Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

The End

Miyoung melangkah ke dalam kawasan apartment yang pernah dia diami dahulu. Pengawal disitu nampaknya masih ingat dengan wajahnya. Mereka menyapanya dengan mesra.

Miyoung dibenarkan untuk masuk memandangkan mereka tahu gadis itu. Tingkat dua belas, dimana rumahnya berada dituju. Miyoung berdebar-debar menunggu lif terbuka.

Sebaik sahaja sampai, dia keluar dan menuju ke rumahnya. Password dimasukkan. Gadis itu tersenyum pendek. Sehun masih belum menukar password rumah.

Pintu ditolak. Miyoung masuk dan menuju kearah Sehun. Dia memegang bahu Sehun.

"Saya dengar tuan rumah ada dekat sini?" sapa Miyoung.

Sehun menoleh. Dia terkedu.

Cerita Sehun pula, hari ini dia bangun awal untuk mengemas rumah. Dia akan berpindah keluar dari rumah hari ini. Alasannya, dia tidak mahu mengingat tentang Miyoung lagi.

Gadis itu sudah berumah tangga dan bukan milik dia lagi. Kotak-kotak diambil dan barang-barangnya mulai dikemas. Berat hatinya untuk meninggalkan rumah ini.

Katilnya dipandang. Dia masih boleh melihat Miyoung disana. Dia nampak bayang-bayang Miyoung yang sedang bergelak-tawa dengannya disana.

Buku latihan Miyoung pun ada bersamanya. Buku tersebut diselak satu-persatu. Penuh dengan tanda merah. Sehun tertawa, perlahan. Miyoung memang bengap sikit dulu.

Tak boleh salahkan dia. Dia tak nak belajar sains.

Kemudian, Sehun beralih pula pada ruang tamu. Barang-barang seperti PSPnya diambil. Dia menoleh kearah sofa.

Dia nampak dirinya bersama Miyoung disana. Macam mana mereka habiskan masa dengan menonton wayang buatan sendiri. Macam mana Miyoung tertidur dengan popcorn didalam mulut.

Macam mana Miyoung dan dia bergurau sewaktu sedang membersihkan rumah. Saat dia mendukung Miyoung dan memusingkan tubuh kesayangannya itu. Sehun rasa sayu pula.

Dia membawa kotak-kotak dan diletakkan berdekatan dengan pintu rumah.

Kalau dia tak mengalah haritu, mungkin Miyoung dan dia sedang berbulan madu sekarang. Sehun terjatuhkan bingkai gambarnya bersama Miyoung. Mujurlah ianya tidak pecah. Kotak ditangannya diletak ke tepi dan dia mengutip gambar tersebut.

Wajah Miyoung diusap. Senyuman Miyoung sungguh menyegarkan bagi dia. Aneh. Macam mana seseorang boleh hasilkan manusia seindah Miyoung? Sehun bingung. Macam tak logik pun ada.

(Dan Oh Sehun. Macam mana orang sesempurna seperti kau boleh wujud juga? Aku pun pelik.)

Pintu rumah terbuka. Sehun sangkakan itu cuma tuan rumah, datang untuk melawatnya hari ini. Bunyi tapak kasut wanita menarik perhatiannya.

Tiba-tiba, seseorang menyentuh bahunya dengan begitu lembut.

"Saya dengar tuan rumah ada dekat sini?" sapa suara lembut itu.

Sehun menoleh ke belakang, perlahan-lahan. Masa seakan terhenti.

Miyoung tersenyum lebar saat melihat wajah bingung Sehun. Nampaknya, Sehun sendiri tak menyangka yang dia akan berjumpa Miyoung disini.

"Bogoshipeo, Hun-ah."

Sehun berdiri.

Dia menyentuh pipi Miyoung. Sekadar ini memastikan yang dia tidak berkhayal memandangkan dia terlalu rindukan gadisnya.

"Ini aku, Hun. Aku betul-betul ada depan kau ni."

Sehun menitiskan air mata tanpa dia sedar. Pipi Miyoung dikelus lembut.

Miyoung memegang tangan Sehun. Lelaki itu tidak sengaja ternampak cincin dijari manisnya. Terus Sehun melarikan tangannya. Dia menjarakkan diri daripada Miyoung.

"Mianhae, Miyoung. Aku tak patut sentuh kau,"

Miyoung mengerutkan dahinya.

"Tahniah." ucap Sehun, tak ikhlas.

Miyoung menahan dirinya daripada ketawa tapi tak berjaya. Itu membuatkan Sehun pula bingung.

"Kenapa ketawa?" Sehun rasa dihina pula. Miyoung ketawa sebab Sehun dibuang ke? Sebab dia yang selama ni berangan sendirian sedangkan Miyoung dah hidup gembira dengan Jaehyun?

"Hun, cuba tengok betul-betul cincin siapa ni." arah Miyoung.

Tangannya dihulurkan pada Sehun. Sehun mulai menilik cincin tersebut. Dia sangkakan cincin tersebut cincin perkahwinan tapi bila dipandang semula, baru Sehun teringat.

"Ini.."

"Ya, cincin yang kau tinggalkan untuk aku. Cincin yang sepatutnya kau bagi pada tarikh aku tinggalkan kau dulu. Ayah dah cerita semuanya." jelas Miyoung.

Sehun tak jadi merajuk. Dia memegang tangan Miyoung dan mengusap cincin tersebut.

"Apa jadi dengan Jaehyun?"

"Perkahwinan batal.." jawab Miyoung.

"Kenapa batalkan? Nanti ibu dengan daddy kau marah--"

"Macam mana aku nak kahwin kalau lelaki yang aku cintakan tak ada? Ingat aku ni barang ke boleh orang ambil lepastu buang sesuka hati? Lagipun, aku kan dah ada pemiliknya. Aku kenalah setia macam Woody dalam Toy's Story." kata Miyoung.

"Siapa pemiliknya?" Sehun buat-buat bodoh pula.

"Siapa lagi kalau bukan lelaki depan aku ni? Nama dia Oh Sehun. Lelaki baik sempurna yang Kim Miyoung pernah jumpa. Lelaki pertama jugak yang pernah ludah muka Miyoung. I'm yours now. Trully yours."

Sehun tak dapat menyembunyikan rasa gembiranya. Dia terus menarik Miyoung ke dalam pelukannya. Dia rindukan Miyoung, 100%.

Pelukan itu dieratkan.

"Jangan lepaskan pelukan ni sampai bila-bila pun, ya Hun?" pintanya. Miyoung menggosok belakang tubuh Sehun.

Sehun mengangguk. Miyoung memang peluk-able. Tubuh kecil itu muat secukupnya dalam pelukannya.

"Sehun, aku ada nak tanya sesuatu pada kau," ujar Miyoung.

"Tanya apa?"

Telinga Miyoung jadi merah. Soalan pun belum tanya, tapi dia dah blushing awal.

"Kau.. sudi tak kahwin dengan aku?"

Sehun melepaskan pelukan. Apa dia dengar tadi? Matanya terbuntang luas. Bahu Miyoung dipegang.

"Kejap.. apa?!"

"Aaaahh.. Sudi tak kau kahwin dengan aku?" lamar Miyoung lagi.

Sehun rasa macam nak jatuh. Kenapa Miyoung yang lamar dia sekarang ni?!

"Yahh! Aku yang patut tanya soalan tu lah!"

"Apa salahnya?! Daripada kau kena rembat dengan perempuan lain, baik aku cucuk jarum terus! Nak kahwin ke tak ni?! Kalau tidak aku pergi tanya Jaehyun lah--"

Miyoung pura-pura ingin pergi namun cepat-cepat Sehun menariknya semula.

Sehun menarik tangan Miyoung dan menciumnya.

"Mestilah. Aku sudi," jawabnya.

Tanpa berlengah, Sehun terus mencium Miyoung sehingga membuatkan Miyoung hampir terjatuh. Belakang Miyoung disokong dengan tangannya.

Jaehyun dan Irene menayangkan wajah datar saat sampai disana. Kenapalah mereka perlu melihat adegan ini sekarang? Menyesal ikut Miyoung tadi.

Jaehyun merenung Irene dalam diam. Gadis itu menahan malu melihat tingkah sahabatnya sendiri. Sedar yang dia diperhati Jaehyun, Irene terus memijak kaki Jaehyun. Cincinnya ditunjuk lagi.

"Aku ada boyfriend aku kata!" bentak Irene dan pergi.

"Yelah tu. Cincin tikam pun sayang," balas Jaehyun. Penipuan Irene terbongkar. Gadis itu semakin malu sekarang. Tak pandai menipu betul.

Hidung Sehun dan hidung Miyoung bersentuhan. Mereka tercungap-cungap menyedut oksigen.

"Aku minta maaf sebab pernah ludah kau dulu. Otak aku wrong service waktu tu," kata Sehun lagi.

Miyoung ketawa.

"Kalau kau tak ludah, rasanya kita takkan jadi macam ni sekarang.." balas Miyoung.

Siapa sangka, dengan satu ludahan, Miyoung dan Sehun jatuh cinta. Kalau mereka tak bertemu disini, mungkin Sehun akan mati bujang dan Miyoung pula jadi andartu.

Sehun mencium dahi Miyoung, lama.

"Aku untuk kau. Dan kau untuk aku Miyoung."

Dia bersyukur yang Miyoung akhirnya dikembalikan kepada dia.

"Aku cinta kau, Miyoung."

"Aku pun cintakan kau, Sehun."

"Nak buat adik William sekarang tak?"

"HOI HOI! TAK BOLEH BUAT SELAGI BELUM KAHWIN! WOI!"

"Jaehyun?!"

THE END

Sampai disini sahaja jodoh kita bersama Sehun dan Miyoung. Terima kasih banyak pada yang baca cerita ni dan komen sepanjang masa sampai buat aku terhibur. Hari-hari tunggu nak baca komen korang 😂

Ada special chapter. Don't worry.

Supportlah ff baru Sehun dengan Miyoung nanti ya ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro