
007
Perhatian, Chapter ni bapak panjang. Maaf asyik sangat menulis.
Maaf kalau Bosan :')
JLE ; 007 ♥
Chapter ; I'll help you + Jung, I know you.❤️
-----
Kecekak!
Bibir merah bak delima mengukir senyuman. Serta merta butang stop ditekan. Rasanya video yang berdurasi 1 minit ini cukup hangat untuk menjadi bahan bualan. Disemak semula video yang sengaja di mute kan. Maknanya video itu tidak sesekali mengeluarkan bunyi.
Beberapa keping gambar ditangkap. Setelah puas, Telefon pintar berjenama itu digenggam kemas. Sebelum beredar untuk berpaling pergi, stalker ini menatap figura seorang lelaki dan juga perempuan hangat bercumbuan di tepi koridor.
Nampak ghairah. Melihat setiap
sentuhan hangat sang jejaka mampu menegakkan bulu roma si stalker. Lengan digosok-gosok.
Geli.
Tidak mahu berlama nanti terkantoi pula identiti rahsianya. Langkah diorakkan meninggalkan koridok blok F. Perlahan-lahan derapan kaki sehingga jauh betul daripada pasangan hangat itu.
Tangan dicekakan di pinggang setelah melangkah masuk ke dalam blok E . Telefon bimbit yang utuh dalam genggaman dilihat.
" Cinta itu buta kan? " Senyuman yang sukar ditafsir tersungging apabila video sebentar tadi diputar semula. Rambut yang terjuntai jatuh menutup dahi diraup kebelakang kasar.
Haihhh!
Bibir yang terasa kering dimamah rasa
kerisauan dibasahkan sedikit dengan saliva. Masih teragak-agak untuk melakukan keputusan yang bijak dan lebih tepat.
" Haihhh, Jebon tu pun melebih.
Pandai pula pilih jalan sunyi. " Ngomel sendiri untuk melumpuhkan rasa bersalah kerana dia membuat ataupun lebih tepat memilih untuk menekan butang send.
" send. "
" Mianhae Byul. " Keluhan dilepaskan.
Tidak mengapalah asalkan dia dapat lunaskan apa yang sepatutnya dan apa yang patut dia lakukan demi kawan nya itu Cha Eunbyul . Bukan senang nak lihat abang Jeon dapat kontroversi besar macam ni.
Nampaknya Cha Eunbyul dah dapat jejaka yang perfect 10. Cukup pakej-er tapi dingin tak bertempat.
How can-dia boleh tahan dengan perangai bipolar Jebon Tu?!
Dahsyat!
+++++++
Rambut kesayangan yang lembut disebabkan sentiasa dijaga rapi sehingga kan setiap minggu pergi ke salon untuk membuatkan treatment rambut selama ini juga berwarna ash brown digosok kasar. Bibirnya sudah mahu mengomel
Orakan langkah mula menuju kearah dua orang sahabat yang turut baru sahaja menghempaskan punggung pada permukaan lantai.
" Suruh datang awal tapi
batang hidung pun tak nampak!
Eii, anak Jeon ni." Hoseok mengepalkan tangan sehingga menjadi dua sebuah buku lima. Gigi juga diketap seiring dengan membuat mimik muka dilanda kegeraman.
Aeiii!
Park Jimin dan Kim Taehyung memandang antara satu sama lain kemudian tergelak kecil melihat gelagat abang sulung mereka yang jelas terpapar melayan perasaan geram yang belum reda.
Dikipas-kipas dengan kipas 'tangan'.
Lentik uallsss!
" Sekejap lagi ada lah tu. " Ujar Jimin sekadar melegakan hati sahabatnya yang kelihatan menahan perasaan geram yang membuak-buak. Itu bahaya, sebab bila-bila masa diri bakal dijadikan punch bag abe ceok. Silap haribulan hidung mancung bulat nya bakal menempah signboard cacat.
Patah. Kiokkk kiokkk.
Jadi lebih baik dua orang sahabat ini
tidak memburukan emosi Jung Hoseok. Bahana datang menanti jika mereka memanaskan hati si kuda yang bila-bila masa boleh memberi tendangan padu.
" Maybe.. Jebon tu ada dengan Eunbyul? " Duga Kim Taehyung. Jari jemari panjangnya leka bermain dengan belakang rambut Jimin yang bewarna hitam. Fluffy je rambut si pendek ni getus Tae
"semalam jebon tu tak bagitahu dekat korang dia nak pergi mana? Aku balik tandas terus lesap dia. " Bebel Hoseok yang masih serba serbi tak puas hati.
Jimin dan Taehyung pandang antara
satu sama lain kemudian tersengih lebar. Hoseok yang pandang pun rasa nak sengkeh kepala.
" Taktahu hehehe " Sengih Jimin anak Park.
" Semalam Jebon tu tak balik kan? Eodinyago? " Ujar Jimin yang sudah mengambil mood serius sebenar. Telefon bimbit yang berada di tangan mula diputarkan seperti fidget spinner.
" Hyeong nak tanya tadi pun
kena cantas je. Rasa macam darah tinggi nak naik pun ada. Arghuuu anak Jeon tu memang buat aku rasa nak baling dengan senduk yang Jin hyeong hadiahkan dekat kau Jimin. " Seloroh Hoseok.
" Jangan berani sentuh senduk mahal tu. Jin hyeong beli dekat France kau tahu!
Nak guna pun aku mesti gilap dulu biar shining! " Gedik Jimin. Dia sudah terbayangkan senduk yang dikatakan khas dari France.
Taehyung yang melihat kesenduan Jimin mula menepuk dahi licinnya. Pipi dikembungkan juga kepala digaru menandakan ada sesuatu perkara yang ingin disampaikan.
" Chim.. kalau kau nak tahu sebenarnya abang aku beli dekat pasar malam. Waktu tu ada promosi beli satu dapat lima. " Bahu sasa Jimin ditepuk-tepuk tanda meminta jejaka ini tabah dengan kenyataan yang memeritkan.
" Tae tipuuuuuuu!! "
" Percayalah daku wahai sahabat.
Taetae tak pernah menipu Chimchim. "
Jari jemari panjangnya menyentuh bawah dagu Jimin. Didekatkan sedikit wajah mereka seperti kunyit sejati.
Romantis bukan?
Carilah lelaki seperti Kim Taehyung.
Jejaka terkacak dalam Seoul University.
Tiga tahun berturut-turut dinobatkan sebagai #1 The Handsome Face In Seoul University.
Walaupun ada mat Saleh yang lebih handsome dan lebih bergaya tetapi Kim Taehyung tetap menjadi pilihan Nombor satu para mahasiswa dan mahasiswi. Lagi² dengan gaya street wear yang menjadi kegilaan ramai.
Beralih pula kepada Park Jimin.
Lelaki ketot itu memasamkan wajah. Hampir sahaja dia ingin menggigit jari jemari istimewa jejaka tampan itu.
" Tengkorak Tae! Semalam baru Tae tipu Chim kata kalau Chim menari dekat Club semalam Chim dapat awek chantekkkk! yang Chim dapat bukan chantekkkk tapi Chamtaikkkk! Pondan! " Ngomel Jimin. Tergelak halus si rakan dengan telatah Jimin.
Dagu Jimin yang diraih sebentar tadi di goyang ke kiri dan ke kanan. Nampak sweet sahaja sahabat ini. Terlebih dos!
" Barang baik punya! Hahahaha yang Chim ikut cakap Tae semalam kenapa? Kan dah kena ngorat dengan- "
" Tae!!!!! "
Memerah pipi gebu Jimin bila terkenangkan adegan semalam tambahan pula si Taehyung mengusiknya. Berlipat ganda menebalkan muka menahan rasa malu.
" Tiada siapa tahu Jungkook pergi
mana semalam kecuali diri dia sendiri. " Celah Hoseok yang masih tenggelam dalam arus serius nya.
Dua orang sahabat itu terus terhenti ketawa yang masih bersisa. Masing² menggaru kepala melihat nada serius abang sulung.
" hyeong.. Tak boleh ke kita tak serius hmm dalam seminit? Hanbeonman! " Pinta Taehyung dengan aegyo limited edition nya.
" Tch. " Decit Hoseok.
" Cuba serius sikit. Bagilah hyeong nak act serius harini! " Ketegasannya yang diberikan hanya diambil remeh buat 95Liner ini.
" Hoceokkk hyeong- " Nada manja digunakan serentak mereka berdua. Wajah comel Yang bakal menghantui abang Seok mula ditonjolkan.
" Nyah kau! Persetankan! "
Akhirnya bergelak ketawa juga mereka bertiga. Serasi sahaja. Tiga orang gadis yang juga berkumpul dalam satu bulatan tidak jauh daripada keberadaan tiga orang sahabat itu hanya memandang pelik.
Dah apahal abang hotstuff ni.
" hyeong.. kau rasa kita akan berjaya- " kata-kata Taehyung dicantas. Mujur jejaka ini sudah mencapai kesedaran.
" Tae-ssi , kita boleh lihat sendiri effort Jungkook. "
" kkeundae... kalau ingatan- "
" Tae.. orang kapok kata..
Kalau jodoh tak kemana chinguya. " Bahu sasa Kim Taehyung ditepuk perlahan dengan segaris senyuman tidak lekang di bibir mungil nya.
Mendengar kata-kata sahabat
membuatkan hati jejaka kacak ini berasa tenang. Belakang tubuh Park Jimin diusap tanda mengerti.
Jung Hoseok hanya melihat, geli hati menyaksikan kelakuan adik-adik kecilnya. Sebenarnya daripada kes senduk tadi si kuda ini mahu menghamburkan tawa tetapi dengan professional nya dia kawal.
" Dah² membawang! Start berlatih sekarang! "
" Aku nak tunggu kuli aku sampai dulu- "
" Ceh, bangga lah tu dapat selesaikan cabaran dia. Hodohh je perangai. "
Jeling Hoseok. Menyampah, sedaplah anak Kim tu dance untuk pusingan kedua bulan hadapan sudah dirangka oleh si anak Jeon. Senang lenang goyang kaki sajalah.
Sempat juga dikerling sekilas Jimin yang tiba-tiba diam. Nampaknya anak Park tu leka bermain gadget mahal nya sampai tak perasaan diri kemetot tu menjadi tatapan Jung Hoseok.
" Kejap-hyeong! "
" Dah kenapa kau Jimin. " Soal Hoseok pelik. Pelik lah tiba-tiba suruh tunggu. Dia baru berhajat nak bangun untuk teruskan tarian solo yang tergendala sebentar tadi.
Kim Taehyung yang tertarik juga mula merapati rakan kemetotnya yang disebelah. Mengesot-ngesot ingin merapatkan ukhuwah.
" Jungkook ngan Eunbyul! "
" Hah budak dua orang Tu. Dah kenapa Engkau teriak macam nampak diorang dalam phone kau- " Tergendala ayat si bangseok.
" Seungkwan hantar satu vid ni, pasal diorang dengan... Nahee- " Tersekat-sekat si anak Park ingin bertutur lancar. Tergamam dengan video yang baru dilihatnya.
Matapakar?!
" mwoya? Eodi?! "
" cham-volume! " Dikuatkan volume hingga habis! Maksimum!
" Oh gosh! "
Masing-masing dilanda perasaan terkejut. Tergamam, terkesima dan kaget. Termanggu-manggu mereka bertiga melihat dan mendengar suara Jeon Jungkook yang lantang.
Jelas kelihatan daripada pandangan mata Jeon Jungkook. Jejaka itu benar-benar dalam zone bahaya. Bahaya kerana dinginnya boleh bertukar sekelip mata kepada baran yang menakutkan.
Mereka kenal sangat sangat dengan perangai Jeon Jungkook. Ada masa boleh jadi penghuni kutub utara, bertukar angin kepada haiwan buas di Hutan Amazon dan gunung berapi aktif yang akan meledakkan larva yang dahsyat.
Ttinggg!!!
Ttinggg!!!
Ttinggg!!!
Ttinggg!!!
Ttinggg!!!
Ttinggg!
Telefon pintar milik Jimin, Hoseok, Taehyung, Nara, Junghwa dan Rara mula tidak berhenti mengeluarkan bunyi Tting! Seperti peluru berpandu. Ini menandakan Telefon pintar mereka menerima chat messenger daripada group university.
Jung Hoseok, Park Jimin dan Kim Taehyung. Tiga jejaka tampan itu pandang antara satu sama lain. Selepas itu, mata terus fokus pada Telefon bimbit masing-masing.
" omo-omona! " Hoseok tercengang habis. Mulut jangan cakaplah ternganga! 😮
" Paparazzi mana yang rakam video abxydksjdgdyehk- " Park Jimin menampar-nampar pipinya supaya dia pasti dia dalam keadaan sedar.
" Hye-eong.. chincha daebak! " Ujar Jimin yang masih kelihatan kagum dengan video yang bakal menjadi viral terhangat.
Kim Taehyung?
Jejaka itu hanya menarik senyuman lebar. Nampaknya anak Jeon sudah tersungkur.
" Anak Jeon tak pernah tak buat kontroversi. Tch. " Rambut berwarna peach diraup kebelakang. Menjelaskan lagi betapa kacaknya seorang jejaka idaman Korea.
" Jeon Jungkook The Greatest Kisser .. Nama tu sesuai dengan Jeon. Nampaknya Jeon dah temui bakat yang baru! "
Mereka bertiga menepuk-nepuk tangan tanda kagum yang teramat dengan pencapaian adik kecil mereka. Nampaknya, Jeon Jungkook sudah mendahului saudara Jung, Park dan Kim.
Anak Jeon ganas.
Klikk!
" Jeon Jungkook! Cha Eunbyul! "
Enam pasang anak mata terarah pada satu arah iaitu pintu utama. Terkejut bukan kepalang mendengar suara petir milik Jung Hoseok yang menjerit tanda terkejut sebentar tadi.
" kyah-wae. "
Si gadis mengurut dada akibat mendengar suara Jung Hoseok yang tiba-tiba menyebut namanya. Kus semangat!
" Kau orang dua- " Tersekat suara Lee Nara. Dia, pasangan Jung Hoseok untuk kontest berdansa itu. Juga manusia yang baru sahaja melihat video yang dihantar dalam group messenger university.
Tautan tangan yang masih kemas terlerai juga akibat penangan pandangan enam pasang mata yang memandang mereka.
" kyah, korang berpasangan ke?! " Tembak Min Junghwa yang turut terkaku dengan video-video yang dihantar.
" Kalau ya kenapa? Ada masalah dengan kau? Ha, Min Junghwa? "
" a..aniya "
" Kook, kau lewat , 10 minit. "
" Aku tahu.. Tak perlu cakap. "
" Cepatlah.. kau tercegat buat apa lagi? " Perli Jeon Jungkook sejurus menghempaskan beg galasnya sebelah beg kepunyaan Park Jimin.
Tajam, anak mata bak helang mangsanya. Begitu jugalah renungan mata Jeon Jungkook terhadap rakan karib nya sejak kecil.
Hatinya masih ego dengan kemenangan Kim Taehyung semalam. Kalau tidak disebabkan jejaka itu. Jeon Jungkook
pasti dapat mengatur strategi sendiri.
Hurghhh!
Bukan apa, sudah dikesan kelibat si Volcano muncul disebalik pintu masuk boleh pula si Kim Taehyung duduk senang lenang tercongok sambil berpura-pura melihat Telefon pintarnya.
Sengaja mahu menguji tahap kesabaran milik lelaki itu.
" chakamman... 5 minutes. "
" ppaliwa. " Keras sahaja suara Jungkook. Jelingan tajam diberikan tanpa ragu-ragu. Melihat tindak balas Jeon Jungkook cukup membuatkan Taehyung tersengih gembira.
Gembira dapat mencabar kesabaran sahabatnya yang muda dua tahun
daripada nya.
" woooo woo- jangan marah² nanti cepat Tua abang kacak! "
Si gadis mahu menghamburkan tawa melihat kedegilan sunbae kacaknya nya itu. Tambahan pula, wajah kacak Jeon Jungkook seakan-akan berubah menjadi hulk.
Konon tiada mood!
Padahal tadi bergula habis siap bagi ayat tak berapa nak manis dengan Eunbyul.
Baru sahaja berhajat tinggi ingin merapati keberadaan Jungkook yang sudah memanaskan badan jauh beberapa meter kehadapan bahu kanan disentuh seseorang.
Terhinjut bahu tanda memberi tindak balas refleks. Dada digosok perlahan.
Kusss semangat!
Nasib tak melompat si Eunbyul ni
kalau tak memang dapat karate percuma sahaja.
Eihhhh gerangan Tuan hamba mana
yang berani memeranjatkan Cha Eunbyul?!
Nasib dia tidak mempunyai sakit jantung. Kalau tidak memang terkujur kaku dia disini.
Kepala ditoleh kebelakang sedikit.
Namun masih lagi dapat melihat gerangan itu. Anak matanya bertembung dengan mata Park Jimin yang sudah terbentuk eyesmile. Dilurut jantung, bibir dikemam tanda geram.
Fuhhh!! Jimin sunbaenim!!!
Fuhhhhh semangat! Hampir sahaja nak pulas tangan tadi.
" Sunbaenim! Terkejut saya! "
Bbukk!!
Bahu sasa Jimin sunbaenim menjadi sasaran untuk tumbukan padu tanda Eunbyul terkejut dengan sapaan minta
kaki pendek dia. Eish!
" tskk hahaha-Kesian sunbae tahu.
Sakit. Ditumbuknya sunbae kacak kamu ni. "
" Sunbae tu terkejut kan Byul! "
" Eunbyul, mianhae .. tapi sunbae nak cakap
dengan awak sikit. "
" Dae? Naya? Waeyo? ".
" Ya, awak lah. "
" Berdua? "
" yes baby. "
" Rara.. awak practice alone boleh?
Ulang bahagian yang saya dah ajar. "
" sure, awak nak pergi mana? "
" Ada hal yang perlu
dibincangkan dengan Eunbyul. "
" Jangan lama sangat nanti Hoseok
bising. "
" arraseo! "
Sementara rakannya si adik bongsu antara mereka berempat tidak perasan mengenai nya yang mahu berbual dengan pasangannya . Park Jimin memeluk bahu Cha Eunbyul dan ditarik supaya keluar daripada bilik tarian.
Nampak rapat. Cukup membuatkan si Jungkook merinding cemburu jika melihat aksi romantik Park Jimin.
Sempat anak mata Cha Eunbyul bertemu dengan anak mata helang Jeon Jungkook.
Bukan si jejaka itu tak perasan...
Cuma dia harus sedar yang dirinya belum cukup bersedia untuk mengembalikan apa yang tersirat.
Kelibat dua orang dilabelkan manusia hilang disebalik pintu hanya dihantar dengan iris mata Jeon Jungkook yang menjadi pemerhati secara senyap² tadi.
Setelah setengah jam-
" hana..dul. "
" eo, ireokhae.. dae majjeo. "
" ireokhae.. ireokhae. Sharp. "
Setiap pergerakan yang lincah dilihat serius oleh Taehyung dan Junghwa. Mereka juga mengikut tanpa banyak cakap. Menurut sahaja.
Akhirnya, Jungkook mendongakkan
sedikit kepala ingin menatap sahabat nya daripada biasan cermin yang cuba mengikut gerakan terakhir.
" Kau punya rangka dance dah selesai.
Ikut kau nak tambah mana yang patut. Masa masih berbaki sebulan untuk tarian berpasangan, sebab penilaian utama individual kan. "
" Jadi jangan beri alasan kalau kau tak dapat catch-up everything yang aku ajar. Jangan penuh kan otak dengan kelab malam je. " Seloroh Jungkook berserta senyuman sinis.
Junghwa sudah membawa diri jauh
sedikit daripada dua orang sahabat itu. Memberi ruang tanpa dikacau.
" tch. " Decit Taehyung.
" Kook.. aku tak sangka kau still major dalam kissing. Try your best bro. She is definitely the number one in your fans target list. Take care of her.. Am I right bro? " Petah berkata-kata. Senyuman nakal berbaur sinis menjadi santapan mata Jeon Jungkook.
Jejaka itu hanya beriak wajah biasa
seperti sengaja buat-buat tidak faham.
Dia tahu apa yang Taehyung maksudkan.
Tapi dia fikir kemungkinan mengenai video yang dirakam sewaktu pergaduhan tersebut berlaku.
Hal itu?
Dia tak ambil kisah.
" Maksud kau? "
" Jigeum.. buka chat messenger group university. Kau akan tahu apa yang aku maksudkan. " Tubuh Taehyung yang beransur menjauh hanya dihantar dengan ekor mata.
Malas mahu membazirkan masa. Dia meneruskan dengan tarian solo nya.
Pasal tadi? Bila-bila masa boleh check.
Dari jauh Taehyung memerhati Jungkook dari sudut lain. Menggeleng sahaja melihat kedegilan yang tak pernah berubah.
++++++
" Ada apa eh nak jumpa Byul?
Jauh betul nak bincangnya. "
" Eunbyul.. tahu tak Jungkook pergi mana semalam? I guess. Dia dengan awak semalam. Majjeo? "
" er.. "
" gojeongma.. just telling the truth. "
" erm.. dae. "
" Sunbae cuma nak tanya mengenai hal tu. Hoseok risau semalam Maknae kesayangan kami semua tak balik. " Senyum Jimin sehingga hilang bebola mata akibat mata sepetnya itu.
Jimin menompang dagu dengan tangannya. Tunak memandang gadis genit dihadapan nya ini. Gadis itu sibuk meremas perut yang memulas. Mungkin kesan daripada alkohol hanad semalam.
Aduhhh!
" Baegopa? Anak Jeon tak- "
" aniya sunbae. Byul cuma tak sedap perut jer. " Cantas
" Kalau macam tu kajja .. "
" eodi-? "
" Café dekat sana ada jual pati untuk hilangkan sakit perut.. sesuai untuk orang mabuk teruk semalam nya. " Huluran tangan yang tidak disambut hanya dipandang lama Eunbyul. Tanpa menunggu, tangan kecil Eunbyul dicapai.
" kajja! "
" Hajiman- "
++++++
Setibanya dihadapan pintu practice room. Jimin memalingkan tubuh menghadap Eunbyul .
" Eunbyul.. kalau awak sayang Jungkook. Jagalah dia ya, jangan risau.. semuanya pasti lebih mudah jika sesuatu kenangan datang kembali. " Sejurus itu tanpa menoleh Jimin masuk ke dalam practice room meninggalkan Cha Eunbyul yang terpinga-pinga.
" chakamman sunbae- "
Sejurus kaki si gadis melangkah masuk. Anak matanya bertembung dengan anak mata Jungkook yang turut memandang wajah nya. Ditangannya terdapat telefon pintar miliknya.
Tiada secalit senyuman manis dibibirnya seperti tadi semasa mereka berdua bersama di koridor. Something happen?
Baru sahaja ingin mengelak darinya.
Jari telunjuk kiri Jungkook dibengkok-bengkok tanda memanggil nya.
Dengan terpaksanya si gadis akur juga melangkah kearah si jejaka idaman. Sudahlah dia masih dirundum malu dengan apa yang berlaku tadi.
" waetto? Cham- video apa tu? "
" aniya. "
" eh- bagilah saya nak tengok. "
" andwae. "
" Haipp, saya nak tengok.
Macam menarik je. Video apa?
Kongsilah. Eh, kedekut. "
" kajja.. aku nak tengok tarian solo kau untuk next week. " Tangannya memaut erat leher jinjang Eunbyul. Tanpa belas kasihan diheret supaya mengikut langkahnya.
Hampir sahaja dia tersilap langkah namun cepat sahaja memaut erat pinggang Jungkook.
" Sunbae memang- "
" kacak. Kenyataan. "
Eiiii-baru sahaja Eunbyul mahu meletuskan larva gunung berapi namun terhapus begitu sahaja apabila melihat senyuman lebar yang tersungging di bibir merah merekah nya.
Terkedu.
Tidak sangka dirinya berpeluang sekali lagi untuk menatap senyuman yang berharga nilainya. Jeon Jungkook, jarang senyum ikhlas depan gadis lain.
Selama ini gadis lain hanya dapat wajah kosong dan dingin. Lakaran senyuman yang sinis dan tidak ikhlas. Ada juga nasib yang malang iaitu langsung tidak mendapat sebarang senyuman.
Cukup buat gadis-gadis yang bernasib sebegitu diruntun rasa kecewa.
" awak.. senyum lagi. "
" Lepas ni aku takpayah senyum.
Nanti kau gila. "
" Ouh kutuk, teruskan senyum. Senyuman itu kan satu sedekah. Layan orang sekeliling baik-baik. " Ujarnya.
" Aku tak mampu. Bila aku senyum, buat baik orang pasti akan mudah pijak Jeon Jungkook. Lelaki angkuh yang berhadapan dengan kau sekarang. "
" Apa gunanya awak minta saya sentiasa ada dengan awak kalau akhirnya saya dengan jahatnya biarkan awak tanggung semuanya sendiri? Izinkan saya tolong awak. "
Serta merta pautan pada leher jinjang nya terlerai. Jeon Jungkook merenung wajah manis Eunbyul.
Cha Eunbyul menarik senyuman lebar sehingga menampakkan gusi nya.
Cukup mencairkan hati seorang lelaki.
" Tolong jejaka angkuh di hadapan
Cha Eunbyul. "
Tahun 2016
Cha Eunbyul, gadis yang masih terperuk dalam kelas mata perlajaran Matematik mula menggeleng kan kepala saat diserang mengantuk. Pen berjenama pilot diputarkan sambil mata masih tertancap pada papan putih yang dipenuhi jalan kerja penyelesaian untuk kaedah matriks.
Kepala ditoleh ke kiri melihat Kim Mia
yang tersengguk-sengguk menahan kantuk. Senyum manis sahaja melihat seatmate nya itu. Jika ditolak pasti kepala terhantuk ke tingkap.
Zzzzz!!
Terhenti fokusnya pada pengajaran Ssaem Ko saat Telefon pintar yang berada di poket kotnya bergetar seketika tanda satu pesanan ringkas masuk. Perlahan-lahan
dia mengeluarkan Telefon bimbit tersebut dan diletakkan di laci meja.
Dikerling sekilas nama yang tertera pada skrin telefon yang masih bercahaya. Bibir diketap tanda menahan senyuman melihat nama yang tertera.
" Okay, awak semua buat latihan yang saya berikan. Maaf saya ada hal tapi! Bila saya datang balik saya nak tengok sejauh mana awak dah siap. " Pesan si guru.
" Nae! "
Diangkat sedikit kepala melihat ssaem Ko yang berura-ura keluar daripada kelas .
Melirik senyuman si gadis.
Assa!
Aplikasi WhatsApp ditekan kembali.
Nama seseorang ditekan.
Jung kerek❤️
Online
Hye, sayang belajar apa Tu?
12:34 pm.
Math -..-
12:37 pm.
Cikgu kurang ajar tu ajar ke?
12:37
Aah, ni dia keluar sekejap.
12:38 pm.
Byul pandang luar kelas.
12:38 pm.
Eo?
12:38 pm.
Dengan penuh rasa musykil Cha Eunbyul menengadahkan wajah dan menoleh kearah tingkap yang selaras dengan pintu masuk. Dikecilkan mata untuk melihat keberadaan si kerek.
Baru sahaja ingin berpaling kearah lain wajahnya terkalih semula kearah tempat tadi. Seorang lelaki tersenyum manis memandang kearahnya. Elok bersandar di luar kelas sendiri. 5-A1 kelas budak cerdik.
Eiii buat apa tercegat dekat situ?
Jual muka?
12:40 pm.
Saja, Jeon Jungkook rindu.
12:41 pm.
Kejap. Aku nak ambil sesuatu.
12:41 pm.
Arra, palli.
12:42 pm.
Tersengih lebar sahaja bila membaca
chat antara mereka. Hehehehehe.
Angau. Setahun menjadi pasangan tetapi kehangatan bercinta seperti baru sahaja semalam menjalinkan hubungan.
Sedang syok melayan angau sehinggakan kerja yang ditinggalkan oleh Ssaem Ko terabai! Dilihat Mia disebelah yang sudah menyembamkan wajah pada meja.
Steady je minah ni.
"Wei Cikgu puaka datang! " Pekik Chansung yang terkocoh-kocoh masuk kedalam kelas.
Disebabkan terkejut + panik Cha Eunbyul terjatuhkan telefon nya. Cepat sahaja dia membingitkan untuk mencapai telefon bimbitnya itu. Mati dia Kalau cikgu puaka Tu nampak dia pegang telefon.
Nasib tidak menyebelahi. Saat dia menegakkan badan anak matanya bertembung dengan panahan mata yang tajam.
Bibir diletakkan kerana dia tidak
sempat menyorokan telefon nya.
" Hey Cha Eunbyul! Sudah banyak kali saya dah pesan. Jangan main alat elektronik seperti Telefon bimbit dalam kelas saya! " Jerkahan Ssaem Ko membuatkan seisi kelas terdiam.
Semua tidak berani mengangkat kepala. Mia yang berada disebelah eunbyul secara drastiknya menengadahkan waja
Dalam kegusaran yang mencengkam sanubari si gadis menengadahkan wajah. Wajah bengis Cikgu wanita di hadapan nya dipandang sekilas sebelum menundukan pandangan.
" Mari sini telefon awak! " Tanpa kebenaran pemiliknya terus Telefon bimbit yang kemas digenggam dirampas.
" Ssaem! " Bergetar bibir merah nya. Kenapa dia yang harus lalui sedangkan ramai lagi yang bermain Telefon bimbit sewaktu DIA masuk ke kelas.
Sengaja buat tak nampak?
" Jeon Jungkook? Jadi benarlah yang
awak berhubungan dengan pelajar paling cemerlang dalam sekolah ni? "
" Apabila saya tanya awak harus jawab. Mana adab kamu! "
" n..nae. " Jawab Eunbyul saat dia dongakkan kepala. Anak matanya terpandang kearah luar kelas yang sudah dikerumuni padat dengan pelajar lain. Tetapi hanya seorang sahaja menarik perhatiannya.
Jejaka yang tegang wajahnya.
Ditangannya terdapat sekuntum
bunga ros merah. Tajam setajam pedang samurai pandangan jejaka itu kepada guru biadap itu.
" Tch. " Decitnya. Hujung jari jemari Eunbyul sudah terketar-ketar akibat takut dengan jelingan tajam Ssaem Ko dan juga penonton Yang ramai.
" Macam mana pelajar kurang cerdik macam awak ni boleh berpasangan dengan pelajar paling perfect dekat sekolah ni! awak tahu tak awak tak setanding dia. " Cemuhan diberikan.
" s..saya- "
" Jangan menjawab! "
Pandangan penuh benci diberikan.
Guru wanita ini amat bencikan pelajar
yang kurang cerdik. Pilih kasih! Sebab itulah pelajar tidak cemerlang sebab keikhlasan dalam mengajar tidak diberikan.
" Sudahlah dalam akademik kurang!
Tapi kokurikulum tinggi. Tak seimbang!
Kamu tahu tak kamu ni teruk! Main-main pula dalam kelas saya! 81/210 dalam tingkatan." Suara yang lantang membuatkan sesetengah pelajar tergelak halus dan berbisik-bisik.
Setelah puas menghina ataupun lebih tepat merendahkan pencapaian seseorang. Puan Ko Hye Ji selaku guru mata perlajaran matematik yang sentiasa tidak berpuas hati dengan anak murid dihadapan nya ini memberi pandangan setajam-tajamnya.
Dikerling sekilas Telefon bimbit berjenama iPhone 6 milik anak muridnya ini sebelum menghempas kuat ke lantai. Tidak lupa dipijak-pijak dengan kasut tumit tinggi
3 inchi nya.
Terbuntang mata Eunbyul melihat keadaan iPhone nya yang retak seribu. Lagi membuatkan dia mahu meraung melihat hujung tumit kasut tinggi itu memijak bahagian lensa kamera.
" Ssaem Ko! Meomcheo (berhenti) . Ssaem tahu saya kerja sambilan untuk dapatkan telefon idaman saya? Ssaem jahat!
Ssaem hina saya! Walaupun saya dalam kedudukan tercorot saya masih berusaha belajar!" Terus Eunbyul melutut dan mengambil iPhone nya daripada terus dipijak-pijak oleh kaki kepunyaan orang tua itu.
" Berani awak tinggikan suara! Hei, awak cakap awak berusaha? Main alat elektronik dalam kelas dikatakan berusaha ya?
Kalau bodoh tu memang tak boleh simpan ya?! " Dicengkam rambut ikal mayang Cha Eunbyul dan menarik sehingga terbangun Eunbyul yang mengetap bibir menahan kesakitan.
Cecair hangat hampir mengalir ditubir mata namun pantas menahan daripada terus dihamburkan. Dia tidak mahu kelihatan lebih lemah.
Baru sahaja orang tua ini mahu
menampar wajah Eunbyul.
Ppapp!
" Siapa kau nak judge dia? Dia cerdik atau bodoh bukan penghalang. Asalkan hati dia baik. Bukan macam kau! Tak berhenti cari salah orang! " Tengking Jungkook. Tangannya menarik gadisnya supaya berdiri dibelakangnya.
" Awak dahlah- "
" Sayang diam. " Tegasnya.
" HEI orang Tua, Ingat ya. Kedudukan kau mendidik pelajar dekat sini boleh terhapus dan nama kau juga boleh dibuang daripada sekokah elite ni. You know blacklist?
Serta merta nama kau akan dihitamkan untuk mengajar di sekolah. Waktu tu kau bolehlah merangkak cari kerja yang lebih berguna ya. "
" Kau. Kau. Kau. Kau. Siapa yang rakam. Aku tengok tersebar dekat mana-mana. Siap korang. Aku Ingat one by one muka korang semua. "
" Jom. "
Pelajar mula berbisik-bisik saat Jungkook menarik Eunbyul keluar daripada kelas. Ssaem Ko sudah menunduk malu.
-----
" Jung! "
" I've something to talk with you. " Dinginnya.
" Awak! Sudahlah masamnya.
Dengan cikgu pun awak nak bermasam muka! Kecil hati ssaem Ko dengan ayat awak. " Cebik Eunbyul.
" Nanti aku beli Telefon baru untuk kau. " Dalih Jungkook.
" Jangan tukar topik Jung. "
" Aku tak suka bila dia perlekehkan kau depan orang ramai. Bukan setakat perlekehkan tapi menghina orang yang
aku sayang."
" Sudahlah Jung.. Awak yang masuk kelas saya pastu buat kecoh. Awak tak sepatutnya bina benteng untuk mempertahankan saya. Apa kata orang
lain- "
" Salah ke aku nak pertahankan kau? Semua yang aku lakukan salah ya? Jadi Lepas ni kalau kau kena buli aku taknak ambil kisah. "
" Awak! Bukan- Kyah Jung! " Teriak si gadis apabila si jejaka melangkah kehadapan dan berhenti dekat taman sekolah.
" Jung.. "
Badan sasa lelakinya ini dipeluk dari arah belakang. Disebabkan faktor ketinggian yang menghalang. Si gadis melentokan kepala pada belakang badan si jejaka.
" Saya tak cakap yang awak salah. Sudahlah marahkan saya.. Mianhae, saya tahu namchin saya nak mempertahankan saya.
Saya hargai sangat. Tapi-"
" Payah sangat ke nak percaya yang aku ni ikhlas tolong kau. "
" aniya.. saya percaya. Dah cuba senyum sikit ni tak monyok je. Saya nak lihat senyuman Jung saya. " Cha Eunbyul beralih pada bahagian hadapan pula. Pinggang si jejaka dipeluk.
" Aku kurang empathy. Orang sekeliling sering beri tanggapan yang negatif. Aku cuba buat baik macam kau suruh tapi bila aku dah usaha buat baik . Kenapa akhirnya layanan yang kurang memuaskan harus aku dapat? "
" Cha's kadang-kadang cara kita buat orang salah anggap. Tujuan kita bernafas bukan untuk sentiasa sepanjang masa memuaskan hati orang. "
" Saya tolong awak selagi saya mampu. "
" Cha Eunbyul akan sentiasa tolong
Jung- "
Back to normal.
" arkh- "
" hey, kau okay? "
Terkejut bukan kepalang melihat gadis dihadapan nya ini tiba-tiba ingin rebah secara drastik. Cekap menangkap pinggang ramping itu.
" O-kay. "
" Muka kau pucat. Perut kau tak selesa ke? " Soal Jungkook yang melihat keadaan Eunbyul kelihatan tidak stabil.
" Tak. Kepala saya sakit. " Cantas Eunbyul yang tidak memandang Jeon Jungkook. Kepalanya masih sakit. Berpinar macam tu.
" Aku minta maaf. " Ucap Jungkook yang merasakan dia telah melakukan kesalahan.
" Kenapa awak perlu mohon maaf?
Awak tak lakukan sebarang kesalahan. "
" kkeunyang.. mianhae. " Keluh Jungkook.
" sit down. Aku ambilkan air. " Tubuh genit itu disandarkan dekat dinding dengan tertib. Saat ini, Cha Eunbyul menengadahkan wajah merenung ciptaan Tuhan yang sempurna dimatanya.
Jejaka kegilaan ramai.
Bercahaya terang apabila dalam kepekatan kegelapan. Juga, menjadi buah hatinya.
Jeon Jungkook memalingkan tubuh ingin melangkah pergi. Terhenti langkah saat satu suara menegur.
" Jung. Jung Kerek. "
" Jeon Jungkook that's you? "
Bibir merah merekah nya diketap kuat apabila Jeon Jungkook jejaka itu memalingkan tubuh memandang tepat wajahnya.
Ya, dia dapat lihat wajah jejaka misteri dalam ingatannya. Tidak lain dan tidak bukan jejaka itu adalah jejaka di hadapan nya. Bergetar bibirnya saat mengungkapkan ayat pertamanya.
Ternyata mimpi dan ingatan selama ini yang muncul secara tiba-tiba memberikan satu persatu serpihan jawapan yang masih hilang.
TBC----♥
♥♥ Terima kasih sebab baca ♥♥
♥♥ Terima kasih sebab sudi vote ♥♥
♥♥ Terima kasih sebab sudi Komen♥♥
♥♥ Terima kasih setia dengan book ni ♥♥
Segala kekurangan datang daripada saya.
Bosan?
Komen lah cakap FF ni Bosan nnti aku perbaiki mana Yang patut.😆
" Hye wife! "
-JJK♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro