
Part 20
❤ 10,995 💭
Jaehyunism 💙💜
view more comments..
hi_sseulgi ingat seronok ke buat hidup orang single merana?
renebaebae semoga bertahan sampai ke anak cucu 😘
Johndaddy yo wassup @/ todayis_miyoung you got a big daddy huhh 😏😏
-
Instagram Jaehyun dipenuhi dengan ulasan-ulasan daripada rakan-rakan terdekat. Lelaki itu berkongsi gambar dia dan Miyoung saat sedang bertemu janji tadi.
Ini sebagai balasan kerana telah membuat Miyoung menangis kerana kata-katanya tempoh hari.
Jaehyun membawa Miyoung menaiki motosikal kerana lelaki itu terlupa membawa keretanya. Dan lebih-lebih dia ingin merasakan bagaimana saat dipeluk teman wanita sendiri sewaktu menunggang motosikal.
Gatal juga ya.
Miyoung bersuka-ria bersama lelaki lain sedangkan Sehun sedang merana sendirian. Lelaki itu tidak pernah walau sekali pun mengadu atau memarahi Miyoung kerana tidak menjaganya.
Yelah, siapa sahajalah dia kan? Dia juga yang menyebabkan Miyoung jadi begini.
Masuk hari ini, sudah tiga kali perut Sehun meragam. Dia menangis dipenjuru dinding.
Begini rasanya dugaan saat mengandung. Patutlah perempuan kadang-kadang ada yang tak mahu mengandung. Peritnya hanya yang merasa sahaja yang tahu.
"Hello? Jongin. Esok aku MC sampai hujung minggu ni. Tolong ya?" pinta Sehun lantas mematikan telefon bimbitnya.
Dia naik keatas katil walaupun jalannya sudah tidak teratur.
Nama ibunya (Puan Oh) dipanggil. Dia nak sangat salahkan ibunya atas apa yang berlaku tapi dia takut dicop derhaka pula. Kalau omma tak letakkan ubat peransang itu ke dalam brownies tempoh hari, pasti dia tak akan merana seperti ini.
Kalau lah Sehun tahu yang ommanya berniat nak bergurau saja, agaknya dah lama dia jadi batu dan mengikut Tanggang dibawah laut sana.
"Miyoung.. tolong aku.."
...
Miyoung melambai mesra kearah Jaehyun yang menghantarnya pulang ke rumah. Yang sebenarnya, Jaehyun cuba menumpangkannya sehingga ke kedai yang jaraknya 1km daripada apartment. Miyoung sampai sekarang merahsiakan tempat tinggalnya demi kepentingannya bersama Sehun.
Dia berjalan kaki dalam kepanasan pulang ke rumah.
Sebaik sahaja tiba dirumah, dia masuk dan duduk diatas sofa. Dia membuka kipas dan duduk dibawahnya untuk menghilangkan peluh. Aircond sahaja tidak mencukupi sekarang.
Rambutnya yang diikat sanggul dilerai.
Sejuk dan segar rasanya dibelai dengan angin kipas.
Miyoung memejamkan matanya kerana penat dan rasa sedikit mengantuk. Jaehyun seorang yang lasak. Rasanya tadi dia tak sempat pun berehat saat bersama Jaehyun.
Banyak aktiviti yang dijalankan oleh lelaki itu bersamanya. Memang aktif la seharian itu.
Dia sendiri pun tak pasti kenapa dia cepat sangat lelah hari ini.
Pintu bilik Sehun perlahan-lahan terkuak. Lelaki itu keluar dan berjalan menuju kearah Miyoung.
Dia duduk disebelah Miyoung dan mendekatinya perlahan-lahan.
Miyoung yang tersedar dengan kehadiran Sehun membelakanginya.
"Sehun. Ingat janji kita tu." ujar Miyoung.
Sehun membaringkan kepalanya dibelakang Miyoung dan meletakkan tangannya diatas perut gadis itu.
Butang baju kemeja Miyoung dibuka satu demi satu dan tangannya diletakkan diatas perut Miyoung lantas diusap perlahan.
Miyoung kaku. Sehun mendekat dan mulai memeluknya.
"Please.. stay.." rayu Sehun. Nada suaranya berubah.
"Sehun aku tengah berpeluh ni. Aku busuk la--"
Sehun mencium bahu Miyoung, lama. Rasa loyanya mulai menghilang sedikit. Dia mengurut perut Miyoung tanpa meminta izin terlebih dahulu.
"Terima kasih.." bisik Sehun kepada Miyoung.
Kening Miyoung terjongket. Dia rasa geli bila Sehun berbisik padanya. Tapi geli yang menyenangkan.
"Untuk?"
"Sebab jaga anak aku.." jawab Sehun.
Miyoung mengalihkan tangan Sehun dan menoleh kearah lelaki itu. Terdiam Miyoung saat melihat wajah pucat Sehun.
"Kau mengandung kan?"
"Apa kau merepek ni?!" marah Miyoung. Secara refleks dia terus memegang perutnya, takut.
"Aku muntah-muntah dan alami alahan sama macam ibu mengandung. Aku dah check doktor kalau-kalau aku ada sakit apa-apa, tapi doktor kata tak. Jadi, apa lagi selain pembawakan budak?" jawab Sehun, yakin.
Miyoung terdiam.
"Miyoung..aku tahu ni bunyi macam gedik tapi.. aku sakit.. aku nak ada dekat dengan kau.. aku tak boleh bau benda lain selain kau.." jelas Sehun.
Tangan Miyoung diraih.
"Aku baru boleh berhenti dari rasa mual ni lepas ada dekat dengan kau." ujar Sehun lagi.
"Aku belum siap lagi, Sehun.." kata Miyoung, perlahan.
Dia menunduk. Apa yang dia nak katakan pada Jaehyun? Dia masih belum sedia.
"Miyoung.. Kita cuba ya?" pinta Sehun.
"Cuba apa?"
"Jaga bayi ni sama-sama. Macam yang kita janjikan hari tu.."
"Tapi.."
"Lepas dia lahir, kita akan kembali macam hubungan sebelum ni.. Aku janji.."
Sehun menarik badan Miyoung agar memeluknya.
Dia cuba untuk menenangkan dirinya sendiri sambil mendakap gadis itu.
"Sehun.." panggil Miyoung, lembut.
Sehun melepaskan pelukan dan memandang Miyoung.
"Ya?"
"Kau dah makan?" tanya Miyoung.
Sehun berkerdip beberapa kali seperti bayi lantas menggeleng. Miyoung memandang kearah dapur dan menghela nafasnya, panjang.
"Duduk sini..Biar aku masak.." arahnya. Dia bingkas bangkit dari sofa dan menuju kearah dapur.
Sehun mengekorinya dari belakang.
"Tak payah ikut. Aku tak akan sentuh pun makanan kau. Aku tak akan makan pun. Cuma tolong masakkan je." kata Miyoung, meyakinkan Sehun.
Namun, bukan itu yang Sehun risaukan tetapi sebaliknya,
"Pusing jap.." arahnya. Miyoung memusingkan tubuhnya menghadap Sehun.
Sehun terus mengancing semula pakaian Miyoung yang terdedah tadi. Miyoung blushing.
"Nanti masuk angin..Biar aku teman kau." ujar Sehun. Miyoung menolak badan Sehun agar dia menunggu dimeja makan sahaja..Risau kalau Sehun jatuh pengsan nanti.
"Duduk sini je. Jangan menyibuk!" tegas Miyoung.
Dia kembali ke dapur dan mengeluarkan semua barang-barang didalam peti sejuk.
Pergerakannya terhenti saat dia teringat akan sesuatu.
Dia tak pandai masak.
F*ck. Bagus sangat.
"Sehun.. kalau makan telur goreng je boleh?" tanya Miyoung.
Sehun merenungnya lama. Membuatkan Miyoung gugup. Perlahan-lahan dia mengangguk.
Terketar-ketar Miyoung meletakkan kuali dan minyak masak ke dalamnya. Sebaik sahaja minyak panas, dia melempar telur yang telah diadun ke dalamnya.
Miyoung hampir menangis dan sudah pun menjerit kerana tangannya terkena percikan minyak panas.
Sehun cuba untuk membantu tetapi dihalang.
Dia habis ketawa sudah didalam hati disebabkan telatah Miyoung.
Makan telur goreng hangus pun bolehlah daripada tak ada..
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro