Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 41


Sehun meletakkan bagasi di sebelahnya. Kafe antik bertema 80-an itu disinggahinya sementara mencari tempat perlindungan untuk malam hari nanti.

Penerbangan selama hampir mendekati 12 jam itu memenatkan badannya sehingga dia terlupa untuk menempah bilik hotel.

Bumi Amerika, menjadi pilihannya. Dia tak suka tempat sunyi seperti Maldives dan sebagainya kerana dia tak suka perasaan itu.

Sendi, sendi apa yang sakit? Sendirian.

Begitulah dia sekarang.

Kopi Americano yang pahit dipesan. Sekadar untuk menghilangkan rasa mengantuknya. Barista yang merupakan pemilik kedai itu mendekatinya.

Lelaki tua itu begitu ramah dengannya. Mereka berborak-borak kosong sementara pelanggan masih belum memenuhi kafe yang baru dibuka itu.

Ternyata, lelaki itu juga merupakan orang Korea yang berpindah ke sana.

Sehun rasa sedikit selesa kerana tidak perlu membelitkan lidahnya untuk bercakap bahasa asing. Lelaki tua itu murah senyuman. Sekilas pandang, senyumannya mirip Miyoung.

Ah! Terlalu banyak berangan kau.

Sampai orang Korea di luar negara pun kau kata Miyoung.

"Kamu bercuti saja-saja ke?" soalnya.

Sehun mengangguk.

"Dah ada tempat tinggal?"

Sehun menggeleng.

"Ha baguslah. Dekat depan tu, hotel tu masih ada bilik kosong. Ayah baru contact diorang. Selalunya ayah memang akan tanya sebab orang-orang macam kamu ni ada tiap-tiap hari. Nak memudahkan urusan orang lah katakan," ujar lelaki itu, masih dengan senyumannya disertakan dengan lesung pipit di bahagian kanan pipinya.

"Iye? Terima kasih, pakcik."

Senanglah dia nanti. Check-in dan boleh terus tidur.

"Panggil ayah je," pintanya. Sehun mengangguk.

Habis semua orang dalam dunia ni menjadi keluarganya. Bermula dengan Miyoung, penjaga kubur, dan sekarang barista. Hm. Orang lain marilah daftar jadi keluarga aku, tak nak ke? kata Oh Sehun dalam hati.

"Ya, ayah." jawabnya, kekok.

Lelaki itu tersenyum manis.

"Ayah rindu dengan anak ayah je. Bila tengok orang lain dengan anak-anak dia datang makan-makan dekat sini. Rasa rindu," luahnya. Dia terus menggeleng kecil agar tidak kedengaran sedih. Lantas dia ketawa. Sehun mendengar sahaja semuanya.

"Oh ya nanti datanglah makan-makan dekat sini selalu. Boleh ayah buat kawan," pelawa lelaki itu lagi.

"Boleh." Sehun menerima pelawaan itu.

Lagipun kopi buatan lelaki ini kena dengan seleranya.

"Dah berbual lama ni, nama kamu siapa ya?" tanya lelaki itu.

"Oh Sehun. Panggil je Sehun."

"Ah. Ayah, Kim Seodan."

...

"Oppa!" Suara gadis kecil molek itu bergema di dalam dewan.

Gadis itu memanggil lelaki bertubuh gergasi yang sedang tidak mengendahkannya. Lengan lelaki itu ditarik kuat sehingga tubuhnya berpusing.

"Apa?" soalnya, malas.

Telinga capangnya ditarik.

"Jom lah keluar harini? Kita dah lama tak dating sama-sama!" pintanya.

Lelaki itu menggeleng tidak mahu. Membuatkan si gadis memberontak.

"But you promised me--"

"Busy harini. Esok lusa ya? Or I go to your house la malam ni. Kita buat sleeping challenge. Okey?" balasnya.

Kening si gadi terjongket.

"Sleeping challenge?"

"Yelah. Kita cuddling-cuddling lepastu kisseu-kisseu like this--"

"Kyahh!!"

Mulut lelaki itu ditolak. Si lelaki ketawa dalam nada mengejek.

"Tahu takut." .

"Bukan takut! Tapi busuk." Si gadis beredar sambil menghentak kaki.

Si lelaki mulai mengejar dan merangkul bahu si gadis yang pendek seperti seekor(?) smurf.

"Comel! Kita candle light dinner la nanti. Surprise. Okey?" cadang lelaki.

"What kind of surprise is that?" soalnya, bengang.

"My kind of surprise. You don't know the menu yet kan? Ha surprise la."

"Park Chanyeol bongok!"

Buku-bukunya diletakkan di dalam lokar bersama dengan baju doktornya. Chanyeol menyandar pada lokar sambil tersenyum mengamati wajah cantik gadis di hadapannya ini.

"Miyoung-ah, aku hensem tak?" tanya Chanyeol.

"Tak!"

"Kalau tak hensem, kenapa kita couple?"

"Oh. Ingat saya pandang rupa jelah ni?"

"Takdelah. Nak tahu je."

Miyoung menghempas lokarnya.

"Awak tu doktor. Jaga kelakuan sikit. Saya ni budak praktikal. Ramai tengah perhati kita. Jangan sebut pasal benda yang tak pernah terjadi antara kita! Mana ada kita couple!" jerit Miyoung. "Saya anggap awak macam abang je okey?!"

Chanyeol menunjal kepala Miyoung sehingga gadis itu terdiam.

"Dia suruh kita jangan bagitahu tapi dia yang memekak dekat sini. Dungu!" ujar Chanyeol.

"I said what I said!"

"Tak pandai speaking jangan speaking."

"Capang!" Miyoung merengek


"Dahlah. Pergi dengan Jaehyun sana. Sibuk nak manja-manja dengan aku padahal dah ada pakwe."

"Awak pun pakwe kita," kata Miyoung dengan nada chipsmunk.

Chanyeol menggeliat-geliutkan tubuhnya, geli.

"Playgirl!"

"Play you je. Hehe, bye sweetie!" Miyoung memberikan flying kiss kepada Chanyeol.

Chanyeol menangkap dan membuangnya ke dalam tong sampah, membuatkan si playgirl jadi-jadian mendengus kasar.

"Stupid!"

"Hey Minah! Cepatlah!" jerit seorang lelaki di hujung koridor. Lucas, rakan baik Miyoung. Si corona eh babi jangan racist.

"Ya sabarlah! Tiang ni!" marah Miyoung. Dia segera berlari mendapatkan Lucas.

Pinggang lelaki itu dirangkul. Chanyeol memerhati Miyoung dari belakang.

Lama dia melihatnya. Wajahnya berubah dari manis ke bengis semula.

Senyuman sinis terukir.

Baju doktornya ditanggalkan. Semuanya berjalan dengan lancar.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro