
Part 7
Dusta.
Sehun sekarang sedang enak berguling di sebelah Miyoung. Padahal baru beberapa minit selepas Miyoung tertidur tadi. Dasar lelaki kerdus.
Sehun memeluk badan Miyoung yang sedikit kedinginan. Gadis itu baru sahaja mengalami mimpi ngeri dan sempat meracau-racau akan sesuatu.
Sehun akui, selepas hidup membujang selama 27 tahun, baru kali ini dia dapat merasai kenikmatan dan keselesaan sebenar saat tidur.
Dia tahu pelik bunyinya bila melihat seorang guru bersama anak muridnya bersama. Lagi-lagi bila keduanya tinggal serumah dan sama-sama berebut inginkan rumah tersebut.
Mereka baru berkenalan tak sampai seminggu pun. Tapi sudah berani untuk tidur sekatil. Sehun tersenyum-senyum sendiri.
Lama-kelamaan, keduanya makin merapat antara satu sama lain. Miyoung memusingkan tubuhnya menghadap Sehun.
...
Bangun sahaja dari tidur, Sehun telah pun hilang. Miyoung pergi ke kampus seperti biasa. Dan mereka tidak terserempak lagi selain di dalam kelas.
Dan hampir sebulan lamanya, kedua manusia itu tidak bertegur sapa. Nampaknya, Miyoung dan Sehun sama-sama mengelak antara satu sama lain. Mungkin kekok setelah kejadian tidur bersama itu meski Miyoung tidak sedar.
"Ibu bila nak melawat Miyoung?" soal Miyoung disebalik telefonnya.
"Sorry anak ibu.. Ibu sibuk la.." jawab ibu.
Miyoung mengeluh perlahan.
"Tapi bu. Hujung minggu ni hari---"
"Sayang ibu, kita borak lain kali ya? Ibu sibuk ni. Bye. I love you." Ibu mematikan panggilan sebelum sempat Miyoung membalas.
Gadis itu menggenggam telefonnya, geram. Sekali lagi, kata i hate you, dituturkan olehnya. Mata Miyoung berkaca-kaca. Sudah lama mereka tidak menyambut hari lahirnya bersama sejak ayah meninggalkan mereka dahulu.
Dan dihari lahir ke-20nya, dia masih bersendirian. Tanpa kedua ibu bapa seperti anak yatim piatu. Cuma kadang-kala, daddy ada menelefon ataupun meninggalkan pesanan untuknya.
Kadang-kadang, dia bertanya soal kesihatan Miyoung, ataupun pencapaiannya. Memang calon daddy yang baik untuknya kerana berjaya mengambil hatinya. Lagipun Miyoung sudah lama mengikhlaskan dan menerima daddynya itu ke dalam hidup mereka. Cuma ibu yang masih belum bersedia untuk berkahwin. Entah apa yang Wanita itu tunggu lagi.
Sehun yang kebetulan baru pulang dari tempat kerja merenung Miyoung yang sedang menangis itu. Miyoung sedaya-upaya menahan dirinya daripada tersedu-sedan kerana takut malu.
Lelaki itu menghampirinya.
Tapi sedar seseorang mendekatinya, Miyoung terus berdiri dan berjalan ke biliknya dalam keadaan kalut. Sehun terus mencapai tangan Miyoung.
"Kenapa?" soal Sehun, risau.
Miyoung mengelap air matanya dan cuba untuk melepaskan pegangan tangannya. Tapi Sehun lebih kuat menggenggamnya.
"Tolonglah..jangan kacau aku.." rayu Miyoung. Sehun melepaskan tangan Miyoung dan membiarkan gadis itu pergi.
Miyoung tak mahu rasa terhutang budi atau menjadi teman kepada Sehun.
Lebih-lebih lagi, Sehun pernah meludahnya.
Jijik..
...
"Kau kenapa semenjak dua menjak ni nampak macam orang frust hilang anak je?" soal Jongin setelah mengumpul keberanian untuk bertanya sejak mereka bertemu tadi.
Sehun cuma memandang makanannya dengan mata kosong. Tak tersentuh langsung. Iyalah, mana ada orang makan pakai mata. Lembap.
"Aku.. tak tahu.." jawabnya, sendu.
Dia sendiri bingung dengan dirinya.
Dia akui, dia sering mengintai Miyoung saat gadis itu pulang dari kelas untuk melihat samaada dia sihat atau tidak. Atau moodnya baik atau tidak.
Tapi Miyoung sama sahaja dengan wajah muramnya. Malam-malam, dia sering terdengar bunyi orang menangis didalam bilik Miyoung. Dia ingatkan rumahnya berhantu pada mulanya.
Dah suara menangis tu buruk sangat. Macam pontianak tercekik chopstick.
Perkataan 'ibu' diulang berkali-kali sehingga Sehun menyimpulkan yang Miyoung cuma rindukan kampung halamannya sahaja.
"Macam orang putus cinta je kau ni. Hahaha." gelak Jongin dan hampir tersedak udang. Dasar lelaki.
Dia pergi sebentar untuk ke tandas kerana tak tahan ingin membuang. Sehun abaikan sahaja.
Saat itu, dia ternampak Irene dan Seulgi memasuki kedai dimana dia berada sekarang. Kedua gadis itu belum perasan akan kehadirannya.
Mereka mulai memesan makanan sambil berborak akan sesuatu.
"Kita pergi rumah Miyoung nak? Aku kesian tengok dia macam tak ada roh dah." ujar Irene, mengajak Seulgi.
Gadis bermata sepet itu mengangguk tanda setuju.
"Tapi kita tak tahu rumah dia dekat mana. Dia tak pernah beritahu kita pun. Jaehyun oppa yang rapat dengan dia sendiri pun tak tahu rumah dia dekat mana." jawab Seulgi.
Jaehyun? Siapa Jaehyun? Sehun mula berminat untuk mendengar gosip kedua gadis itu.
"Aku perasan kan, Miyoung macam berahsia sangat dengan kita. Dia ada sorok apa-apa ke?" kata Irene lagi.
Sepanjang mereka bersahabat, Miyoung seolah-olah tak percayakan mereka. Agak terkilan sedikit lah. Sedangkan mereka berdua ikhlas berkawan dengan Miyoung.
"Entahlah. Yang aku rasa, Miyoung mungkin dari broken family. Abang aku kan doktor psikologi, dia pernah bagitahu aku jenis dan simptom orang yang dari broken family." balas Seulgi.
"Kesiannya.."
"Hm.. Dia nampak ceria dulu tapi sekarang mungkin dia ada masalah. Kalaulah aku tahu apa masalah tu, aku nak sangat tolong walaupun cuma dengar je luahan dia. Dia perlukan seseorang untuk luahkan semuanya. Bukan pendam."
Seulgi berhenti daripada berbicara saat makanan mereka sampai. Kemudian, dia menyambung semula sambil makan.
"Kita order makanan dan delivery dekat dia nak?" cadang Seulgi.
"Nak delivery macam mana kalau alamat pun tak ada," balas Irene. Seulgi mengeluh lagi. Miyoung pulang awal tadi selepas kelas. Katanya, dia mahu ponteng sahaja kelas petang ini. Tidak bermaya sudah dirinya untuk berada seharian dikampus.
"Dia mesti suka spaghetti carbonara ni. Ni kan makanan kesukaan dia." keluh Seulgi.
Irene mengangguk perlahan. Manakala Sehun, dia bangun ke kaunter untuk memesan sesuatu. Selepas makanan diterima, dia terus keluar dari kafe tanpa menghiraukan Jongin lagi.
Dia perlu pulang ke rumah secepat mungkin..
Berharap Miyoung ada disana.
"Jangan mati, budak tak guna."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro