
Part 26
Miyoung mengalami kemurungan. Dia sukar untuk makan walaupun telah disuap oleh Puan Oh sendiri. Sepanjang kehamilannya, beberapa kali Miyoung cuba untuk membunuh diri.
Dia tidak mahu dirawat dihospital kerana takut.
Rome, daddy angkatnya merupakan direktor hospital. Lelaki itu pasti mempunyai ramai kenalan dalam bidang yang sama dengannya. Seandainya dia berjumpa pakar psikologi dan ada diantara doktor itu mengenalinya, memang hancurlah masa depannya.
Dia tak dapat membayangkan saat ibunya sendiri menitiskan air mata nanti. Biarlah dia sahaja yang menanggung semuanya. Bahkan panggilan daripada ibu dan daddy pun dia tolak dengan alasan sibuk.
Hadiah yang diterima daripada Rome itu dipeluk erat. Anak patung beruang yang ditengahnya dikait namanya oleh lelaki itu sendiri. Ditengah-tengahnya juga ada gambar mereka bertiga yang turut sama dikait sendiri.
Daddynya sangat berbakat.
Miyoung menyentuh perutnya yang semakin membulat itu. Menyedihkan tapi dia tak pernah melukakan perut itu. Walaupun sebenarnya pernah dengan gimiknya yang ingin mogok makan itu. Tapi Miyoung tak menyakiti fizikal, hanya mentalnya sahaja.
Sehun masuk ke dalam bilik sambil membawa sedulang makanan. Lelaki itu memerhati Miyoung yang sedang mengusap perutnya sendiri. Sehun tak berani untuk datang mendekat kearah Miyoung. Tidak mahu mengganggu gadis itu.
"Nak sentuh?" soal Miyoung sambil memandang Sehun dari dalam cermin.
Sehun menoleh. Dia mengangguk perlahan. Miyoung mengajaknya datang mendekat.
Sebaik sahaja tiba dihadapan cermin, Sehun memeluk Miyoung dari belakang. Tangannya diletakkan diatas perut gadis itu. Miyoung tersenyum.
"Baby mesti gembira daddy dia datang jumpa dia harini. Selalunya datang malam-malam je," ujar Miyoung sambil menggerakkan tangan Sehun ke sekeliling perutnya.
Dia dapat membayangkan betapa gembiranya keluarga kecil ini, andai dia mencintai Sehun.
Sehun terkejut. Tak sangka Miyoung tahu yang dia sentiasa datang pada lewat malam untuk berbual dengan bakal anaknya itu.
Kedengaran gila tapi cara itu berkesan untuk perkembangan bayi.
"Tak sabar nak tunggu baby keluar..." bisik Sehun. Suaranya sendu. Miyoung mengangguk.
"Tapi masa tu lama lagi untuk sampai.." sambung Miyoung pula.
"Sabar ye Miyoung? Aku akan ada dengan kau sampai bila-bila," ujar Sehun. Miyoung dipeluk dengan erat.
"Boleh tak aku minta sesuatu?" pinta Miyoung.
"Apa?"
Miyoung menunjuk pada dahinya.
"Boleh tak kau cium dekat sini?" pintanya. Sehun memandangnya beberapa kali kerana tidak percaya dengan permintaan Miyoung.
"Boleh ke tidak?"
Sehun mengangguk dengan bersemangat.
Dia mengalihkan rambut depan Miyoung dan mulai mengucup dahi gadis itu, lama. Miyoung memejamkan matanya sambil tersenyum pendek.
Miyoung tak tahu kenapa hatinya rasa tidak tenang. Rasa seperti dia bakal pergi jauh. Tapi tidak pasti bila.
"Ibu..." panggil Miyoung tanpa disedari.
...
Sehun menyuap Miyoung makan setelah lama gadis itu mogok. Miyoung memerhati sahaja Sehun sejak tadi. Dia tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun.
Sehun pula cuba berlagak biasa walaupun dia agak tidak selesa dengan pandangan itu. Serasa diperhati oleh jodoh. Eh?
Mulut Miyoung yang agak comot terus dilap menggunakan tisu.
"Kenapa kau nampak hensem eh sekarang?" soal Miyoung, tiba-tiba. Sehun terbatuk-batuk mendengarnya.
"Hah?"
Miyoung memuncungkan bibirnya sambil membuat putaran pada wajah Sehun.
"Muka ni. Muka yang selama ni nampak sangat menyakitkan hati ni tengah berubah jadi kacak. Kau pakai susuk ke?"
Sehun menggeleng.
"Ish..." Mood Miyoung berubah-ubah. Mungkin efek ibu hamil. Menyampah pula bila Sehun tak perasan yang dia tengah mengorat Sehun.
"Baby ni nak panggil apa?" tanya Miyoung, menukar topik.
Kening Sehun terjongket.
"Hm?"
"Baby kita ni. Takkan nak panggil baby je. Kenalah ada nama panggilan," ujar Miyoung.
Sehun meletakkan sudu ke bawah dan fokus kepada Miyoung sekarang. Dia memandang gadis itu untuk mendapatkan kepastian.
Biar benar ini Miyoung?
"Betul ke ni?" soalnya. Miyoung mengangguk.
"Ada nampak aku bergurau?" soal Miyoung lagi. Sehun menggeleng.
"Cepatlah. Aku buntu nak panggil apa dekat anak kita ni," ujarnya sambil mengusap perut yang sedikit kembung itu.
Sehun tak tahu kenapa dia rasa terharu saat Miyoung menyebut perkataan 'anak kita'. Mungkin kalau dulu, dia rasa perkataan itu menjijikkan, tapi sekarang rasanya seperti perkataan baru yang menyenangkan.
Dia tersenyum.
"Aku sebenarnya dah lama nak bagi cadangan," ujarnya. Miyoung merenung tepat pada anak mata Sehun.
"Nama apa?" Dia menunggu dengan sabar.
Wajahnya kelihatan yang dia berminat untuk mendengar.
"Baby Will!" jawabnya dengan nada comel.
Miyoung nak tergelak. Dia menahan dirinya daripada tersenyum.
"Kenapa Will? Anak kita bukan kacuk pun?" tanya Miyoung, pelik.
Sehun menggaru kepalanya disebalik rambut hitam lebat itu.
"Nama baptisms aku Willis. Jadi kalau boleh aku nak lah nama anak aku pun bermula dengan huruf W jugak. Willis Will. Boleh? Kalau tak boleh tukarlah," jelas Sehun, cuba bertolak-ansur meski sedikit kecewa.
Miyoung rasa nak tergelak bila dengar nama kristian Sehun. Agak-agaklah sikit nak letak nama pun. Tapi kalau bagi nama Kevin kang lain macam pulak.
Kevin and the chipmunk. Ke lain?
Tapi Willis buatkan dia teringat pada cerita ikan puas pulak.
Willis, si ikan paus pembunuh. Eh, rasa macam lain juga.
Miyoung terdiam sebentar lantas mengangguk.
"Okey!" jawabnya, sepatah.
"Boleh ke?"
Miyoung mengangguk lagi.
"Baby Will?"
"Iya Baby Will."
"Serius ni Baby Will?"
"Iya, Willis sayang!" tegas Miyoung, serius.
Jantung Sehun bagaikan mahu terhenti saat Miyoung menyatukan namanya dengan perkataan sayang. Dia tak dapat menyembunyikan kegembiraannya.
"Will... Will you marry me?" Latah Sehun.
Miyoung terus tergelak sampai kering gusi. Melihatkan wajah cemberut Sehun, buatkan dia semakin seronok mentertawakan lelaki ini. Sehun nampak seperti anak kucing yang sedang merajuk.
"Kenapa setuju?" soal Sehun. "Jangan paksa diri kalau tak nak."
Miyoung menggigit hidung mancung Sehun kerana geram.
"Sebab aku suka. Faham?" jawabnya, titik tidak pakai noktah!
"Lagi suka Willis ke Will?"
"Suka Will Smith," jawab Miyoung main-main.
Giliran Sehun mencubit hidung Miyoung. Nasib baik sama-sama mancung. Kalau penyek, nak cubit apa?
"Wendy." Kata Miyoung tiba-tiba.
"Nak makan Wendy's?" Tanya Sehun, kebingungan. Tangannya dah bergerak ingin memesan Foodpanda.
"Aish! Aku lah Wendy, bijak!" Kutuk Miyoung. Bila mengandung, jangan kutuk sembarangan ya.
"Wendy? Cantik!" puji Sehun meleret-leret. Lelaki itu kelihatan semakin terpegun dengan Miyoung. Barangkali teringat cerita zaman kecilnya, Peter pan.
"Tahu!" jawab Miyoung bangga. Angkat bakul sendiri.
Tapi kalau tak cantik tak adanya Sehun tertarik. Good looking segalanya.
"Baiklah Wen. Mulai harini, anak kita namanya Baby Will. Kita jaga sama-sama ya? Ini anak kita. Anak Willis dan Wendy."
"Okey papi Willis."
"Papi? Kenapa tak baba?"
"Hahahaha! Sehun! Sejak bila kau boleh melawak?"
Sehun tersenyum. Sekali lagi dia jatuh cinta pada Miyoung.
Kenapalah takdir tidak merestui kisah mereka? Jika tidak, Sehun yakin mereka bakal menjadi pasangan paling sempurna sekarang.
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro