
Part 19
Hari pertama Miyoung sebagai kekasih kepada Jaehyun.
Ya, Miyoung buat keputusan untuk menerima Jaehyun untuk lari daripada Sehun.
Mereka berdua banyak meluangkan masa bersama setelah bertemu pagi tadi. Jaehyun tak sangka yang Miyoung turut sama menyukainya selama ini.
Gadis itu malu-malu saat disuap oleh Jaehyun. Irene dan Seulgi pula menyokong sahaja hubungan mereka berdua memandangkan Jaehyun juga adalah rakan mereka.
Kadang-kadang, mereka menggoda Miyoung kerana terlalu bermanja dengan Jaehyun. Sengaja mengusiknya.
Dari tadi, Miyoung asyik memeluk lengan Jaehyun sambil disuap. Sudah serupa bapak dan anak pun ada. Sweet tapi tidak se-sweet dengan orang tu kan, kan?
Cakaplah setuju.
Please?
Seulgi dan Irene pergi sebentar untuk memesan makanan lain. Entah kenapa hari ini mereka makan banyak pula. Nak PMS mungkin.
Miyoung melepaskan pegangan tangannya pada Jaehyun dan duduk tegak. Dia mengeluarkan telefonnya dan bermain dengannya seketika.
Dia membaca berita tentang gadis yang hamil luar nikah dan dibuang oleh keluarga. Punggungnya mulai tak sedap duduk. Dia gelisah.
Dipandang pula Jaehyun dari tepi. Seandainya Jaehyun tahu akan hal ini, adakah lelaki itu akan menerimanya?
Sanggupkah Jaehyun menerima gadis yang telah hilang maruahnya? Hilang keperawanannya. Tidak jijikkah lelaki itu padanya nanti?
Lengan baju Jaehyun ditarik perlahan.
"Jae.." panggil Miyoung, takut-takut.
"Ya, sayang?" jawabnya, manis.
Argh!! Miyoung tak boleh dengar suara serak Jaehyun..Rasa macam ovari nak meletup.
Lagi-lagi suara serak-serak basah macam Sehun pada malam kejadian haritu. Hehe.
Hish! Jangan kau! Buatnya mati anak dalam kandungan dia. Tapi dah ada ke?
"Bo-boleh tak saya nak tanya pendapat awak?" soalnya. Jaehyun mula fokus pada Miyoung.
Memang kebiasaannya bila bercakap dengan Miyoung, Jaehyun akan merenung mata gadis itu. Sejak dulu lagi dia begitu namun pada Miyoung sahaja.
Ingat ya, pada Miyoung sahaja.
"Pasal apa?" tanyanya pula.
Miyoung meneguk ludahnya.
"Apa pendapat awak pada perempuan yang dah hilang dara?" soal Miyoung, jujur.
Jaehyun pun jujur jugak. Jujur, dia terkejut. Tapi dia masih boleh berfikir dengan waras.
Ibu bapanya tak pernah ajar dia untuk menghina wanita walaubagaimanapun keadaan mereka. Jaehyun tersenyum pendek.
"Biasa je.." jawabnya.
Mata Miyoung terkebil-kebil memandang Jaehyun.
"Itu je?"
Dia ingatkan Jaehyun akan berikan ulasan atau ceramah panjang untuk kata yang perempuan sebegini tak layak untuk dinikahi atau apa-apa sahajalah.
Jaehyun mengangguk perlahan.
Dia mengambil telefon Miyoung dan memeriksanya. Bibirnya menguntum senyuman lagi.
"Sayang tanya sebab ni ke?"
Berita yang dibaca Miyoung untuk ditunjuk kepada gadis itu. Miyoung mengangguk walau sebenarnya ia tentang dirinya.
Tangan Miyoung diraih dan digenggam erat.
"Tak ada orang yang sempurna dalam hidup ni Miyoung. Saya tak akan pernah hukum seseorang atas masa lalunya. Samaada dia terpaksa atau rela. Asalkan dia tak ulang kesalahan sama dan berusaha untuk berubah." jelas Jaehyun.
Pipi Miyoung diusap.
"Dan kalaulah ditakdirkan saya terpaksa menghadapi masalah yang awak sebutkan ni, saya akan cuba untuk memahami terlebih dahulu dan bukannya menghukum. Perempuan alami masalah yang lebih besar daripada lelaki. Lelaki kalau dah hilang dara pun tak ada orang nampak tapi perempuan, ada bukti sepanjang sembilan bulan."
Jelas lelaki itu lagi.
Mata Miyoung berkaca tapi dia cuba untuk menahannya.
Kata-kata Jaehyun membuatkan dia rasa lebih jijik dengan dirinya. Rasa geli dan rasa hina. Berani-beraninya dia menerima Jaehyun ke dalam hidupnya sedangkan dia sudah kotor.
"Miyoung? Kenapa nangis ni? Aigoo."
Jaehyun ketawa.
Dia mengelap air mata Miyoung seraya memeluk kekasihnya itu.
Miyoung menggeleng perlahan.
"Risau yang saya ni tak berfikiran terbuka ke? Jangan risau lah. Saya bukan macam lelaki tak guna dekat luar sana.." ujar Jaehyun.
Itu buatkan Miyoung lagi sedih.
Sekarang dia rasa dia makin tak layak untuk bergandingan dengan Jaehyun. Pelukannya dieratkan. Mungkin dia patut putuskan hubungan ni secepat mungkin. Hm..
Tak sampai sejam jam pun lagi.
Sehun memerhati dari jauh. Dia tak tahu apa yang terjadi cuma yang dia nampak, Jaehyun sedang mengatakan sesuatu dengan Miyoung sambil menyentuh pipi gadis yang mengandungkan anaknya lantas memeluknya.
Reaksinya datar sahaja walaupun sedikit sakit.
Dia menekup mulutnya dari mengeluarkan muntahnya. Kerana tidak tahan, Sehun berlari ke tandas untuk membuang kesemuanya. Rasanya, dia perlu berjumpa doktor.
...
"Pelik kau datang tiba-tiba ni Hun?" soal Taeyeon, doktor merangkap sahabat kepada Sehun sewaktu bersekolah dahulu.
Sehun tersenyum pendek. Dia sendiri terkejut kerana berjumpa Taeyeon disini setelah sekian lamanya berpisah. Berpisah bukan berpisah daripada jadi kekasih. Maksudnya berpisah selepas habis sekolah.
Jauh panggang dari apilah mereka nak jadi kekasih.
"Apa-apa pun. Kau sakit apa?" soal Taeyeon.
"Sebab aku tak tahulah aku datang jumpa kau." balas Sehun, dingin. Masih seperti dulu.
Taeyeon ketawa.
"Maksud aku, simptom yang kau rasa bengap." balasnya dan segera menutup mulutnya kerana tersasul.
Dia dah melanggar etika kedoktoran nampaknya.
Sehun anggap ianya biasa sahaja. Dia menoleh ke belakang namun terhenti saat teringat yang dia bukan lagi kanak-kanak yang mengharapkan ibunya untuk menjawab soalan doktor.
Taeyeon perasan akan hal itu.
Selalunya dulu, Sehun akan ditemankan oleh senior-seniornya untuk ke klinik sekolah. Dan senior-senior itulah yang akan tolong menjawab soalan doktor. Taeyeon tahu kerana dia merupakan jururawat pelatih dan anggota kelab kedoktoran dulu. Kelab itu yang menguruskan klinik sekolah.
"Aku rasa.. pening.. dan asyik muntah.. aku jadi tak suka bau..entahlah bau apa tapi yang ada dekat sekeliling ni.. bau perfume aku pun aku tak suka.."
jawab Sehun.
Taeyeon mengangguk kecil.
Dengan menggunakan steteskop, dia memeriksa kadar pernafasan Sehun. Diarahkan Sehun untuk menarik dan menghembuskan nafasnya.
Kemudian dia mencatat sesuatu diatas kertas. Seraya itu, diambil pula alat seperti thermometer tetapi versi moden dan dihalakan diatas dahi Sehun untuk memerika suhu badannya.
Normal. 36.8°C.
"Tak ada rasa sakit perut? Cirit-birit atau yang lain-lain?" tanya Taeyeon.
Sehun menggeleng diikuti Taeyeon.
Sehun berkerut.
"Kenapa geleng?"
Taeyeon menghela nafasnya.
"Kau tak sakit pun.." jawab Taeyeon.
Habistu yang dia muntah-muntah tu apa?
Drama?
Anjir.
"Kau kurang kasih sayang dan belaian je.."
Sehun tersedak oksigen.
Belaian? Babi.
Taeyeon ketawa kemudian kembali serius.
"Kau ni dah nak jadi bapak pun macam ni. Anak siapa yang kau rogol ni?"
Damn! Sebab inilah dia kata jauh panggang dari api neraka dia nak bergirlfriend-boyfriend dengan Taeyeon. Gadis itu memiliki mulut yang tajam setajam titian sirat. Jujur yang amat sampai kau rasa nak bunuh dia. Macam mana Baekhyun boleh bertahan dengan Taeyeon? Oh lupa. Baekhyun pun boleh tahan celaka mulutnya.
"Chill la. Aku gurau je. Bila kau kahwin sebenarnya? Tak ajak pun?" sambung Taeyeon lagi.
Sehun masih lagi cuba bertenang.
"Maksud kau aku mengandung?" tanya Sehun.
Taeyeon menepuk dahinya sendiri.
"Bukan kau! Bini kau! Bini kau tu tengah mengandung dan kau ni terkena pembawakan budak je!" marah Taeyeon.
Sakit pula hatinya. Single lah tu.
"Mana kau tahu?"
Taeyeon rasa nak hempuk-hempuk sahaja Oh Sehun sekarang ini.
"Habistu kalau bukan yang tu apa? Kena buatan orang? Aku doktor ke kau yang doktor ni?!" marahnya.
"Kau doktor.."
"Ha dah tu?! Keluar lepastu bayar RM 50 dekat kaunter!" Halaunya.
"Ubat tak bagitau pun?"
"Ubat pemenda minta dengan bini kau supaya belai-belai kau malam-malam! Hish! Saja nak buat aku geram!" marahnya lagi.
"Takde ubat tak payah lah bayar--"
"Banyak hensem kau ni klinik swasta bukan kerajaan!! Jumpa tengok muka aku je dah charge RM50 tahu tak?! Belum aku start bercakap lagi dah tambah RM50 lagi. Belum aku menulis lagi dah RM50! Lepastu check lagi dah RM50! Lepastu terangkan ubat pula dah RM50! Total semua RM500!"
Sehun memekakkan telinganya dan terus bangkit.
"Hoi dengar tak?! Bayar tu jangan tak bayar!"
"Bising lah perempuan kerdil! Macam nenek kebayan!"
"Heh lo anjir!! Ehh sabar Taeyeon sabar kau doktor Taeyeon..Kau doktor.. Harap muka je hensem tapi miskin.."
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro