Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 3

Miyoung tersentak saat matanya bertembung dengan Sehun yang sedang menonton televisyen. Dia sebenarnya sedang berusaha untuk mengelak daripada Sehun sampaikan dia sanggup keluar dari bilik pada jam sepuluh malam semata-mata untuk makan; demi menghindar dari Sehun.

Lelaki itu merenungnya dari atas ke bawah lagi. Sebiji bantal dilempar ke mukanya tapi sempat ditangkap. Mujurlah Miyoung memakai baju lengan panjang malam ini. Tapi seluarnya cumalah separas lutut.

Gadis itu bergerak kearah dapur untuk memasak. Dia ada membawa sedikit makanan iaitu maggi. Itu jelah. Nak masak benda lain seperti nasi atau sup dia tak pandai. Bahan-bahan pun tak ada. Tak payah cakaplah pasal bahan kalau goreng telur pun dia takut.

Sehun memerhati gerak-geri Miyoung dan berpura-pura menonton televisyen saat Miyoung menoleh. Dia perasan yang Miyoung cuma memasak maggi kosong sahaja.

Selepas menunggu selama tiga minit, Miyoung membawa maggi cupnya itu ke meja makan. Dia duduk menghadap televisyen. Tiba-tiba, Sehun datang duduk berhadapan dengannya.

Lelaki itu memerhatinya saat sedang makan. Miyoung menjongketkan keningnya kerana pelik.

"Kau nak apa pandang-pandang?" soal Miyoung, garang. Sehun menjuihkan bibirnya pada maggi tersebut.

"Takde-takde. Beli sendiri.." pintas Miyoung. Sehun mencemuh.

"Okey. Aku cuma nak tegur kau pasal semalam tapi aku tertengok pakaian kau yang terdedah tu. Bukan salah aku," jelas Sehun. Miyoung tidak menghiraukannya.

"Pakaian kau terbuka sangat. Tak elok untuk seorang pelajar macam kau. Lagipun kau datang nak belajar ke nak main-main? Aku tak nak tengok pelajar aku pakai pakaian entah apa-apa macam tak cukup kain bila masuk kelas aku---"

"Dah habis?" Miyoung memintas lagi. Dia menghirup kuah maggi sehingga ke titisan akhir dan kembali ke dapur untuk membuangnya. Kemudian, dia kembali ke meja makan.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" soal Sehun.

"Dear Sir Oh Sehun. Sir tak ada hak untuk kritik pakaian saya lagi-lagi apa yang saya perlu pakai. Sir ingat sir siapa? Ayah saya? Kalau sir rasa tak selesa, jangan tengok. Tundukkan pandangan! Sibuk je hal orang! Dah lah curi rumah orang lepastu nak tentukan hidup orang pula. Dasar lelaki tua cerewet! Ingat kita dekat sekolah menengah ke apa? Kau tu cikgu disiplin ke sekarang? And bukan tadi kau nak cakap pasal hal semalam ke? Kenapa tiba-tiba terlajak jauh dari topik ni? Desperate?" sindir Miyoung.

Dia tak menunggu lama dan terus kembali ke biliknya setelah mencemuh Sehun. Lelaki itu menahan sabarnya. Dia mengetap bibirnya, geram.

"Aku cakap benda betul okey?! Dan berhenti layan macam aku ni orang tua! Aku baru 27 tahun!"

Nampak tua sangat ke wajah babyfacenya ini? Berani betul budak hingusan tu.

"AKU 20 TAHUN! SIAPA LAGI MUDA HAH?!"

Sehun menarik rambutnya dengan kasar.

Oh. Lelaki tua ya? Kau tunggulah ya.

...

Akibat bengang dengan Sehun, Miyoung mula menjalankan idea gilanya. Dia tak kisah orang nak pandang dia pelik ke apa. Yang penting, dia kerjakan Sehun.

Sebaik sahaja masuk ke dalam kelas, seisi kelas diam memerhatinya. Dengan megah sekali dia datang dan duduk di sebelah Seulgi dan Irene.

Kedua sahabatnya memandang Miyoung dengan wajah bingung.

"Miyoung.. kau.. kau punya fius otak terbakar eh?" tanya Seulgi, prihatin.

Siapa yang tak pelik bila nampak Miyoung masuk ke dalam kelas dengan memakai baju tak semengah? Menampakkan dada mulusnya sehingga menyebabkan beberapa pelajar lelaki dan perempuan acap kali menoleh kearahnya.

Tiba-tiba Miyoung rasa terkenal pula.

Miyoung melibas rambutnya sambil merenung Seulgi dan Irene.

"Aku nak balas dendam.." jawabnya.

"Dekat siapa?"

"Dekat Oh--adalah.. rahsia.." jawabnya lagi. Seulgi dan Irene menjongket bahu, pelik.

Dan di saat Sehun masuk ke dalam kelas, matanya tertancap pada Miyoung. Lebih tepat lagi tubuh gadis itu. Dia hampir terkena serangan jantung tadi. Gadis ini memang melampau.

Sehun meneruskan pengajarannya tanpa menoleh walau sedikit pun pada Miyoung. Dia sibuk dengan pelajar-pelajar yang kadang-kala menggodanya. Manakala Miyoung, dia sibuk bergosip dengan Seulgi dan Irene.

"Aku rasa sir tu benci aku la. Dia tak pandang pun sini sejak sejam lepas. Aku rasa dia berdendam dengan aku sebab sem lepas aku selalu hantar assignment dia lambat sebab malas nak hadap muka dia," bisik Seulgi, membuat spekulasi sendiri.

"Serius? Tak professionalnya kalau macam tu," sahut Irene pula.

"Dia bujang tua kan? Lelaki tua memang macam tu. Emo semacam macam hilang bini," celah Miyoung pula. Seulgi menahan tawanya.

"Macam period pun ada tapi melebihi perempuan.. Entah-entah sir tu jelmaan buaya darat kot. Suka sakitkan hati orang," sambung Miyoung lagi.

Dan serentak itu, marker pen melambung mengena tepat pada dahi gadis itu. Seisi kelas diam. Manakala Miyoung mengaduh kesakitan.

Seulgi dan Irene mula berpura-pura membaca.

"Aku nyanyuk atau ada orang dekat sini yang tak faham peraturan yang tak ada sesiapa dibenarkan untuk bercakap dalam kelas aku?!" gertak Sehun, garang.

Miyoung merenung Sehun dengan tatapan tidak berpuas hati.

"Disebabkan kau kurang ajar, aku akan denda kau untuk buat semua soalan dalam bab seterusnya yang belum kita belajar. Due datenya esok!" sambung Sehun lagi.

Miyoung ternganga. Ini tidak adil. Dia tak berpuas hati dengan keputusan Sehun ini.

"Se--Sir! Mana adil! Saya bukan bercakap kuat sangat pun! Sir tu yang telinga lintah!" Bentak Miyoung. Melawan Sehun.

Sehun tidak menghiraukan bantahannya.

"Okey. Dua bab--"

"OKEY! OKEY! SATU BAB JE! ESOK YA ESOK!" dasar lelaki tua tak guna!

"Office, Miss Kim. Dan ini warning untuk yang lain jugak. Kalau ada yang bercakap lagi dalam kelas aku, drop this class."

...

Miyoung mengganti pakaiannya dengan gaun separas lutut berbunga yang baru sahaja dibeli. Dia duduk di taman sambil menemani Seulgi dan Irene. Sekadar untuk berehat dan reda sahaja dengan hukuman yang diberikan oleh Sehun. Dia sebenarnya sedang lari daripada bertemu Sehun di pejabat lelaki itu.

Persetankan arahan orang tua tu.

"Maaf Miyoung. Kalau aku yang tak mulakan dulu, mesti kau tak kena," ujar Seulgi. Miyoung menggeleng kecil.

Memang sudah nasibnya untuk ditimpa bala seperti ini.

"Kalau kau nak kitorang tolong, kitorang boleh je. Kita buat dekat rumah kau malam ni.." ujar Irene pula.

Miyoung membuntangkan matanya lantas menggeleng.

"Ah! Takpe! Aku boleh buat sendiri. Takpe! Haha.." Miyoung membantah.

Matilah dia kalau Seulgi dan Irene tahu dia tinggal sebumbung dengan Sehun. Sudahlah tiada ikatan pun diantara mereka. Biarlah dia merana sendirian. Mungkin ini karma baginya kerana derhaka dengan guru sendiri.

"Betul ni?" soal Irene lagi.

"Iya, Rene. Tak payah susah-susah. Hehe," jawabnya.

Mereka kembali diam. Sementara Irene memandang sekeliling mencari lelaki kacak untuk mencuci mata.

"Uyoo. Itu Sir Kai kan? Gantengnyaaa!!" puji Irene dengan mata yang bersinar-sinar. Dia memang suka semua lelaki kacak yang wujud di kampus ini.

"Dia? Kacak? Lelaki miang tu? Hahaha! Tak payahlah, Rene. Geli-geleman aku," balas Seulgi.

Irene mulai mengusik Seulgi.

"Hehehe.. Padahal kau suka kan? Tak suka bila orang puji crush dia la tu.." usiknya. Seulgi menekup telinganya yang mudah untuk memerah sekiranya diusik.

Miyoung memandang kearah Sir Kai atau Kim Jongin yang dimaksudkan. Boleh tahanlah kekacakkannya itu. Cuma lagi kacak pelakon Thai yang dia minati itu.

Dan Miyoung membuang pandang saat melihat Sehun menyapa Kai disana. Terus hilang moodnya. Boleh tak kalau dia murka lagi dengan Sehun?

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro