Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 45


"Jaehyun ni acah! Oppa memang tak suka budak ni! Nasib baik adik tiri!" Chanyeol memukul belakang Jaehyun sambil ketawa terbahak-bahak.

Miyoung menggeleng kecil. Lelaki itu nampaknya sudah mendengar cerita tentang Jaehyun dan Miyoung semalam. Punyalah Jaehyun risau sampai hampir memanggil pasukan FBI milik keluarga mereka untuk mencari Miyoung.

Alih-alih Miyoung pulang tepat-tepat sebelum Jaehyun mengaktifkan kekuasaannya.

"Oppa. Tak baik la buat Jaehyun macam tu," ujar Miyoung lantas mengurut belakang Jaehyun. Risau kalau kekasihnya itu kesakitan.

Jaehyun tersenyum manis sehingga menampakkan giginya. Dia merenung Chanyeol dan menayangkan wajah, kau ada?

Chanyeol mencebik.

"Kalau bukan kau ni adik aku, dah lama aku sambar Miyoung tahu?" Chanyeol dengan lancang berkata. Miyoung memandang kearah Chanyeol yang nampaknya agak serius dengan kata-katanya.

Lucas buat tak tahu sahaja dan sibuk dengan makanan manakala Jaehyun sudah pun menggenggam erat tangan Miyoung.

"Joking! Alahai muka korang dah macam Casper tahu tak? Pucat je! Hahahaha!" gelak Chanyeol.

Miyoung tersenyum pendek. Manakala Jaehyun pula masam sahaja mukanya.

"Hamboi Chanyeol. Kamu ni. Miyoung tu tunang adik kamu," ujar Mirae sambil menggosok kepala Chanyeol seperti anak anjing comel. Chanyeol tersengih.

"Gurau je ibu. Diorang kan gaduh semalam. Saja nak keruhkan lagi," ujar Chanyeol. Mirae menggeleng kecil melihat perangai anak-anaknya ini.

Dah dewasa tapi perangai seperti budak kecil.

Chanyeol itu berusia 37 tahun, tahun ini. Bilalah agaknya mahu berkahwin? Bujang sampai matilah jawabnya.

"Miyoung, nanti keluar dengan Jaehyun beli barang kahwin ya? Ibu tak dapat teman," arah Mirae.

Miyoung tersentak. Dia nampak blur.

"Kahwin?" soalnya.

"Yelah. Kan tarikh perkahwinan korang dah dekat. Lupa ke? Korang dah bertunang lama dah. Tak elok," jawab Mirae.

Miyoung diam. Dia menunduk.

Jaehyun memerhati sahaja gelagat gelisah Miyoung. Kenapa dengan Miyoung sekarang? Sebelum ini, gadis itu okey sahaja.

Tapi sejak kebelakangan ini, perangai Miyoung berubah.

Berubah sejak bertemu Oh Sehun.

...

Miyoung berjumpa lagi dengan Sehun hari ini secara senyap. Dia meminta maklumat bilik Sehun dengan pegawai hotel. Walaupun beberapa kali ditolak oleh pekerja di situ, Miyoung terus mendesak.

Dia menipu yang dia adalah isteri Sehun dan tertinggal kunci bilik. Malangnya dia sendiri terlupa dengan nombor bilik mereka dan telefonnya tertinggal didalam bilik. Pekerja hotel percaya dan terus membawanya ke sana.

Miyoung duduk did alam bilik sementara menunggu Sehun pulang. Dia tidak senang duduk sejak ibu memaksanya untuk membeli barang-barang untuk perkahwinan mereka.

Telefonnya berdering beberapa kali namun tidak diangkat. Jaehyun menghubungi, mungkin untuk bertanya di mana keberadaannya. Miyoung abaikan sahaja dulu.

Dia tertidur sementara menunggu kepulangan Sehun.

Beberapa jam kemudian, Sehun kembali dengan membawa sebekas makanan cina untuk di makan malam ini. Dia malas sudah mahu keluar selepas habis melepak di kafe Seodan.

Masuk sahaja ke dalam bilik, dia di sapa dengan kehadiran Miyoung. Gadis itu tertidur pulas diatas kerusi sehingga kepalanya hampir terpeletok jatuh dari kerusi.

Sehun pelik. Dia segera bergerak kearah Miyoung. Makanan di tangan diletakkan diatas meja. Bahu Miyoung dipegang lantas digoyangkan sedikit agar Miyoung bangun.

Namun gadis itu tetap tak mahu berganjak. Dia mengubah posisi tidurnya pula. Sehun menggaru kepalanya, pening.

Tanpa berlengah, dia mengangkat Miyoung dan membaringkan gadis itu diatas katil. Telefon Miyoung diambil.

Notifikasi Miyoung penuh dengan panggilan daripada Jaehyun.

Jaehyun

Miyoung?

Pergi mana?

Kan kita dah janji dengan ibu nak keluar hari ni?

Jawablah?

Awak okey kan?

Jangan buat saya risau 😔

Kita kena beli barang kahwin ni sayang.

Mesej daripada Jaehyun dibaca.

Sehun kaku saat membaca ayat terakhir itu. Dia berhenti di situ sahaja. Tak sanggup meneruskan pembacaannya.

Kalau Miyoung kena beli barang harini, dia buat apa disini sekarang?

Sehun duduk diatas kerusi sambil merenung Miyoung. Rupa Miyoung sewaktu tidur memang comel.

Sama macam dulu.

"Sehun?" panggil Miyoung setelah terbangun. Sehun menjawabnya, perlahan.

Dia mendekati Miyoung dan duduk di tepi katil.

"Sehun... aku tak nak kahwin!" ujar Miyoung tiba-tiba. Tangan Sehun dipegang.

"Miyoung, mimpi apa ni?" Rambut Miyoung disisir dengan jari supaya rapi.

Miyoung memandang Sehun dengan mata penuh harapan. Kenapalah Sehun perlu muncul sekarang dan membuat hatinya berbelah bahagi?

"Bawak aku lari balik Korea? Ya?" pinta Miyoung.

Sehun menggeleng. Walaupun itu yang dia mahukan tapi ianya salah.

"Aku tak tahu apa yang terjadi tapi aku tak nak buat ibu bapa kau benci aku lagi. Aku akan tolong kau tapi aku akan pastikan aku dapat izin daripada mereka dulu," jawab Sehun.


"Tapi... Ibu dengan daddy--"

"Tak kisah betapa susahnya untuk dapatkan kau, aku akan cuba. Ma-maksud aku dapatkan izin mereka untuk jaga kau," jelas Sehun.

Dia tak mahu Miyoung fikir yang dia terdesak.

"Janji?"

Sehun mengangguk.

"Janji."

Miyoung menenangkan hatinya sendiri. Dia memandang sekeliling hotel sambil diperhati Sehun.

"Will macam mana?" soal Miyoung. Sehun tersenyum kecil.

"Will okey. Dia dah ada grandpa baru yang selalu jaga dia," kata Sehun.

"Iya? Kalau dia masih hidup, mesti dah besar paras pinggang aku kan?" ujar Miyoung, sendu. Sehun mengiyakan sahaja.

"He's been bless by heaven. Tempat dia di sana," ujar Sehun.

Miyoung diam.

"Kalau aku tanya, boleh? Tapi jangan marah?" soal Sehun. Miyoung mengangguk.

"Lepas kau pergi dulu, kau tinggal dekat mana? Kenapa susah untuk aku cari maklumat pasal kau? Dan macam mana kau boleh kembali pada Jaehyun?" soal Sehun, straight to the forward sahaja.

Miyoung berfikir sebentar.

"Kami pindah ke Amerika sebab daddy dah ada hospital sendiri dekat sini. Daddy dah tak nak ada hubungan lagi dengan apa-apa dekat Korea."

Sehun mengangguk faham.


"Tentang Jaehyun. Tak sangka yang dia sebenarnya anak kepada rakan sekerja daddy. Dia yang tolong aku jalani rawatan. Aku depress untuk masa yang lama dan Jaehyun yang ada di sisi aku. Makin lama, aku rasa tak salah pun terima dia semula," sambung Miyoung.

Sehun mendengar sahaja dengan fokus.

"Tapi bila kau datang balik. Kau buat aku berbelah bahagi. Kau buat aku persoalkan rasa cinta aku pada Jaehyun. Aku cintakan kau, atau Jaehyun sebenarnya?"

Bibir Miyoung dicium oleh Sehun. Sehun tak mahu mendengarnya lagi.

"Jaehyun pernah cium kau?" tanya Sehun. Miyoung mengangguk.

"Tapi kau ada rasa macam ni bila dengan dia?" tanya Sehun lagi. Miyoung menggeleng.

Perasaan saat bersama Sehun dan Jaehyun memang berbeza. Dia rasa kosong bila dengan Jaehyun. Tapi dia rasa bagaikan ada rama-rama didalam perut saat bersama Sehun.

Ciuman Sehun mengghairahkan dia. Ciuman Sehun membuatkan dia obses.
Apatah lagi badan Sehun.

Sedarkah Miyoung kalau telefonnya sedang dijejak oleh Jaehyun sekarang saat dia dan Sehun sedang berciuman hangat?

Notification
Jung Jaehyun will arrived in a minute or less..

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro