
Part 17
"Kau okey ke tak ni Hun? Semenjak dua menjak ni kau murung je bila lepak sama-sama dengan kitorang." soal Baekhyun, prihatin.
Sehun yang sedang termenung tidak menjawab pertanyaan Baekhyun. Jongin memijak kaki lebar lelaki itu agar berhenti berkhayal dan kembali ke dunia sebenar.
"Woi Hun! Ingat anak bini kat rumah ke tu?!" jerit Junmyeon ke telinga Sehun.
Sehun hampir terjatuh akibat sapaan kasar Junmyeon..Dia memukul kepala lelaki itu dengan kuat. Junmyeon merengek kesakitan.
"Macam orang putus cinta je. Masalahnya, kau ni single forever alone! Ada girlfriend pun tidak! Bini lagilah!" Kyungsoo mencelah, menghina Sehun. Mentang-mentang lah dia sudah mempunyai lima orang anak.
Banyak anak, banyak rezeki katanya. Hancing!
"Aku tak ada mood je," jawab Sehun, perlahan.
Member-membernya terkejut. Oh Sehun si lonely tak ada mood? Biar betul? Kena rasuk ke apa?
Dahi Sehun disentuh dengan belakang tapak tangan..Sehun mengalihkan tangan kotor Jongin dari wajahnya kerana baru sahaja tadi tangan itu digunakan untuk mengorek hidung.
"Dia tak demam.." ujar Jongin. Wajah mereka mula berubah menjadi seorang penyiasat.
Sehun menggulingkan matanya kerana menyampah.
"Aku.. nak tanya pendapat boleh?" soal Sehun namun sedikit ragu-ragu.
Sahabat-sahabatnya itu mula berminat. Soalnya, Sehun jarang sekali bercerita akan sesuatu kepada mereka. Bercakap pun kurang kecuali dengan Jongin memandangkan mereka seumur. Itupun bukan selalu.
Sehun menghela nafasnya panjang.
"Ini tentang kawan aku.." sambung Sehun.
Sahabat-sahabatnya itu diam, khyusuk mendengar.
"Dia.. dengan perempuan yang dia termengandungkan.." katanya sepatah demi sepatah.
Perlukah dia meminta pendapat daripada sahabat-sahabatnya yang hina ini? Layakkah mereka untuk memberi nasihat sedangkan mereka pun lebih kurang sahaja. Atau mereka akan menjahamkan lagi dia yang suci lagikan tidak berdosa.
Kalau seandainya mereka tahu yang dia dah merogol anak orang, sanggupkah mereka menerimanya sebagai sahabat? Sekurang-kurangnya, seburuk-buruk, sekeji-keji Jongin dan yang lain-lain yang suka meniduri kekasih mereka atau wanita ditepi jalan pun, mereka melakukannya dalam keadaan rela.
Tapi dia?
Dalam keadaan tidak sedar dan bukannya rela. Layakkah dia dibandingkan mereka?
"Tak jadilah.." ujar Sehun setelah sekian lama berdiam diri.
Dia bingkas bangun dan terus beredar dari sana. Meninggalkan sahabat-sahabatnya yang sedang menahan marah. Punyalah tunggu bukan main lama untuk Sehun bercakap, alih-alih dia kata tak jadi. Anjing kamu!
"Sial punya anak. Buat penat je aku fokus!" marah Kyungsoo.
Junmyeon menenangkan Kyungsoo dengan memberinya jus epal itu.
"Anak panda jangan marah-marah.."
"Anak kepala lutut kau?! Aku ni bapak panda!"
Eh, mengaku pula dia.
...
Miyoung mundar-mandir dihadapan ruang tamu sambil memegang telefon bimbitnya. Sejak tadi, dia begitu risau dengan nombor seseorang yang bakal tertera disitu tak lama lagi.
Dia menarik nafasnya selama mungkin dan menghemusnya dengan pantas.
Daddy.
Lelaki yang bergelar bapa angkatnya itu menakutkannya. Miyoung tak berani untuk menipu dengan Rome Choi. Lelaki itu akan dapat mengesan penipuannya dalam sekelip mata sahaja. Fuh.
Kenapalah Rome tiba-tiba meninggalkan pesanan yang dia bakal menghubunginya sebentar tadi? Adakah daddynya sudah tahu semuanya? Kalau macam tu, macam mana dia nak hidup?
Dia lebih takutkan kemarahan Rome daripada kemarahan ibunya sendiri. Kerana selama ini, dia menjaga betul tingkahnya agar tidak mencemarkan imejnya dihadapan bakal ayahnya itu.
"Tunggu panggilan siapa?" tanya Sehun sehingga membuatkan Miyoung terkejut.
Gadis itu mengurut dadanya. Dia menjeling Sehun. Tidak mahu menjawab soalannya.
Sehun lupa akan permintaan Miyoung tempoh hari. Dia terus ke dapur untuk meminum air sementara Miyoung masih fokus dengan telefonnya.
Tiba-tiba, Miyoung menjerit setelah telefonnya berbunyi..Dia mengulang perkataan maaf beberapa kali sebelum mengangkat panggilan.
"Da--daddy.."
Miyoung duduk dibawah sofa sambil memeluk bantal. Menggeletar kuat kakinya. Sehun memerhati dari jauh.
Miyoung tak sedar yang dia tak sengaja membuka loud speaker sehingga membolehkan Sehun mendengarnya.
"Anak daddy buat apa tu?"
Kedengaran suara Rome menyapa Miyoung dengan mesranya..Miyoung cuba untuk tersenyum dan menceriakan suaranya.
"Mi--Miyoung.. te--tengah tengok.. tv.." jawab Miyoung, gugup.
"Oo.." Suara Rome berubah.
Pasti ada sesuatu yang Miyoung sembunyikan sehingga anak gadisnya itu gugup sebegitu.
"Daddy dah hantar hadiah Miyoung ke alamat rumah tu.. Mungkin akan sampai tak lama lagi.." sambung Rome.
"Okey daddy. Thank--"
"Miyoung takde sorokkan apa-apa dari daddy kan?" soal Rome serta-merta. Miyoung terkedu.
Dia meletakkan tangannya didada. Menghalang jantungnya daripada berdegup dengan kencang seperti halilintar.
"Mana ada daddy.. Haha.." Miyoung cuba untuk menutupi kegugupannya.
"Fine. Tadi daddy ada patient baru. Perempuan muda seusia Miyoung. Mengandung. Kesian anak dia tak ada bapak. Lelaki tu lari rasanya.." luah Rome.
Miyoung semakin menggeletar. Bantal ditangannya semakin diramas kuat kerana takut.
Sehun hampir tersedak. Situasi itu hampir sama dengan situasi mereka cuba Sehun tidak lari dan bersedia untuk bertanggungjawab.
"Rasanya dia dah lima minggu mengandung..Waktu kena buat tu dia tak datang hospital untuk buang benih lelaki tu. Sebab itu boleh mengandung. Kalaulah dia datang awal, mesti boleh halang dari benda macm ni berlaku." ujar Rome.
Kebiasaannya, memang Rome akan bercerita kepada Miyoung untuk menarik minat gadis itu menjadi doktor..Itu juga permintaan ibu Miyoung kerana dia mahu kehidupan Miyoung terjamin.
"Yeke.." jawab Miyoung sepatah.
"Daddy harap Miyoung boleh jaga diri elok-elok ya? Kalau jumpa lelaki, carilah yang baik-baik..Yang hormat anak daddy ni sebagai seorang wanita. Bukan daddy tak sokong sex before marriage tapi banyak kesan buruknya. Kita kan hidup dalam masyarakat yang tiada batasan dalam sesuatu hubungan.
Bukan apa, daddy cuma tak nak anak daddy di sia-siakan oleh lelaki tak guna. Jaga kehormatan kamu. Jangan buat ibu dengan daddy kecewa ya sayang?" pinta Rome.
Miyoung mula menitiskan air matanya. Hatinya sakit mendengar kata-kata orang yang dia sayangi itu. Seolah-olah wanita yang hilang kehormatannya itu hina sehina anjing kurap dan tidak layak diberikan peluang kedua untuk berubah.
"Okeylah daddy. Miyoung sibuk. Kita.. cakap nanti ya?"
Panggilan dimatikan. Telefon Miyoung terjatuh ke atas karpet.
Gadis itu menangis tanpa ada esakan.
Sehun menghampirinya perlahan-lahan.
Tiba-tiba, Miyoung berdiri untuk beredar dari sana. Dia merenung Sehun dengan air mata yang mengalir laju ke pipi.
Matanya seperti mengatakan 'puas hati kau? Dah buat aku macam ni?'
to be continued
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro