Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 29


Miyoung dan Sehun membersihkan rumah bersama-sama untuk menyambut anak pertama mereka. Bilik Miyoung akan diubah menjadi bilik Will.

Barang-barang untuk bilik Will akan dibeli sebaik sahaja bilik tersebut dikosongkan. Barang-barang Miyoung pula dipindahkan ke bilik Sehun.

Seeloknya mereka tidur bersama demi keselamatan Miyoung.

Mereka sampaikan sanggup menukar cat dinding kerana mahu menyambut Will secara besar-besaran. Bilik yang sebelumnya berwarna pink dicat kepada warna biru.

Biru laut.

Di salah satu dinding, mereka mula melukis mural di sana. Sehun melukis pokok-pokok menjalar yang sesuai dengan latar bilik.

Manakala Miyoung, dia melukis sesuatu yang paling dia arif sekali memandangkan dia tidak reti melukis.

🍳 + 🐸 =🤰🏻 = 🤱🏻= 👶= 👨‍👩‍👦 = ❤

Miyoung sayang Sehun = Will anak kami 💓 :)

Sehun memandangnya dengan wajah tembok. Serius lah? Miyoung pula merenungnya dengan wajah 'apa?'.

Rambut Miyoung diacak-acak.

"Dah pergi duduk dalam bilik sana. Ibu mengandung tak elok duduk dalam bilik kena cat macam ni," arah Sehun.

Sebenarnya, dari tadi pun cuma Sehun yang buat kerja. Miyoung cuma tolong pandang, bagi flying kiss dan lap peluh je.

Lap peluh sendiri ya, bukan peluh Sehun. Ala kesiannya daddy tua ni. Miyoung tak sejahat itu. Dia cuma menghalakan kipas elektrik kearah Sehun untuk menghilangkan peluh.

"Tak nak. Nak teman. Will nak teman," bohong Miyoung. Padahal memang tak mahu menjauh.

Dia kembali menyambung melukis. Sehun bukan tak suka dengan lukisan itu, tapi kenapa sperma tu diganti dengan katak?

Yang bersenyawa ni katak ke berudu? Eh sperma maksud dia.

Haih. Macam-macam lah. Tak ada lukisan lah lebih enak mata memandang ke? Contohnya awan ke? Matahari ke? Matahari diantara dua bukit pun dah cukup okey asalkan bukan katak puru.

"Sebab sperma kau matang," kata Miyoung tiba-tiba, seperti menjawab pertanyaan Sehun didalam minda itu. Kening Sehun terjongket.

"Hah?" Sehun blur.

Miyoung menunjuk kearah lukisan katak itu.

"Ini bukan sperma sebab kau punya dah matang. Berudu tu anak katak kan? Hampir menyerupai sperma. Tapi kau punya tak. Sebab kau matang. Jadi dah masuk fasa katak," terang Miyoung.

Sehun rasa nak selam kepala Miyoung ke kolam cinta mereka. Nasib baik lah tengah mengandung. Logik sebelah planet manalah yang Miyoung ambil sekarang ni?

"Entah aku make love dengan manusia ke apa entah ni. Pelik-pelik punya fikiran," gumam Sehun.

"Ha mengumpat! Mengumpat lagi! Kutuk tapi dia yang paling suka haritu," balas Miyoung.

"At least aku mengaku suka. Kau? Pura-pura tak suka. Malu konon. Mengaku jelah kau sayang aku kan?"

Sehun meletakkan berus lukisan ke bawah.

"Nyenyenye. Tapi malam-malam solo. Kesian."

Rahang Sehun hampir terjatuh.

"Miyoung. Kalau aku jahit mulut tu supaya jangan kotor sangat." 

"Kau yang ajar."

"Bila? Pukul berapa? Dekat mana? Tunjuk bukti."

Miyoung menunduk. Kenapa Sehun macam marah? Kan dia nak bergurau je. 

"Ha, diam. Orang dah tanya ni jawab. Bukan tunduk!" Gertak Sehun.

Perlahan-lahan bahu Miyoung menggigil. Esakan terdengar. Sehun mula cemas.

"Eh eh. Miyoung janganlah nangis."

"Umi... Anak umi marah Miyoung! Miyoung kan nak gurau je..." Tangisnya. Miyoung tak berhenti menangis walaupun Sehun dah menekup mulutnya.

Makin menjadi-jadi adalah.

"buah kacang ketot
bilang satu satu
tidur adik tidur
takut burung hantu

burung hantu punai
bertelor dalam bakul
kera cabut semai
lutong dok menyangkul."

Miyoung terdiam mendengar lullaby yang tak pernah didengarnya seumur hidup itu. Terkebil-kebil matanya melihat Sehun.

"Dah habis nangis?" Tanya Sehun, hati-hati. Miyoung mengangguk.

Air mata Miyoung dilap dengan jari. Sehun mencium kelopak mata gadis kesayangannya ini.

"Maaf..." ujar Miyoung, rasa bersalah kerana telah membuat Sehun marah.

"Maaf untuk?"

"Dah buat kau marah tadi." Miyoung kembali menunduk.

"Mana ada aku marah. Cuba cakap bila?" Sehun menarik dagu Miyoung supaya memandangnya.

"Ada tadi. Takut..."

"I'm not mad. Maaf kalau suara aku tertinggi tadi. Sumpah tak sengaja. Jangan nangis lagi ya?"

"Betul tak marah?"

Sehun mengangguk. Miyoung merentangkan tangan, meminta pelukan. Sehun menyambutnya dengan gembira. Tubuh Miyoung diangkat supaya duduk diatas pahanya.

Miyoung segera merehatkan kepala pada bahu bidang Sehun. Tangan berurat Sehun dimainkan.

"Kalau baby lahir nanti kita nyanyi lullaby sama-sama tau?" Kata Miyoung. Sehun tertegun.

Dia tak pekak kan? Miyoung sedang meminta mereka bersama bukan?

"Sama-sama?"

"Yelah. Mesti baby Will suka dengar suara daddy dia dodoi tidur. Aku pun suka..." gumam Miyoung.

Jari Sehun dibawa ke mulut dan digigit.

"Kotor," ujar Sehun, menarik semula tangannya. Kesan berus masih ada disana. Sehun menggantikan dengan lengannya.

Miyoung tak jadi marah. Dia menggigit lengan Sehun yang masih bersih, tak dicemari cat air. Walaupun agak sakit, Sehun hanya diam menerima gigitan.

Asalkan Miyoung puas hati.

"Dah ada watermark. Hehe." Miyoung ketawa.

Kesan gigi Miyoung dapat dilihat dengan jelas pada lengan Sehun, membuat Sehun tersenyum.

"Banyakkan lagi," balasnya. Miyoung mengangguk faham. Dia kembali menggigit lengan Sehun.

Sementara Sehun memejam mata, menikmati gigitan lembut itu. Hidungnya berada di ubun-ubun kepala Miyoung, menghirup aroma shampu gadis itu.

Sebelah lagi tangannya digunakan untuk mengusap perut Miyoung.

Sedang Sehun terbuai sampai hampir tertidur, gigitan Miyoung beralih dari lengan hingga ke bahu. Sehun terperanjat, tapi hanya membiarkan bajunya diselak kasar oleh ibu kepada anaknya itu.

"Sini takde watermark," gumam Miyoung. Giginya terus terbenam pada bahu Sehun.

"Arh!" Sehun meringis kesakitan.

'Balasan ke apa ni? Huhu. Sakit!' Adu Sehun.

"Sayang jangan bagi watermark kasar-kasar sangat. Ngilu," rengek Sehun. Miyoung menepuk bahu Sehun yang masih menganggur tak digigit.

"Diam!"

'Demimu sayang, aku diam. Teruskan. Hiks. Watermark pun watermark lah. Dasar love bite babi. Siapa yang cipta benda ni?'

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro