
Part 49
Double update ❤
Miyoung mengelamun jauh merenung jalan yang hening. Jaehyun berada di dalam rumah bersama Mirae dan Rome, berbual sesama mereka.
Dia dan Jaehyun akan berkahwin dalam beberapa hari lagi, jadi banyak yang Mirae dan Rome ingin katakan pada Jaehyun.
Entah kenapa hati Miyoung tak tenteram. Dia teringin membuang cincin pertunangan pada jarinya ini tapi dia belum ada keberaniannya.
Dia teringat saat pertama kali sampai ke New York. Rome membawanya ke hospital untuk menjalani rawatan susulan dengan mentalnya.
Dia akan dirawat oleh rakan Rome yang merupakan seorang pakar dan berpangkat senior. Tak sangka pula, rakan yang dimaksudkan itu adalah bapa kepada Jaehyun.
Saat itu, Jaehyun sedang bermesyuarat dengan bapanya secara tidak rasmi. Alangkah terkejutnya dia saat melihat Miyoung datang. Tapi Miyoung tidak mengecam pun wajahnya. Seperti dia baru dihidupkan sahaja.
Dengan kepercayaan Rome, dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Jaehyun, Rome membenarkan Jaehyun untuk membantu Miyoung pulih.
Lama-kelamaan, Rome jatuh hati dengan sikap Jaehyun pada Miyoung. Jaehyun tak pernah mengeluh bahkan dia setiap hari cuba untuk memulihkan Miyoung. Cuba untuk membuat Miyoung sedar akan kehadirannya disana.
Sampailah saat Jaehyun berjaya membuatkan Miyoung ketawa. Itulah interaksi baru pertama Miyoung dengan Jaehyun setelah hampir setahun mencuba.
Setelah itu, Rome membenarkan Jaehyun untuk mendampingi Miyoung. Rome membiarkan Jaehyun mengajak Miyoung untuk masuk ke kolej dan belajar semula.
"Miyoung dah nak kahwin tak lama nanti kan?" soal Chanyeol yang datang entah dari mana. Basa-basi.
Lelaki itu duduk bersandar pada tiang rumah. Dia melipat kedua tangannya separas dada dan merenung Miyoung dengan senyuman tipisnya. Miyoung menyisir rambutnya ke belakang telinga dan mengangguk.
"Oppa harap tak ada sebab untuk Miyoung batalkan perkahwinan ni," kata Chanyeol.
Badan Miyoung terasa kejung. Dia menelan salivanya. Chanyeol seolah-olah boleh membaca fikirannya.
"A-Apa oppa maksudkan ni? Dah kenapa Miyoung nak batalkan perkahwinan ni? Miyoung cintakan Jaehyun," ujar Miyoung.
Chanyeol tersenyum sinis memandang Miyoung.
Tangan Miyoung dipegang. Cincin yang berada pada jari gadis itu diusap.
"Manalah tahu, terjumpa kekasih lama ke? Tiba-tiba berubah hati ke?" kata Chanyeol.
"Oppa cuma nak ingatkan, jangan pernah sakiti Jaehyun. Ingat siapa yang jaga Miyoung sampai boleh sembuh ni. Kalau Jaehyun tak ada, oppa tak tahu apa nak jadi pada kamu. Jadi jangan pernah terdetik dalam hati kau untuk cabut cincin ni," tenang Chanyeol
berkata.
"Oppa bukan ugut. Oppa cuma tak mahu apa yang kamu berdua perjuangkan selama ni sia-sia. Jangan buang sesuatu yang berharga untuk kebahagiaan sementara..."
Dia menepuk bahu Miyoung dan terus beredar dari sana. Bodyguardnya mengekori dari belakang.
"Kenapa tuan buat Cik Miyoung macam tu? Kalau Cik Miyoung berubah fikiran nanti macam mana?" soal Mingyu sambil membukakan pintu kereta untuk Chanyeol.
Sebaik sahaja masuk, Chanyeol berdehem kuat.
"Jaehyun adik tiri aku. Tapi dia satu-satunya keluarga yang aku ada. Miyoung tak boleh hancurkan apa yang Jaehyun inginkan selama ni. Dia berubah fikiran atau tidak, dia tetap perlu berkahwin dengan Jaehyun," ujar Chanyeol.
Mingyu terdiam.
"Tuam Jaehyun bertuah ada abang macam tuan," puji Mingyu.
Chanyeol tersenyum.
"Aku yang bertuah sebenarnya..."
'sebab dia satu-satunya kegembiraan yang aku ada. satu-satunya keluarga yang tak akan abaikan aku.'
...
Miyoung menangis. Lusa adalah hari besar buat keluarganya. Dia dan Jaehyun bakal melangsungkan perkahwinan setelah tiga tahun bertunang.
Baju pernikahannya dipandang. Membayangkan dirinya diatas altar bersama lelaki yang dia tidak ingini membuatkan dia serba-salah.
Dia mahu menelefon Sehun tetapi telefonnya telah dirampas oleh Chanyeol. Katanya, tak boleh ada gangguan dari dunia luar sebelum majlis kahwin. Ibu bapanya pula bersetuju dengan kata-kata Chanyeol. Dia tak boleh membantah.
Kenapa Chanyeol tiba-tiba jadi watak antagonis dalam hidupnya ini? Selama ini lelaki itu tidak begini.
Miyoung membuka pintu biliknya dan melihat betapa meriahnya keluarganya membuat persiapan perkahwinan. Dia mengepal penumbuknya.
Sepupu Jaehyun, Doyeon dipanggil. Gadis itu datang mendekat dengan senyuman lebar.
"Doy, nak pinjam telefon sekejap boleh?" pinta Miyoung.
Doyeon merenung sekelilingnya.
"Unnie tahu kan yang Chanyeol oppa larang kami untuk bagi unnie pegang telefon atau mana-mana gajet?" bisik Doyeon.
Miyoung mengangguk.
"This is urgent, Doyeon. Percayakan unnie ya? Tolong? Sekali ni je?" rayu Miyoung, terdesak.
Doyeon menyerahkan telefonnya dan mengarahkan Miyoung akan segera lekas. Miyoung berlari mendapatkan buku notanya. Nombor telefon Sehun dicari.
Dia memang dah buat persediaan awal.
Mesej kepada Sehun dihantar.
Ini mungkin mesej terakhir mereka sebelum betul-betul berpisah. Butang 'hantar' ditekan dan mesej tersebut dibuang.
Miyoung menitiskan air matanya, lagi. Telefon Doyeon diserahkan semula kepada gadis itu.
"Unnie okey?" soalnya.Miyoung mengangguk.
"Emo sikit. Harini dengan esok last jadi anak dara," jawab Miyoung. Doyeon mengangguk faham.
Miyoung menutup pintu biliknya dan bersandar padanya. Tolonglah sesiapa lepaskan dia daripada kurungan ini.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro