
Part 21
Sehun dan Miyoung sama-sama merenung telur goreng hangus yang dimasak oleh Miyoung. Gadis itu sudah hampir menitis air mata kerana telah gagal memasak. Ditambah lagi dengan bekas minyak panas yang membekas pada lengannya.
Sehun yang peka terus mencedok nasi dan memakan sahaja lauk tersebut tanpa berkata apa-apa. Dia makan dengan bersungguh-sungguh seperti orang kelaparan.
Miyoung terkebil-kebil memandangnya.
"Sedap ke?" tanya Miyoung, gugup. Sehun mengangguk.
Dia mengarahkan Miyoung untuk membuka mulut agar dapat menyuapkan gadis itu. Sehun bukannya nak bagi sangat, tapi sekadar nak mengusik Miyoung. Tapi Miyoung menerima sahaja suapan tersebut.
Miyoung merasa sedikit masakannya yang hancur itu. Kerutan halus muncul di dahi.
Tak sedap! Rasa macam pantat kuali!
Tapi kenapa Sehun tak berkerut pun waktu makan? Kenapa dan bagaimana dia boleh telan makanan seteruk itu?
"Tak payah makanlah kalau tak sedap. Kita order luar—"
Sehun menghalang Miyoung daripada merampas pinggannya. Dia menggeleng.
"Kau nak masak pun aku dah cukup bersyukur. Aku cuma nak kau ada dekat depan aku je," ujar Sehun.
Tipu kalau Miyoung kata dia tak terkesan dengan kata-kata Sehun. Dia rasa sedikit terharu dengannya. Ada juga orang yang sudi menghargai apa yang dia cuba buat walaupun tak sesuai ekspektasi.
...
Miyoung menjaga Sehun sepanjang lelaki itu tidak bekerja. Balik dari kelas pasti Sehun tak bermaya atau pun nampak seperti baru sahaja muntah. Teruk betul dia punya alahan.
Sampaikan bau bilik sendiri pun dia kata macam bau sampah. Terpaksalah Miyoung benarkan Sehun untuk tidur di biliknya pula.
Bila dah tukar bilik, Sehun tak ada pula sakit-sakit.
Miyoung banyak terhibur sewaktu menjaga Sehun.
Keadaan Sehun yang sadis itu buatkan dia rasa hidupnya kembali. Bagaimana sikap Sehun berubah seratus-peratus saat bersamanya. Dia rasa seperti hidupnya hampir lengkap.
Ibu and ayah Sehun ada datang untuk menjaganya. Mereka pun sudah memaklumkan yang Miyoung mengandung. Bukti juga sudah ada.
Bukan main gembira lagi Puan Oh saat mendapat tahu akan berita itu. Hari-hari dia datang untuk menjaga Miyoung seperti memasak makanan sihat untuknya. Sehun pula kadang-kadang cemburu kerana ibunya tidak terlalu memberi perhatian kepadanya sampaikan dia terpaksa meraih kasih dengan ayahnya yang dingin itu.
Sehun tidur di paha ayahnya sementara Miyoung dan Puan Oh berbual sambil menilik barangan bayi. Lelaki tua itu, Tuan Oh cuma pasrah sahaja terpaksa melayan anak lelakinya yang manja ini. Kenapalah Sehun bersikap sama sepertinya sewaktu isterinya mengandungkan Sehun dulu?
Jijik tapi itu anaknya sendiri.
Miyoung sudah terbiasa untuk memanggil nama Puan Oh sebagai omma. Rasa kekok itu sudah lama menghilang.
Cuma satu sahaja yang Miyoung belum tahu.
Pelaku yang membuatkan dia terseksa, adalah ibu Sehun sendiri.
...
'saranghae'
'na..do..'
Miyoung menutup panggilan telefon daripada Jaehyun. Lelaki itu baru sahaja memaklumkan yang dia akan ke luar negara buat sementara waktu atas urusan peribadi.
Gambarnya bersama Jaehyun ditenung. Jaehyun masih tak tahu-menahu apa yang sedang berlaku di antara Miyoung dan Sehun. Mereka bahkan tak bertemu lagi dan hanya menjalankan hubungan jarak jauh.
Jaehyun tidak mengesyaki apa-apa pun. Cukup menunjukkan betapa sayangnya lelaki itu kepada Miyoung.
Tapi Miyoung balas dengan sebuah penipuan besar. Teganya dirimu.
"Anak omma nanti pergi jumpa doktor ya? Check cucu omma tu," ujar Puan Oh saat memasuki bilik tidur Sehun. Miyoung berada di situ memandangkan di biliknya ada Sehun yang sedang tidur di sana.
Miyoung mengangguk perlahan.
"Omma temankan?"
Puan Oh ketawa lantas menggeleng.
"Sehun kan ada! Apa lah menantu omma ni! Nanti ajak dia pergilah. Baby mesti suka appa dia ikut," jawabnya.
Miyoung merehatkan kepalanya pada bahu Puan Oh. Lama rasanya tidak dibelai oleh ibu sendiri sampaikan dia terpaksa bermanja dengan orang asing.
Miyoung merenung dirinya sendiri di dalam cermin. Perutnya masih belum mengembang seperti ibu mengandung yang lain cuma dia rasa sesuatu yang aneh tinggal di situ sahaja.
Dia rasa berdebar-debar.
Bila difikirkan, dia tak mahu pun anak ini.
Siapa je yang nak gelaran 'ibu' pada usia semuda ini? Tapi perasaan ragu-ragu itu mulai menghilang saat dia melihat betapa sayangnya ibu Sehun kepadanya.
Mungkin juga ibu Sehun sayang dengan dia kerana anaknya yang mengandungkan dia dan beliau rasa bersalah. Tapi Miyoung dapat rasa keikhlasan dalam Puan Oh. Dari cara layanan dan pertuturannya. Dia tahu keluarga Oh orang baik-baik.
Mungkin sahaja saat itu, dia dan Sehun sama-sama khilaf sahaja.
Ada patutnya dia cuba menerima Sehun dalam hidupnya kan?
Tinggal untuk memaklumkannya kepada ibunya dan Choi Rome sahaja.
Harap-haraplah kedua manusia itu mampu menerima dia dan anak yang bakal lahir ini.
Queen of Disaster sungguh lah dia sekarang.
"Miyoung..." panggil Sehun dengan wajah cemberutnya. Mata Sehun berair.
"Ya?" Balas Miyoung, pelik melihat Sehun yang menangis setelah bangun dari tidur.
"Hiks... Miyoung... Hun nak..." Sehun menatap dada Miyoung dengan mata berair. Tapi kerana takut, Sehun kembali menunduk dan membaringkan dirinya diatas katil. Dia meringkuk, memejamkan matanya.
"Nak apa? Sehun? Kenapa kau nangis?"
Miyoung membalikkan tubuh Sehun, melihat lelaki yang berubah menjadi budak lelaki berusia lima tahun itu.
"Miyoung jangan marah... Janji?"
Miyoung mengangguk.
"Nak nenen..."
Keheningan melanda. Miyoung menghela nafas panjang. Dia ingatkan Sehun sakit apa tadi. Melihatkan reaksi Miyoung, Sehun dah pun menggeletar ketakutan.
"Maaf... maaf..." Ulang Sehun. Dia takut kalau Miyoung pergi. Rasa mualnya menguat sekarang.
"Sekejap je," kata Miyoung, menghentikan sebentar reaksi Sehun.
"Hah?"
"I said, sekejap je."
"Boleh?"
"Boleh. Kalau tak kau makin sakit kan? Mual kau datang balik?"
Sehun mengangguk. Dia memerhati Miyoung yang mulai membuka bajunya sehingga menampakkan dua gunung kegemarannya itu.
"Kalau bukan sebab kau sakit, memang aku pukul kau," gumam Miyoung. Mujur sahaja tak didengar oleh Sehun.
Setelah mendapat green light, Sehun memeluk tubuh Miyoung dan mulai menyusu. Miyoung membaringkan tubuhnya diikuti oleh Sehun.
Keduanya terlelap.
to be continued
:)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro