
Part 37
Miyoung demam panas sebaik sahaja berpisah dengan Rome dan Mirae. Dia tidak mahu makan mahupun keluar dari tempat tidurnya. Bahkan dia hanya bangun sewaktu ingin kencing atau berak sahaja.
Selebihnya dihabiskan diatas katil sahaja. Sehun ada cuba untuk memujuknya tetapi tidak berjaya. Hiburan yang dia gunakan tidak menjadi.
Alih-alih, Miyoung mengalihkan wajahnya daripada memandang lelaki itu. Tidak peduli lagi dengannya.
Sehun menghela nafas panjang. Kerana dia, Miyoung dibuang keluarga sebegini. Kerana dia, Miyoung bersedih sebegini.
"Omma, Sehun nak cakap sikit boleh?" pinta Sehun lantas duduk disebelah ommanya itu.
Soojung mengangguk. Dia mengelus rambut anak lelakinya itu. Lama dia tidak melayan anaknya seperti seorang bayi.
"Pasal apa?"
"Miyoung." jawab Sehun.
"Kenapa dengan dia?" Soojung tertanya-tanya.
Sehun memegang erat tangan ibunya sambil diusap perlahan.
"Boleh tak, Sehun nak lamar dia? Supaya Sehun boleh jaga dia secara rasmi dan bukannya sekadar sebagai lelaki yang cuma nak bertanggungjawab atas apa yang Sehun dah buat. Sehun betul-betul nak jaga Miyoung." Cadang Sehun.
Soojung gembira mendengar kata-kata anaknya itu. Dalam hati, dia bersorak riang tapi bagaimana pula dengan suaminya?
"Omma setuju sangat-sangat Hun. Tapi appa kamu tu." Soojung menayangkan wajah kasihan pada anaknya.
"Sehun tahu Sehun salah, tapi Miyoung perlukan seseorang untuk bersandar. Sekurang-kurangnya, kalau Sehun dah jadi tunang atau suami dia, dia ada seseorang untuk berkongsi masalah," ujar Sehun lagi.
"Appa tak benarkan!" tegas Yoonseok yang baru tiba. Sehun menoleh ke belakang serentak dengan Soojung.
"Appa."
"Keputusan appa tetap! Miyoung tak boleh kahwin dengan kamu!"
"Sayang!" Soojung tidak berpuas hati.
"Tapi Miyoung—"
"Appa tahu niat kamu baik. Tapi Miyoung tu baru dibuang keluarga. Apa yang dia perlukan adalah kemaafan ibu dan bapanya, bukannya perkahwinan. Kamu ingat perkahwinan ni akan menyelesaikan semuanya kah? Itu drama je Sehun. Perkahwinan ni bukan boleh dibawa main macam itu je."
Yoonseok memegang bahu Sehun.
Kemudian, belakang anak lelakinya itu ditepuk-tepuk kuat. Sehun jelas kecewa.
"Percaya cakap appa. Kahwin bukan caranya. Tak ada orang yang dibuang keluarga mampu berfikiran waras lagi. Dia perlukan masa untuk berfikir semuanya. Jangan bebankan lagi fikiran dia."
Miyoung yang berada di dalam bilik terlelap lagi. Suhu badannya masih tidak berubah. Badannya terasa lemah sekali.
"Daddy... maafkan Miyoung... Miyoung anak derhaka..." gumam Miyoung perlahan.
...
"Will! Will! Jangan tinggalkan mommy! Will!!"
"Daddy! Halang anak Miyoung daddy! Daddy kenapa lepaskan dia?! Ibu! Tolong Miyoung! Kenapa korang nak pergi dari Miyoung?! Jangan tinggalkan saya dekat sini! Nak ikut!"
Badan Miyoung digoncang kuat agar dia tersedar. Miyoung terbangun dengan denyutan kuat di kepalanya. Dia sesak nafas.
"Aku mimpi apa ni?" soal Miyoung sambil meraup wajahnya.
"Kau okey?" soal Sehun di sebelah. Dia tertidur di bawah saat menunggu untuk mengambil kain basah yang berada diatas kepala Miyoung.
Miyoung menggeleng.
"Aku mimpi Will. Aku baru je nak ikut dia pergi—"
Miyoung terdiam. Agaknya kalau dia ikut tadi, mungkin dia sudah tiada di dunia ini.
"Pergi mana?" soal Sehun, risau.
Miyoung menggeleng perlahan. Dia sendiri tidak tahu dia bakal ke mana.
"Ibu dengan daddy ada datang?" tanya Miyoung. Sehun menggeleng.
Membuatkan Miyoung semakin putus asa dengan kehidupannya. Dia kembali berbaring diatas katil dan memejamkan matanya. Malas mahu memikirkan hal dunia lagi.
Sehun merenungnya lama.
Cinta itu menyakitkan, bukan?
Apatah lagi cinta kepada keluarga.
Diputuskan kekasih pun boleh timbul rasa ingin bunuh diri, apatah lagi dibuang keluarga. Sehun tak dapat membayangkan perasaan sebenar Miyoung.
Semakin hari, semakin membuat dia rasa kecil. Rasa seperti tidak layak untuk mendampingi gadis seperti Kim Miyoung.
Lagi-lagi bila mengetahui yang hidup gadis itu musnah dek kerana dia sendiri.
Kenapalah adanya cinta kalau diakhirnya, mereka tidak akan bersatu?
Perlahan kakinya melangkah keluar dari bilik.
Menutup pintu bilik tetapi bukan pintu hatinya.
Kerana pintu hatinya terbuka seluas angkasa buat Miyoung untuk hadir ke dalamnya, melengkapi dunianya.
...
Sehun keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli sesuatu buat Miyoung. Kedai barang kemas mewah Damiani di dekati.
Ditiliknya cincin bertatahkan satu butiran mutiara yang menarik perhatiannya itu. Pasti cocok dengan jari Miyoung. Dia tersenyum pendek.
"Ya encik? Nak tengok dulu ke?" soal pekerja.
Sehun mengangguk.
Cincin tersebut dikeluarkan lantas diserahkan kepada Sehun. Dia meniliknya lama.
Membayangkan bagaimana reaksi Miyoung setelah menerima hadiah ini nanti.
Harapnya, dapat membuat gadis itu tersenyum setelah sekian lamanya.
Sehun mengeluarkan pula cincin Miyoung yang diambilnya dari kotak barang makeup gadis itu. Dia mengambilnya untuk dijadikan contoh saiz sahaja.
Sebaik sahaja selesai memilik saiz, Sehun membayarnya tunai. Dia tidak sabar untuk pulang ke rumah.
Miyoung, tolonglah terima.
Mari hidup dan harungi masalah ini bersama-sama!
Mari berkongsi segalanya bersama kecuali makanan!
Mari hapuskan rasa kekosongan dalam hati ini agar tak perlu kesunyian lagi saat sendirian.
Kerana tak ada sendi yang lebih menyakitkan daripada sendirian!
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro