
Part 18
Sehun cuba untuk menghubungi tuan rumah kepada rumah sewa mereka setelah sekian lamanya. Dia bingung juga sebenarnya kerana lelaki itu tidak pernah datang untuk melawat mereka. Sepatutnya tidak begitu kan?
Lelaki itu mengeluh kecil. Sekali lagi, hari ini dia keluar bersama sahabat-sahabatnya untuk makan di restoran milik Minseok. Lelaki itu membuka restoran selepas berminat dengan masakan Itali.
Sehun berjalan disekitar pasaraya sambil menghubungi lelaki itu walaupun akhirnya, kredit telefonnya yang akan habis.
Dia berhenti di hadapan kedai yang menjual barang bayi. Hatinya terasa teruja saat melihat pakaian-pakaian yang kecil molek itu. Bibirnya menguntum senyuman.
Kakinya melangkah masuk ke dalam kedai tersebut sambil menilik barang-barang tersebut.
Pakaian bayi lelaki dicari. Dia tak tahu nak pilih samaada bayi lelaki atau bayi perempuan tapi rasanya lelaki lagi baguslah kan? Bila besar, boleh tolong jagakan Miyoung bila dia sibuk kan? Eh? Jauhnya fikir.
Entah Miyoung nak terima ke tidak kehadiran benihnya itu. Baju yang berada ditangan Sehun perlahan-lahan diletakkan semula keatas rak. Moodnya kembali turun.
Dari luar kedai, Seulgi, Irene dan Miyoung seperti biasa melepak ditempat sebegini untuk mencuci mata. Mereka berhenti saat Seulgi menunjuk kearah sesuatu.
"Kau rasa Sir kita tu nak kahwin dah ke?! Gila la! Perempuan gila mana yang sanggup nak kahwin dengan dia?" soal Seulgi, terkejut.
Miyoung menyorok dibelakang Irene. Tidak berminat untuk memandang. Irene yang suka akan gosip turut sama berminat. Mereka berdua membuat spekulasi sendiri.
"Tapi anak diorang mesti comel. Sir tu ada rupa, cuma perangai je menyakitkan hati kita. Kan, Miyoung?" Irene menyiku lengan Miyoung.
Gadis itu menjongket bahu sahaja. Tidak mahu mengulas apa-apa.
Kebetulan, Sehun sudah berada dipintu keluar kedai. Dia merenung Miyoung yang menyorok dibelakang Irene dan Seulgi. Kedua gadis itu menunduk hormat kearahnya. Sekadar bersopan.
Jaehyun datang entah dari mana merangkul pinggang Miyoung. Tangan lelaki itu betul-betul diatas perut Miyoung. Dahi Miyoung dicium.
"Pinjam Miyoung sekejap eh budak berdua? Cauu.." Jaehyun terus menarik Miyoung beredar dari sana.
Sekali lagi, Jaehyun memberi ciuman pada dahi Miyoung dengan mesra sekali.
Sehun menggenggam penumbuknya walaupun wajahnya tenang sahaja. Irene memerhati guru muda itu lantas merenung Miyoung dan Jaehyun yang semakin menjauh dari mereka. Keningnya terjongket.
Menarik.
...
Uwekkkk!!!
Sehun memuntahkan segala isi perutnya setelah memakan ikan salmon goreng.
Minseok menggaru kepala saat melihat Sehun yang secara tiba-tiba keracunan makanan. Dia berlari ke dapur dan memanggil anak buahnya. Dimarahinya mereka kerana telah membuatkan sahabatnya jatuh sakit.
Terus dia menutup restorannya hari ini dan mengarahkan mereka untuk membersihkan restoran, memeriksa tarikh luput bahan makanan dan kesemua yang penting.
Sehun bersandar pada kerusi dengan muka pucat. Dia sudah tidak bermaya.
Kyungsoo yang tahu selok-belok kehidupan terus mengurut dahi Sehun agar lelaki itu tidak pening kepala.
"Hyung.. Nak susu.." pinta Sehun.
Perangai manja Sehun datang semula setelah beberapa tahun menghilang. Minseok mengerutkan dahinya.
"Hun, aku mana ada susu.."
"Hyung~~" rayu Sehun.
Minseok melepaskan apronnya dan menuju ke farmasi untuk membeli susu demi Sehun. Hanya untuk Oh Sehun, mereka akan lakukan apa sahaja.
Kyungsoo menepuk-nepuk bahu Sehun dan duduk disebelah lelaki itu.
"Kau ni macam orang mabuk mengandung je. Macam pembawakan budak. Ini mesti tak sarapan lepastu makan benda pelik-pelik pulak," bebel Kyungsoo.
Selalunya dulu zaman sekolah, Sehun memang akan jatuh sakit bila dia tak makan pagi dan memakan benda-benda pelik ditepi jalan. Pasir pun dia makan dulu.
Dan Kyungsoo lah yang bertanggungjawab merawat lelaki yang berlagak seperti bayi itu.
"Pembawakan budak amende hyung merepek ni?! Taknak urut cakap jelah!" marah Sehun dan membaringkan tubuhnya diatas sofa bersebelahan Junmyeon.
Kepala Junmyeon dijadikan bantal.
"Weh, Sehun kalau dah manja macam ni. Memang betul-betul sakit ni," ujar Baekhyun kepada Kyungsoo.
Kyungsoo mengangguk perlahan.
Dia merenung Sehun. Dia yakin Sehun bukan gastrik kerana pagi tadi, Jongin sudah memaklumkan yang Sehun sudah pun bersarapan.
Dari yang Kyungsoo lihat, dia seperti kenal sahaja simptom yang dialami oleh Sehun sekarang. Wajahnya tidak pucat cuma pening sahaja.
Salmon yang dimasak oleh chef Minseok dirasa. Tak hanyir mahupun tawar.
Kyungsoo berfikir seketika.
Kalau betullah, perlu ke dia bergembira? Atau menghukum Sehun?
'Kau mengandungkan anak siapa ni Sehun?'
...
Miyoung mengunci pintu rumah untuk kali ketiganya. Sehun masih belum pulang lagi walaupun selalunya dia balik pada jam sebegini.
Dia menikmati jajangmyeon dan aiskrim vanila coklat yang dipesan dari kedai berdekatan. Entah kenapa hari ini, tekaknya terasa pahit dan ingin menikmati sesuatu yang manis.
Aiskrim itu dicampur ke dalam jajangmyeon dan dicampur bersama.
Memang pelik tapi baginya sedap.
[ Dilarang mencuba aksi ini dirumah! ]
"Suka hati kau la nak balik ke tidak. Peduli pulak aku!" marah Miyoung.
Yelah, kalau dah serumah tu buatlah macam serumah. Bagitahu lah kalau tak balik ke apa ke. Tak perlu dia takut kalau terdengar orang bukak pintu rumah. Dibuatnya itu pencuri, kan naya nyawa dia.
Kejadian di pasar raya sebentar tadi terngiang-ngiang dimindanya. Jaehyun mencium pipinya dihadapan seorang gadis yang terlalu obses dengannya.
Dan Jaehyun juga memperkenalkan dirinya sebagai kekasih lelaki itu.
Dia bingung dengan apa yang berlaku tapi rasanya dia dah buat seseorang marah. Dan mungkin dah buat seseorang berdendam dengannya.
Mesej daripada Jaehyun dibaca.
Jaehyun
Miyoung-ah, maaf ya pasal tadi. Tak patut saya kenalkan awak sebagai gf saya
Miyoung
Nah. It's okay. :)
No. Tak okey Jaehyun. Tak okey!
Jaehyun
thank god. saya ingatkan awak dah tak nak berkawan dengan saya
Miyoung
Takdelah. Cuma pasal gf-bf tu. Kita bukan ada apa-apa pun kan?
saja je tanya
tak pe lah abaikan
astaga senior mesti main-main je kan
kenapalah saya perasan sangat 😅
Jaehyun
Nak jadi girlfriend betul pun boleh
Dang! Jantung Miyoung berdegup kencang. Jaehyun ajak dia couple ke sekarang?
Miyoung
senior janganlah bergurau macam ni 😂
kan saya dah blushing niii
Jaehyun
Tak bergurau sayang..
Blushing? Mesti cantik kan, sayang?
Miyoung tersenyum sehingga ke telinga. Dia ketawa kecil.
Jaehyun menghubungi melalui videocall.
Perlahan-lahan, butang terima diseret ke tepi.
Patutkah dia terima?
Nak terima ke?
Korang rasa?
to be continued
Stan Apink!!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro