Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 30


Miyoung memeluk lengan Sehun dengan erat seperti tidak mahu melepaskannya. Dia sebenarnya mengidam ingin makan dumpling ayam tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu berjauhan dari Sehun.

Hari untuk mereka pergi memeriksa janin semakin mendekat. Maka semakin kuatlah Miyoung merengek dan mengada-ngada tidak mahu pergi. Alasannya, takut.

Sehun membetulkan kedudukannya dan menarik Miyoung mendekatinya.

"Kata harini nak beli barang Will. Jom lah bangun?" ajak Sehun.

Miyoung menggeleng perlahan. Rasanya amat selesa berada didalam pelukan hangat Sehun. Kalau boleh, dia nak merasakan saat-saat ini sampai bila-bila pun.

Sehun terus bangun dan mengangkat Miyoung walaupun gadis itu berpura-pura tidur. Miyoung membenamkan wajahnya ke dada Sehun.

Sehun membawanya ke bilik air untuk memaksa dia membersihkan diri. Miyoung mulai menggelupur kerana sejuk.

"Cepat mandi cepat siap. Miyoung, please?" rayu Sehun.

"Sejuk... Tak larat..." ujarnya, lemah.

Sehun menurunkan Miyoung supaya dia duduk diatas mangkuk tandas dan terus mencangkung di hadapannya. Perut gadis itu diusap lembut.

"Kesian kan lah dekat Will. Sekejap je. Okey? Kita basahkan badan je kalau sejuk sangat. Asalkan mandi."

Miyoung menjatuhkan kepalanya pada bahu Sehun.

"Nak aku mandikan?" tawar Sehun dengan wajah yang separuh merah. Miyoung terus mendongak dan berdiri tegak. Dia menolak Sehun keluar dari bilik mandi.

"Jangan tengok!"

...

Sehun memandu ke pasaraya terdekat untuk membeli barang-barang bayi. Hari ini, hari pertama mereka berdua keluar untuk berdepan dengan masyarakat. Harap-harapnya, tidak terserempak dengan mana-mana kenalan.

Miyoung agak gementar juga. Lama juga dia bersiap tadi sehingga terpaksa dibantu oleh Sehun.

Dia memakai dress longgar berwarna biru yang tidak pernah dipakai olehnya sebelum ini. Kenapa? Sebab dia tak pernah suka baju longgar.

Lihat sahajalah isi almarinya. Penuh dengan baju ketat seperti baju milik adiknya yang tak pernah wujud. Dia ada baju longgar ni pun sebab tersilap beli tempoh hari.

Rambutnya diikat dengan gaya braid dan ianya dibuat oleh Sehun. Dia tak sangka Sehun pandai menggayakan rambut orang perempuan. Memang orang bujang level dewa.

Tak lama selepas itu, mereka tiba di pasaraya yang mengambil masa sejam untuk sampai. Sehun memarkirkan keretanya di bahagian parkir di kawasan bumbung pasaraya.

Dia membuka tali pinggang keledar untuk keluar namun Miyoung nampaknya masih takut untuk berdepan dengan orang luar.

Sehun memegang tangan Miyoung dan memujuknya untuk keluar.

Dia mengambil mask yang berada di dalam tempat penyimpanan barang dan memakaikannya pada Miyoung. Dia membetulkan rambut Miyoung yang sedikit terusik itu. Terkebil-kebil gadis itu memandangnya.

Sehun turut sama memakai mask supaya Miyoung tidak berasa malu. Dia tersenyum walaupun tidak boleh dilihat oleh Miyoung.

Sehun keluar terlebih dahulu dan menolong Miyoung. Gadis itu memegang erat tangan Sehun seperti ada musuh sahaja di hadapannya.

Dress Miyoung membuatkan dia nampak seperti orang normal sahaja. Itu pun kerana badannya yang kecil.


Mereka berjalan beriringan kerana takut terpisah.

Mereka mula masuk ke kedai yang menjual barangan bayi. Baju-baju bayi di survey terlebih dahulu. Sekadar membuat persediaan.

Kemudian, mereka ke ToyRUs. Ingin membeli mainan bayi. Rasanya lebih menguntungkan kalau membeli mainan daripada baju.

Miyoung nak baju untuk bayi perempuan tapi Sehun nak untuk bayi lelaki.

Kalau beli awal-awal dan yang keluar tu betul-betul Will tak apalah juga. Dibuatnya yang keluar Williani? Kalau tiba-tiba keluar Williana jugak? Mampus kembar.

Tapi kalau mainan, tak kisah lah apa-apa pun bayi main suap je dalam mulut.

Sehun membuka masknya kerana tidak selesa untuk bernafas. Mereka mula menilik barang dengan fokus sekali. Miyoung memilih beberapa mainan yang neutral untuk mana-mana jantina iaitu anak patung ayam.

Kenapa ayam?

Sebab ayam comel. Macam bapak ayamnya.

Sehun pula memilih smurfs berwarna biru pendek. Simbolik kepada kependekan Miyoung. Aigoo.

"Hun-ah, nanti kita bawak Baby Will main dekat Kidzonia eh?" ujar Miyoung, menggenggam erat tangan Sehun. Lelaki itu mengangguk.

"Ya boleh," jawabnya.

"Hun nanti kita makan sama-sama dekat McDonald dengan Baby Will eh? Kita kumpul mainan-mainan kecil tu untuk dia."

"Boleh Miyoung."

"Hun nanti kita belikan apa je yang Baby Will nak supaya dia tak rasa kekurangan eh? Supaya dia tahu yang tanpa kehadiran aku di sisi dia pun, dia masih boleh hidup dengan sempurna meskipun dia cuma anak... haram."

Sehun berhenti dari berjalan.

Dia memegang bahu Miyoung dan menatap kedua anak mata gadis itu.

"Dia apa? Anak haram? Anak luar nikah? Anak hasil dari kesalahan ibu bapa dia?" sambung lelaki itu.

Miyoung menyorokkan dirinya di dalam mask. Maksudnya dia menarik mask yang dia pakai sampai hampir menutup matanya kerana takut dimarahi Sehun.

"Jawab Miyoung!" tegas Sehun.

Miyoung menurunkan masknya lantas menggeleng perlahan.

"Maaf." ujarnya sambil menunduk.

Sehun mengeluh. Miyoung ditarik masuk ke dalam pelukannya. Kepala gadis itu diusap-usap.

"Jangan pernah sebut anak ni sebagai anak haram, anak luar nikah, atau hal-hal sensitif macam ni. Anak aku akan ada ibu, ada ayah yang sayang dia sampai mati. Will takkan pernah kekurangan kasih sayang dari siapa pun, apatah lagi dari segi keuangan. Dari dia tumbuh dekat sini, dari situ dia jadi tanggungjawab aku. Jadi buang jauh-jauh fikiran negatif kau. Kau dan Baby Will tanggungjawab aku sekarang. Dah sepatutnya aku sediakan semuanya untuk korang berdua."

"Aku tak biarkan anak kita rasa kesepian Miyoung, walaupun cuma sedetik. Itu janji aku. Kau jangan risau. Sekali lagi aku ingatkan, aku tahu tanggungjawab aku," ujar Sehun.

Perlahan-lahan, tangan Miyoung terangkat untuk membalas pelukan tersebut. Dia rasa selesa dipeluk sebegitu.

Sungguh tak rela hatinya ingin meninggalkan Sehun dan Will.

Meninggalkan Will dan Sehun demi kehidupan lamanya yang tak menjamin pun kebahagiaan?

Apa kata anaknya nanti?

Ibunya seorang egois?

Ibunya tak bersikap matang?

Miyoung ketawa dalam hati. Andai Will lahir dan faham tentang situasi ini, pasti Miyoung bakal dibenci habis-habisan oleh Will.

to be continued


menyampah pulak aku dengan cerita sendiri

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro