Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 36


Sehun memanggil kedua orang tuanya untuk datang dan turut sama menjaga Miyoung. Alang-alang sudah lama mereka tidak singgah ke sana.

Sehun menjaga Miyoung sebaik mungkin kerana khawatir gadis itu akan melakukan perkara di luar jangkaan. Dia juga takut kalau Miyoung meracau seperti tempoh hari, meminta Will dikembalikan.

Nasib baiklah Sehun terjaga dan membangunkan Miyoung supaya gadis itu dapat bernafas semula.

Bunyi pintu rumah terbuka kedengaran. Mungkin itu kedua ibu bapanya. Sehun tidak keluar menyapa mereka kerana tidak mahu meninggalkan Miyoung walau sebentar.

Selalunya omma akan menyediakan sarapan sementara appa terus membaca surat khabar atau membuang barang-barang yang dirasakannya tidak diperlukan di rumah itu. Appa juga kadang-kadang memeriksa perkakasan rumah. Takut ada yang rosak.

"Sayang, kita keluar sekejap jom? Anak-anak tengah tidur lagi kot tu. Kita pergi beli susu untuk Miyoung," ajak Puan Soojung.

Tuan Yoonseok mengangguk setuju. Mereka berdua keluar dari sana, menuju ke supermarket berdekatan.

"Bila kita nak kembalikan Miyoung pada keluarga dia?" soal Tuan Yoonseok. Mungkin sudah tiba masanya untuk Miyoung pergi memandangkan bakal cucu mereka pun sudah tiada.

Puan Soojung bermasam muka. Tidak suka apabila hal ini dibangkitkan.

"Walaupun awak tak suka, kita dah berjanji," kata Tuan Yoonseok lagi.

Dia berat hati juga ingin melepaskan Miyoung, tapi kalau tanpa persetujuan orang tua gadis itu, malah boleh dia pertahankan.

Puan Soojung tidak menghiraukan suaminya itu. Biarlah dia merajuk sekarang.

Sementara itu, dua pasangan sedang menuju ke apartment milik Sehun dan Miyoung.

Keduanya berhenti di hadapan apartment mewah tersebut. Kata laluan dimasukkan seperti yang telah diberitahu.

Mereka masuk ke dalam mencari-cari tuan rumah. Dilihatnya barang dapur yang sedang berselerak diatas kaunter dapur.

Pasangan tersebut meletakkan barang mereka diatas sofa dan meneliti seisi ruang rumah. Cantik dan mewah.

"Nak pergi tengok Miyoung ke?" soalnya kepada kekasihnya itu. Dia mengangguk.

Mereka berdua beriringan kearah dua bilik yang menghadap satu sama lain itu. Salah satunya dibuka.

Mereka terpegun saat melihat hiasan bilik yang khas dibuat untuk bayi itu. Barang-barangnya kemas tersusun elok.

Wanita itu diam sahaja manakala si lelaki sudah pun berkerut seribu.

"Sejak bila anak kita jadi babysitter?" soalnya. Si wanita diam.

Mereka beralih pula pada bilik yang satu lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, keduanya tidak bersuara.

Si lelaki sudah pun hampir menjadi gorila. Urat-uratnya menimbul. Manakala si wanita berdebar-debar. Baru sahaja dia mahu mengatakan sesuatu, jerkahan kuat kekasihnya kedengaran.

"KIM MIYOUNG! BANGUN!"

Rome menjerkah anak gadisnya seperti singa kelaparan. Serentak dengan itu, kedua Sehun dan Miyoung tersedar dari tidur.

Miyoung terkejut saat melihat daddynya sedang berdiri di muka pintu dengan wajah paling menakutkan yang pernah dia lihat. Sehun pula tergamam sahaja. Lidahnya kelu.

Siapa lagi ni?

...

Kedua Miyoung dan Sehun berlutut di hadapan Rome seperti pesalah. Rome memandang Sehun dengan wajah tidak berpuas hati. Dipandang pula lengan anaknya yang patah itu.

Apa yang sudah berlaku sebenarnya ini?! Seseorang tolong jelaskan pada dia!

Ibu bapa Sehun kembali tidak lama kemudian. Mereka bingung saat melihat pasangan yang sedang menghadap Sehun dan Miyoung itu.

"Kalian ni siapa?" soal Puan Soojung.

Mirae bangun dan menyapa mereka.

"Hai, saya Mirae. Ibu Miyoung. Ini Rome, ayah Miyoung," sapa Mirae.

"Hai. Saya Soojung," balas Soojung dan bersalam dengan Mirae.

Soojung dan Yoonseok mengambil tempat berdekatan mereka.

"Jadi lelaki ni anak kalian berdua?" soal Rome.

Yoonseok mengangguk.

"Kalian tahu mereka sebumbung? Bahkan... sekatil?"

Yoonseok mengangguk.


Rome menatap mereka dengan kesal.

"Apa yang tengah berlaku sebenarnya ni..." kesal Rome. "Culture macam apa ni? Kenapa boleh ada lelaki dan perempuan tinggal bersama? Tanpa pengetahuan ibu bapa perempuan pula tu?!"

"Maaf tapi janganlah berkasar sangat dengan Miyoung. Dia baru je keguguran," ujar Puan Soojung, memburukkan lagi keadaan.

Rome semakin terkejut. Matanya dijegilkan kepada Miyoung sehingga membuat anaknya itu menunduk semula. Dia meraih seluar Sehun dan memegangnya erat kerana takut. Tangannya menggeletar.

"Gugur? Apa lagi ni? Jelaskan semuanya sekarang! Mirae! Awak--" Rome terdiam.


Dari raut wajah Mirae, dia tahu yang wanita itu sudah pun mengetahui tentangnya. Rome semakin kecewa. Dia meraup wajahnya kasar. Matanya merah seperti ingin menangis.

"Mirae, kau tahu yang anak kau jual diri pada lelaki asing tapi kau diamkan je?! Habistu apa guna aku ada dekat sini?!" Dia melampaui batas.

"Maaf saya menyibuk lagi. Tolong jangan hina anak tuan sendiri. Miyoung tak bersalah dalam hal ni," ujar Yoonseok.

"Kalian tolong senyap! Ini urusan aku dan anak aku!"

"Anak kami penyebab semua ni berlaku jadi ini urusan kami juga. Anak anda hampir melahirkan cucu untuk kami. Berani anda kata ini bukan urusan kami?" Balas Yoonseok.

Rome menggeleng perlahan. Tak sudi berbesan dengan entah siapa-siapa keluarga ini.

"Sampai hati kau buat aku macam ni Miyoung? Bapa kau sendiri?" soal Rome, tiada lagi nada marah. Dia menangis.

Miyoung turut sama sebak.

"Miyoung minta maaf," ujar Miyoung.

"Aku jaga kau dari kecil bukan untuk kau balas macam ni, Miyoung. Aku halang kau buat itu ini sebab nak jaga kehormatan diri kau sebagai seorang wanita. Tapi tak sampai setahun, kau musnahkan semuanya sekelip mata sahaja. Sia-sia 17 tahun aku jaga kau, kalau ini balasan yang kau beri pada aku!" marah Rome.

Nada suaranya tidak menengking. Cuma nada kekecewaan sahaja yang ada. Miyoung teresak-esak sudah.

"Kalau kau masih anggap aku bapa kau, kenapa kau buat aku macam ni? Sebab aku bukan ayah kandung kau? Jadi aku tak penting?" soal lelaki itu.

Miyoung mengelap air matanya seraya menggeleng perlahan.

"Daddy penting. Miyoung sayang daddy. Daddy satu-satunya ayah yang Miyoung ada," lirihnya.

"Habistu kenapa buat daddy macam ni? Suka tengok daddy menangis macam ni?"

"Daddy! Miyoung betul-betul minta maaf!" ujar Miyoung.

Rome berdiri.

"Aku tak pernah ada anak bernama Kim Miyoung."

Miyoung tersentak. Dia terus mendongak. Kaku saat tidak diakui sebegitu. Mulutnya menyebut perkataan 'daddy' tapi suaranya tidak mampu keluar lagi.

"Dari awal pun aku tak pernah ada. Kalau kau betul-betul rasa ada keluarga, kau tak akan pernah bertingkah macam ni!"

"Rome! Itu anak kita!"

Tangan Mirae ditarik untuk pergi dari sana.

"Jangan pernah panggil aku atau mak kau lagi. Sebab kamu pun nampaknya tak pernah anggap kami wujud!" tegas Rome.

Miyoung menggeleng perlahan. Dia cuba untuk mengejar kedua orang tuanya.

"Ibu! Daddy!"

Buk!

Miyoung jatuh terjelopok diatas lantai saat mengejar kedua orang tuanya itu. Mirae mahu membantu namun dihalang Rome. Gadis itu mengesot dan mencapai kaki Rome lantas memeluknya erat.

"Daddy jangan tinggalkan Miyoung! Miyoung nak ikut daddy! Jangan buat Miyoung macam ni daddy!! Miyoung sayang daddy!"

Rome mengeraskan hatinya. Dia menitiskan air mata namun permintaan dan rayuan anaknya itu tidak dipedulikan. Soojung sudah pun menangis teruk.

Rome melibas kakinya sehingga membuatkan Miyoung sedikit terpelanting dan belakangnya menghentam lantai. Sehun terus pergi mendapatkan gadisnya itu.

Tapi Miyoung tak mengalah. Meski satu tangannya tidak dapat berfungsi dengan baik, dia tetap cuba untuk meraih bapanya itu.

Banjir air mata sudah pun berlaku disana. Nama Rome dipanggil berkali-kali.

Sehun memeluk Miyoung, tidak membenarkan Miyoung untuk pergi. Mereka melihat sahaja Rome dan Mirae berlalu dari sana. Miyoung meronta-ronta minta dilepaskan namun Sehun menahannya.

"Daddy! Miyoung nak ikut! Daddy! Tolonglah Miyoung, daddy! Jangan tinggal Miyoung dekat sini! Daddy!"

Tangan Miyoung tergapai-gapai di udara. Dia diangkat sehingga terduduk diatas paha Sehun.

Tangisan Miyoung kedengaran sehingga ke luar rumah.

Rome memekakkan telinganya.

"Rome! Itu anak saya! Awak tak boleh buat saya macam ni!" ujar Mirae.

Rome mendengus kasar.

"Awak masih ingat lagi pada dia lepas apa yang dia buat?! Masa dia buat semua tu awak rasa dia ingat pada kita?! Pada awak?!"

Mata Mirae bergetar. Dia mencangkung di dalam lif sambil menunggu ianya sampai ke tingkat bawah.

"Awak kejam," ujarnya.

"Kalau saya kejam, anak kita tu lagi kejam Mirae."


to be continued


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro