
Part 24
Miyoung tertidur di dalam dukungan Sehun. Mereka naik ke apartment dalam keadaan tidak teratur. Minda Sehun bercelaru. Tingkat dua belas pada butang lif ditekan. Sehun menunggu lif membawa mereka ke atas dengan sabar.
Baru sahaja kata kunci rumah ditekan, suara seseorang menghentikannya.
Sehun menoleh ke belakang. Kelihatan Jaehyun berada di sana sambil memegang helmet pada tangan kirinya. Lelaki itu menunggu dihujung lorong dan mungkin sedang menanti kehadiran mereka sejak awal lagi.
Jaehyun nampak terkejut saat melihat Sehun yang mendukung Miyoung. Dan yang peliknya, macam mana Sehun boleh tahu password rumah Miyoung?
"Sir buat apa dekat sini?"
Jaehyun duduk di ruang tamu sambil merenung keseluruhan rumah. Cantik dan teratur seperti dikemas oleh tuan rumahnya setiap hari. Dia menunggu Sehun membawa Miyoung ke bilik kerana tidak mahu tidur gadis itu terganggu.
"Maksud sir, korang berdua tinggal sama-sama?" soal Jaehyun, kecewa lagi.
Sehun mengangguk.
"Tapi macam mana? Korang memang dah kenal lama? Macam mana Miyoung sampai boleh mengandung? Sir jaga dia ke tidak?!" marah Jaehyun.
Dia tak menghukum Miyoung sebaliknya dia memarahi Sehun kerana tidak menjaga Miyoung sebaik mungkin.
Sebagai orang tua, dia sepatutnya lebih matang dalam hal ini. Dia sepatutnya boleh menjaga gadis seperti Miyoung yang baru sahaja ingin mengenal dunia.
"Semuanya terjadi bukan atas kehendak kami. Ada sesuatu berlaku hari tu sampai kami." Sehun berhenti daripada menjelaskannya.
Jaehyun meraup wajahnya lama. Dia mengeluh panjang.
"Miyoung okey tak? Dia ada sakit dekat mana-mana?" tanya Jaehyun.
Malas nak bergaduh lama-lama. Lagipun bukan boleh putar masa semula. Sehun menggeleng perlahan.
"Dia okey, cuma tadi hampir bunuh diri."
Jaehyun secara automatik berdiri. Wajahnya tampak risau. Helmet di tangannya sudah pun tergolek diatas lantai. Rambutnya diramas kasar.
"Aku dah tenangkan dia. Jangan risau. Aku tahu macam mana nak jaga dia," ujar Sehun. Jaehyun tersenyum sinis.
"Kalau pandai, dia takkan berbadan dua lah," sindir Jaehyun. Dia menuju ke bilik Miyoung untuk menjenguk gadis itu.
Rambut gadis itu dielus lembut lagi. Dia mencium dahi Miyoung dengan berhati-hati.
"Miyoung, kenapa tak kongsi masalah ni dengan saya? Teruk sangat ke saya ni sebagai boyfriend awak?"
...
Sehun termenung sendiri di dalam biliknya. Kata-kata Jaehyun terngiang-ngiang dimindanya.
'Kalau pandai, dia takkan berbadan dua lah..'
'Tolong jaga Miyoung bagi pihak aku. Aku akan tunggu dan ambil dia semula lepas bayi tu lahir. Walau apa pun yang berlaku antara korang, Miyoung masih milik aku.'
"Apa yang aku nak buat ni?" soal Sehun kepada dirinya sendiri.
Surat daripada pihak atasan telah pun dia terima sebentar tadi. Katanya, mereka membuat keputusan untuk menggantung Sehun buat sementara waktu sehinggalah masalah itu reda atau Sehun sendiri datang menjelaskan semuanya.
Masalahnya, Sehun tak mungkin akan beritahu yang mereka tak sengaja melakukan seks kerana diberi dadah? Siapa yang nak percaya?
Satu, mereka tinggal sebumbung.
Dua, mereka dah melakukan hubungan itu di rumah sendiri.
Tiga, tiada bukti mengatakan mereka dikhianat oleh sesiapa.
Empat, Miyoung tidak melaporkan perkara itu kepada polis atau berjumpa dengan pihak hospital untuk membuang benih Sehun di dalam tubuh gadis itu.
Lima, mati jelah.
Umur mereka cumalah lapan tahun sahaja perbezaannya. Tak mustahil mereka akan disangka melakukan hubungan tersebut dalam keadaan rela.
Lagipun Sehun bukan pedofil yang sewenang-wenangnya boleh dikenakan hukuman.
Sehun kacak. Okey angkat bakul buah sendiri.
Miyoung cantik. Erm, bolehlah.
Kalau duduk sebelah-sebelah pun orang akan sangka yang mereka bercinta.
Kalau nak kata mereka berdua tak rela, kenapa Sehun sendiri tak buat apa-apa lepas benda tu terjadi?
Banyaknya soalan yang boleh disoal oleh polis ya tuhan!
Dia sudah pun kehilangan pekerjaan sekarang. Bala apa lagi yang akan menimpa?
"Hello? Omma? Boleh tak datang?" pinta Sehun kepada ibunya melalui telefon.
Puan Oh bersetuju sahaja untuk datang. Dari nada suara Sehun, dia sudah dapat mengagak anak lelakinya itu dalam masalah. Sudah masanya dia menjadi serius.
Entah apalah masalah yang dihadapi oleh anak lelakinya itu kali ini.
Yang pasti, ianya berkait sendiri dengan Puah Oh.
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro