Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4

Miyoung duduk terlentang diatas sofa sebaik sahaja pulang dari kelas. Hari ini agak memenatkan seperti hari cutinya yang dia bazirkan dengan tidur sahaja. Tak ada apa-apa perubahan pun. Dia teringat pula dengan kerja rumah yang diberikan oleh Sehun.

Rasa nak mengamuk pula. Habis ditendangnya angin dengan sekuat hati. Membayangkan di sana ada wajah Sehun. Kalau lah dapat pukul wajah lelaki itu pasti bagus.

Miyoung berhenti memukul angin dan mula bertenang. Matanya terasa berat. Dia menghalang dirinya daripada ingin tidur namun badannya menolak. Susah pula untuk dia bangun.

Terus dia hilang ke bulan setelah berperang dengan otak sendiri. Marah-marah pun penat kan? Baik tidur je. Hilang masalah.

Beberapa jam kemudian, Sehun pulang sambil menjinjit barang-barang dapur. Dia tidak perasan yang Miyoung sedang tidur terkangkang diatas sofa dengan tidak sopan sekali.

Lelaki itu menguruskan dapur bagai seorang suri rumah yang sebenar. Dia sudah terbiasa dengan hidup bujang sehingga sudah mahir. Boleh dikatakan levelnya sekarang menghampiri master.

Habis segala makanannya ditanda dengan nama 'Sehun' diatasnya agar Miyoung tidak berani untuk mengambilnya. Manalah tahu kan tiba-tiba telur atau ayamnya hilang. Boleh lah dia tangkap pencurinya.

Selesai sahaja mengemas dapur, dia kembali ke biliknya untuk mandi. Barang-barangnya diletakkan diatas kerusi. Sebentar lagi dia akan menghabiskan kerjanya. Dia tidak suka menangguh kerja kerana baginya, waktu malam adalah waktu untuk berehat. Bukan membuat kerja.

Jam menunjukkan pukul lima petang. Masih awal sebenarnya. Dia masuk ke dalam tandas dan mandi.

Tak lama kemudian, Sehun keluar dan mula menjalankan tugasnya sebagai lecturer. Memeriksa kertas-kertas pelajarnya yang tidak berapa pandai. Patutlah ada yang ulang sem sampai tiga kali.

Sedang dia menanda kertas, tekaknya terasa haus pula. Dia keluar dari bilik untuk ke dapur. Kebetulan, untuk ke dapur, dia harus melalui ruang tamu dahulu. Buat main terkejut lagi dia saat melihat Miyoung yang sedang bersenang-lenang tidur sementara gadis itu ada kerja yang seharusnya dia siapkan untuk dihantar esok.

Sehun menuju kearah Miyoung dan memerhati gadis yang kepenatan itu. Dia bercekak pinggang.

"Hoi! Budak! Siapa nama dia eh? Minah? Entahlah. Woi!"

Sofa tempat Miyoung tidur ditendang. Miyoung tidak berganjak walau sedikit pun. Sehun buntu.

Dia mulai bermain dengan rambut Miyoung. Hujung rambut gadis itu dipegang dan ditarik sehingga hampir tercabut.

Serentak itu, Miyoung terbangun sambil menjerit kuat. Dia ingatkan kepalanya mahu tercabut tadi.

Pang!

Kepala Sehun dipukul.

"Apa HOI--HOI!" marah Miyoung.

Suka-suka hati dia sahaja mahu menarik rambut anak dara orang. Miyoung merenung Sehun dengan wajah tidak berpuas hati.

"Apa? Siapa suruh tidur sini sangat?" balas Sehun dengan tidak bersalahnya. Kepalanya yang sakit digosok perlahan. Dia kembali ke dapur untuk mengambil air sementara Miyoung mengekorinya.

Saat Sehun ingin minum air, Miyoung terus menampar gelas sehingga ianya menekan mulut Sehun dan membuatkan lelaki itu tersedak air. Sangka Sehun, Miyoung mengekorinya kerana ingin membasuh muka sahaja.

"Hoi!!"

"Apa hoi-hoi?! Padan muka kau!" marah Miyoung.

Sehun meletakkan gelasnya ke dalam singki dan menggenggam penumbuknya. Jarinya dihala ke muka Miyoung.

"Ha. Nak buat apa? Ha? Buatlah kalau berani.." cabar Miyoung.

Sehun mengetap bibirnya. Dia bersabar. Guru tak boleh marah anak muridnya. Sabar Sehun. Sabar. Kepala bapak kau sabar?!

"Malam ni, kau kena siapkan soalan yang aku minta tu. Esok kalau tak siap, aku denda kau berdiri depan tiang bendera sambil menyanyi lagu negaraku. Aku tak main-main!" Arah Sehun.

Miyoung ternganga. Dia kena timpa batu lagi.

"Tak adil!" bentak Miyoung.

"Apa tak adil tak adil? Siapa suruh buat aku macam ni. Rasain lo anak murid bajingan.." balas Sehun.

Mereka berperang mata.

"Pastikan semua jawapan betul. Kalau salah, aku akan turunkan gred kau waktu periksa nanti.. Dah lah tak jumpa aku lepas habis kelas tadi!"

"Guru anjir.." gumam Miyoung dalam hati. Dia semakin bengang dengan Sehun.

"Kalau aku datang pun kau nak buat apa?!"

"Aku nak koyak-koyak baju kau biar kau bogel! Puas hati?! Suka seksa lelaki? Biar aku seksa kau baru kau tahu!"

Miyoung terus melindungi tubuhnya dan menghalakan pisau kearah Sehun.

"Sexual harassment!!!"

"Lembap!" Kutuk Sehun dan menarik rambut Miyoung sekali lagi.

"Lepaskan lah bajingan! Aku report polis!"

Fix! Dia berdendam dengan gurunya sendiri mulai hari ini.

...

Malam itu, Miyoung bertungkus-lumus untuk menyiapkan tugasannya. Dia tak faham sebenarnya tapi dia buat sahaja. Lagipun belum belajar kan?

Sekarang hampir larut malam. Miyoung sudah pun menjamah maggi tadi; sekali lagi. Lama-lama boleh kurus dia kalau asyik makan maggi je. Silap haribulan check lah kalender eh—masuk hospital maksud aku.

Miyoung membelek muka surat lain. Ternyata masih banyak lagi latihan yang belum dia buat. Itulah, siapa suruh mula pada pukul sembilan malam tadi. Kan dah mendapat.

Ini semua salah Sehun. Kalau lelaki itu bukan gurunya, pasti dia dah tutup buku dan tidur sekarang.

Dia cuba untuk menghubungi Irene dan Seulgi tapi telefon mereka tak terangkat. Barangkali sudah tidur. Dia memandang pula kearah tingkap. Diluar sana langit langit sedang menemaninya.

Teragak-agak dia mahu bertanya pada Sehun. Kalau ini bukan masalah gred, pasti dia sudah buat tak peduli. Tapi memang dia tak peduli pun. Cuma, Miyoung rasa takut membayangkan dirinya melihat E atau F dalam tangannya.

Dia pasti Sehun serius dengan kata-katanya kalau dilihatkan dari gaya lelaki itu bercakap. Skema macam pengetua sekolah lama dia.

Hish! Kenapalah dia boleh kena bala bertimpa-timpa macam ni? Cubalah timpa dengan durian ke apa ke? Boleh jugak buat makan. Tapi aku rasa pecah kepala dulu baru boleh makan.

Miyoung bangkit dari kerusi dan menuju ke bilik Sehun. Dia mengetuk pintu bilik lelaki itu dengan perlahan.

Tiada sahutan. Tanpa menunggu, dia terus memulas tombol pintu dan mengintai di dalamnya.

Kelihatan Sehun yang berkaca mata nerd di bawah sinaran lampu meja belajar sedang melihat kearahnya. Aura guru itu keluar dari sana.

"Ada apa?" soal Sehun dalam nada gurunya setelah melihat Miyoung membawa buku ditangannya.

"Erm. Bo--boleh tak.. kau.. ajar.. aku?" pinta Miyoung, tergagap-gagap. Dia malu sebenarnya.

Sehun mengambil masa yang agak lama untuk mengangguk dan mempersilakan Miyoung masuk. Dia mengarahkan Miyoung untuk menutup pintu.

Kerusi ditarik di sebelahnya. Miyoung terus membuka bukunya dan menunjukkan soalan yang tidak dia fahami. Tapi, Sehun tidak menghiraukan soalan tersebut sebaliknya merampas kertas jawapan Miyoung untuk soalan sebelumnya.

"Tak belajar eh kat sekolah?" soal Sehun setelah melihat jawapan Miyoung.

Dia mengerutkan dahinya. Pen merah diambil dan terus ditanda pangkah pada jawapan yang salah.

"Lupa.." jawab Miyoung, perlahan.

"Memang bongok eh?"

"Aku.. lupa.. je.. bukan bodoh."

Kan sudah dia bilang, dia tak suka sains. Dia ambil pun sebab ibunya sahaja. Demi menjaga hati wanita itu.

"Kau pergi sekolah untuk tidur ke?" soal Sehun, dingin. Dia tidak memandang Miyoung.

"Lu..pa.." jawab Miyoung lagi.

'kau la cikgunya..lembap..' getus Miyoung dalam hati. Mengutuk Sehun.

"Buat sekali lagi dan kalau salah.. ulang balik sepuluh kali.." arah Sehun, tegas.

Miyoung ternganga. Padahal soalan yang dia tanya tadi belum terjawab pun.

"Tapi aku nak tanya yang ni--"

"Buat yang tu.."

"Tapi.."

"Buat.."

"Fine.." Miyoung mengalah.

Dia membuang kertas tersebut dan membuatnya semula dalam keadaan terpaksa.

"Sehun yang ni.."

Miyoung terdiam. Sehun sedang merenung kearahnya dengan mata yang tajam bak helang. Terus hilang soalan dimindanya tadi. Garang nak mampus lelaki di sebelahnya ini.

"Dah betul.." jawab Sehun perlahan dan menyambung tugasnya. Miyoung tersenyum kecil. Dia bersorak perlahan dan menyambung soalan kedua pula.

Jarum jam tak berhenti bergerak. Sudah jam 12 malam sekarang tapi Miyoung masih dipaksa untuk menyiapkan tugasannya. Sudah beberapa kali Miyoung merayu untuk berhenti tapi Sehun tak mendengar rayuannya.

Dia juga dipaksa meneguk air kopi pahit buatan Sehun. Sumpah tak sedap. Rasa macam longkang. Sepahit hati Sehun.

Kepala Miyoung beberapa kali terhantuk pada meja kerana mengantuk. Lelaki itu mengerahkannya untuk menyiapkannya walaupun jam menunjukkan pukul dua pagi sekarang.

Kerana tak kuat melawan nafsu tidur, Miyoung kalah di medan perang. Dia tertidur jua disana.

Padahal tinggal satu sahaja lagi soalan. Kebetulan, Sehun juga telah siap menanda soalan yang tertunda petang tadi kerana dia sibuk menonton drama di Netflix.

Sex Education tajuknya. Babi betul lelaki berkerusi roda tu. Nak tahu cerita tu pasal apa, beli Netflix.

Lelaki itu menoleh ke sisinya. Miyoung tidur menghadapnya. Memang tidur mati.

Sehun merebahkan kepalanya berbantalkan lengannya sendiri dan merenung Miyoung.

Dia tak rasa apa-apa pun, tapi dia cuma mahu merenung wajah gadis itu. Wajahnya tidaklah semulus idol tapi ianya bersih dan licin. Okeylah untuk gadis yang otaknya tak berfungsi dengan baik.

"Haih budak zaman sekarang..Suka tangguh kerja. Dah lah tak cantik, bengap, lepastu derhaka dengan guru. Ada masa depan ke tidak budak ni?"

Bebel Sehun walhal umurnya baru sahaja 27 tahun. Tidak sedar diri.

Lama-lama, Sehun sendiri tertidur disana.

Bertemankan lampu meja belajar. Dan doraemon di baju Miyoung.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro