan diletakkan ke pipi. Membayangkan suasana Yang meriah tambah pula sambut dengan kekasih tercinta.

Awww sweet!

“Kenapa gembira sangat ni?”

“Sebab saya dapat sambut dengan cinta saya hehe.” Aku tersengih malu. Jungkook menghadiahkan sekucup ciuman di bibir pucat aku.

Sekejap nya, nak lagi😂

“Lagi satu, professor cakap, tarikh pusingan kedua ditunda lagi sebulan sebab kecederaan kau. Prof Sunmi suruh tarik diri sebab keadaan kau tapi pihak atasan cakap dia taknak bazirkan bakat kau.” Jungkook mengalihkan rambut depannya kebelakang. Dahi yang menonjol itu ditenung tak lepas.

Aku hanya mengangguk, ada juga orang yang kasihankan aku. Sob sob..

“Sayang, kita balik? Mandi. Nak petang dah ni. Aku dah janji nak tengok yang lain practice.” Jungkook menepuk lenganku. Aku menaikkan kening mendengar perkataan mandi.
“Rumah siapa nak mandi tu?” Soalku nakal.

“Nakal eh” Jungkook menarik hidungku. Aku hanya mengaduh sakit. Kasar pula dia ni!

Jungkook merenungku tak lepas dengan tatapan mata sukar ditafsir.  “Tidur hotel nak?” Jungkook memegang pinggangku.

“Jungkook!” Berkerut dahiku menahan malu.

Jungkook gelak kecil. Such a sexy boy!
“Kita balik rumah kau. Aku duduk sana dalam seminggu.”Jungkook menggaru kening.

Sudut bibir sudah melengkung ke bawah, aku mencebik. “Duduk terus tak boleh ke?”Iyalah, dia duduk dengan Hoseok, Taehyung dan Jimin... Tak salah kan? “Tak padan dengan sakit kau ni.” Jeling Jungkook.

“Kita balik dulu okay?”Soal Jungkook lagi, aku mengangguk patuh. “Sini nak sayang sikit.” Jungkook menurunkan sikit badannya dan menarik leherku. Hidung kami berlaga sebelum bibirku dicium lembut.

Lehernya dipeluk longgar, aku menggigit bibirnya. Auchh nak nakal²! Arrr!!!

Jungkook membalas dengan ciuman ganas. Hah ambik! Nak nakal sangatkan. Dada Jungkook ditepuk-tepuk. Jungkook lepaskan ciuman, dia satukan dahi kami. Bibir masing² dibasahi liur sama sendiri.

“ Nak nakal sangat. ” Ibu jari Jungkook mengusap bibir bawahku. Sempat aku berikan sebuah kucupan di bibir Jungkook.

“Hehem!”

Deheman suara garau menyentakkan kami yang sedang berasmara polos-polos. Masing² menoleh kearah kanan.

“Uncle Kim!”

“Beromen budak dua orang ni.”

××××
🌹1928 words🌹

Special touch by Ochi kurochi!❤️

Auch dadamu menjadi tontonan umum!
😝😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro