Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 43

Sehun lagi-lagi frust. Rasanya dia ingin menjerit di hadapan White House.

Sudah puas dia berpusing-pusing di kawasan di mana dia bertemu Miyoung semalam namun tetap tidak berjumpa dengannya.

Apa yang perlu dia buat untuk bertemu Miyoung semula?

Kim Seodan sudah pun memberikan lokasi-lokasi yang mungkin menjadi tempat di mana Miyoung barangkali berada tetapi hasilnya tetap sama.

Sehun menghentikan pencariannya dan menahan teksi untuk pulang. Dia memberikan alamat untuk ke hotelnya.

Pemandu teksi itu masih belum bergerak. Dia menoleh ke belakang beberapa kali untuk memandang wajah Sehun.

Pemandu tersebut mulai menyoalnya dalam bahasa inggeris.

"You're the guy from yesterday right?" soalnya dalam loghat Pakistan. Sehun menoleh.

Keningnya terjongket.

"Pardon?"

"You're chasing my taxi yesterday isn't it?" jelasnya. Sehun yang tadinya bersandar terus tegak.

Dia mendekat pada pemandu tersebut.

"Ye-Yea." jawabnya.

"I saw you and want to stop but the lady seems like she's busy talking to someone. And I didn't dare to bother her."

"Did you know where she go?" tanya Sehun. Pemandu itu mengangguk.

"Yes. Cambridge University."

"Bring me there!"

"But the charge—"

"I'll pay! Double!"

Pemandu tersebut mengangguk faham. Mereka mulai bergerak menuju ke univerisiti tersebut. Sehun tak senang duduk. Kenapalah masa bergerak begitu perlahan sekarang di saat-saat penting sebegini?

Setelah lama perjalanan, mereka akhirnya tiba juga. Universiti itu sungguh megah dan merupakan universiti idaman Sehun sejak zaman remaja. Sayangnya, dia hanya berjaya masuk ke Harvard University sahaja.

Hm, sayangnya. Ada sesiapa boleh pukul Sehun sekarang? :)

Sekeliling universiti yang indah itu dipandang. Karen dimana-mana.

Sehun masuk dan menapak ke tanah luas yang menempatkan pelajar-pelajar yang sedang melepak sesama sendiri.

Bangunan universiti yang megah itu dipandang. Sehun tersenyum bangga. Miyoung berjaya meneruskan pengajian ke tempat yang bagus. Itu sudah cukup baginya.

Sekurang-kurangnya, masa depan gadis itu cerah.

Dia buntu untuk bertanya akan Miyoung kepada pelajar-pelajar di sana memandangkan bukan Miyoung seorang yang wujud di dunia ini. Tak mungkin mereka kenal dengannya bukan?

Lagipun, kalau nak kata Miyoung orang Korea, wajahnya itu saling tak tumpah seperti wajah orang inggeris. Wajahnya itu sekali pandang serupa orang Amerika dan bukannya Korea tulen. Susahlah pula.

Dan juga nama Miyoung itu pasaran. Tak mungkin ada 1 sahaja Miyoung. Lagi-lagi yang bermula dengan Kim. Setidaknya mungkin ada 10 atau 20 Kim.

Sehun menunggu dan memerhati satu demi satu wajah pelajar di sana. Manalah tahu tiba-tiba Miyoung lalu di hadapannya kan?

"Erm, excuse me? Do you know Kim Miyoung?" soal Sehun kepada seorang gadis yang wajahnya seperti orang Asia secara random. Mungkin mereka kenal memandangkan di setiap universiti ada kelab untuk pelajar-pelajar dari Asia.

Semangat asabiyah orang Asia juga lebih tinggi dari orang luar. Jadi ada kemungkinan mereka kenal walau hanya 1%.

Gadis itu memandang Sehun dari atas ke bawah seraya mengangguk perlahan.

"Why?" soalnya semula. Takut kalau Sehun adalah salah satu dari playboy yang dibenci para wanita.

"I'm her brother," jawabnya. Riak wajah gadis itu berubah.

Wajahnya yang tadinya masam kini ceria.

"Ah. Yeah. There she is." Tunjuknya pada arah jam pukul sembilan kemudian beredar.

Sehun rasa dunianya bagai terhenti. Miyoung betul-betul berada di hadapannya sekarang. Gadis itu sedang berjalan menuju kearahnya tapi masih tidak sedar akan kehadirannya.

Dia sedang sibuk bergurau senda bersama seorang lelaki bertubuh tinggi dan berkulit sawo matang. Keduanya nampak sungguh sesuai.

Sehun menelan liurnya. Suaranya tidak dapat dikeluarkan.

Miyoung yang tadinya bergelak tawa kini terdiam saat terpandang Sehun. Dua kali dia memandang ke sana untuk memastikan yang dia tidak berkhayal.

Miyoung dan Sehun mulai masuk ke alam mereka sendiri. Orang lain bagaikan tidak wujud di dalam dunia mereka. Sehun menghadiahkan senyuman buat gadis itu.

Perlahan-lahan, dia membalikkan badan untuk beredar. Miyoung terkedu.

Dia menghentikan bicara Lucas.

"Lucas. Aku rasa aku ada hal. Kau balik dulu ye dengan Doyeon ke Yuqi ke? Eh?" pinta Miyoung. Lucas mencebik.

"Kau tahu kan aku tak boleh buat pilihan. kalau boleh nak ambil dua-dua?" soal Lucas. Miyoung menggeleng perlahan. Sudah muak dengan perangai perasan Lucas. Lelaki itu terus beredar mencari Doyeon dan Yuqi manakala Miyoung mengekori Sehun dari belakang.

"Sehun?" panggil Miyoung, lembut.

Langkah kaki lelaki itu terhenti.

Sehun menoleh. Dia tersenyum lagi. Memang tak mahal senyuman betul.

"Hai?" sapa Sehun. Miyoung membalas senyumannya.

Dia rasa kekok dengan Sehun sekarang setelah sekian lama tidak bertemu.

"Kau... apa khabar?" tanya Sehun.

"Baik."

Miyoung menyisir rambutnya ke belakang dan tak sengaja menunjukkan cincin pada tangan kirinya. Sehun perasan akan hal itu.

Gadis itu tersedar dan berusaha menyembunyikan. Dia rasa bersalah pula.

"Tahniah!" ujar Sehun, kecewa. Nada suaranya berubah tapi dia tetap tak lekang dari senyuman.

Miyoung mendekati Sehun.

"Sehun ini..."

"Kau dah dapat kehidupan asal kau kan?" soal Sehun lagi. Miyoung tak menjawab soalan itu. Dia kelihatan serba-salah lagi.

Lantas dia menggeleng.

"Semoga berbahagia,"

"Sehun dengarlah dulu--"

"Sayang? Lucas kata sayang ada hal nak buat? Nak pergi mana? Oh... Sir?" Jaehyun menghampiri sambil merangkul pinggang Miyoung dengan mesra.

Cincin pada jari kanan Jaehyun terpampang di sana.

Sehun tak dapat lagi menahan rasa gemuruhnya. Matanya memanas.

"Tak payah panggil sir. Kita dekat luar kampus." Bergetar suara Sehun namun tak disedari Jaehyun.

Jaehyun tersenyum sinis. Tangan Miyoung digenggam.

Mata kedua lelaki itu penuh dengan kilat persaingan.

"Arasseo. Maaf ya? Kitorang ada hal nak buat ni. Miyoung, jom?" ajak Jaehyun. Miyoung mengangguk sahaja.

Matanya tetap merenung Sehun dengan wajah kasihan. Hatinya berbelah-bahagi sekarang. Langkahnya semakin menjauh dari Sehun.

Dia melambai perlahan kearah Sehun dan lelaki itu membalasnya. Badannya ditarik merapat kearah Jaehyun.

Nampaknya, ada orang cemburu.

"Miyoung, aku gembira dapat jumpa kau lagi."

to be continued


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro