Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 46

Miyoung tersedar saat telefonnya berdering kuat. Dia menolak Sehun yang sedang mencium lehernya dan hampir-hampir sahaja melepasi batas.

Nada dering tersebut adalah nada kecemasan untuk memberitahu kedudukan Jaehyun. Miyoung sengaja memasangnya begitu supaya tingkah nakalnya tidak dijejaki oleh Jaehyun.

Contohnya waktu dia pergi berparti di kelab malam dengan rakan-rakan perempuan tanpa memaklumkan pada Jaehyun dulu. Kalut dia melarikan diri daripada kelab yang akhirnya ditolong oleh Lucas.

Nasiblah sekepala.

Notifications.
Jung Jaehyun is outside the New York Hotel's building

Miyoung tak sangka pula Jaehyun dapat menjejaknya ke sini. Dia memakai semula jaketnya dengan cemas.

Sehun mengelap bibirnya yang terkena lipstick Miyoung. Dia membantu gadis itu untuk memakai kasutnya semula.

"Miyoung, kenapa ni?" soal Sehun. Masih tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Jaehyun ada dekat sini. Sehun dia tak boleh tahu kita ada bersama. Kalau tak.. Kalau tak.." Miyoung cemas.

Sehun segera mengambil baju sejuknya dan memakainya semula. Dia bersiap-siap untuk keluar.

"Jom!" arah Sehun.

"Pergi mana?"

"Aku hantar kau jauh dari sini. Kata tak nak kena tangkap?"

Sehun mengunci tangan Miyoung dengan erat dan keluar dari bilik hotel melalui pintu belakang. Kebetulan, Jaehyun dan bodyguardnya bersepuluh orang baru sahaja memasuki hotel dan pergi kearah meja resepsi.

Sehun dan Miyoung berlari ke jalan raya untuk menjauhi hotel. Saat sedang berlari, Miyoung ternampak sebuah butik pengantin yang berdekatan. Dia berhenti daripada berlari sebentar.

"Miyoung, kenapa berhenti?" tanya Sehun, tercungap-cungap.

"Kita... stop sampai sini dulu," ujar Miyoung.

"Kenapa?"

Miyoung menunjuk pada butik pengantin. Dia tak dapat menjelaskan lebih lanjut memandangkan mereka masih kekurangan oksigen.

"Baik. Aku akan pergi lepas dah nampak Jaehyun datang..." kata Sehun.

Miyoung mengangguk.

Sehun memeluk cinta hatinya itu untuk melepaskan rasa rindunya. Dia berlari dan menyorokkan dirinya di sebalik orang ramai.

Manakala Miyoung, dia bersedia sudah untuk ditangkap oleh Jaehyun. Tak lama kemudian, sebuah kereta mewah berhenti di hadapan butik tempat dimana Miyoung berada. Jaehyun keluar dari kereta dengan wajah yang penuh kebimbangan.

Lelaki itu memeluk dan memeriksa badan Miyoung. Risau kalau Miyoung ada cedera.

Dari pandangan Sehun, Miyoung nampaknya sedang menjelaskan sesuatu sambil menunjuk kearah butik. Mereka berdua terus masuk ke dalamnya sambil memeluk pinggang masing-masing seperti pasangan yang bahagia.

Sehun menggenggam penumbuknya. Kalaulah dia lebih awal dulu. Pasti Miyoung berada dalam tangannya sekarang.

...

"Sedih lagi ni kenapa? Bukan kau baru jumpa kekasih hati kau balik ke?" soal Patrick sambil diperhati oleh Seodan yang sedang mengelap pinggan mangkuk.

"Miyoung... dia dah bertunang," kata Sehun, lemah.

Seodan hampir menjatuhkan pinggan mangkuknya lagi. Nasib baiklah sempat disambut oleh Patrick.

"Kau ni. Kalau pecah lagi pinggan mangkuk ni, aku berhenti kerja. Dah mulalah tu berangan," bebel Patrick.

Sehun menghirup kopinya dan merenung orang tua yang rupanya tak kalah dengan Tom Cruise. Kalau di zaman muda, pasti Seodan sudah pun sebaris dengan Tom Cruise.

Digilai ramai wanita. Wajahnya pun ada lah serupa orang inggeris juga.

"Ayah tak apa-apa ke ni?" tanya Sehun, risau.

"Kau abaikan je. Dia dalam dilema lagi la tu. Seodan oh Seodan. Tak semua budak yang nama Miyoung tu anak kau. Haih lah dia ni." Patrick membebel lagi.

Serupa mak-mak sudah. Sehun masih tak lekang merenung Seo Dan.

Kalau diikutkan, wajah Miyoung dan Seodan seakan-akan serupa. Hidung Seodan dan Miyoung teramatlah serupa bagaikan cermin. Namun rupa Miyoung lebih dominant dipihak ibunya, Mirae.

Itu yang menjadikan dia terlebih cantik.

"Dia tinggalkan anak dia waktu muda dulu sebab ada kes. Dia tak mampu nak beritahu sebab tak nak mereka menderita. Sampai sekarang dia menyesal. Bukan salah dia, tapi keadaan yang tak membenarkan," jelas Patrick.

Kesian dia melihat sahabat baiknya yang satu ini menderita sepanjang hayatnya tanpa anak dan isteri disisi.

"Ayah tinggalkan Miyoung?" tanya Sehun kepada Seodan.

Seodan tersentak. Anak matanya bergetar.

"Maksud saya, ayah tinggalkan anak ayah? Kenapa?"

Seodan tak menjawab. Dia membuka kancing bajunya dan menunjukkan satu kesan parut pada dadanya.

"Ayah kau ni ada sakit jantung dulu, Hun. Dia terpaksa jual rumah dan semua harta dia demi mendapatkan rawatan. Sebab itu--"

Seodan menghentikan percakapan Patrick. Rasanya dia sendiri yang ingin menjelaskannya.

"Sebab itu, ayah terpaksa tinggalkan anak dan isteri. Tak sanggup ayah tengok mereka menderita dalam kemiskinan. Bila tahu ada lelaki yang sanggup jagakan isteri ayah, ayah rela lepaskan dia. Ayah ingat ayah akan mati dulu sebab tak ada penderma. Sebab tu ayah tinggalkan segala-galanya. Tapi tuhan nampaknya masih nak beri peluang untuk ayah baiki kesilapan ayah..." jelas Seodan.

Gambar dia dan keluarganya yang berada didalam laci meja dikeluarkan.

"Ayah menyesal tinggalkan mereka. Kalau boleh, sekali je. Sekali je ayah nak sangat jumpa mereka. Untuk minta maaf atas kebodohan ayah sendiri." Seodan teresak-esak menangis.

Patrick mengambil gambar tersebut dan mengelapnya daripada kotor terkena habuk. Lantas ianya ditunjukkan kepada Sehun.

Sehun memeriksa gambar tersebut dengan teliti. Dia terkejut.

"I--Ibu Mirae?"

"Kau kenal isteri Seo Dan?"

"Nama dia Mirae ke?"

Patrick mengangguk.

"Ke Miyoung yang kau bawak haritu anak Seodan?!" Patrick pula yang terkejut.

Sehun dan Seodan berpandangan antara satu sama lain.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro