
Part 35
Miyoung tersenyum kecil memandang biliknya yang dihiasi dengan barang-barang Will. Mereka masih belum mengemasnya kerana belum dibenarkan oleh Miyoung.
Kadang-kadang, Miyoung terkenang akan anaknya itu sampai tertidur sambil memeluk bantal yang akan digunakan oleh Will setelah bayi itu lahir.
Sehun masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelah Miyoung. Barang mainan Will dipegang dan dibelek-belek. Comel.
"Kita pergi Jeju nak nanti?" ajak Sehun.
Miyoung menoleh kearahnya. Keningnya terjongket naik. Tangannya yang berbalut dengan semen itu dihalakan ke wajah lelaki kacak itu. Sehun ketawa manakala Miyoung sudah pun mencebik.
Nak mengata sebab dia tak boleh bergerak dengan aktif disebabkan kemalangan tu lah tu.
"Iya tahu. Aku kan ada untuk dukung kau," balas Sehun.
Miyoung mendengus kasar. Anak matanya digulingkan keatas kerana menyampah.
"Tak ada masa nak dukung-dukung macam budak kecil," kata Miyoung pula. Sehun menusuk mainan dinasour ke pipi Miyoung untuk membuat gadis itu geram dengannya.
Di mata Sehun, Miyoung nampak sungguh comel dengan balutan di kepalanya sekarang. Orang lain mungkin kata dia gila tapi dia tak akan menafikannya. Dia gilakan Miyoung.
Gadis itu pula, kononnya jual mahal. Berlagak serabut melihat wajah Sehun yang mengisi hari-harinya padahal dalam hati, terasa seperti ada rama-rama sedang berterbangan.
"Bukan berat pun. Angkat sebelah tangan pun boleh," kata Sehun lagi, berlagak.
Miyoung menunjal pipi Sehun dengan kuat.
"Tak nak! Kalau nak jalan-jalan, tunggu aku sembuh. Lepastu bawalah aku merantau seluruh dunia pun boleh. Aku akan jadi milik kau sepenuhnya nanti dan aku tak akan merungut walau sekali pun! Yang pasti, tunggu aku sembuh!" tegas Miyoung.
Mata Sehun terus bersinar. Dengar sahaja ayat 'aku akan jadi milik kau sepenuhnya', Sehun terus berada seperti diawang-awangan.
Lupakah dia yang mereka ditentang keras oleh Tuan Oh Yoonseok?
"Erm, Hun. Aku nak tanya boleh?" soal Miyoung.
Sehun menjongketkan keningnya lantas mengangguk.
"Pasal... kerja kau."
Sehun cuba mengekalkan riak mukanya yang tenang. Dia tidak mahu Miyoung tahu apa-apa mengenainya.
"Kenapa?"
"Erm... Kau dah dapat kerja balik ke? Sebab, selama kau ada dengan aku, aku tak pernah tengok kau pergi kerja. Semua okey kan? Ke tak okey?"
Sejujurnya, Sehun dah penat mengabaikan email yang sering memenuhi notifikasinya sampai dia bertindak memblock sender email tersebut.
Dia pun tak tahu nak jadi apa dah dengan masa depan dia.
"Kalau aku tak kerja kenapa? Kau tak sudi hidup dengan aku sebab aku bukan pensyarah yang dapat gaji beribu-ribu sebulan tu?" tanya Sehun semula.
Miyoung menggeleng.
"Bukan pasal gaji. Ini pasal masa depan kau," jawab Miyoung.
Dia rasa bersalah kalau seandainya dia yang menyebabkan impian Sehun terkubur nanti.
"Masa depan aku ada depan mata aku sekarang ni," kata Sehun. Pipi Miyoung merona merah.
"Nonsense!" marah Miyoung.
Dia mencubit perut Sehun.
"Cakap betul-betul. Dah ada kerja ke belum ni?" ugut Miyoung. Sehun terus mengangguk.
Malas berbahas tentangnya.
"Ada. Tapi kerja ni boleh buat dekat mana-mana pun kita nak lagi-lagi dekat rumah."
Miyoung kembali tersenyum. Nasib baiklah Sehun dah ada kerja. Kalau tidak, dihantui rasa bersalah lah dia untuk sepanjang hayat.
"Iya? Kerja apa tu?"
"Buat anak--"
KELETUNG! Kepala Sehun dipukul dengan semen pada tangan Miyoung.
Puas hati gadis itu. Tapi Miyoung baru tersedar akan sesuatu. Tangannya itu sedang patah bukan dibalut untuk suka-suka.
Dia terus menjerit kesakitan dek kerana perbuatan dirinya sendiri. Tanpa berlengah, Sehun yang masih lagi pening kerana dipukul mendukung Miyoung dan membawanya ke hospital semula.
...
Sehun dimarahi oleh doktor kerana tidak berhati-hati sewaktu menjaga Miyoung. Puas hati gadis itu saat Sehun diomelin terus-terusan oleh doktor yang menguruskannya. Dia tersenyum kemenangan walaupun air mata masih mengalir di pipi.
Sehun tertunduk malu. Dijelingnya Miyoung kerana tidak berpuas hati.
Selesai sahaja check-up, Sehun mendukung sekali lagi Miyoung dengan wajah masam, tanda protes pada doktor kerana memarahinya. Miyoung menunduk hormat pada doktor dan kembali berpaut pada leher Sehun.
Dia tak peduli apa yang orang lain fikirkan. Pemandangan dihadapannya ini lebih menarik daripada yang lain. Sisi wajah Sehun nampak sungguh menawan.
Seksi.
Boleh bayangkan tak bila hidup single kau selama ini tiba-tiba didatangi oleh lelaki sekacak Oh Sehun? Tak boleh. Kau forever alone. Miyoung je yang boleh relate.
Masa bagaikan kutu-kutu dirambut kau. Mereka bergerak pantas menetaskan telur sampaikan kau tidak sempat untuk menghentikannya. Apa aku merepek ni?
Bermula dari orang asing kepada guru dan murid kepada pasangan kekasih. Pelik tapi benar di dalam dunia fantasi.
"Hun, marah lagi ke?" tanya Miyoung, hati-hati.
Sehun diam. Garang sahaja wajahnya. Miyoung mencebik.
Sebelah tangannya yang digunakan untuk berpaut pada leher Sehun dilepaskan dan diletakkan diatas perutnya. Tidak mahu menyentuh Sehun.
Protes lah kononnya.
Sehun sengaja mengangkat Miyoung dengan lebih tinggi untuk membetulkan kedudukan gadis itu agar tidak terjatuh tapi Miyoung buat tidak peduli sahaja. Sehun mendengus kasar, memberi isyarat supaya Miyoung memegangnya tapi Miyoung buat tuli.
Sampai sahaja di tepi kereta, Miyoung turun dan membuka pintu untuk masuk tanpa menunggu Sehun. Dia terus bersandar pada kerusi dan memejamkan matanya, merajuk.
Demikianlah perempuan, selalu merajuk walhal itu adalah kesalahannya sendiri.
Lelaki perlu meminta maaf sekiranya mereka berbuat salah ataupun gadis itu sendiri yang berbuat salah.
"Miyoung " panggil Sehun.
Dia tak menyahut.
"Miyoung!" panggil Sehun sekali lagi.
Miyoung menahan dirinya daripada menjawab. Sehun mengeluh. Dia mendekati Miyoung dan menghulurkan tangannya kepada gadis tapi tiba-tiba Miyoung menampar tangannya.
"Aaaa jangan dekat!" marah Miyoung.
"Apa yang jangan dekat?! Cubalah pakai seatbelt tu sendiri kalau boleh!" marah Sehun.
Miyoung memuncungkan bibirnya. Matanya berair. Sehun menghela nafasnya dan menarik Miyoung ke dalam pelukannya lagi.
"Sorry-sorry. Aku bengang dengan diri sendiri sebab tak dapat jaga kau elok-elok. Maaflah aku emosi sikit." ujar Sehun.
"Aku pun nak minta maaf. Aku tak patut ikut sangat perasaan dekat rumah tadi," kata Miyoung pula.
"Comel " puji Sehun sambil mencubit pipi tembam Miyoung. Miyoung tertawa lucu.
"Nak makan boleh? Mengidam.." pintanya dengan nada comel. Sehun mengangguk, menandakan boleh.
"Nak makan apa?"
"Mcd--"
"Tak boleh! Kau tak sembuh lagi. Luka tu nanti terbuka kang."
"Tapi.."
"Kita makan sayur eh? Sayur cepat sembuh, banyak zat. Okey?"
"Tapi.."
"Aku suap.."
"Okey!"
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro