Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

019

JLE ; 019 ❤️
Chapter ; 7 kisses that I already forgot 🕰️

--

Angin sepoi-sepoi bahasa membelai lembut permukaan kulit, rambut juga beralun mengikut rentak angin.

Permandangan sungai Han dipandang tanpa lepas. Ketenangan dapat dirasai.

Kim Taehyung, jejaka itu melabuhkan pandangan pada wajah polos Eunbyul. Sebelah tangan disematkan dalam poket seluar khaki.

“ Woi Eunbyul ”

hm? ” Balas Eunbyul.

“ Kenapa? Dari tadi kau diam. ”

Nothing Tae. ” Eunbyul senyum tawar.

Taehyung hanya mengangguk, tetapi dalam hati hanya menggeleng. Mahu tipu, bukan dengan Kim Taehyung.

“ Pasal Jungkook dengan Seonhwa? ” Teka Taehyung. Wajah si gadis yang terkejut menghiburkan hatinya. Kerana jawapannya benar!

Eotteokhae.. huh ”

Baby byul, pandang Tae. ” Lengan Eunbyul ditahan. Taehyung menikam anak mata hazel

“ Sayang, cinta Jungkook kan? ”

Tipulah jika tidak. Eunbyul mengangguk.

Trust him, Kau mesti tak tahu yang Seonhwa Ahn tu yeonin abang kau. ” Kenyataan yang mengejutkan. Terkelip-kelip mata memahami situasi.

Kemudian dia mengetuk kepalanya.

“ Hilang ingatan ni menyusahkan. ” Dengusnya perlahan. Sekarang dia rasa bersalah dengan Jungkook.

“ Aku perlu ingat semua dengan cepat. ”

“ Jangan terburu-buru. Perlahan-lahan ingat okay? ” Bahu si gadis ditepuk lembut.

Eunbyul memejamkan mata bagi menghilangkan rasa pening akibat terlalu memaksa diri. Tangan besar Taehyung menarik bahu Eunbyul tenggelam dalam pelukan.

Taehyung melabuhkan dagu diatas kepala Eunbyul. Tangan mengusap bahu Eunbyul untuk menenangkan si genit ini.

“ Tae, kita memang rapat? ”

As you can see now. ”

“ Kook dengan aku pernah bertumbuk  gara-gara kau lebih cari aku atau Jimin kalau kau dengan dia bergaduh. ”

Jeongmal? Aku buat apa sampai dia tumbuk kau. ”

Taehyung menggaru batang leher.
Nampaknya dia terlepas cakap.

“ Kau betul-betul nak aku bongkarkan?
Kau yakin tak akan rasa kekok dengan aku nanti? ” Panahan mata itu Eunbyul tatap mencari sesuatu.

Wae.. kita buat sesuatu yang teruk? ”

Taehyung hanya mengatup bibir.
Mengajak Eunbyul duduk atas kerusi yang berhampiran.

“ Kau minta aku buat sesuatu untuk bagi Jungkook cemburu disebabkan Jungkook di perangkap dengan perempuan lain. ”

“ Waktu tu kita masih budak sekolah.
Macam sekarang, Jungkook popular dalam kalangan gadis-gadis. Memandangkan kau dengan Jungkook dah jadi pasangan kekasih nak dekat setahun lebih.

Pada suatu hari tu, Jungkook diperangkap.
Dia terperangkap dalam satu bilik seni dengan seorang pelajar perempuan yang merupakan pelajar yang simpan perasaan dekat Jungkook dari gred satu. Mereka bergelut sebab pelajar perempuan tu goda Jungkook pastu nak cium Jungkook.

Kebetulan kau dengan aku pergi bilik seni sebab kanvas kau tertinggal. Dengan tak sengaja kau nampak adegan tu. Kau salah faham... Pastu.. ” Taehyung menggigit bibir.

“ Pastu apa? Eish janganlah cakap separuh-separuh. ” Kaki Taehyung disepak sedikit.

“ Kau pecahkan pintu dengan
satu tendangan je.  Bayangkan, aku yang
laki ni pun terkial-kial. ”

Maka, Eunbyul Sengih dengan bersalahnya.

“ Seminggu kau abaikan Jungkook.
Taknak langsung dengar penjelasan Jungkook lagi-lagi bila pelajar perempuan tu api-apikan kau. Puas aku dengan yang lain nasihat macam nak rak. Jimin pun hilang kata-kata bila nasihat dia kau abaikan.

Kau dengan ego kau. Jungkook makin lama dah tak tahu cara apa dia perlu guna. And then masuk seminggu satu hari tu kau plan satu kerja gila nak buat Jungkook cemburu bila nampak Jungkook bermesra dengan seorang perempuan ni. ”

Eunbyul menanti ayat Taehyung yang sekat-sekat. Geram nak bagi flying kick.

“ Kau.. hm minta kau aku..
hm kita bercium. Ciuman tu bukan
biasa-biasa. Tapi.. ciuman yang kuat dengan Kook selalu buat. ”

Terlopong mulut kecil Eunbyul. Mata terkebil-kebil melarikan pandangan daripada penangan tatapan daripada Taehyung.

Tahulah dia macam mana ciuman dia dengan Jeon Jungkook.

Patutlah Taehyung teragak-agak nak bagitahu. Hm tinggi juga tahap gila Eunbyul.

Satu memori datang mengetuk dinding memori. Memori tentang saat ciuman hangat diputarkan.

Terkedu Eunbyul.

“ Dengan kunonya. Jungkook yang ekori kita daripada belakang lepas tengok scene panas tu... Keesokannya, aku kena belasah. Teruk jugalah tapi aku tak kisah asalkan hubungan korang kembali pulih. ”

“ Tekaan aku tepat, lepas dia belasah aku baru lah dia bersungguh-sungguh minta maaf dekat kau and then kau pun dengar penjelasan dia. ”

Terbit pula rasa bersalah Yang tak berpenghujung ni. KENAPALAH DIA PANDIR SANGAT PIKIR PLAN CAM TU?!

“ Taehyungie.. mianhaeseo.. ” Mendatar suara Eunbyul.

“ Tiada apalah, nasi dah jadi bubur .
Zaman tak matang. What we can do? Just forget about it. ”

“ Tae, gomapda. Aku harap Jungkook tak belasah kau kejap lagi. And don't worry, I'll protect you!

Tawa kecil terbit di bibir Taehyung.

“ Byul, kau nak tahu sesuatu tak? About your facts

Usah ditanya, Eunbyul memang menantikan Soalan ini.

“ Kau memang manja dengan kami.
Kau selalu minta kami cium dahi kau whatever situation. And then, wajib bila kita jumpa, kami cium dahi kau.  ”

“ Gediknya aku. But Jungkook tak marah? ”

“ Awal-awal dia bantah keras lastly dia bagi juga sebab dia tahu kitaorang sayang kau macam adik sendiri. ”

“ Aku manjakan? ”

“ Ya, kau selalu minta ciuman dahi dekat Jimin dengan Seokjin. Tapi sekarang unbelievable lah nak minta ciuman Seokjin sebab dia dah berbini. ”

“ Bukan Seokjin je,
Namjoon juga dah beristeri. ”

“ Walaupun aku tak ingat siapa Seokjin, Namjoon dengan yang lain. Aku harap aku ingat diorang. ”

“ Aku anggap kau sahabat, adik, kesayangan aku. Long last dengan Jungkook tahu? ”

Saat belahan bibir lembap Taehyung menyentuh permukaan dahi Eunbyul,
Cha Eunbyul memejamkan mata.

Rooftop D✨

Seorang pelajar perempuan  memegang kemas dua bekal makanan tingkat itu.  Dengan ceria melangkah kearah keberadaan tujuh orang jejaka yang duduk atas tikar ditengahnya ada satu botol besar air mineral dan tujuh tin air sprite.

“ Haiiii, Byul is coming! ”

Yeyyy makanan dah sampai! ”

Baru sahaja merka mahu menyerbu makanan satu tangan menghalang. Ditepuk tangan-tangan itu.

Aip, no. Lupa lah tu. ”

Aigoo adik aku ni, come here get your kisses~ ”

Melebar senyuman, Eunbyul berlari anak ke arah Seokjin dahulu. Jejaka berbahu lebar itu mengusap pundak kepala Eunbyul. Sebuah kucupan sekilas di ubun-ubun diberikan..

Yang lain hanya memerhati.

Ni buatkan Byul sayang Seokjin lebih! ”

Jungkook hanya menggeleng kepala.

“ Dah Byul, ppaliwa . Nanti masa rehat habis macam mana? ” Rungut si Hoseok.

Ni malas ni! ” Eunbyul mengambil satu tin sprite dan melangkah jauh daripada keberadaan manusia-manusia itu. Eunbyul berdiri sambil memandang pelajar-pelajar yang berkeliaran sekitar sekolah .

Tahu sajalah jika Eunbyul sudah merajuk sebegitu. Mereka pandang sesama sendiri. Semua memandang kearah Jungkook, teman lelaki Eunbyul.

Seokjin perlahan-lahan membuka bekal makanan memandang kan Awal-awal lagi dia dah lepas.

Talian hayat Kook akhir sekali.
So Hoseok hyung yang cakap macam tu pergi pujuk Byul. ”

Byeong-rang~ alaaa chikibom abang Hoseok! ”

Bingkas sahaja Hoseok mendapatkan Eunbyul terus pipi tembam Eunbyul dicuit dan menghadiahkan kucupan di dahi. Baru sahaja Hoseok ingin memeluk tubuh genit Eunbyul, tubuh sasa itu ditolak ke tepi oleh Namjoon.

Membulat mata Eunbyul bila Namjoon mencium sedikit dahinya dan cubit pipi nya.

Datang pula Min Yoongi dengan wajah mamai baru bangun tidur. Dengan mata terpejam, bibir mensasarkan pipi.

HYUNG, DAHI  BUKAN  PIPI! ” Jerit Jeon Jungkook daripada tadi memerhatiSerta merta terbuka luas Mata Yoongi. Sengih malu sahaja apabila Eunbyul mencubit lengannya.

“ Ah.. ”

Selepas itu, giliran Kim Taehyung pula.
Dengan selamba Taehyung mengucup dahi dan menepuk bahu Eunbyul kemudian berlari kearah makanan.

Giliran Park Jimin. Si manusia malaikatnya.

Eunbyul menunjuk-nunjuk dahinya.
Tidak sabar kerana selepas ni giliran Jeon Jungkook.

Dahlah jangan merajuk , buruk. ”

Pesanan terakhir sebelum Jimin melangkah pergi.

6 kisses.. only one.. the complete kisses.

Jeon Jungkook. Jejaka itu merenung tepat anak mata Eunbyul. Rambut Eunbyul ditolak ke belakang.

“ Don't worry, they don't want to give you kisses but I can. Countless. ”

Mengadalah awak. ”

“ I love you, dear. ”

Bibir seksi Jungkook melabuhkan tirai di bibir Eunbyul.

“ Nampaknya tiada gaya nak makan tu. ” Ujar Namjoon yang memerhati sejak tadi.

Gomol bibir.. kenyang ea? ” Maka tersedak lah anak Park mendengar Soalan sebegitu.

“ Dah, makan.
Aku suap kang dengan kasut Aku ni. ”

Savage Min Yoongi, Swag.



×××××
🌼1247 words🌼

Bosan? Katakan ya❤️

Happy birthday Kookoo❤️✨
🍰🎂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro