
Part 9
Hari minggu. Baru kali ini Sehun dapat berehat selepas berhari-hari bekerja. Dia kini sedang memasak di dapur oleh kerana moodnya yang baik. Dia memasak sup rumpai laut hari ini. Ada juga daging goreng yang semerbak baunya saat digoreng diatas api.
Miyoung yang terbau makanan sedap terus keluar dari bilik. Dia mendekati Sehun yang sedang memasak. Miyoung tak mengatakan apa-apa pun sebaliknya cuma memandang sahaja.
Sehun pandai memasak. Bukan macam dia yang buta memasak. Pegang pisau pun macam orang buta pegang tongkat. Tapi orang buta lagi pandai daripada dia.
"Pandang apa?" tanya Sehun, tidak selesa dengan pandangan Miyoung.
Nak minta makanan lah tu. Jangan harap. Nak makan, buat sendiri ya? Ada faham?
"Nak hidu bau pun tak boleh ke? Tahulah kedekut," jawab Miyoung.
Dia kembali menonton Sehun yang sedang memotong bawang seolah-olah seorang cef. Dia terpukau.
"Kau belajar masak dari mana?" tanya Miyoung.
"Sendiri," jawab Sehun acuh tak acuh.
"Nak cuba.. boleh?" tanya Miyoung. Dia tak pernah diajar memasak oleh ibu. Disebabkan itulah dia jadi begini. Daddy pun tak berapa suka Miyoung memasak kalau tanpa pengawasan orang tua.
Sehun menoleh. Dia diam sebentar kemudian mengangguk.
Miyoung terus bangun dan berdiri disebelah Sehun. Sekali lagi, dia rasa nak belasah kepala Miyoung. Kenapalah pakai baju terdedah lagi? Tidak tahukah dia Sehun sudah berada hampir pada level bos dalam fasa peningkatan umur dan hormonnya kerana Kim Jongin? Ya, salah sahabatnya itu lagi.
"Ajarkan?" pinta Miyoung.
Sehun berdiri di belakang Miyoung dan mengajarkan gadis itu cara untuk memegang pisau sebetulnya. Mereka cuba untuk memotong sayur terlebih dahulu.
Tahukah anda kalau Sehun tidak dapat bertenang sekarang? Dia tak boleh tahan dengan bau Miyoung yang agak menarik baginya. Bau vanila tapi bukan vanila. Macam bau strawberry tapi bukan strawberry. Ada juga macam orange tapi bukan orange. Hm, nak cari gaduh ke ni?
Miyoung bersorak riang saat dia berjaya memotong sayur sawi buat pertama kali dalam hidupnya. Dia menoleh kearah Sehun yang berada dibelakangnya.
Baru sahaja dia mahu membuka mulut, dia baru tersedar yang jarak mereka terlalu dekat. Keduanya kaku. Wajah Miyoung menjadi merah.
"SEHUN-AH ANAK OMMA!! OMMA DATANG--- OMOOO! ABANG TENGOK ANAK KITA TENGAH HORNY!! DIA STRAIGHT ABANG DIA STRAIGHT!! ALHAMDULILLAH!?"
Suara seorang mak lampir berbunyi. Sehun terkejut. Itu lah ibu kandungnya. Dia tidak tahu bagaimana kedua ibu bapanya tahu tempat tinggalnya termasuk password rumah tapi sekarang ni, mak lampir yang paling dia inginkan untuk tidak muncul telah pun tiba.
Habislah Sehun.
Ayah Sehun masuk ke dalam rumah sambil membawa timun. Dia ternganga kecil saat melihat kedudukan Miyoung dan Sehun di dapur.
Timun tadi diletakkan diatas meja dan dia membetulkan kaca matanya untuk melihat sekali lagi. Terus dia menghembus nafas panjang.
Dia duduk diatas kerusi meja makan dan berpura-pura tidak melihat. Ibu Sehun menerpa suaminya seperti orang gila. Tangan suaminya ditarik-tarik.
"ABANGG!! ANAK KITA DUDUK SERUMAH DENGAN BAKAL MENANTU KITA!! INI MESTI DAH RAMEN CHALLENGE NI! YA TUHAN CUCUKU ON THE WAY!! AKHIRNYA ANAK AKU TAK MATI BUJANG!!"
Teriak Ibu Sehun seperti histeria. Ayahnya Sehun memekakkan telinganya. Begitulah nasib dia dan Sehun dahulu. Mendengar celoteh isteri dan ibu yang seperti wartawan gosip murahan artis. Tapi nak buat macam mana lagi. Dah nasib.
Malang.
Bala.
Malapetaka.
Huhu.
Karmakah ini?
Ibunya Sehun berlari kearah Miyoung dan menarik gadis itu daripada Sehun. Terus dia menyentuh perut Miyoung untuk memeriksanya. Punggung gadis itu ditepuk. Miyoung menjerit kesakitan.
"Elastik! Fantastik! Ring ding dong ring ding dong!" komen Ibu Miyoung. Pipi Sehun merona merah mendengar ucapan ibunya itu.
"Ish! Perut tak besar pun lagi? Sehun kamu ni buat kerja ke tidak malam-malam?!" marah Puan Oh. Sehun hampir tersedak roh.
Telinganya merah. Malu dihadapan Miyoung.
"Kamu tu bujang lapuk! Ni menantu omma ni umur berapa?"
"Dua..dua puluh makcik.." jawab Miyoung.
"HA!"
Sehun dan Miyoung terkejut beruk.
"Omma sambung balik ya? Kamu tu bujang lapuk Sehun! Menantu omma ni baru 20! Masih bertenaga! Cubalah minum tongkat Ali tu sikit! Bila nak dapat anak kalau pemalas macam ni?!" Bebel Puan Oh lantas memukul badan Sehun sekuat hati.
Miyoung meneguk liurnya. Dia tak faham apa yang sedang berlaku sekarang ini. Kenapa seorang mak lampir datang menyerang mereka ni? Dunia ni dah terbalik ke?
"Omma!!" rengek Sehun.
"Apa omma-omma?! Nak ommakan aku, kau bagi aku cucu dulu!" marah Puan Oh. Dia fokus pula kepada Miyoung.
"Ni menantu mummy nama siapa ya?" suara Puan Oh berubah menjadi lembut. Dia menyisir rambut Miyoung yang sedikit serabai itu.
"Mi--Miyoung, makcik."
Bahu Miyoung ditampar sehingga boleh patah dibuatnya.
"Ish! Panggil je mama. Jangan malu-malu," kata Puan Oh.
Miyoung tak tahu nak jawab apa sekarang. Dirinya sedang ditilik oleh Puan Oh dari atas ke bawah. Patutlah Puan Oh boleh salah faham. Pakaiannya adalah salah satu penyumbang besarnya.
"Jom ikut mak tengok bilik. Mak nak periksa sikit," arahnya dan menarik Miyoung pergi dari sana. Miyoung tak dapat menolak kerana takut kurang ajar lagi.
Mereka menuju ke bilik sekarang.
Dari belakang, Puan Oh mengenyitkan matanya kearah suaminya.
"Montoks yang montoks. Patutlah anak kita suka!!" bisik Puan Oh sambil merenung punggung Miyoung.
Hm. Siapa lelaki siapa perempuan sekarang ni? Mereka bingung. Sehun menepuk dahinya. Habislah dia sekejap lagi.
Puan Oh mula memeriksa bilik Sehun sementara Miyoung menunggu diluar seperti tugu negara. Puan Oh mula menunjukkan reaksi tidak suka.
Dia beralih pula pada bilik Miyoung. Angin ahmarnya semakin naik.
Dia keluar dari bilik dan mencari Sehun.
"OH SEHUN!!!" teriaknya sehingga mencapai lima oktaf.
Sehun dan Miyoung menekup telinga mereka manakala Encik Oh sudah pun bersedia dari awal lagi sejak datang ke sini.
"KENAPA TAK TIDUR SEKALI?!! KENAPA BILIK ASING-ASING?! OMMA NAK KAMU PINDAHKAN BARANG MENANTU OMMA KE BILIK KAMU.. SE.KA.RANG!!!" jeritnya.
Sehun hampir jatuh terjelopok kerana gegaran kecil itu.
"Tapi makcik--mama--mummy--"
"Sayang anak umi, takpe. Bonda tahu semuanya. Mulai harini, ibu restu hubungan kamu berdua. Nak buat sekarang pun boleh, Omma tunggu," balas Puan Oh, gembira.
Sehun yang sudah sampai di sana ditarik telinganya.
"Lain kali nak buat kerja biar clear! Cepat pindahkan! Kalau tidak omma piat bibird kamu! CEPAT!!"
to be continued
Astaghfirullah..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro