Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 51


Seodan dan Sehun masuk ke dalam dewan setelah dibenarkan oleh Chanyeol. Miyoung memerhati wajah Sehun yang calar-balar seperti ditumbuk itu. Dia menekup mulutnya. Pegangan tangan pada Jaehyun terlepas.

"Seodan! Awak buat apa dekat sini?!" marah Mirae.

Mereka, Mirae dan Rome berdiri dihadapan Miyoung untuk melindungi gadis itu. Seodan menunduk hormat kepada bekas isterinya itu.

"Saya datang untuk jumpa anak perempuan saya," jelasnya. Pandangan matanya beralih pada Miyoung.

"Tak! Pergi! Lelaki sekotor awak tak layak berjumpa dengan Miyoung! Pergi!" arah Mirae.

Seodan melutut. Membuatkan Miyoung terkejut lagi.

"Ayah..." ujarnya, perlahan.

"Maafkan saya, Mirae. Saya sedar saya banyak salahnya. Apa yang berlaku dulu, bukanlah macam yang awak sangkakan," jelas Seodan.

"Apa lagi? Awak lari dengan perempuan lain dan tinggalkan kami!" jerit Mirae. Seodan menitiskan air matanya. Dia menggeleng perlahan.

"Bukan... Bukan itu yang berlaku," balasnya. Dia membuka kaca matanya dan mengelap air matanya.

"Semuanya berlaku tanpa dirancang. Saya tak pernah duakan awak. Bahkan, cincin perkahwinan kita masih utuh pada jari saya Mirae," Kata Seodan.

Dia menunjukkan jarinya pada Mirae.

"Jadi apa yang berlaku?" Tanya Mirae.

"Ayah sakit jantung, ibu," celah Miyoung. Mirae dan Rome menoleh kearah Miyoung.

"Apa? Macam mana kamu tahu? Lelaki ni ada jumpa kamu ke Miyoung? Kim Seodan! Berani awak jumpa anak saya dalam diam-diam!" marah Mirae. Miyoung memegang lengan ommanya.

"Ibu, jangan tengking ayah lagi. Biar Miyoung jelaskan semuanya," pinta Miyoung.

"Miyoung-ah, takkan kamu percaya pada lelaki ni?" soal Rome.

"Daddy, lelaki ni tetap ayah kandung Miyoung walau sebanyak mana pun Miyoung cuba untuk nafikan. Ayah dah sengsara sendirian tanpa kami. Dia menentang penyakitnya sendirian tanpa orang yang dia sayang. Dan kita dekat sini mengutuk dia tanpa tahu sebab sebenar," jelas Miyoung.

Dia turun dari altar menuju kearah ayahnya. Lantas dia melutut juga dihadapan lelaki tua itu.

"Waktu ayah rasa sakit, patutnya Miyoung ada dekat sebelah. Cuba untuk tenangkan ayah. Berbual dengan ayah supaya ayah dapat lupakan sakit tu. Gembirakan ayah. Tapi Miyoung tak ada. Bahkan Miyoung bencikan ayah tanpa tahu keadaan ayah," kata Miyoung.

Tangan ayahnya dipegang.

"Miyoung tak cari ayah sebab Miyoung takut. Takut yang Miyoung dikecewakan. Miyoung bodoh! Miyoung patutnya bertindak lebih awal dulu," katanya.

Mirae menitiskan air matanya. Dia nampak Miyoung meletakkan tangannya pada dada Seodan.

"Anak ayah tak bodoh. Anak ayah baik orangnya. Kamu tak perlu tengok ayah waktu ayah sakit, nak. Kamu dah cukup menderita," ujar Seodan. Rambut Miyoung diusap.

Miyoung terus memeluk ayahnya itu. Dia membantu Seodan untuk bangun.

"Ayah cuma nak minta maaf. Saya nak minta maaf pada awak, Mirae. Saya tak akan kacau hubungan awak dan Rome. Saya cuma perlukan kemaafan kebenaran dari awak."

"Kebenaran apa?"

"Untuk berjumpa dengan anak saya, sentiasa. Tak ada halangan untuk bertemu dia lagi."

Mirae merenung Seodan. Dia mendekati lelaki itu lantas memukul dadanya.

"Awak jahat. Tinggalkan saya sedangkan saya boleh jaga awak sampai awak sihat! Awak ingat saya apa sampai tak layak untuk jaga lelaki yang saya sayang!" marah Mirae.

"Dia anak awak. Awak boleh berjumpa dia bila-bila masa yang awak nak walaupun kita dah bercerai," sambungnya lagi.

"Gomawo," kata Seodan.

"Saya... maafkan awak... tapi tak bermakna saya dah lupakan apa yang awak buat dulu. Awak buat saya berdendam dengan lelaki yang pernah saya cintakan sepenuh hati. Tapi, tak bermakna saya masih cintakan awak. Saya dah ada orang lain yang serasi dengan saya," kata Mirae. Dia mengalihkan pandangannya kearah lain.

Seodan mengangguk perlahan.

Dia mengucup pipi Miyoung yang selama ini dia inginkan. Miyoung kelihatan seperti anak gadis comel yang masih berusia tiga tahun dimatanya.

Rome menatap Seodan dan menghulurkan tangannya untuk berdamai. Mereka berpelukan.

Miyoung menoleh pada Sehun pula. Lelaki itu sudah pun hilang dari sana. Miyoung mencari-carinya seperti ibu kucing mencari anaknya.

"Sehun..." ujarnya, perlahan.

Mereka berehat seketika. Ini untuk memastikan tetamu tidak stress dan memberi jurunikah sedikit masa untuk memproses apa yang sedang berlaku.

"Perkahwinan ni, masih boleh dilangsungkan ke?" soal juru nikah.

Mirae, Rome dan Seodan memandang Miyoung serentak. Anak gadis mereka seperti hilang arah. Miyoung menoleh kearah Jaehyun.

Jaehyun turun dari altar dan menggenggam tangan Miyoung.

"Jangan teruskan, kalau awak tak sudi Miyoung. Saya tak akan paksa," kata Jaehyun. Anak mata Miyoung bergetar.

"Betul ke, Jaehyun?"

Jaehyun mengangguk.

"Tapi... awak kena selesaikannya dengan mummy dan daddy saya dulu," ujar Jaehyun sambil tersenyum. Ibu bapa Jaehyun dipandang. Miyoung mengangguk laju. Dia memeluk Jaehyun dengan eratnya.

Kedua ibu bapa Jaehyun disapa.

"Mummy, daddy. Tak! Auntie, uncle. Miyoung minta maaf. Miyoung mungkin akan singgung perasaan korang berdua sebab tak jadi berkahwin dengan Jaehyun tapi ini kebaikan untuk kami berdua. Miyoung sayang Jaehyun. Tapi sayang tu belum cukup untuk benarkan kami sampai ke alam perkahwinan. Miyoung dah ada orang lain dalam hati ni," jelas Miyoung.

Belum sempat Miyoung menjelaskan lebih lanjut alasannya, Puan Jung berdiri. Menantu idamannya itu dipeluk.

"Mummy terima apa pun alasan Miyoung. Asalkan kamu berdua gembira. Kami tak akan paksa kamu," ujarnya, menerima dengan seikhlas hati. Miyoung tersenyum lega.

"Miyoung, kalau kamu nakkan Sehun semula. Baik kamu cepat. Flight ke Korea dah nak berlepas," ujar Seodan. Dia baru teringat sekarang.

Miyoung terkejut. Dia segera berlari meninggalkan dewan untuk mengejar Sehun. Tiba di tepi jalan, sebuah kereta membunyikan hon kepadanya. Jaehyun menurunkan cermin kereta.

"Masuk cepat!" Arahnya. Miyoung terus masuk ke dalam perut kereta.

Mereka memecut ke lapangan terbang secepat mungkin. Mujurlah Sehun ada berjumpa Jaehyun tempoh hari. Lelaki itu meminta Jaehyun untuk menjaga Miyoung sebaik mungkin dan secara tak sengaja terbocorkan tarikh dia pulang ke Korea.

Jaehyun memandang kearah Miyoung. Gadis itu nampak terdesak. Mereka kini terperangkap didalam kesesakan lalu lintas.

Hon ditekan tak henti-henti.

Jaehyun memandang sekumpulan gangster Amerika yang menaiki motor secara berkumpulan berada di hadapan sana. Dia terfikir akan satu idea.

"Miyoung-ah, pergi naik dengan diorang. Percayakan saya," arah Jaehyun. Miyoung bersetuju sahaja. Dia keluar dari kereta dan berlari kearah ketua gangster tersebut. Dia dah tak boleh berfikir secara waras sekarang. Tak peduli bahaya atau tidak.

Ahli-ahli gangdster memandang Miyoung yang memakai gaun pengantin dengan pandangan aneh. Bahu ketua gangster itu ditepuk.

"Pakcik, tolonglah bawa saya pergi airport sekarang. Saya akan bayar sebayar mana yang awak nak. Ini kecemasan!" pinta Miyoung.

Lelaki itu merenung Miyoung dari atas ke bawah. Dia menoleh ke belakang pula. Kelihatan Jaehyun yang sudah pun berada diluar kereta, ingin memastikan semuanya berjalan lancar. Jaehyun memakai pakaian pengantin. Pasti ini situasi sama yang dia lihat dalam drama Korea.

"Kau nak kejar kekasih kau ke? Okey. Naiklah. Pastikan bayar aku tiga kali ganda," ujarnya. Miyoung mengangguk.

Duit bukan masalah. Dia mula membonceng motosikal berkuasa tinggi itu.

"Baiklah, anak-anak. Kita ada misi sekarang!" jeritnya. Anak-anak buahnya bersorak. Mereka melanggar lampu isyarat dan memecut ke lapangan terbang demi Miyoung.

'Tolonglah, jangan pergi dulu Sehun..'

Motosikal-motosikal memenuhi jalan raya. Mereka berarak ke lapangan terbang sepantas mungkin. Sebaik sahaja sampai disana, Miyoung terjun dari motor dan berlari ke balai perlepasan.

Dia menjerit memanggil nama Sehun. Orang-orang sekeliling memandangnya, aneh. Miyoung bagaikan hilang arah.

Dia menuju ke balai pelepasan antarabangsa namun tidak dapat masuk lebih dalam memandangkan dia tidak mempunyai tiket dan passport.

Dia memeriksa jadual penerbangan pada papan skrin. Penerbangan ke Korea bakal berlepas sepuluh minit lagi. Pintu pagar telah pun ditutup.

Miyoung kaku. Dia menoleh ke belakang dan melihat ayahnya yang berada disitu. Miyoung meluru memeluk Seo Dan lantas menangis sekuat hati.

"Ayahh!! Sehun!! Sehunn.." Tangis Miyoung. Miyoung hampir terjatuh.

Mirae menitiskan air matanya. Dia dipeluk oleh Rome. Manakala Jaehyun, dia tiba bersama dengan gangster-gangster tadi.

"La, itu ke lelaki yang dia kejar? Nampak tua je?" ujar anak buah gangster tersebut.

"Bukan bodoh! Itu bapak dia! Tak nampak ke baju dia!" marah yang seorang lagi. Si ketua gangster mendekati Jaehyun dan menepuk bahu Jaehyun.

"Maaflah bro, majlis kahwin kau tak jadi. Tak perlu bayar kitorang. Aku ikhlas nak tolong pengantin perempuan tu tapi tak sempat jugak dia berjumpa. Semoga berjaya, bro." ujarnya dan terus beredar.

Manakala Miyoung, dia masih tak dapat menerima hakikatnya.

Sehun kini sudah pun berada didalam pesawat.

Tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

To be continued


tinggal dua episod je lagi 💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro