Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 5

Sehun menggeliat kecil. Merasa kehangatan haba disekelilingnya. Entah kenapa bantal peluknya terasa lebih keras hari ini dan berbau wanita. Dia juga perasan yang ianya mempunyai rambut.

Siap boleh menghembuskan nafas lagi. Sehun meraba-raba bantal goleknya. Kenapa boleh ada mata, hidung dan mulut ni?

Dia terus membuka matanya. Sedikit terpegun dia saat melihat Miyoung disisinya. Sedang tidur sambil berdengkur dengan air liur basi di pipinya.

Shit! Habis terkena bantalnya.

Terpaksa basuh dobi.

Sehun masih lagi tak bergerak.

Dia tak mampu bergerak. Sebab? Sebab Miyoung mengunci kaki Sehun dengan kedua kaki gajahnya. Manalah boleh lelaki itu mahu berdiri? Perlahan-lahan, Sehun menolak badan badak Miyoung agar tidur gadis itu tidak terganggu.

Dia bangun dan mengangkat Miyoung seraya membawanya ke bilik gadis itu.

Gedebum!

Selepas menghempas Miyoung dan membiarkan gadis itu tergolek jatuh dari katil, Sehun terus keluar kerana tak mahu ada salah faham diantara mereka.

Sehun menekup wajahnya. Dia membuang cadar yang telah dipenuhi air liur basi Miyoung dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Tak guna betul.

Terus cadarnya diganti dengan cadar baru.

Selepas itu, dia mengemas meja dan biliknya sebelum mandi. Masih awal lagi untuk ke kampus. Sudah menjadi rutinnya, bangun pada jam enam pagi walaupun tidurnya pada jam lima.

Selesai sahaja semuanya, Sehun menyediakan sarapan seperti biasa. Dia terdengar bunyi Miyoung tergopoh-gapah di dalam bilik, mungkin kerana takut terlewat tapi dia hiraukan sahaja.

Dia menunggu roti bakarnya siap dimasak. Sementara itu, dia kembali ke bilik untuk memakai kemejanya. Sedang dia cuba untuk memakai tali leher, pintu biliknya dibuka tanpa diketuk oleh Miyoung.

Gadis itu terkejut.

"Err... buku..." ujarnya.

Sehun memandang tubuh gadis itu dari atas hingga ke bawah lagi. Miyoung memang nak cari pasal. Pasalnya hari ini mereka ada lab class dan gadis itu memakai skirt pendek dengan tank top yang dikenakan dengan coat gucci. Bahaya!

Memang tak cukup duit nak beli kain ke apa? Miskin ye? Nak dia bagi duit tiap bulan macam sugar daddy ke apa?

"Ambillah," balas Sehun, dingin.

Miyoung menarik skirtnya yang singkat ke bawah kerana tidak selesa dengan pandangan Sehun tadi. Dasar lelaki miang. Kan dah suruh tundukkan pandangan.

Dia terus mengambil bukunya sambil memandang kearah Sehun yang bergelut untuk memakai tali leher. Sehun menjeling kearahnya kerana perasan dirinya diperhatikan.

"Kenapa lagi si miskin?"

"Tali leher tu... tak sesuai... macam mat bunga belakang lorong dengan muka ketat macam jamban tak siap—" Miyoung menekup mulutnya kerana terlanjur mengutuk Sehun.

Sehun mengerutkan dahinya.

"Okey apa? Comel je aku tengok tie ni." Sehun tak mahu mengalah. Nampak kacak apa dia pakai tali leher berbunga-bunga. Entah siapalah yang tolong beli. Ke ini hadiah hari guru? Entah, dia lupa. Selera dia tak adalah teruk sangat kan?

Miyoung meletakkan semula bukunya dan menuju kearah Sehun. Dia membuka tali leher itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. Jijik.

Terus dipilih tali leher yang coraknya sederhana sahaja agar kena dengan warna baju Sehun.

Tanpa diminta, Miyoung memakaikan tali leher itu kepada Sehun. Dia tidak bergelut atau kekok pun saat memakaikannya seolah-olah sudah arif dengan hal itu. Sebenarnya dulu sekolah lama dia diwajibkan untuk memakai tali leher. Jadi dia bukanlah special sangat.

Sapesial adalah.

Sehun merenung Miyoung tanpa berkelip. Entah apa yang merasukinya. Mungkin syaitan. Ha betullah ada anak syaitan depan mata dia sekarang ni. Puteri pula tu.

"Dah!" ujar Miyoung sambil menyentuh dada Sehun seperti yang berlaku di dalam drama.

Sedar akan kelakuannya, Miyoung menjatuhkan tangannya. Kekok pula rasanya.

Tiba-tiba, Sehun mengancing butang pada baju coat Miyoung.

"Jangan pakai macam ni kalau hari ada lab. Bahaya untuk kulit kau. Make sure pakai kasut bukan heels. Harini je. Bukannya aku peduli pasal kesihatan kau. Fikir sikit bukannya bapak kau pemilik hospital," ujarnya, protektif.

Miyoung berdehem. Dia menyisir rambutnya ke belakang telinga sehingga menampakkan tindikannya. Padahal nanti dia akan pakai lab coat juga. Sehun terlalu melebih-lebih.

'Memang bapak aku salah satu pemilik hospital pun tak guna...' gumam Miyoung dalam hati sambil menyumpah.

"Perut dah macam panda. Tak seksi langsung," sambung Sehun.

Sakitnya hati, hanya Miyoung sahaja yang tahu. Kaki Sehun disepak sekali lagi. Miyoung mengambil semula bukunya dan keluar dengan cepat. Rasa nak meletup jantungnya tadi. Kalau tak ditahan, rasanya sudah meletup dia di situ.

Begitu juga dengan Sehun. Entah apa yang merasukinya sekali lagi. Tiba-tiba menyentuh anak dara orang seperti itu. Dia menahan rasa sakit disepak oleh syaitan.

Dia baru teringat yang dia menyediakan roti bakar tadi. Tanpa berlengah, Sehun keluar untuk menikmati sarapannya sambil membimbit begnya.

Sehun terdengar bunyi barang jatuh dari bilik Miyoung. Beberapa saat kemudian, kelihatan Miyoung yang sedang berbual dengan seseorang di telefon sambil memakai kasut tumit tingginya. Dia nampak kalut sehingga begnya jatuh beberapa kali.

Sehun memerhati sahaja tanpa bercakap. Miyoung tak mendengar nasihatnya.

Gadis itu berlari kearahnya dan menerpa roti bakar yang sedang dimakannya. Sehun terkejut lagi. Roti bakar yang telah digigitnya itu ditarik oleh Miyoung sambil gadis itu berlari keluar dari rumah.

Sehun cuma terpaku sahaja.

...

"Amacam? Power tak video yang aku hantar haritu? Lupa nak tanya," soal Jongin sambil ketawa seperti setan.

Sehun menunjal kepala sahabatnya yang merupakan profesor biologi tapi mempunyai tahap pemikiran yang terlalu suci. Suci dengan dosa.

Sucikanlah~ aku dengan dosamu~

Limpahilah~ aku dengan api nerakamu~

Kalau boleh Sehun nyanyi, dah lama dia buat.

"Kau hantar lagi video macam tu. Aku sepak kau ke neraka ketujuh," ugut Sehun.
Jongin ketawa besar.

"Takpe nanti setan kata eh baru ingat kampung halaman ke?" gurau Jongin. Gelap sekali.

Dia kembali menyimpan telefonnya kerana takut ianya dibaling oleh Sehun.

Asalnya dia nak tunjukkan video kucing mengawan tadi.

"Tapi aku kan tengah cuba nak tolong kau. Kau tu dah 27 tahun dah. Tak nak kahwin lagi ke?" jelas Jongin.

Sebenarnya, dah banyak gosip yang mengatakan Sehun adalah gay kerana tak pernah bercinta dengan mana-mana manusia berjantina wanita. Mana tidaknya, hidupnya dengan buku sahaja.

Katanya selepas lima tahun, dia nak tukar ke jabatan fizik pula. Gila lelaki ini.
Mengundang kemarahan si bodoh.

"Aku tak perlukan video-video macam tu..." ujar Sehun, yakin. Jongin menayangkan wajah mengejeknya.

"Yelah tu. Padahal kat rumah malam-malam mesti uhh uhh aduh--- WOW! Cantiknya!" Jongin berhenti daripada mengusik Sehun saat melihat seorang gadis yang sedang menuju ke kubikel mereka.

Dari pandangan Jongin, gadis yang seksi itu sedang berlari dalam gerakan slow motion. Seperti bidadari. Manakala bagi Sehun, itu adalah jelmaan syaitan nirrojim. Lindungilah.

"Se--Sir... Ini tugasan yang Sir nakkan tu..." ujar Miyoung sambil meletakkan buku yang mengandungi jawapan untuk soalan-soalan yang dia jawab semalam.

Jongin ternganga memandangnya. Dia merenung perut Miyoung yang terbuka itu sambil menelan liurnya. Sehun yang perasan terus memijak kaki Jongin dan menghalaunya pergi.

Setelah Jongin beredar, Sehun kembali fokus pada Miyoung. Dia memberi isyarat pada perut gadis itu. Terus Miyoung menutup perutnya dengan kot.

"Miyoung pasal pagi tadi—Takpelah. Kau boleh pergi," arahnya, seolah-olah kecewa. Miyoung menunduk hormat dan berpusing untuk beredar.

"Oh ya. Malam ni aku tak balik. Saja nak bagitau kot-kot nak tahulah. Kau kan busybody," kata Miyoung.

"Tak kisah pun. Tak balik lagi elok."

"Okey."

"Nak berambus pun boleh."

"Okey. Faham."

"Tak nak berambus lagi ke?"

"Nak pergi la ni! Mamat ni kan!"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro