Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

022

JLE ; 022❤️
CHAPTER ; Dijaga bak puteri + Ibu saudara?❤️

+++++

Suasana hening menambat perasaan

gusar tiga gadis yang berteleku di atas sofa. Seorang wanita berumur yang lengkap dengan pakaian elegen nya menatap tajam tiga tubuh genit yang menunduk. Tidak berani ingin membalas tatapan si helang seperti kelaparan.

Buku rekod disiplin yang berada di tangan dihempas kuat ke meja berunsurkan kayu itu.

Bunyi yang kuat menghinjutkan bahu mereka bertiga. Tidak mengeluarkan suara pun tiga pelajar ini sudah terketar-ketar tangan.

Sudah buat masalah, hadaplah singa betina ini.

“ Kamu ingat keluarga kamu dari orang berada kamu boleh sesuka hati melanggar peraturan university? ” Nada suara ditahan. Paling tak gemar dia dengan segelintir sikap pelajar sekarang.

Nahee, Emylia dan Seulha hanya diam tak berkutik. Dalam hati sudah sumpah seranah kerana berita mengenai mereka berdesup ke telinga perempuan tua garang ini.

Kecut perut tidak terkata.

Sepanjang tahun ini baru dua orang yang naik ke bilik ini. Kalini ditambah lagi tiga orang. Selalunya akan ada paling rare pun 3 orang setahun ini sudah 5 orang.

Memang benganglah Puan Ko Hwasun itu.

Anak mata menikam tidak lepas tiga pelajar ini.

“ Ji Nahee , Yoo Seulha dan Emylia Joo jawab soalan saya! ”  Tapak tangan menghempap meja kayu pula.

Tiga sekawan itu hanya meneleku diam. Angguk tak, geleng tak.

“ Kalau apa-apa terjadi kepada Cha Eunbyul nahas kamu bertiga. Dia cedera dengan tikaman pisau sedalam 4 centimeter! ” Keras nadanya. Membukit rasa risaunya apabila kecederaan Eunbyul sampai ke telinganya.

Risau bukan kepalang dengan anak kecil itu.

Ko Hwasun, ibu saudara Cha Eunbyul tetapi
hal ini tidak diketahui Eunbyul kerana dia jarang berjumpa dengan ibu saudaranya ini. Orang kata, Jauh namun dekat dihati.

Jujur, dia terkesan dengan pemergian ibu bapa dua beradik itu. Eunwoo dan Eunbyul. Mereka tiada sesiapa melainkan keluarga Uncle Kim.

Takut bila munculkan diri, Eunbyul kekok berada di university itu jadi biarlah dia membantu dalam diam. Masih segar ingatannya sewaktu adik beradik Eun itu kecil.

“ Kenapa professor dekat sini bela sangat
Cha Eunbyul tu? Ish! Apalah sangat dengan pelajar biasiswa macam dia. ” Dengus Nahee.

Takut-takut tapi melawan.

Soalan Nahee tidak dijawab. “ Awak nak saya blacklist kan nama awak? Kalau begitu jangan haraplah awak nak sambung pelajaran awak ke university lain. ”

Nahee sudah mengetap bibir.

“ Bila saya cakap tu ikut. Bukan lawan balik. ” Makin tegas nada suaranya.

“Tidak kiralah kamu ni kaya atau tidak. Peraturan tetap peraturan. Kau ingat senang ke nak masuk ke sini? ” Bibir yang tercalit gincu merah itu berdecit.

Seulha dan Emylia hanya senyap. Jika membuka mulut lagi parah dihentam kata-kata menusuk sembilu.

“ Beribu-beribu pelajar mahu masuk ke sini tetapi tak berjaya. Kamu bertiga ni berjaya masuk ke sini. Bila sudah masuk ke sini jangan berani buat masalah bahkan kalau buat juga jangan sampai ke telinga saya. ” Puan Ko mencapai kembali rekod disiplin. Matanya mengerling Ji Nahee yang bermasam muka.

“ Ji Nahee, Nama kamu sentiasa naik ke
telinga saya. Saya juga simpan ya video yang kamu buat kepada pelajar university. ” Sinis Puan Ko. “ Awak ingat saya diam-diam saya tak tahu? ”

Kalut Nahee memandang Puan Ko yang tersengih sinis. Bibir digigit kuat sehingga terasa cecair merah pekat.

Habislah dia jika video itu tersebar.
Mahu dihukumnya dengan ayahnya yang tahap singa jantan.

“ Buat masalah dalam university aku yang
kena jawabnya aku bukan kau orang. ” Dengus Puan Ko.

“ Ju.. Ju..seonghamnida ssaem. ”

“ Sudah keluar. Jangan sampai nama kamu semua sampai ke telinga saya lagi. ” Puan Ko menghalau.

Lambat-lambat mereka ingin bangun.
Kaki masih terketar-ketar.

Puan Ko yang membelek kuku itu memandang pelajar ini yang masih statik. “ Cepatlah! Tergedek-gedek apa lagi dekat
sini? Nak suruh aku korang cuci tandas ke?! ”

Sejurus pintu ditutup. Puan Ko mencapai telefon bimbit nya. Jari runcing itu menekan-nekan skrin.

“ Aku nak gelek pun tak senang! Huh! ”

Aplikasi TikTok dibuka kembali.

Entah apaaaa yang merasukimu~

🌼🌼🌼

“ Are you okay baby? ”

Soalan dari Yoongi menggamit perhatian nya yang berbaring atas katil klinik university. Tangan yang dicucuk IV drip diusap lembut dengan jemari panjang Taehyung yang sedari tadi duduk atas kerusi sebelah kiri.

Ditoleh pula sisi kanan, Jimin duduk di tepi katil sambil melayan telefon.

Tubuh lampai Namjoon dan Seokjin yang berpakaian korporat berada di samping Taehyung. Yoongi dengan pakaian pilot berdiri malas tepi Jimin.

Hoseok? Hilang tanpa jejak.

Suka dengan layanan bak puteri. Jejaka-jejaka mengelilinginya. Ah indahnya dunia!

“Eunbyul okay . Tak perlulah sampai Seokjin, Namjoon dengan Yoongi datang sekali.
Eunbyul bukan patah kaki. Tangan je retak. Sikit je ” Cebik Eunbyul. Bahkan abang nya yang bedebah itu tidak datang kerana Eunwoo terpaksa pergi Ilsan untuk hal syarikat.

Membulat mata Seokjin. Hidung mancung Eunbyul ditarik sedikit. “ Ingat retak tu tak teruk ke? Meh sikit nak test sakit ke tak. ” Tangan Jin mula menekan tempat retakan tulang.

“ Aww sakit. ” Berdesis sakit. Bibir digigit sedikit. “ Sikit sangat. ” Perli Seokjin.

Namjoon menggeleng, Jin .. Jin kalau tak membebel Tu tak sah! Namjoon mengelap sedikit air mata yang melimpah sedikit.

“ Abang Tua nya pun nak gurau tu agak-agaklah. ” Perli Jimin. Tempat retakan itu diusap lembut. Seokjin hanya menjeling.
Alah aku pula kena!

Eunbyul senang hati, abang Jimin layan!

“ Bahu Byul okay tak? Kena tikam tu bukan kena cubit. ” Soal Namjoon pula.

“ Byul okaylah, sempat tau Eunbyul cium-cium dengan Jungkook sebelum pergi sini. Heheheh ” Kata Eunbyul dengan sengihan. Melekek ketawa Eunbyul apabila melihat wajah menyampah jejaka-jejaka itu.

“ Cium cium! Tahu tak kalau lambat tadi kalau boleh lumpuh tahu! ” Jerkah Seokjin. Tangan dicekakkan ke pinggang.

Geram pula dia!

“ Iyalah! Salah! Sorry! ” Cebik Eunbyul.

Yang lain menggeleng kepala. Aishhh Eunbyul ni.

“ Jungkook mana? ” Soal Eunbyul. Iyalah setahu ya tadi dia elok berada dalam dakapan hangat itu. Sedar-sedar atas katil dengan lima manusia mengerumuninya.

“ Jumpa professor. Nanti sampailah tu. ” Ujar Taehyung yang masih mengusap tumbulan jarum itu. Kesian gadis ini. Eunbyul hanya berdehem.

Dia menilik tangan kanan yang retak.
Hmph, tak comey doh tangan.

Jemari Eunbyul menggamit peha Jimin. Dikuis-kuis lutut itu perlahan.
“ Jimin.. nak riba. ” Pinta Eunbyul. Jimin mula memangku kepala Eunbyul dan diletakkan diatas pehanya.

Pipi gebu Eunbyul dicubit lembut.

“ Tae.. nak tangan.. ” Pinta Eunbyul pada Taehyung. Terus tangan kiri masuk kedalam pegangan tangan besar Taehyung.

Sekali tengok Eunbyul ni dah serupa adik yang bermanja dengan abang-abang.

“ Hoseok— ”Bibir Eunbyul terhenti. “ Dia takde pergi kelas. ” Sampuk Yoongi.

Baru ingin meminta Hoseok untuk picit kakinya yang terasa keras. Eunbyul memuncung melihat kakinya. Yoongi Yang faham terus melabuhkan sedikit punggung di atas katil. Tangan memicit-micit kaki Eunbyul.

Abang Yoon manis!

Jangan pelik, Cha Eunbyul memang manja apabila dengan jejaka-jejaka ini. Dari sekolah rendah bersama. Pada awalnya Eunbyul menyukai Taehyung tapi last-last tersangkut dengan Jungkook. Hm..takdir.

Tapi..  hm..

Jungkook pun kacak. Cukup pakej.

Seokjin menegur Eunbyul yang tak lekang merenung wajah Taehyung yang mengusap lembut tangan kecil Eunbyul. “ Kau nak apa-apa tak? Aku belikan? ” Ujaran Seokjin menarik minatnya. Kepala diangguk perlahan.

“ Ermm aku nak...nak.. aiskrim boleh? ” Senyum Eunbyul. Seokjin mengiyakan bukan selalu layan Eunbyul ni.

Sebelum Jin pergi sempat Eunbyul memanggil Jin. “ Aiskrim unicorn tau bangjin genie yang colourful tu. ”

Seokjin menunjuk kepalanya. Direndahkan badan supaya senang Eunbyul mencapai.
“ Gosok kepala aku dulu. ”Pinta Jin. “ Abang Jin hensem.. hensem. ” Sebut Eunbyul sambil mengusap.

Sejurus Seokjin keluar.
Namjoon pula meminta diri apabila terpandang jam tangan yang melilit di pergelangan tangan.

“ Aku kena ambik anak aku ni. Dadaaa! ” Lambai Namjoon selepas itu hilang disebalik pintu.

Taehyung menilik lengan Eunbyul yang
lebam akibat pijakkan. Halus sahaja lengan itu. Nasib baik tidak patah. Mesti sakit..

Yoongi pula ralit memicit-micit kaki kecil itu. Kasihan bayi besar ini.  Lengan kot hitam pilotnya dan kemeja putih disinsing sedikit. Memudahkan kerja mengurut.

Jimin pula bergumam kecil mendodoikan Eunbyul yang hampir layu di ribanya. Lagu twinkle twinkle little star dipilih. Rambut perang Eunbyul diusap-usap.

Tidak ubah seperti adik dan abang.

“ Nanti aku baham Nahee tu. Berani buat adik kecil kita ni. ” Ujar Taehyung yang masih merenung lengan itu.

“Baham.. ? ” Pelik pula, apa pula nak baham orang ni aihh Tae. “ Tiger is me. Nak gigit bagi tangan putus! ” Dengan rambut hitam yang menutupi dahi, Kim Taehyung sangat kacak. Tidak dapat diragui.

Tangan kiri Eunbyul naik memicit pipi Taehyung. Geram.

“ Eunbyul ok. ” Eunbyul senyum, tenang rasa dalam belaian Jimin. “ Stay strong okay?
Takdir tak semuanya indah. Adakalanya pahit tapi manis terasa selepas itu. ” Yoongi berkata tanpa memandang wajah Eunbyul.

Eunbyul terkelip-kelip mata menghadam ayat Yoongi.

Jimin membuka mulut pula. “ Mungkin sekarang kau dekat bawah tapi percayalah. Plot twist will be winner. Orang jahat memang menang diawal tetapi orang baik sentiasa menjadi yang teratas apabila semuanya dirungkaikan. ”

“ Janji dengan kitaorang. Apa-apa yang terjadi percaya Jungkook dan kami. Everything will be fine. ” Ujar Taehyung pula.

Eunbyul terdiam. Mata menikam kabinet yang tersusun ubat-ubatan.

“ Ada benda yang korang sorokkan ke? ” Duga Eunbyul sarkastik.

Mereka bertiga menggeleng dengan
senyuman nipis.

“ Nothing babe. Cha.. tidur. ” Jimin menepuk-nepuk lengan Eunbyul.
Mendodoikan Eunbyul.

××××
🌹1375 words🌹




❤️COVER BARU!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro