
Part 31
Sehun dan Miyoung kerap kali mengambil udara luar untuk membantu pertumbuhan anak mereka dengan lebih pesat. Kadang-kadang mereka berjogging di luar rumah. Kadang-kadang dalam rumah pun ada.
Miyoung memang dilayan bak puteri raja. Apa yang gadis itu mahu dia berikan.
Tak pernah pun dia mengeluh atau merengek sekiranya Miyoung mengidam itu atau ini. Sehun juga telah menerima beberapa arahan untuk datang menghadap pengarah universiti demi menjelaskan kejadian sebenar.
Sehun menyelesaikannya dalam diam tanpa melibatkan Miyoung kerana tak mahu Miyoung tertekan. Biarlah Miyoung hidup tenang sekarang.
Sehun tak mahu mengaibkan Miyoung. Cukuplah hanya keluarganya sahaja yang tahu apa yang berlaku. Jangan orang lain mahu menyibuk. Ditambah lagi Miyoung memang sudah menarik diri dari belajar di sana.
"Hun-ah! Kenapa nampak buruk?!" marah Miyoung sambil menunjuk pada lehernya yang sedikit lebam disebabkan love bite.
Wow.
Sehun ketawa dengan wajah tidak bersalah. Miyoung sudah pun cemberut. Badan Sehun dipukul olehnya. Sudahlah esok mereka mahu berjumpa dengan doktor.
Malulah dia kalau doktor nampak nanti. Dibuatnya doktor bujang, kesian doktor tu. Kalau yang dah kahwin, kesian rindu suami.
"Mana ada buruk. Cantik apa aku buat," balas Sehun sambil mengelus kesan love bite itu dengan jarinya.
Dia dah jadi semakin berani sejak Miyoung merelakan sahaja apa yang dia mahu. Miyoung pun dua kali lima sahaja dengannya.
"Tak menyempat! Aku tengah membuta pun dia boleh buat lagi. Eeee geramnya aku!" Marah Miyoung dan meninggalkan Sehun.
Gila tak marah?
Dia bangun sahaja dari tidur tadi, tiba-tiba ada bekas-bekas aneh pada lehernya. Lepastu boleh pula si pembuatnya layan acuh tak acuh sahaja. Sibuk mengelamun. Entah tengah bayangkan apa entah tu sampai tersenyum-senyum. Bunuh kang!
"Siapa suruh tidur? Tidur pun cantik. Makan pun cantik. Marah pun cantik. Mandi pun cantik. Berak pun can--"
Buk! Buk!
Miyoung melempar bantal bertubi-tubi ke muka Sehun. Tak guna!
Inilah padahnya kalau terlalu bagi kesempatan pada lelaki. Mula lah dia nak melebih-lebih.
Sehun bangun menarik Miyoung. Dipeluk dan dicium gadis itu sekali lagi. Miyoung cuba untuk melepaskan diri dan menjauhi Sehun.
"Hati-hati, gempa bumi Will rasa."
Kemudian, dia berlari ke dapur. Sehun mengekori dari belakang. Sehun terus-terusan menggodanya sehingga membuatkan Miyoung rasa menyampah. Padahal dalam hati dah berbunga-bunga.
Tiba-tiba, loceng rumah berbunyi.
Miyoung menunjal kepala Sehun lantas menuju ke pintu rumah untuk membukanya. Sehun terus mengekorinya sambil merengek.
"Miyoung..." panggil Sehun.
Sehun membenamkan kepala ke leher Miyoung sedangkan Miyoung sudah kaku.
Matanya tertancap pada tetamu yang hadir sekarang. Lelaki yang sedang merenungnya juga nampak terkejut.
Gila tak terkejut kalau tengah tengok rakannya sendiri sedang berasrama eh berasmara di hadapannya?
Bulat matanya memandang gelagat Sehun. Telinganya bergerak-gerak.
"Sehun?" panggil lelaki itu.
Sehun tersentak. Dia kenal dengan suara ini.
Perlahan-lahan dia menoleh.
Glup.
Air liurnya ditelan.
"Hyung..."
...
"Chanyeol hyung. Mian. Kau mesti tak selesa," ujar Sehun, malu.
Chanyeol, sahabat yang tua dua tahun sahaja daripada Sehun. Lelaki itu memandang Miyoung yang sedang melarikan diri masuk ke dalam bilik.
Badan gadis itu diperhati. Sudah berbadan dua nampaknya. Dia tersenyum sinis. Hebat juga adiknya ini.
"Maaf untuk apa? Sebab horny sangat tadi? Aku datang pada masa yang salah ke ni?" ujar Chanyeol.
Kasar.
Sebab itu Sehun pun tak berapa layan sangat Chanyeol.
Lelaki ini garang, kasar, mulut tak ada insurans dan menyebalkan. Dia bersyukur dulu yang Chanyeol melebarkan telinga eh sayapnya ke luar negara. Sekurang-kurangnya, dia tak perlu melihat wajah angkuh itu.
Yang paling Sehun tak suka adalah, Chanyeol suka merampas apa yang orang lain ada.
Tapi tak ada yang berani melawan disebabkan fizikal lelaki itu.
Sehun diam sahaja mendengar kata-kata Chanyeol. Memang betul tapi malu lah dia. Dulu dia mengata Chanyeol diam-diam sebab selalu horny dengan perempuan cantik, sekarang dah berbalik pada dia.
Chanyeol berdecit.
"Aku datang ni bawak buah. Dengar kata kena gantung kerja? Kau nak merempat mana nanti? Bawah jambatan? Bila nak cari kerja? Nak tanggung anak dara orang lagi. Nak bagi dia makan apa? Adik kau?"
Sehun menahan dirinya daripada mengutuk Chanyeol, lagi. Mulut lelaki ini elok distapler sahaja. Kalau boleh buang dalam laut terus lah biar kena makan ikan paus.
"Aku tak tahu lagi. Tapi urusan duit kau jangan risau. Tak kerja pun aku kaya," jawab Sehun, tenang.
Chanyeol mendengus kasar.
"Nak jaga anak orang tapi pendapatan tak tetap. Duit dari mana? Appa kau? Dia pula yang tanggung hasil kebangsatan kau. Bengap apa kau? Yang kau fuck perempuan tu sebelum kahwin kenapa?" marah Chanyeol.
Sebabi-babi Chanyeol, dia tetap mengambil berat tentang rakan-rakannya walaupun diakhirnya, dia tak ada bezanya pun. Masuk keluar kelab malam, main perempuan juga. Cumanya Chanyeol tahu bagaimana nak mengugut perempuan agar tak mengandung anaknya. Jika menolak, katakan hai pada malaikat maut.
"Tak sengaja," jawab Sehun perlahan.
"Hah? Tak sengaja? Hahaha!" Chanyeol ketawa terbahak-bahak.
"Kau ingat budak tadika? Perempuan cantik body elok macam tu kau kata tak sengaja? Wei kalau aku pun aku terkam lah bongok. Benda elok. Jujur jelah dengan aku. Kau memang dah lama mengidam kan? Duduk pun serumah. Itu yang main tembus je," ujar Chanyeol, langsung tak peduli dengan kata-katanya yang mungkin boleh menyinggung orang yang mendengar.
Sehun mengurut pelipisnya. Boleh tak dia bunuh Chanyeol sekarang?
"Hyung datang ni kenapa?" soal Sehun, mengalihkan topik.
Ekspresi Chanyeol berubah.
"Ubah topik, I see. Tak bagi aku cakap pasal makanan dia lah tu. Macamlah aku tak nampak bekas kau tadi," sindir Chanyeol lagi.
Sehun mengepal tangannya, geram.
"Hyung, jaga mulut tu boleh? Dia bakal isteri aku. Bukan orang yang boleh kau hina sesuka hati macam dia tu jalang-jalang kau!" tegas Sehun
Chanyeol menepuk tangannya dengan heboh. Dia ketawa mengejek.
"Pergh! Dah sedap jilat kau nak jadikan bini pulak? Best sangat ke? Tak nak share dengan aku?"
"Park Chanyeol!" Sehun hilang kesabarannya.
Matanya tajam merenung Chanyeol.
Chanyeol berdecit lagi. Dia berdiri sembari membetulkan seluarnya.
"Tak syok kau ni. Aku balik dari Amerika sana terus datang jenguk kau tapi macam ni kau layan aku? Ah, balik dulu lah. Kirim salam pada bakal bini kau yang cantik tu," ujar Chanyeol sambil menepuk-nepuk bahu Sehun.
Dia memandang kearah lorong Miyoung pergi tadi. Sekarang gadis itu sedang menatapnya. Bibirnya menayangkan senyuman.
"Oh tu dia adik ipar. Jaga baby elok-elok. Jaga diri elok-elok juga dari abang." Chanyeol mengenyitkan matanya, gatal.
Dia terus beredar dari sana dengan senyuman sinisnya.
Sehun menerpa kearah Miyoung untuk memeriksa sekiranya Miyoung okey. Gadis itu mungkin mendengar semuanya.
"Maafkan Chanyeol hyung. Mulut dia memang macam tu," ujar Sehun, risau.
Miyoung mengangguk faham.
"Aku faham. Kau bukan macam dia."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro