Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 6

Sehun meneguk air Starbucks yang dipesan oleh sahabatnya itu. Hari ini, mereka berkumpul bersama dengan geng-geng yang lain setelah berminggu lamanya tidak bertemu. Memang itu kebiasaannya apabila geng-geng bujang ini tidak bertemu.

Jangan salah faham ya, yang bujang cumalah Sehun sahaja. Yang lain sudah memiliki kekasih walaupun sekadar pemuas nafsu sahaja.

Bising juga Starbucks dengan bunyian dan hilaian daripada Jongin dan yang lain-lain. Tidak habis-habis dengan cerita tentang perempuan. Kalau bukan perempuan, tentang bola.

Dia diam sahaja mendengar semua celoteh sahabatnya itu.

"Weh! Weh! Kau nampak tu?" soal Jongin kearah gadis yang berada diluar starbucks sendirian sambil bercakap melalui telefon.

Gadis seksi yang dimaksudkan adalah Miyoung. Dia nampaknya sendirian di sana. Wajahnya tegang sahaja sambil bercakap dengan seseorang.
Sehun turut memandang ke sana.

Dia nampak wajah Miyoung yang seolah-olah hampir menangis.

"Anak murid Sehun tu. Kau tahu tak cantik gila budak tu? Kalau aku dapat ni, memang aku bawak kahwin terus! Helokkk!!" ujar Jongin, bersemangat tanpa sedar yang dia sudah mempunyai empat kekasih dikeliling pinggangnya. Dasar buaya darat versi setan.

"Untung Sehun. Tahun lepas siapa nama budak tu? Krystal? Tahun ni, budak ni pulak. Siapa nama dia?" sahut Baekhyun, yang juga merupakan kaki keranjang dan juga telinga belang.

"Tak silap.. Miyoung kut? Aku siasat tadi.." jawab Jongin.

Sehun merenung sahabatnya itu. Sempat-sempatnya lelaki itu menyiasat tentang Miyoung walaupun baru bertemu selama dua saat. Itupun dia pandang perut Miyoung bukan muka Miyoung.

Mereka diam saat melihat Miyoung masuk ke dalam kafe dan mulai ke kaunter untuk memesan sesuatu. Sehun jadi tak selesa saat Jongin sibuk merenung kaki jenjang Miyoung.

Gadis itu memesan tiga minuman dan duduk di kerusi berdekatan mereka. Sementara menunggu, dia bermain telefon dahulu.

"Aku nak tegur dia--"

"Tak payah!" arah Sehun, menghalang Jongin.

Jongin mencebik. Mulalah tu.

"Miyoung!" sapa seorang lelaki kacak yang baru sahaja datang. Miyoung berdiri dan menyambutnya dengan senang hati. Badan sasa lelaki itu dipeluk.

Dahinya dikucup lembut. Miyoung nampak gembira.

Kebetulan, air yang dipesan sudah siap. Mereka mulai berpimpin tangan. keluar bersama-sama dari sana sambil diperhati Sehun. Peduli apa dia. Keluarlah nak keluar dengan siapa pun.

Sehun nampak dimana lelaki itu meletakkan tangannya pada badan Miyoung.

'Tak guna.. Dia sentuh pinggang..' ujar Sehun dalam hati.

"Sayangnya.. dah ada boyfriend," kata Suho.

"Melepas.." sahut Yixing pula..

"Tapi muka diorang serupa kan? Orang kata kalau serupa, jodoh," celah Kyungsoo pula. Sehun diam lagi.

Jongin pula kecewa.

"Ah! Takpe! Masih ada peluang untuk aku! Kekasih boleh putus kan? HAHAHA--ADUH!" 

Kepala Jongin dipukul oleh Sehun.

...

Mereka kini berkumpul di rumah Sehun sambil makan-makan dan menonton televisyen. Biasanya memang mereka menginap di rumah salah satu dari mereka. Cuma kali ini, giliran rumah Sehun pula. Nasih baik Miyoung tak balik harini. Pintu bilik gadis itu juga sudah terkunci sejak awal pagi.

Miyoung takut kalau Sehun curi-curi masuk dan curi pakaian dalamnya. Manalah tahu kan?

Kot-kot Sehun nak pakai ke?

"Hun! Takde ke cerita senonoh sikit? Bosan aku cerita entah apa-apa ni!" jerit Jongin sambil melihat CD yang dimiliki oleh Sehun. Semuanya cerita bergenre action sahaja. Bosan.

Senonoh yang dimaksudkannya adalah cerita tidak senonoh. Sengaja disensor olehnya sendiri.

"Bawak-bawaklah bertaubat Jongin. Kalau takde, bukak Netflix," cadang Minseok pula.

Jongin suka dengan idea itu. Menggunakan akaun Sehun, mereka mulai menonton cerita di Netflix sementara Sehun memerhati dari jauh. Selalunya, memang tetamu yang melebih-lebih daripada tuan rumah.

Para lelaki itu mula bising saat ada adegan bercumbu. Macam tak pernah buat je. Sehun menggeleng perlahan. Sahabat-sahabatnya ini memang setan.

Tapi apakah daya, sudah nasib berkawan dengan setan. Lama-lama, dia pun jadi setan jugak.

Lama menonton sehingga tidak sedar akan jam berapa sekarang. Lelaki-lelaki itu masih bersemangat. Namun, ada juga yang sudah tumbang.

"Kejap! Aku nak pergi toilet! Pause dulu tau!" ujar Baekhyun diikuti oleh Jongin. Ada yang tidur-tidur ayam sementara menunggu sahabat mereka kembali.

Sehun pula cadangnya ingin masuk tidur sahaja sebelum dia terdengar bunyi pintu rumah dibuka oleh seseorang. Jantungnya berdegup kencang.

Dan apa yang ditakutinya muncul. Miyoung pulang pada jam tiga pagi. Dia kelihatan bingung saat melihat ada ramai lelaki sedang berkumpul diruang tamu rumahnya. Kedengaran suara Baekhyun dan Jongin yang sedang menuju ke ruang tamu.

Dengan pantas Sehun menarik Miyoung masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci sementara dia menahan Miyoung daripada bergerak. Kedudukan mereka teramatlah rapat sekarang.

"Wei Hun! Pergi mana?! Tidur ke?!" jerit Jongin.

Miyoung merenung Sehun. Entah kenapa dia pun takut sekarang. Pintu bilik Sehun diketuk dan cuba dibuka dari luar. Jongin berada diluar sambil cuba memanggil Sehun.

"Siapa--"

"Shhh.."

Sehun menekup mulut Miyoung. Dia tak boleh biarkan sahabat-sahabatnya tahu Miyoung berada di sini. Kalau tidak, pasti akan datang salah seorang dari mereka yang akan singgah setiap hari atau setiap jam.

"Tidur kut?" ujar Jongin, pasrah.

"Hek eleh! Si Sehun tu lemah semangat. Tengok sikit dah kecut, pening. Confirm tak tahan tu masa malam pertama. Kah kah! Kesian bini dia," celah Baekhyun, sial.

Jongin dan Baekhyun mulai ketawa jahat.

"Nanti adalah masuk group muka buku, admin tolong saya, suami saya tak kuat.. HAHAHAHAHA!"

Sehun menahan malu kerana Miyoung terpaksa mendengarnya.

Kekok.

Sebaik sahaja Jongin pergi, Sehun melepaskan Miyoung dari kurungan. Keduanya duduk di dalam bilik gelap itu tanpa bercakap walau sepatah pun.

"Kau kata tak balik harini?" soal Sehun. Miyoung menggaru belakang tengkuknya.

"Tak jadi," jawabnya tapi nampak seperti sedang kecewa.

Mereka menjarakkan kedudukan kerana terlalu janggal.

"Kau tidurlah atas katil aku. Aku tidur atas sofa," arah Sehun.

Dia takut khilaf je. Yelah dia kan lelaki. Manalah tahu kan? Kan? Kan? Hehe.

Miyoung diam tak berkutik. Dia naik keatas katil dan duduk termenung di sana. Sementara Sehun mencari pakaiannya didalam almari.

"Pakailah baju aku kalau kau tak kisah. Jangan keluar selagi diorang tak balik," arahnya. Sehun menyerahkan baju tshirtnya kepada Miyoung. Tak tahulah kenapa dia baik hati sangat hari ini.

Miyoung menerima baju tersebut dengan tidak bermaya. Dia terus menyalin baju tersebut di dalam tandas. Sekembalinya dari sana, Miyoung melihat Sehun yang sedang berbaring diatas sofa.

"Se--Sehun.." panggil Miyoung, gementar. Sehun menoleh kearahnya di dalam kegelapan sambil ditemani cahaya bulan.

"Ka-kalau kau nak tidur sebelah ni. Tidurlah.. Aku tak kisah," ujarnya. Miyoung terus berbaring tanpa banyak alasan lagi.

Dia sendu hari ini. Sehun tidak berganjak. Dia takut khilaf.

Biarlah Miyoung menguasai katilnya hari ini. Dia pun perasan akan mood Miyoung sejak balik tadi. Mungkin ada sesuatu yang berlaku tadi.

"Oh ya.. Sehun?" panggil Miyoung lagi.

"Nae?"

"Aku.. aku tahu kau kuat.. Jangan patah semangat ya?"

Crack!

Sehun hampir terjatuh dari sofa setelah mendengar kata-kata Miyoung. Jatuh lagi maruah dirinya. Babi.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro