
Part 32
Miyoung memegang erat tangan Sehun. Jantungnya berdegup kencang sekali. Sehun telah pun mendaftarkan namanya tadi untuk membuat pemeriksaan bersama doktor pakar bersalin.
Dan sejak menunggu 15 minit tadi, Miyoung tak tenang duduk. Dia bergerak ke kiri kanan demi menghilangkan rasa gementarnya. Sehun yang memandang pun turut sama ingin gelabah.
Rambut Miyoung diusap untuk menenangkan gadis itu. Dahi Miyoung dikucup untuk menunjukkan rasa sayangnya.
"Doktor takkan marah kan?" tanya Miyoung.
Sehun mengangguk.
"Iya. Kenapa dia nak marah kalau tak buat salah? Jangan risaulah, aku ada." Ujar Sehun.
Miyoung kembali memandang sekelilingnya. Ramai wanita dengan perut yang mengembung seperti belon berada di sana. Suami mereka pula setia bersama. Wajah mereka nampak ceria dengan kehadiran cahaya mata yang belum lahir itu.
Sehun memegang bahu Miyoung dan menggosoknya beberapa kali. Hidungnya ditekapkan pada rambut Miyoung.
"Aku boleh buat lagi sweet daripada tu," kata Sehun sambil menunjuk pada lelaki yang sedang bercakap dengan perut isterinya.
Miyoung tersenyum pendek. Dia masih rasa takut. Macam ada sesuatu sahaja. Kepalanya disandarkan pada dada Sehun.
Sebentar tadi, omma baru sahaja menelefon untuk bertanya khabar. Katanya, dia akan datang melawat ke rumah nanti. Sedikit-sebanyak, mendengar suara omma membantunya untuk bertenang. Banyak tips yang diberikan oleh wanita tua itu.
Miyoung bersyukur yang ibu Sehun terlalu sayangkan dia sampaikan Sehun dianak tirikan. Kadang-kadang Sehun ada tunjukkan rasa cemburu kerana tidak dilayan oleh ibu sendiri, tapi Miyoung akan memujuknya di sebelah malam.
Cara ibu Sehun mengambil hatinya hampir sahaja membuatkan dia terlupa yang dia mempunyai ibu kandung. Appa juga selalu bertanya khabarnya. Lelaki tua itu sentiasa menghubungi sekiranya Miyoung mengidam sesuatu. Keluarga mereka keluarga baik.
"Kim Miyoung." Panggil jururawat yang baru sahaja keluar dari bilik doktor.
Miyoung tersentak dari lamunannya. Sehun membantu kekasihnya itu untuk bangun.
"Hun," rengek Miyoung.
Sehun tersenyum manis. Dia memegang pipi Miyoung yang semakin mungil itu.
"Doktor tak menakutkan, sayang." ujarnya. Dia mengiringi Miyoung untuk masuk ke dalam ruangan doktor.
Sebaik sahaja masuk, langkah kaki Miyoung terhenti. Jantungnya kembali berdegup dengan kencang.
Matanya bertembung dengan mata doktor yang sedang duduk menatapnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Di dalam sana ada dua orang doktor yang sedang berbincang akan sesuatu sebelum dia masuk. Salah seorangnya merupakan doktor yang bertugas sementara seorang lagi, doktor yang membuatkan Miyoung berderau takut.
Sehun memandang keduanya, bingung.
"Sayang?" Tegur Sehun pada Miyoung.
Kedua doktor tersebut terus memandang kearah perut Miyoung dan pada Sehun. Doktor wanita itu berdiri secara automatik.
"Miyoung?" panggil doktor tersebut.
Tangan Miyoung terketar-ketar.
"I--ibu!" jawab Miyoung, takut.
Sehun meneguk liurnya. Doktor di hadapannya ini adalah ibu kepada Miyoung? Maksudnya, mak mertua tak rasminya?
Kejap!
Mak mertua? Ok. Doktor memang menakutkan.
Doktor bernama Mirae merenung tajam kearahnya.
Shit.
Matilah dia.
"Siapa lelaki ni dan apa yang Miyoung buat dekat sini?!"
Tempik Mirae, garang. Miyoung tersentak sehingga memejamkan matanya. Dia berselindung di sebalik badan Sehun.
Mirae menjegil tajam kearah Sehun. Dia datang ke sini untuk bertanya perihal laporan patient, tapi tak disangka bakal bertemu anak sendiri.
"Jauhkan tangan kamu daripada lelaki tu Kim Miyoung! Explain to me! Apa yang berlaku?! Sejak bila perut tu membesar?!" Marah Mirae.
Miyoung menangis. Dia takut mendengar jerkahan ibunya itu. Sehun melindungi Miyoung sambil memeluknya.
"Doktor bawa bertenang dulu. Jangan tengking Miyoung." ujar Sehun, cuba untuk mengelakkan daripada berlaku kekecohan.
"Tenang? Tenang?! Anak saya tengah bawa anak siapa-siapa entah dalam perut dia! Oh! Ini yang sibuk dengan assignment sampai mengelak daripada ibu dengan daddy ya? Rupa-rupanya belakang kami, kamu sibuk melacur? Entah-entah kamu bapa anak haram tu?!" marah Mirae.
Tidak dapat mengawalnya lagi. Telinga Sehun berdesing sehingga merah.
"Doktor! Doktor boleh hina saya, tapi jangan sesekali hina anak dalam perut ni! Saya faham doktor sedang marah, tapi saya mohon jangan tinggikan suara depan Miyoung! Dengan keadaan Miyoung sekarang, saya yakin doktor faham yang dia tak boleh tertekan!" tegas Sehun.
Mirae ketawa.
"Oh! Macam tu? Kamu tak boleh tertekan dan mengharapkan saya faham situasi mengejutkan ni? Kamu nak saya buat apa? Diamkan? Saya tak ajar anak-anak saya buat kerja macam ni! Melampau kamu, Miyoung!" Marah Mirae.
"Doktor." Sehun mengepal tangannya.
"Daddy hantar dan daftar kamu dekat universiti tu untuk belajar Miyoung! Malu ibu ada anak macam ni! Ibu hantar ke Seoul ingatkan boleh berdikari. Supaya pandai jaga diri sendiri! Tapi kamu ke sini merosakkan masa depan! Mencemarkan nama baik orang tua! Menconteng arang pada keluarga! Apa orang kata nanti! Tak malu ke?!"
"ENOUGH!"
Miyoung berteriak histeria sambil menutup telinganya. Dia berterusan menjerit dan mengulang perkataan 'diam' sehingga terpaksa dipegang oleh Sehun dan dibantu oleh jururawat bertugas.
"KALAU IBU BAGUS SANGAT KENAPA IBU TAK PERNAH DATANG? KALAU IBU BAGUS SANGAT KENAPA TAK AJAR MIYOUNG SENDIRI? CIKGU DEKAT SEKOLAH TU BUKANNYA MAK BAPAK MIYOUNG!" Jerit Miyoung.
Wajahnya merah padam pun begitu matanya.
"Miyoung datang sini tanpa kerelaan and you expect me to do what?! Obey you?! Miyoung sabar selama ni dengan sikap ibu yang selalu menuntut Miyoung buat itu ini tapi tak pernah ada untuk beri semangat! Miyoung sabar! Tapi ibu melebihi batas sekarang. You know what? This is your fault! Miyoung rosak sebab ibu tak reti ajar Miyoung! Miyoung rosak sebab ibu sendiri abaikan Miyoung! You know what funnier? I'm starting to believe those rumors now. Rumor tentang ayah tinggalkan ibu untuk perempuan lain. Itu pasti keputusan terbaik yang ayah buat dalam hidup dia! Leaving you was his choice and he's right!"
Miyoung melepaskan geram yang terbuku dalam hati. Mirae terdiam. Terkilan dengan kata-kata Miyoung.
"Selama Miyoung hidup, ada ibu pernah jaga Miyoung macam apa yang daddy buat? He's not my dad walaupun dia jaga Miyoung dari kecil! Ya! Miyoung tahu kasih sayang dia ikhlas. I accepted him. But how about you? Mana kasih sayang ibu? Mana? Atas sijil-sijil dan piala tu? Atas pangkat doktor tu? Itu yang ibu banggakan?"
Miyoung tidak dapat bernafas dengan sempurna. Dia hampir semput.
"Miyoung cemburu ibu. Miyoung cemburu tengok kawan-kawan ada ibu datang waktu majlis dekat sekolah. Tapi Miyoung tak ada. Daddy pun bukannya setiap masa ada. Dia pun ada hidup sendiri dan Miyoung tak berhak tuntut dia. Salah Miyoung ke kalau kurang perhatian ibu? Was it that bad sampai satu kesalahan ni buat ibu menyesal lahirkan Miyoung?" rintih Miyoung.
Mirae terkedu. "Miyoung, ibu never said ibu menyesal lahirkan kamu..." lirih Mirae.
"Tapi ibu hina Miyoung habis-habisan seolah-olah Miyoung tak ada perasaan. Ibu terus bercakap pasal aib keluarga. Tapi ibu langsung tak tanya samaada Miyoung okey ke tidak. Perkara pertama yang ibu ucapkan waktu nampak Miyoung ialah ibu kecewa. Ibu fikir Miyoung okey ke? Kalau Miyoung okey, Miyoung tak adalah menghindar dari ibu dan daddy selama ni..." adu Miyoung.
"Miyoung faham ibu mesti terkejut. Honestly I don't want this. Kalau Miyoung boleh putar masa, Miyoung akan elak semua ni dari berlaku. Ibu orang yang arif hal ni. All those wise thing you said to your patient. Was it just idle talk?" luah Miyoung lagi. Dia mengelap air matanya.
"Miyoung tak ada siapa-siapa lagi selain anak ni dan Sehun. Miyoung tak nak kehilangan ibu dengan daddy jugak. Tapi ibu tak nak Miyoung dan Baby Will. Ibu benci kami," sambung Miyoung.
"Miyoung, anak ibu. Ibu minta maaf sayang. Ibu terlepas cakap tadi."
Miyoung menggeleng. Dia berjalan secara mengundur.
"Miyoung pergi kalau ibu nak. Itu yang ibu mahu kan?" ujarnya.
Dia terus keluar dari sana sambil mengelap air matanya yang tak henti-henti keluar. Sehun merenung Mirae sekilas lantas mengejar Miyoung dari belakang.
Miyoung berjalan dengan pantas keluar dari hospital. Dia tidak tahu ke mana arah tujunya lagi. Dia terlalu kecewa dengan reaksi ibunya. Padahal Miyoung boleh saja kalau berlalu pergi tanpa melibatkan drama. Tapi emosinya tak dapat dikawal sekarang. Hatinya sakit saat bayinya dihina.
"Miyoung! Jangan laju sangat! Miyoung!" panggil Sehun.
Miyoung sudah tidak dapat mendengar apa-apa lagi.
Langkah kakinya menuju ke jalan raya. Dia hanya ingin menjauhi hospital tersebut. Suara Sehun tidak dapat didengari lagi. Kepalanya pening. Matanya terasa berat.
Dari arah kirinya, sebuah lori menuju kearahnya dengan kelajuan yang tidak dapat dibayangkan.
Sehun yang mengejar dari belakang panik. Badan Miyoung berada betul-betul di tengah jalan, menoleh kearah lori yang dipandu oleh pemandu mabuk.
"Kim Miyoung!!!"
BUMM!!!
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro