Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 33


Badan Miyoung melambung sedikit jauh dari tempat dia berdiri tadi. Kepalanya terhentak pada jalan dan badannya terhempas mengena pada divider. Darah memenuhi segenap jalan.

Sehun berlari melawan arus untuk mendapatkan gadis yang dicintainya itu. Mirae yang baru sahaja keluar dari hospital kaku. Dia nampak badan anaknya sendiri terpelanting di udara setelah dilanggar tadi.

Kakinya menggeletar sehingga terjatuh.

Sehun pula mengangkat kepala Miyoung untuk memeriksa gadis itu. Air matanya jatuh berguguran juga. Perut Miyoung dipegang. Darah memenuhi tangan dan bajunya. Dia menjerit meminta tolong.

"Miyoung bangun Miyoung! Jangan tinggalkan aku! Anak kita Miyoung!! Nurse!? Siapa-siapa jelah tolong!!" teriak Sehun, kuat.

Beberapa orang pegawai hospital datang sambil membawa katil pesakit setelah mendengar bunyi pelanggaran tadi. Orang ramai mulai mengerumuni tempat kejadian. Sehun mengelus rambut Miyoung.

Gadis itu sudah tidak bermaya lagi. Badannya lembik seperti nyawanya sudah pun melayang. Dia diangkat oleh pegawai yang bertugas dan dibawa masuk ke hospital semula. Sehun mengejar dari sisi.

Menggenggam tangan Miyoung dengan erat. Katil tersebut melewati Mirae yang masih kaku. Tangan kanan Miyoung terjurai melebihi katil. Mirae menyentuh tangan anaknya yang berdarah itu walaupun hanya untuk sedetik.

Dia lemah.

"Apa aku dah buat ni?"

...


Pembedahan Miyoung berlangsung selama lebih enam jam. (rekaan. tak pernah kena langgar so tak tahu)

Doktor-doktor bertugas bertungkus-lumus cuba menyelamatkan nyawa anak di dalam kandungan Miyoung. Gadis itu kehilangan bergelen-gelen darah sehingga menyukarkan doktor untuk membedahnya.

Sehun setia menunggu diluar ruang pembedahan sambil berdoa agar kekasihnya itu kembali bangkit. Dia berdoa yang anaknya juga selamat di sana.

Sehun tak akan marah andai si kecil itu tidak terselamat. Asalkan Miyoung tetap hidup.

Mata Sehun tetap gah terbuka meskipun beberapa jam berlalu. Dia tidak akan tidur selagi Miyoung tidak sedarkan diri.

Mirae yang berada di hujung lorong mulai mendekat dan duduk di sebelah Sehun. Mereka tidak bertegur-sapa walaupun duduk agak lama memandangkan Mirae masih rasa bersalah dengan kata-katanya.

Wanita itu turut sama berdoa pada tuhan agar anaknya tidak mengalami komplikasi teruk pada organ dalamannya.

"Kamu... Sehun ya?" tegur Mirae  Sehun menoleh lantas mengangguk.

"Ya. Saya Sehun, doktor!" ujar Sehun dan menunduk hormat pada wanita itu. Kemudian, dia kembali merenung dinding kosong di hadapannya.

Mirae tersenyum pendek. Sehun memang kacak walaupun dilihat dari sisi. Pasti cucunya juga akan kelihatan sekacak atau secantik ini nanti. Pandai Miyoung cari bakal suami.

"Panggil je ibu, kalau kamu sudi," kata Mirae. Sehun tidak menjawab, tiada mood untuk berbual.

Wanita itu mengeluh perlahan.

"Saya minta maaf kalau ada terguris hati kamu tadi. Saya rasa bersalah sangat sebab tertengking Miyoung. Apalah yang saya fikir tadi," keluh Mirae.

Sehun merenung Mirae sekilas.

"Doktor tak patut marah-marah dia. Dia menderita teruk disebabkan apa yang berlaku. Semua kejadian ni tak ada diantara kami berdua yang mahu," kata Sehun. "Saya tahu doktor mungkin takkan percaya pada lelaki macam saya tapi saya dah jatuh hati pada anak doktor yang satu tu.  Saya minta maaf juga sebab tak dapat jaga dia baik-baik."

"Terima kasih sebab jagakan Miyoung selama saya tak ada. Saya memang ibu yang gagal,"  ucap Mirae.

Sehun tersenyum pendek.

"Saya yang patut berterima kasih. Terima kasih sebab lahirkan Miyoung. Kalau doktor tak ada, jodoh saya pun tak akan sampai, sampai saya tua." jawab Sehun pula. "Tak ada ibu yang gagal doktor. Yang ada cuma perbezaan cara mendidik anak-anak."

Mirae menepuk-nepuk belakang bahu Sehun.

"Saya memang gagal. Kamu tak perlu jaga hati saya. Maaf, saya dah salah faham pada kamu. Kamu baik orangnya."

"Saya tak baik pun doktor. Kalau saya baik, saya dah jaga Miyoung dan tak akan sentuh dia walau seinci pun."

"Tapi kamu bertanggungjawab. Zaman sekarang mana ada lagi lelaki macam ni dan kamu jujur. Tingkah laku kamu pun sopan dan lembut pada Miyoung."

Sehun tersenyum kecil.

"Doktor simpanlah tenaga untuk jaga Miyoung nanti. Jangan puji saya lebih-lebih. Miyoung lagi perlukan pujian tu. She need you the most."

...

Hampir 24 jam berlalu. Doktor akhirnya keluar dari bilik pembedahan.

Sehun dan Mirae terus berdiri dan menunggu penjelasan daripada doktor bertugas.

"Siapa ahli keluarga pesakit?" soal doktor.

Kedua Sehun dan Mirae mengangkat tangan.

"Saya ibu dia!" ujar Mirae.

Doktor tersebut memandang baju kot Doktor Mirae. Lantas dia memandang pula pada Sehun.

"Ini suami dia!" celah Mirae. Sehun terkejut.

"Sila ikut ke ruangan saya," arah doktor Yuta, iaitu doktor rasmi milik penulis cerita ini buat selama-lamanya.

Mereka mengekorinya sehinggalah sampai ke ruangan doktor tersebut.
Doktor Yuta membuang masknya dan memandang Sehun. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan.

"Pesakit selamat dan dalam keadaan stabil cuma masih belum sedarkan diri. Beliau mengalami kecederaan parah pada lengan kirinya. Dan maafkan saya..."

Kening Sehun terjongket.

"Kami dah berusaha semaksima mungkin. Akan tetapi, kami tak dapat menyelamatkan anak di dalam kandungan pesakit. Kandungannya terlalu lemah. Kalau berjaya hidup pun, mungkin hanya beberapa jam sahaja," jelas Doktor Yuta.

Mirae menekup mulutnya manakala Sehun tergamam.

"Pesakit akan ditahan sampai esok untuk pemeriksaan lanjutan selepas pembedahan. Untuk 42 jam pertama, tak ada pelawat dibenarkan untuk melawat lagi," terang Doktor Yuta. . 


"Saya harap Encik dan Doktor Mirae bertabah. Selepas pesakit tersedar nanti, kamu berdua dibenarkan untuk melawat" jelas Doktor Yuta lagi.

Sehun mengangguk.

Mereka berdua terus keluar dari ruangan tersebut dan pergi ke bilik rawatan Miyoung. Kelihatan dari luar, Miyoung yang masih belum sedarkan diri di dalam sana dengan tangan yang berbalut.

Perut gadis itu juga telah kembali kempis.

Sehun menyandarkan kepalanya pada kaca yang memisahkan mereka.

"Miyoung."

"Sepatutnya harini hari pertama kami check-up," lirih Sehun. Mirae menoleh sebentar pada Sehun, menyalurkan rasa sedihnya.

"Maaf, ibu tak tahu." Mirae lagi-lagi kecewa. Berapa banyak yang telah dia lewatkan sampai tak ada satu pun hal tentang Miyoung yang dia tahu?

to be continued

Congrats, Jongdae yaaaa!! Baby girl!!! EXO's Princesss pwincesss 😭

Tapi aku kesian pulak Miyoung dengan Sehun gugur 😭 Huk aloh! Timingnya kok sama

---☝️ eh wuyoo dah berapa tahun ni sejak princess pertama exol lahir

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro