Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 2

Awal pagi lagi Sehun sudah bersiap-siap untuk keluar. Dia menyediakan sarapan untuknya sahaja seperti biasa. Sebenarnya dia belum terlambat tapi dia ada sesuatu yang perlu dia buat sementara menunggu waktu kerja bermula.

Kebetulan, Miyoung juga keluar dengan langkah longlai. Gadis itu nampak tidak bermaya dengan wajah sedikit pucat. Dia duduk di meja makan berhadapan dengan Sehun.

Roti bakar milik Sehun cuba diambil namun dihalang oleh lelaki itu.

"Buat sendiri," katanya.

Miyoung terus mengambil roti biasa yang berada di sebelah Sehun yang mana milik lelaki itu juga tapi dihalang lagi.

"Beli sendiri!" katanya lagi. Miyoung memutarkan bola matanya, menyampah. Dia terus bangkit dan menuju ke pintu rumah untuk keluar.

"Kedekut." Malas nak melayan Sehun. Dia pergi ke kampus sekarang sambil ingin mencari makanan. Teksi ditahan.

Terus dia masuk ke dalam dan memaklumkan alamatnya. Sepanjang perjalanan, dia hampir terlelap menahan sakit gastrik. Pemandu teksi itu juga perasan sehingga dia melajukan sedikit kenderaannya.

Sebaik sahaja tiba, dia mengarahkan Miyoung untuk tunggu sebentar. Lelaki itu berlari kearah kedai roti berdekatan dan membelikan sebuku roti buat gadis itu. Terus diserahkan kepada Miyoung tanpa perlu dibayar semula.

Miyoung jadi serba-salah.

"Takpe, cik. Muka cik pucat sangat tu. Makanlah ye? Anggap sedekah," arahnya. Dia terus memandu pergi tanpa menerima wang tambang Miyoung. Baik sungguh hatinya. Miyoung jadi terharu.

Bukan seperti lelaki di rumahnya tadi. Sudahlah tak hormat wanita, tak bagi makan pulak tu. Ingat dia takkan ganti balik ke? Huh!

Sebaik sahaja masuk ke perkarangan kampus, dia mencari kelasnya. Dewan kuliah besar di tuju. Masuk sahaja ke dalam sana, benar jangkaannya; Hanya dia sahaja yang baru tiba.

Penghawa dingin pun belum dipasang. Dia masuk ke sana dan memilih tempat. Tempat paling jauh dari lecturer agar tak perlu fokus pada pembelajaran.

Lama menunggu, akhirnya ada beberapa orang masuk dan duduk di tempat mereka. Mungkin itu senior memandangkan mereka sudah memiliki kad pelajar.

Seorang gadis datang duduk di sebelahnya. Gadis itu tersenyum manis kearahnya.

"Hai? Kenalkan, aku Kang Seulgi," ujarnya. Miyoung membalas senyuman itu.

"Kim Miyoung," jawabnya. Seulgi yang perasan wajah pucat Miyoung terus menegurnya.

"Kau sakit ke?" soalnya, risau. Miyoung mengangguk kecil.

"Gastrik."

"Patutlah. Nah pakai ni. Biar nampak hidup sikit muka kau tu," arahnya sambil menyerahkan lipstick berwarna merah kepada Miyoung.

Miyoung teragak-agak sebenarnya tapi Seulgi terlebih dahulu memakaikannya kepada Miyoung. Saat itu, kedengaran suara orang bersorak.

"Wuu.. Lesbi Seulgi dah dapat girlfriend!" teriaknya. Seulgi menyimpan lipsticknya setelah selesai dan menjeling lelaki itu dengan renungan tajam.

Lee Taeyong. Musuh abadi Seulgi. Selalu mencari gaduh dengannya.

Tak tahulah apa masalah lelaki itu sampaikan dia sanggup menyebar gosip yang bukan-bukan tentang Seulgi. Padahal gadis itu ada sebab tersendiri kenapa dia tidak berminat dengan lelaki dan lebih berminat menghindari mereka.

Miyoung merenung Seulgi.

"Kau--"

"Jangan percaya. Aku bukan macam tu. Aku baru je nak buat kawan tapi selalu dia halang," ujar Seulgi, sedikit sedih. Miyoung menggosok belakang Seulgi, lembut.

"Tak lah. Aku bukan nak judge. It's okey. Semua orang berhak mencintai," ujar Miyoung. Seulgi tersenyum pendek.

Kemudian, seorang lagi gadis datang duduk di sebelah Miyoung. Dia adalah Irene, sahabat Seulgi— duga Miyoung kerana mereka berdua sempat bertukar lambaian saat Irene masuk tadi. Dengan mesranya dia turut menyapa Miyoung.

Alasan kenapa Taeyong menuduh Seulgi lesbian adalah kerana gadis itu selalu berkepit dengan Irene. Kemana-mana pasti ada Irene bersama Seulgi. Mungkin juga kerana Taeyong itu jiran Seulgi dan mereka sebenarnya sudah pun berkenalan dari kecil. Barangkali hanya ingin mengusik tetapi sudah melampaui batas.

"Ouh ya, kau budak baru kan? Sebab tak pernah nampak sebelum ni. Atau baru pindah course?" soal Irene lagi setelah memperkenalkan dirinya. Miyoung mengangguk lantas menjawab, "Budak baru," jawabnya.

"Kau tahu siapa lecturer kita sem ni?" soal gadis itu lagi kepada Seulgi.

"Tak. Kenapa?"

"Dia bukan pensyarah baru cuma berpindah jabatan je dari matematik ke sains. Oh Sehun! Lecturer paling kacak sekali dekat kampus ni!" cerita Irene, teruja.

Pasalnya, dia memang nak belajar dengan Sehun yang kacak itu. Seulgi hanya menayangkan wajah tidak berminat.

Semester lepas dia pernah belajar dengan Sehun untuk subjek matematik. Sumpah dia benci lelaki itu. Kalau tak faham subjek dia, memang dia akan tekan kau dan mempermalukan kau di depan satu kuliah.

Gila!

Miyoung pula, rasanya dia pernah dengar nama lelaki itu. Tapi di mana ya? Takkanlah?

Seseorang masuk ke dalam dewan sehingga membuatkan pelajar terdiam. Saat itu, mata Miyoung terbuntang luas.

Itukan Oh Sehun?! Penyewa di apartmentnya! Lelaki yang telah meludah mukanya dengan sopan sekali.

Lelaki yang meludah mukanya adalah gurunya sendiri?! What the hell?!

"Tak perlu perpanjangkan masa. Aku Oh Sehun dan lecturer korang sepanjang semester ni. Prinsip aku mudah. Kau nak main atau skip kelas, terpulang. Tapi setiap kuiz, test dan assignment aku, kau mesti dapat markah penuh. Kalau tidak, aku beri penalti. Dan peperiksaan akhir sudah pasti. No careless mistakes. Clear?"

Miyoung rasa nak menangis. Belum apa-apa dia dah derhaka dengan guru sendiri. Sudahlah dia panggil lelaki itu sebagai lelaki gila. Dan dia kutuk pula agar keturunan lelaki itu mengecil. Tak cukup kurang ajar lagi ke?

Dan ketika itulah, mata Sehun bertembung dengan mata Miyoung. Lelaki itu juga nampak terkejut. Cepat-cepat Miyoung menyorokkan wajahnya.

"Let's proceed to our syllabus.."

...

Pulang sahaja dari kampus, Miyoung masuk ke dalam rumah bagaikan pencuri. Dia takut kalau Sehun ada di sana. Dia masih malu. Apa dia nak kata kalau ternampak Sehun?

Hai, awak? Maaf sebab panggil awak gila? Macam tu? Duh!

Setelah sekelilingnya diperiksa, nampaknya Sehun masih belum pulang. Baru sahaja dia mahu menghembus nafas lega, seseorang menegurnya dari belakang.

"Kau kenapa?"

"Hoilelakitua! Ehh.. Sir.. kau.."

Miyoung berdiri tegak. Kaku. Sehun memandang dirinya dari atas sehingga bawah.

Pakaian Miyoung dipandang dengan mata keranjangnya. Baju Miyoung diikat sehingga menampakkan perut gadis itu bersama seluar pendek yang tidak menutupi paha gebunya. Nampaknya Miyoung dah menukar seluarnya. Lelaki itu menggeleng kecil.

"Macam ni aku—"

Buk!!

Miyoung yang berasa dirinya diperlekeh  terus memukul kepala Sehun dengan buku biologi setebal 500 muka surat. Lelaki itu jatuh tersungkur. Miyoung menyepak perut Sehun dan masa depannya.

"LELAKI TUA MIANG!!!"

"APA MASALAH KAU PUKUL AKU?!"

Gadis itu berlari masuk ke dalam bilik lantas menguncinya. Dia mengambil kerusi dan menahannya didepan pintu. Takut kalau Sehun datang menerjah. Tak guna punya lecturer. Pantang nampak perempuan seksi terus jatuh berguguran iman. Heh!

Manakala Sehun, dia menahan rasa senak pada masa depannya. Hampir dia mencarut kepada Miyoung tadi. Padahal dirinya mahu meminta maaf atas perlakuannya semalam sahaja.

Lagipula, Miyoung pakai seksi-seksi nak pergi kelas ke pergi kelab malam? Kalau pakai untuk dia tak apa jugak. Eh?

Salah ke dia tertengok? Bukannya mereka berdua di bawah umur pun. Dia tak nafikan yang dia sedikit tergoda tadi. Kejap, ini tak okey kan?

Mana tidaknya, dia kan lelaki. Bernafsu lagi. Ish! Semuanya salah Jongin. Amboi-amboi salahkan orang pula.

"APA LAH MASALAH KAU PEREMPUAN?!"

"Budak tak guna.. Siaplah dia kalau aku mandul.. Aku ajar dia apa tu biologi.."

"DIAMLAH LELAKI TUA MIANG!!"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro