
Part 42
Double update ~ ❤
Buang-buang air liur. Kata-kata yang sesuai dilontar kepada Sehun oleh anak-anak muridnya. Yang disuruh ke Eropah, tapi yang dituju ke Amerika.
Tidak ke sakit hati? Huh! Untung mereka tak ada Instagram Sehun. Kalau tidak, mungkin sudah diserang bujang tua itu kerana lain di mulut, lain di tangan.
Kenapa tangan? Kerana tangan itu yang mengetik, bukan hati.
Bumi America memang menarik. Gumam Sehun dalam hati. Cuma itulah, dia masih rasa kosong.
Dia sudah pun bertanya tentang tempat-tempat menarik di sana kepada Kim Seo Dan, tetapi semuanya terlihat biasa sahaja untuknya. Sekadar mencuci mata sahaja bolehlah tapi untuk bergembira? Hm.
Healing yang sangat tak menarik menurutnya kerana tanpa pasangan. Hah. Sudahlah. Mungkin Sehun terlalu tua untuk memahami trend healing.
Sehun mempercepat langkah ke jalan besar. Dia ingin singgah sebentar di kafe Seodan sebelum kembali ke hotel.
Sementara menunggu lampu merah bertukar hijau, matanya memerhati sekeliling.
Teksi berwarna kuning memenuhi jalan. Orang ramai mengerumuninya, mengingatkan kepada scene filem Spiderman. Cuma Spiderman je tak ada.
Banyak gerai hotdog di sana kerana itu merupakan salah satu makanan ruji orang Amerika. Selain itu, ada burger, donat dan sebagainya. Patutlah obes.
Sehun berundur ke belakang kerana tak tahan ditolak oleh orang di tepinya.
Dalam beberapa saat lagi, lampu akan bertukar hijau.
Di seberang jalan sana, Sehun memerhati orang yang ingin melintas.
Libasan rambut seorang gadis berambut blonde pendek menarik perhatiannya. Matanya terpaku ke sana.
Deg!
Saat gadis itu mendongak, jantung Sehun bagai ingin meledak.
Dia pasti, itu Miyoung.
Lampu bertukar menjadi hijau. Orang ramai merempuh Sehun dan menyukarkan lelaki itu untuk berjalan.
Sehun cuba untuk mendapatkan Miyoung namun sukar kerana orang ramai sibuk berjalan di hadapannya. Miyoung melintasi Sehun tanpa sedar akan kehadiran lelaki itu.
Sehun berusaha mengelak orang ramai dan mengekori Miyoung dari belakang.
Dia cuba memanggil nama Miyoung namun gadis itu memakai airpod sambil bersenandung lagu kegemarannya.
Miyoung menaiki salah satu teksi dan ianya bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Manakala Sehun, dia berlari untuk mendapatkan Miyoung.
Habis segala kereta hampir dia langgar kerana ingin mengejar Miyoung.
"Miyoung!" Cemas Sehun.
Dia berdiri di tengah-tengah jalan raya. Rambutnya diusap ke belakang, frust.
Polis terpaksa menghentikan aksi gila Sehun kerana menyangka dia ingin membunuh diri.
"Miyoung!" Jerit Sehun lagi sambil ditarik oleh polis untuk beredar dari sana.
Lelaki itu ditahan sementara di balai untuk mendapatkan penerangan. Sehun diam sahaja sewaktu disoal siasat kerana masih teringat akan Miyoung.
Dia tahu itu pasti Miyoung. Takkan dia tak kenal dengan kekasih sendiri?
Berkerut wajahnya cuba untuk meyakinkan dirinya.
"You can leave now!" ujar seorang pegawai polis bertubuh besar kepadanya.
Sehun mendongak.
Kelihatan Kim Seodan di belakang polis itu. Lelaki itu tampak risau akannya. Passport dan kad pengenalannya diserahkan semula.
Kemudian, mereka bertolak pulang ke kafe. Dalam perjalanan, Seodan ada bertanya satu dua hal kepada Sehun. Dia risau kerana Sehun tampak seperti hilang arah.
"Apa yang berlaku sebenarnya? Betul ke kamu nak bunuh diri?" soalnya.
Sehun menggeleng perlahan.
"Kalau tak, buat apa berdiri tengah jalan?"
Sehun diam. Seodan fokus pada pemanduannya.
"Kalau kamu tak nak jawab, tak pe. Ayah tak paksa pun. Cuma risau je."
"Saya... kejar dia..." jawab Sehun.
"Siapa?" Seodan menoleh kearah Sehun sekilas.
Dia menghentikan keretanya di tepi jalan untuk mendengar cerita lelaki yang dianggap sebagai anak itu.
"Kekasih saya..." jawab Sehun.
Seodan mengangguk kecil.
"Miyoung..." sambung Sehun lagi.
Seodan tersentak. Dia menoleh kearah Sehun dan merenungnya dalam.
"Miyoung?"
"Ya. Kim Miyoung. Kekasih saya. Dah lima tahun kami terpisah," jelas Sehun. Cincin milik Miyoung itu digenggam olehnya. Sehun merenung ke luar tingkap dengan wajah muram.
"Putus sebab apa?" Seodan cuba mengorek rahsia.
"Saya dah mengandungkan dia," jawab Sehun, tenang.
Seodan menggenggam penumbuknya. Entah kenapa dia rasa marah untuk orang asing baginya itu.
"Tapi kami sama-sama jaga kandungan tu. Will. Anak kami mati sewaktu dalam kandungan dan kami terpaksa berpisah sebab keluarga kami tak restu dengan hubungan kami."
Dia menceritakan semuanya kepada Seodan, jujur. Mulutnya tiba-tiba bergerak seolah-olah dikawal. Seperti tak mengizinkannya untuk berbohong.
Seperti membuat pengakuan kepada orang yang bertanggungjawab terhadap Miyoung. Seodan mendengar penuh khusyuk.
"Kejadian tu berlaku tanpa sengaja tapi lama-lama saya sedar yang saya sayang sangat dengan dia. Dan sekarang, saya cuba untuk cari dia dan melamar dia dengan serius. Saya tak akan lepaskan dia lagi kali ni," kata Sehun, tegas.
"Keluarga dia?"
"Entah. Yang pasti, saya akan cuba dapatkan dia dulu."
...
Jaehyun merangkul pinggang Miyoung seraya pulang dari universiti. Lelaki itu menyambutnya mesra daripada Lucas.
Kenapa universiti? Bukan ke Miyoung praktikal menjadi doktor? Ya, jawapannya adalah memang dia sedang praktikal. Tapi dia hospital di universiti.
Lucas memutar bebola matanya kerana menyampah. Tahu benar sifat sahabatnya yang agak protektif itu. Geli mak. Ingat orang tak ada crush jugak ke? Eh, tapi baru setakat crush.
"Young-ah, bibir besar ni ada ganggu ke tadi?" soal Jaehyun sambil merehatkan kepalanya di bahu Miyoung yang pendek.
"Takde," jawab Miyoung sepatah.
Lucas yang baru sahaja mahu memberontak kerana digelar bibir besar terus berubah moodnya setelah dibela oleh Miyoung. Tersenyum bangga dia.
"Ye ke? Macam tak boleh percaya je?"
"Ya. Takde tadi sebab dia selalu ganggu setiap masa."
Lucas tak jadi tersenyum.
"Tapi ada sorang ni asyik buat saya tak keruan je."
Jaehyun terus berdiri tegak dan agak tegang. Siapa? Siapa yang berani buat kekasih hatinya ini sakit hati?! Siapa?!
"Siapa?!" soal Jaehyun.
Lucas turut sama ingin tahu. Miyoung tersenyum nakal. Pipi Jaehyun disentuh.
"Awak. Selalu buat saya berdebar-debar bila pandang, cia cia!" ujar Miyoung dan terus masuk ke dalam rumah kerana malu.
Ini semua salah Lucas kerana sering membacakan ayat pickup line kepadanya sewaktu mereka pulang dari universiti. Lucas membuang pandang kearah lain dan muntah.
Manakala Jaehyun, telinganya merah. Dia tersenyum sumbing sehingga ke telinga.
Lelaki itu melompat-lompat tinggi ke udara sambil menyepak angin.
Entah apa yang buatkan dia rasa terlalu gembira. Lucas sudah pun menghilang di dalam tong sampah. Tolong, delete dia dari dunia ini kalau sampai Miyoung buat pickup line lagi.
"Ahhhh sayanggg! Tak aciii! Saya pun kena balas pantun niii..." Jaehyun berlari masuk ke dalam rumah dan mengejar Miyoung.
Mirae dan Rome yang berada di dalam rumah tidak dihiraukan oleh kedua manusia yang sedang hangat bercinta itu.
Jaehyun bagaikan penyeri buat Miyoung setelah mereka berpindah ke America dahulu. Lelaki itu yang banyak membantu anak gadis mereka untuk pulih.
Lucas masuk ke dalam rumah dan meminum air teh milik Rome dengan sesuka hatinya. Mereka sudah pun rapat bagaikan satu keluarga. Walaubagaimanapun, dia tetap menerima jelingan maut dari Rome kerana mencuri air tehnya.
"Pantun kepala bapak kau?! Tu pickup line! Betul lah orang kata lelaki hensem ni tak semestinya bijak!" jerit Lucas.
Rome merenungnya tajam.
"Macam kamu lah kan?" bidas Rome sehingga membuat Lucas tersedak.
Pakcik Rome sedang kutuk dia ke sekarang?
Lucas mengeluh. Kenapa lah saat Kerajaan Rome dijatuhkan dulu, mereka tak bawa Pakcik Rome sekali. Heh!
Mirae menahan tawanya. Dia menutup mukanya dengan majalah Boys.
Lucas dan Rome dah bagaikan anak dan ayah kandung. Lucu.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro