Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 39

Sehun dan kedua ibu bapanya cuba untuk menghubungi Rome dan Mirae demi menjelaskan kesalahfahaman antara mereka. Sehun dan Soojung ingin mengaku tentang hal sebenar yang terjadi supaya hubungan Miyoung dan Rome kembali seperti dulu.

Mereka juga mendatangi hospital tempat Rome bekerja. Berkat nama besarnya itu, mereka dapat menjejaki hospital mana dan department mana yang perlu mereka kunjungi.

Nahasnya, mereka mendapat tahu bahawa Rome telah menguruskan perpindahan ke luar negara. Mirae juga telah mengikut jejak suaminya itu, menghilang bagai debu.

Mereka tak diberikan maklumat lebih kerana privasi Rome dan Mirae. Harapan Sehun sekeluarga pupus. Tak ada apa lagi yang dapat mereka buat.

Tuan Yoonseok menepuk bahu Sehun dan mengurutkan kasar.

"Sudahlah, nak. Miyoung perlukan kehidupan asalnya. Macam yang kamu janjikan selepas kelahiran anak kalian," ujar Yoonseok, cuba memujuk Sehun yang terlihat lesu.

Sehun meraup wajahnya kasar.

Menyesal dia pernah menuturkan ayat tersebut. Kenapa dia semudah itu mahu melepaskan Miyoung dahulu? Kata-katanya menjadi boomerang, menjerat dirinya.

Sehun meratapi kubur anaknya. Ianya masih merah. Sehun mengeluh-kesah.

"Daddy sayang sangat Will. Kalau Will ada, mungkin mummy akan duduk lama sikit dengan kita. Kenapa Will dengan mummy sama-sama tinggalkan daddy?" Adu Sehun sambil mengusap batu nisan.

Yoonseok merenung kubur cucunya itu. Nama William Oh, yang tertulis diatas batu nisan disentuh.

"Cucu atuk jagakan mummy kamu ya? Daddy kamu ni risau sangat pada mummy. Jagakan daddy sekali. Atuk ni entah bila-bila boleh mati. Tak boleh jagakan daddy selalu," kata Yoonseok pula.

Sehun memandang ayahnya. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak suka dengan kata-kata ayahnya itu.

"Appa..."

"Appa ni dah tua, Hun. Kalau appa tak cakap macam ni pun, kita semua tahu."

Sehun terdiam.

"Kalau suatu hari nanti, Hun jumpa Miyoung balik, appa akan terima dia ke?" soal Sehun.

Tuan Yoonseok membuang pandangan kearah deretan kubur di sana sambil tersenyum.

"Kalau dah memang jodoh kamu, appa halang macam mana pun, tuhan tetap akan satukan kamu. Sampai saat itu tiba, appa nak kamu tahu yang appa akan sokong kamu. Bertahanlah, Hun."

...

Sementara itu, sehari sebelumnya.

Miyoung didatangi kedua ibu bapanya. Dia terlampau gembira sampaikan boleh sujud sembah kedua orang tuanya.

Kedatangan mereka membawa dua berita.

Berita gembira dan sedih.

Gembira adalah dia diterima semula ke dalam keluarga tetapi yang sedihnya, dia harus memilih samaada dibuang lagi atau meninggalkan Sehun.

Kata siapa Miyoung tak sedih?

Sehun sudah pun menjadi sebahagian daripada dirinya. Bagaimana dia mahu meninggalkan lelaki yang hampir melengkapkan dirinya?

Miyoung menangis sehingga mampu mengalirkan air mata darah saat menulis surat perpisahan kepada Sehun sambil diperhatikan oleh Mirae dan Rome.

Hati Mirae telah pun renyuk melihat betapa terseksa anak gadisnya ingin meninggalkan kekasih hati. Rome pula, dia tidak pasti apa yang istimewanya tentang Sehun tetapi dia tahu yang lelaki itu telah berjaya menawan hati anak gadisnya. Pun begitu, Rome terpaksa bertegas demi masa depan Muyoung.

Miyoung sampaikan perlu bertenang terlebih dahulu sebelum meneruskan penulisannya.

Sehelai baju Sehun diambilnya dan dibawa bersama. Tak larat rasanya kalau tidak mencium bauan Sehun walau untuk sedetik. Bahkan dia memegang baju tersebut bagaikan harta karun. Risau bauannya menghilang. Ianya menjadi candu bagi Miyoung.

Berat kakinya melangkah ingin meninggalkan Korea Selatan. Berkali-kali sejak keluar dari rumah tadi, dia menoleh ke belakang. Mahu melihat samaada Sehun bakal muncul atau tidak.

Berkali-kali dia berdoa agar Sehun pulang. Tapi tak ada jodoh. Terlambat.

Miyoung menoleh lagi saat ingin memasuki tempat pemeriksaan imigresen. Hampa. Kelibat Sehun tidak kelihatan di sana.

"Miyoung, jom?" ajak Mirae.

Gadis itu mengangguk perlahan. Passportnya diserahkan kepada pegawai bertugas sementara dia diperiksa. Selepas itu, mereka bergegas ke tempat pelepasan.

Penerbangan mereka ke Amerika bakal bertolak dalam beberapa minit lagi.

Air matanya mengalir lagi. Miyoung menghapusnya agar tidak dilihat oleh kedua ibu bapanya.

Mirae dan Rome berpandangan antara satu sama lain.

"Kita patah balik ya sayang?" pinta Mirae namun Rome menggeleng.

"Ini untuk kebaikan dia. Kalau macam ni, sampai bila-bila dia akan hidup macam tu je. Masa depan dia masih panjang, Mirae. Cinta boleh digapai bila-bila masa sahaja. Ada jodoh, adalah tu." jawab Rome, tegas.

Sekali pun anaknya menangis air mata darah, dia tidak akan membiarkan Miyoung menyia-nyiakan masa depannya.

Kerana cinta itu membutakan. Boleh membutakan manusia dari realiti yang sepatutnya ditempuhi dan bukannya diratapi.

Sampai dia Amerika nanti, Miyoung akan dibawa ke pakar psikologi. Demi membaiki minda gadis itu yang mungkin sedang dalam dilema setelah kemalangan dan keguguran. Berkemungkinan Miyoung akan mengalami baby blues jika tak dijaga elok.

Apa-apa sahaja buat kebaikan Miyoung, Rome akan lakukan.

Kurang apa lagi dia sebagai ayah Miyoung walaupun sekadar ayah angkat?

Yang pasti, dia sayang akan anak kecil yang dia jaga dari umur empat tahun itu.

"Selamat tinggal, Korea. Selamat tinggal, Sehun."

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro