Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 27

Tipu kalau kata Miyoung tak gembira dilayan sangat baik oleh Sehun dan keluarganya. Dia sekarang berusaha untuk hidup demi anak di dalam kandungan.

Dia rasa mungkin berbaloi untuk dia lahirkan anak itu. Lagipula ayah dari kandungan itu sangat menyayanginya. Bukan kah ini berita baik buatnya? Sekurang-kurangnya, walaupun nanti Baby Will lahir tanpa kasih sayang ibu, dia tetap akan mendapat kasih sayang ayah. Miyoung tidak pentingkan diri kan?

Sejak mereka berbaik, Miyoung sudah pun semakin rapat dengan Sehun. Mereka kini sedang melakukan yoga untuk ibu-ibu mengandung.

Hujung bulan ini, mereka akan ke doktor untuk melakukan pemeriksaan buat pertama kalinya. Miyoung tak mahu pergi sekarang kerana takut apa yang telah dia lakukan sebelum itu terbongkar.

Cubaan bunuh diri.
Mogok makan.

Mati dia kalau doktor tahu. Sebaiknya dia cuba perbaiki semuanya dahulu. Dia tak suka diomeli oleh doktor. Sakit hati rasanya walaupun dia yang salah. Sehun pernah memaksa untuk pergi, tapi berakhir dengan Miyoung yang menangis sampai pengsan.

"Tolak lagi..." arah Miyoung. Sehun menolak badannya ke hadapan. Mengikut arahan gadis itu dengan berhati-hati agar tidak mencederakannya.

"Tolak---aargh! Hun! Sakit!" Miyoung memukul tangan Sehun kerana telah membuat perutnya senak.

Apa lagi salah Sehun kali ini?

"Sakit kat mana? Mian-mian." ujar Sehun, serba-salah.

Miyoung terus menunjuk pada perutnya sambil memuncungkan bibirnya.

"Baby Will tendang," jawabnya. Mata Sehun terbeliak.

"Serius? Nak dengar!" pintanya.

Dia terus menekapkan telinganya pada perut Miyoung untuk mendengar dan merasa tendangan bayi cilik milik mereka itu. Namun lain pula jadinya bila Miyoung mencucuk kedua lubang hidung Sehun dengan jarinya sambil ketawa terbahak-bahak.

Sehun menjerit kesakitan. Mana tak sakitnya bila jari yang ditusuk ke dalam lubang hidung itu ditarik keatas sampai membuat kepalanya turut sama terangkat.

"Baby kaki dengan tangan pun entah dekat mana lagi macam mana nak tendang? Hahaha! Kena tipu!" Gelak Miyoung.

Dia sepertinya tidak jijik pun dengan apa yang dia lakukan tadi. Sehun menggosok hidungnya yang terasa sakit itu. Dia mengerutkan wajahnya.

Sehun terus menyerang perut Miyoung dan menggeleteknya.

Miyoung berusaha untuk melarikan diri kerana tak tahan digeletek.

Dia cuba untuk bangun tapi Sehun menahan kakinya sehingga dia terjatuh diatas sofa.

Dan keajaiban mula berlaku.

Erk. Bukan keajaiban tapi kecelakaan.

Bibir Sehun mendarat diatas bibir Miyoung secara tidak sengaja. Keduanya kaku. Sehun berfikir mahu mendalamkan ciuman itu namun dia tidak mahu Miyoung berfikir yang bukan-bukan tentangnya.

Sehun bangun dan menjarakkan dirinya daripada Miyoung. Gadis itu pula diam membisu. Kekok.

"Bibir kau. lembut..." puji Miyoung, perlahan. Hormon ibu mengandungnya datang.

Sehun menoleh. Dia melihat wajah Miyoung yang sepenuhnya merah itu.

"Nak lagi?" Tanya Sehun. Tapi sekadar tawar-menawar sahaja.

Namun dijawab dengan anggukan oleh Miyoung. Jawapan yang paling Sehun tak sangka Miyoung akan berikan.

Adakah ini kerana hormon?

Sehun mulai mendekat pada Miyoung dan meneruskan aksi mereka yang tertunda tadi.

Mujurlah, pintu sudah dikunci dari dalam. Tidak ada yang akan menganggu mereka sekarang tak kiralah berapa jam lamanya.

Demi hormon, Miyoung rasa tubuhnya dah mula terbiasa dengan kehadiran Sehun. Sekarang bagaimana caranya untuk dia pergi tanpa perlu merindui?

...

Rome memasuki bilik kekasihnya, Mirae Park. Wajahnya tampak risau.

Mirae atau ibu kepada Miyoung memandang kearah Rome yang datang tiba-tiba. Selalunya, mereka hanya berjumpa saat ingin makan siang ataupun makan malam sahaja. Senangnya, selain dari waktu kerja.

Lelaki itu duduk di hadapannya dengan wajah serius.

"Miyoung ada telefon?" soal Rome.

Mirae menggeleng.

Rome menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa lagi ni?"

Tangan Rome dipegang. Rome mula mengeluh perlahan. Keluar aura kebapaannya yang mana sudah lama Mirae perhatikan.

"Saya call tapi dia asyik reject je. Katanya sibuk sangat. Sibuk pasal apa sampai tak boleh bercakap dengan kita?" luah Rome.

Mirae ketawa.

Dia bangun dan duduk di sebelah Rome lantas mengelus belakang lelaki itu perlahan.

"Sekarang kan musim assignment. Biarlah dia. Dulu dia tak nak masuk universiti kita tak layan. Sekarang dia dah suka, kita janganlah kacau," pujuk Mirae.

Dia bersangka baik sahaja yang Miyoung mungkin benar-benar sibuk dengan kerjanya. Rome masih tidak berpuas hati.

"Okey macam ni lah. Nanti kita pergi lawat dia kalau ada masa ya? Buat masa ni, jadual saya pack lagi," pujuk Mirae lagi.

"Kalau ambil dia duduk rumah tak boleh?"

"Rome. Dia bukan anak kecil lagi."

"Tapi dia masih puteri kecil saya..." bantah Rome.

Mirae tersenyum sayu.

"Mana lagilah saya nak cari lelaki yang betul-betul sayangkan anak orang lain macam anak dia sendiri," ujarnya.

Rome mencebik. Tak sedar diri betul orang-orang tua ini. Asyik nak berlagak comel sahaja.

"Jaga sikit eh mulut tu. Itu anak kandung saya. Bukan anak orang lain," tegas Rome.

Dia yang jaga Miyoung dari kecil jadi muktamad yang Miyoung adalah anaknya. Bukan anak orang lain. Pertalian darah tak penting baginya. Bahkan kalau gadis itu bersedia, Rome akan segera menukar nama keluarga Miyoung daripada Kim kepada Choi.

Kim Miyoung? No!

Choi Miyoung? Yes!

"Yelah. Anak awak." Mirae mengalah.

"Memang anak saya pun."

Mirae menggeleng perlahan. Kasih sayang Rome memang melebihi dirinya.

Bahkan kalah dengan bapa kandung Miyoung yang lebih memilih wanita lain daripada mereka.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro