
014
JLE ; 014 ♥
Chapter ; Reveal the truth 48% 🔥
----
🏘️Rumah Agam Jeon’s🏘️
Jungkook menghela nafas berat setelah kereta dipakirkan. Mata di pejam seketika, merehatkan fizikal dan mental. Dia tahu, jika dia melangkah masuk kedalam rumah agam itu pasti dia tidak senyum mahupun ada masa untuk bergelak ketawa.
Masuk sahaja ke dalam rumah agam tersebut matanya bertembung dengan ayahnya yang meneguk secangkir kopi.
Tuan Jeon tersenyum melihat kedatangan anak bongsu lelakinya itu.
“ Kook.. ”
“ Annyeong appa. Kook datang ni sebab halmeoni suruh. ” Sapa Jungkook dengan sebuah senyuman nipis. Jungkook mengambil tempat di sofa panjang.
“ Mana omma? Kook rindu eomma. ”
“ Omma ada berkebun dekat luar. Macam biasa lah kook.” Menjuih sahaja bibir Tuan Jeon kearah taman di tepi rumah. Jungkook turut mengerling kearah yang sama walaupun kelibat Puan Jeon tidak kelihatan. Jungkook mengangguk kecil.
Macam biasa aktiviti harian Puan Jeon untuk mengisi waktu lapang . Puan Jeon hanya terdiri daripada golongan orang sederhana bukan orang kaya raya. Berjumpa dengan si suami Encik Jeon pun disebabkan Encik Jeon selalu singgah kedai herba dan bungaan Puan Jeon pada waktu ketika dahulu. Sekarang, Puan Jeon masih bekerja di kedai herba dan bungaannya tetapi seperti biasalah perubahan dari segi saiz bangunan sudah dua kali ganda.
Encik Jeon memandang wajah kacak anak lelakinya.
“ Appa dengar tahun ni partner dance kook, perempuan. ” Soal Encik Jeon yang kembali fokus pada buku di tangannya.
“ urm. ” Hanya berdehem. Encik Jeon melirik kembali ke arah anaknya itu. Ditenung wajah kosong Jeon Jungkook yang hanya memandang pasu bunga seperti termenung.
“ Cha Eunbyul, majjeo? ” Terus sahaja Jungkook memandang wajah ayahnya. Seketika dia mengeluh, tidak terkejut kerana setiap perkara di university pasti keluarganya akan tahu. Dia penat untuk menyimpan sesuatu perkara yang umum.
“ Appa..
kalau appa nak cakap mengenai ini— ”
“ Anniyo kook, appa tak kisah. Appa sokong kamu. Kebahagian dan hidup kamu appa tak akan halang. Tapi kamu tahukan— ” Nada Encik Jeon yang lembut membuatkan Jungkook memberi segaris senyuman nipis.
“ Kook tahu appa. Geureomnyeo,
kook ada hal kook nak cepat. ”
Tidak mahu berlama di rumah ini. Itu yang Jungkook fikirkan sejak dia dalam kereta. Encik Jeon hanya mengangguk, dia tahu sangat perangai anak lelakinya itu.
Jungkook menunduk hormat dan
berlalu pergi kearah tangga.
Sampai sahaja di depan pintu yang mempunyai ukiran yang unik, Jungkook menarik dan menghembuskan nafas yang berat.
Ttok! Ttok!
Jungkook melangkah masuk apabila dua ketukan pintu diberi. Air muka kosong dipaparkan, awal-awal Jungkook sudah mindset yang fizikal dan mental dia harus kuat.
“ Annyeonghaseyo Puan Besar Jeon. ” Jeon Jungkook menunduk 90° kepada halmeoni nya. Puan Besar Jeon yang duduk di kerusi malas memandang wajah cucunya.
“ Cucu halmeoni.. halmeoni ada sesuatu untuk di bincangkan dengan kamu, kook. Duduk lah. ” Puan Besar Jeon menunding kearah sofa yang berhadapan dengannya.
“ Mwondae? Penting sangat ke. Kook ada hal lepas ni. ” Jungkook mengikut arahan neneknya.
“ Halmeoni dapat aduan yang kamu baru-baru ni jadi topik utama dekat university. Berita tu sampai ke telinga halmeoni sendiri. ”
Jungkook mengeluh dalam hati, dia sudah agak hal ini yang bakal dibangkitkan.
“ Dae.. keundae halmeoni, ni semua berkaitan dengan nahee. Kalau dia tak buat kecoh semua ni tak akan terjadi. ” Tegas suara Jungkook apabila isu nahee disebutnya.
Puan Besar Jeon mengangguk faham.
“ Halmeoni.. kook nak tanya. Betul ke halmeoni nak Kook kahwin dengan Nahee? ” Akhirnya soalan yang dia mahu soal. Puan Besar Jeon mengiyakan soalan Jungkook.
“ Kenapa? Kook tak suka? ” Jungkook menggelek pantas tanda tidak menyukai Ji Nahee. “ she's too annoyed. ” Jujur Jungkook.
“ Jadi Kook dah ada peganti? ” Apabila Jungkook mengangguk berubah terus riak wajah Puan Besar Jeon, teruja itu yang dimaksudkannya.
“ Kook ada gadis yang mampu bahagiakan kook sepertimana Cha Eunbyul penuhi hidup kook. ” Tenang sahaja Jungkook berbicara, dia tahu gunung berapi bakal meletus sebentar lagi.
“ Cha Eunbyul? ” Berubah terus air muka Puan Besar Jeon. Berdecit di hujung ayatnya.
“ Dan dialah gadis yang kook pilih.
Tetap Cha Eunbyul, macam mana sekalipun Kook tetap kejar dia. Walaupun dia hilang ingatan tentang kook. ” Sungguh tenang.
Dia malas mahu meninggikan suara.
“ Jeon Jungkook! Geumanhaeseyo!
Halmeoni sakit kepala dengar ayat kamu. Keluar. ” Pelipis dahi di picit tanda pening memikir.
Tajam anak mata Puan Besar Jeon mencerlung cucunya.
“ Cukuplah halmeoni. ” Berani Jungkook membalas renungan neneknya.
“ Sampai bila halmeoni nak kongkong hidup cucu halmeoni sendiri? Cukup baik, kook ikut segala arahan halmeoni sampai sanggup gadaikan perasaan Kook demi fikirkan kesihatan halmeoni.
Kook dah penat, geumanhaeseyo. ”
Puan Besar Jeon mengetap bibir menahan geram, terasa dengan ayat cucunya itu.
“ Kamu pewaris utama Edward's Holdings. Segala latar belakang gadis yang bakal berdamping dengan kamu perlu dijaga!
Latar belakang keluarga dan sebagainya!
Halmeoni tidak mahu orang yang yatim!
Kook dengar ataupun tidak? ”
“ Halmeoni.. ”
“ Kamu tahu? Betapa susahnya halmeoni bangunkan syarikat Edward's Holdings dengan segala kontroversi ibu kesayangan kamu!
Disebabkan ayah kamu berkahwin dengan orang tidak setaraf dengan dia halmeoni berhadapan dengan masalah! ” Penghadang kerusi malas kayu itu di hentak kuat.
“ Halmeoni.. ” mengeluh berat Jungkook ketika ini. Sakit kepala melayan karenah neneknya.
“ Bahagia ke kalau berkahwin semata-mata harta dan duit? Sangat menjerat kehidupan kook. Halmeoni perlu bersyukur keluarga Eunbyul tergolong daripada orang kuat di Korea Selatan dan saham mereka lagi tinggi daripada Edward's Holdings. Jangan halmeoni melutut dekat Uncle Kim jika kedudukan Edward's Holdings jatuh. Tak akan sebab isu yatim halmeoni nak melenting? ”
“ Jeon Jungkook! Melampau! ”
“ Kook tidak mahu kurang ajar tetapi halmeoni melampau. Halmeoni buat Jungkook kurang ajar. Jungkook ada tahap kesabaran sendiri. Cukuplah halmeoni rampas kebahagian Kook tiga tahun lepas. Rasa sakit tu berbekas dalam hati kook. Hari-hari yang kook lalui seakan mati tak berguna. ”
“ Kook penat berbahas tentang ni, omma dengan Appa selaku orang tua Kook juga tidak menghalang Kook, ini pula halmeoni. Kook kecewa sangat. ”
“ Kook Minta diri dulu. Selamat berehat halmeoni. Annyeonghigaseyo. ”
“ Jeon Jungkook! ”
Sejurus itu, Jeon Jungkook mengangkat kaki melangkah laju keluar daripada bilik kerja neneknya. Pintu ditutup rapat, badan belakang sasa Jungkook bersandar pada pintu berukiran kayu itu. Perlahan-lahan melorot ke bawah sehingga bercangkung. Wajahnya ditekup kemudian esakan halus kedengaran.
Kenapa dia perlu wujud di dunia ini?
Kenapa ramai-ramai orang dia yang harus ditimpa masalah ini.
Dia layak mendapat kebahagian dalam keluarga.
Mengapa jadi begini?
Sebab inilah dia tidak suka balik ke rumah agam besar ini. Tidak berguna hidup dihujani wang yang kaya raya tetapi tidak bahagia.
Rasa terkongkong.
Telefon yang sejak tadi bergetar menandakan mesej masuk menyedarkan Jungkook yang hanyut dalam dunia sendiri.
Air mata yang mengalir di pipi dikesat dengan telapak tangan. Telefon dibawa keluar dari poket seluar.
Terukir senyuman manis. Kali pertama dalam tahun ini dia tersenyum manis ketika berada di rumah serba serbi mewah ini. Skrin telefon berjenama iPhone X itu di tatap dan diusap nama yang tertera.
Waktu yang sesuai. Itulah yang Jungkook ungkapkan dalam hati.
Tanpa membuang masa Jungkook bangun menapak meninggalkan ruang tingkat dua ini. Tersenyum sahaja ketika membalas mesej dengan buah hati.
“ Tengok lah, jangan harap
aku nak bagi kau terlepas nanti. ” Senyum Jungkook nakal sehingga tawa kecil terlepas. Jungkook melangkah kearah taman belakang rumah. Niatnya ingin berjumpa dengan ibunya sebelum dia pulang ke kondominium.
“ Jungkook? ”
“ Eomma.. ” Jungkook terkaku, sudah lama dia tidak berjumpa dengan ibunya itu.
Disebabkan faktor rindu, Jeon Jungkook berlari anak memeluk tubuh ibu kandungnya yang masih tersarung baju untuk berkebun.
“ eomma.. bigoshipeo ”
“ nado adeul.. ” Tubuh tegap Jungkook di peluk kemas. Rindu sungguh dengan anak lelakinya ini.
“ Meoggeoseo? ” Rambut hitam pekat itu dibelai dengan penuh kasih sayang.
“ Dah, Kook makan dengan Hoseok tadi. ” Sengih Jungkook sehingga menampakkan gigu arnab nya. Puan Jeon tersenyum gembira melihat Jungkook tersengih. Jarang dia mahu lihat wajah teruja Jungkook bila di rumah ini.
“ Rindunya dengan anak eomma ni. ” Pipi anak lelakinya di cium berkali-kali seperti bayi.
“ Kook gembira ke harini? Jarang eomma tengok Kook senyum manis dengan ketawa tadi. ”
“ Gembira? Urm, kook gembira dengan seseorang ni. ”
“ Siapa? Eomma kenal? Hebatnya dia boleh buat anak eomma ni tersenyum dekat sini. Selalunya eomma je berjaya. Tak boleh ni. Eomma kena guna taktik baru! ”
“ Hahaha comelnya eomma Kook ni. ” Bahu ibunya dipeluk longgar.
“ Kook datang sini sebab halmeoni? Gwaenchana? ” Prihatin sahaja Puan Jeon menyoal.
Jungkook mengiyakannya. “ Kook dah besar eomma, kook tahu mana baik buruk. Tahu macam mana nak uruskan hidup Kook. Look, I'm fine! ” Wajahnya diceriakan dengan senyuman manis.
Puan Jeon hanya senyum dan mengangguk. Walhal dirinya tahu yang Jungkook dan ibu mertuanya bergaduh. Lihat daripada mata Jungkook yang sembab akibat menangis dapat dikesan.
“ Eomma.. tak jaga kedai ke harini?
Kook ingat baru nak singgah sana dengan seseorang but.. bukan BTS. ” Cepat sahaja Jungkook mengubah topik perbualan.
“ Eo, eomma masuk kedai kejap lagi—keundae.. wae kamu nak singgah? Dengan siapa? ” Musykil si ibu, selalunya Jungkook akan datang dengan rakan² nya iaitu BTS.
“ Nanti eomma tahu okay?
Eomma, kook pergi dulu ya? ” Pipi Puan Jeon dikucup.
“ Eo, drive elok-elok. Kita jumpa dekat kedai eomma ya? ”
Jungkook mengangguk, dia melangkah pergi selepas melambai kearah ibunya.
Sampai sahaja di kereta, struktur rumah agam itu di pandang lama. Segala memori Indah bersama halmeoni dan ibu bapa nya daripada kecil terngiang-ngiang. Tetapi hanya sehingga dia berada di sekolah rendah, kerana halmeoni mula mengongkong hidupnya.
Entah bila pula dia menjejakkan kaki
di rumah ini. Jungkook memboloskn diri ke dalam kereta kemudian deruman enjin kereta kedengaran.
-------—🌺To Be Continued🌺—-------
Assalammualaikum!
Akhirnya Kita berjumpa juga dalam story ini setelah sekian lama Araa menghilangkan diri, sejak 13 May 2019.
Maaf ya.
Chapter kalini ni tak panjang mana.
Insyaallah kalau sempat sebelum tahun ni Araa settlekan ff ni.
And yaaa! Cantik tak intro dgn outro ff ni!!
Araa buat sendiri ahhaha mudah ya amat!
Tacehhh laa siapa yg masih baca cerita ni.
Araa appreciate sangat!
💜💜💜
“ I love you no matter what situation gonna be. I really mean it, sayang. ”. — JJK🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro