Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 15


Miyoung berjalan beriringan Seulgi dan Irene seperti orang yang baru sahaja bersunat. Gerakannya sedikit perlahan. Sudah lima belas minit berlalu dan mereka masih tidak sampai ke kelas.

Seulgi mencuit Irene untuk bertanya kepada Miyoung. Irene menggeleng pantas kerana tidak mahu. Seulgi menjegilkan matanya tetapi Irene tetap tidak mahu.

Akhirnya, Seulgi mengalah dan dia sendiri yang bertanya. Lengan Miyoung dicuit.

"Miyoung.." panggil Seulgi.

Miyoung menoleh.

"Ya?"

"Kau kenapa ya? Baru sunat ke?" Tanya Seulgi.

Irene mengetuk kepala Seulgi. Apa ke bodohnya soalan.

Tapi betul ke?

"Maafkan si Seulgi ni. Haa kau jatuh ke? Kenapa jalan macam.. macam ni? terkangkang.." tanya Irene pula. Miyoung meneguk liurnya.

Dia nak jawab apa ya? Sehun kerjakan dia kuat sangat sampai dia tak mampu nak melawan semalam. Macam tu?

"Err. Haah. Aku jatuh tandas semalam. Atas mangkuk tandas," jawabnya. Irene menekup mulutnya. Terkejut.

"Habistu okey ke tak ni? Taknak pergi klinik?"

Zup!

Darah Miyoung naik sampai ke muka. Dia rasa seram sejuk mendengar perkataan klinik..Kalau dia ke sana, confirm-confirm doktor boleh tahu apa yang telah berlaku dan beliau akan memaklumkannya kepada Seulgi dan Irene.

'Haha. Begini cik berdua. Kawan anda cuma sakit pada tit tit dia sebab dah buat tut tut dengan ganas sekali. Haha. Lain kali bagitahu boyfriend atau suami tu jangan ganas sangat ya? Seksa awak nanti hahaha'

Wajah Miyoung berona merah. Dia menjerit seperti histeria sambil menekup wajahnya, malu. Seulgi dan Irene hampir terjatuh kerana terperanjat.

"Miyoung! Kau kenapa menjerit tiba-tiba ni?!" jerit Seulgi pula. Miyoung berhenti dan tersedar dari angan-angannya.

Orang sekeliling memandang mereka. Malunya!!

Saat itu, Miyoung terpandang Sehun dan Sir Jongin merenung kearahnya dengan wajah bingung terutama sekali Sehun. Lagilah bertambah malu dia.

"Miyoung?" sapa seseorang.

Senyuman lelaki itu mampu mencairkan kutub selatan dan utara.

Jaehyun. Lelaki yang setahun lebih tua darinya yang merupakan bekas senior di sekolahnya dahulu menyapa. Miyoung membalas semula senyumannya.

Irene dan Seulgi yang peka dengan keadaan meninggalkan keduanya. Miyoung berdiri tegak dihadapan Jaehyun. Dia tak ada perasaan pun pada Jaehyun cuma dia sering berdebar-debar bila berhadapan dengan orang kacak. Faham-faham lah kan?

"Saya dengar awak sakit. Betul ke?" soal Jaehyun.

"Eh? Senior tahu dari mana?" Miyoung gugup.

"Saya curi dengar tadi..Maaf," jawab Jaehyun.

Lega Miyoung dibuatnya. Sangkanya, Sehun telah membocorkannya kepada Jaehyun. Manalah tahu kan? Gosip lelaki.

"Saya okey je senior. Jangan risau," ujar Miyoung. Dia cuba untuk berjalan pergi namun sengatannya masih terasa.

Jaehyun cepat-cepat memegang lengan Miyoung agar gadis itu tidak terjatuh. Risau juga dia melihat keadaan Miyoung ini.

"Tak payah pergi kelas la. Biar saya hantar klinik--"

"Tak nak!! Please?" Miyoung mencelah, takut. Dia menayangkan aegyo kepada Jaehyun agar lelaki itu mengalah. Dan Miyoung berjaya.

Kepala Miyoung diusap lembut.

"Okey tapi dengan syarat kena bagi saya dukung," ujar Jaehyun. Miyoung terkedu.

"Eh tak payahlah--"

Miyoung terlambat. Jaehyun terlebih dahulu mendukung Miyoung dengan gaya pengantin. Gadis itu memautkan tangannya pada leher Jaehyun.

"Jaehyun..seganlah.." bisik Miyoung pada telinga Jaehyun.

Jaehyun tersengih.

"Baru kali ni awak panggil saya dengan nama dan bukannya senior. Kan bagus kalau macam ni dari awal?" ujar Jaehyun, sengaja menggodanya. Pipi Miyoung merona merah lagi. Kacaknya jodoh orang.

Mereka mula melewati pelajar-pelajar untuk ke kelas Miyoung. Dan sialnya, mereka harus melalui Sehun dan Jongin terlebih dahulu.

Miyoung nampak Sehun yang sedang merenungnya dengan wajah tegang. Tiada senyuman langsung. Tak pelik kerana Sehun memang tak pernah senyum kepada sesiapa cuma tatapannya sekarang ini berbeza. Ianya seolah-olah menunjukkan yang Sehun sedang marah kerana cemburu?

"Pagi Sir Sehun, Sir Jongin.." sapa Jaehyun dan berhenti dihadapan mereka untuk menunduk hormat.

Miyoung memeluk erat leher Jaehyun dan membenamkan wajahnya pada bahu lelaki itu. Dia malu untuk menatap Sehun. Rasa bersalah pun ada juga.

"Ini bukan tempat bercinta Jaehyun," nasihat Sehun. Jaehyun tersenyum sambil mengangguk.

"Takpe Sir saya tahu. Girlfriend saya sakit kaki. Saya minta diri dulu ye?" ujarnya, sopan.

Sehun melirik kearah Jaehyun dan Miyoung yang semakin menjauh dari mereka.

"Ha sambung balik. Kau nak cakap apa tadi Hun?" soal Jongin, sambil menepuk bahu Sehun.

Sehun menggeleng perlahan. Tidak jadi pula dia mahu bercerita soal masalah itu.

Tapi kenapa dia rasa seperti terlalu memaksa diri untuk berasa cemburu ya? Layakkah dia sedangkan dia cuma tersekat di dalam masalah ini kerana ulah ibunya sendiri?

...

Miyoung memaki-hamun Sehun yang sedang mengajar dibawah sana. Dia mengutuk lelaki itu kerana telah membuatkan dia sukar untuk bergerak sehingga terpaksa diangkat oleh Jaehyun tadi. Sudah lah rakan sekelasnya mengusiknya kerana Jaehyun mendukungnya sehinggalah ke kerusi yang sedang dia duduki sekarang.

"Sir!! Chapter seterusnya bab pembiakan lagi kan?!" soal pelajar lelaki dengan begitu bersemangat.

Sehun mengangguk.

Teman-teman lelaki itu menyahut sorakannya..

Pelajar perempuan menekup muka kerana malu dengan sikap rakan sekelas mereka. Pelajar lelaki yang tadinya tidur kini terbangun. Segar-bugar mata mereka untuk belajar.

Miyoung tidak sedap duduk..

Sejak Sehun mula menerangkan tentang bab tersebut, dia rasa dunianya mulai berubah.

Bagaimana pergerakan spermatozoa berenang memasuki vagina melalui serviks dan berlawan sesama sendiri untuk bersenyawa dengan ovum setelah berlakunya persenyawaan antara dua makhluk hidup. Bagaimana telur tadi mula keluar dan melekat pada uterus dan tumbuh sehingga menjadi zigot (zygote). Bagaimana dari zigot menjadi embrio (embryo). Dan bagaimana dari embrio menjadi fetus dan seterusnya keluarlah bayi.

Menyeramkan.

Saat Miyoung melihat janin didalam tubuh kartun didalam video itu membesar setiap hari sehingga perutnya menjadi seperti belon gergasi bersaiz bola sepak, Miyoung rasa nafasnya terhenti.

Saat bayi itu bergerak-gerak seolah-olah ingin menggapai sesuatu untuk dimakan. Pelajar yang lain semuanya terharu kerana kecomelan kartun itu tapi tidak bagi Miyoung.

Itu mimpi ngeri.

Dia memegang perutnya sambil menggeletar kuat. Sehun yang berada ditempat duduknya memerhati wajah pucat Miyoung.

Miyoung pening. Dia menunduk sepanjang LCD ditayangkan sehinggalah habis kelas.

Apabila kelas tamat, Miyoung cepat-cepat mengemas barangnya untuk beredar. Dia malas mahu menyapa Sehun. Kali ini, dia menggunakan pintu belakang untuk keluar.

Dia perlukan masa.

...

Sehun menarik Miyoung ke dalam pejabatnya sewaktu gadis itu berada diruangan guru. Pintu pejabatnya dikunci.

Miyoung ditolak duduk keatas kerusi.

"Sehun kau nak buat apa--"

"Kau masih sakit lagi?" soal Sehun, prihatin dan dalam masa yang sama kesian.

Maaflah kalau dia berkasar sangat sampai Miyoung terluka semalam.

"Dah jangan sentuh aku.." arah Miyoung.

Gadis itu mengalih tangan Sehun yang memegang paha mulusnya. Tapi Sehun kembali meletakkan tangannya di sana.

"Kalau kau sakit, aku belikan ubat. Kalau ada luka ke, nanti kena jangkitan," ujar Sehun, takut Miyoung cedera parah.

Cedera parah la sangat.

Miyoung meletak begnya diatas paha agar Sehun tidak berterusan memandang ke bahagian sulitnya. Tak guna punya lelaki.

"Aku okey! Aku boleh jalan lagi! Dah lah Sehun nanti kalau orang datang nampak kita macam ni. Nanti diorang pelik lah!" marah Miyoung.

"Aku cuma risau je, Miyoung. Mana boleh aku biarkan kau macam ni sendiri," ujar Sehun.

"Tak perlu risau pasal aku! Aku boleh jaga diri sendiri!"

Sehun terus mengucup bibir Miyoung, mendiamkan gadis itu. Dia mengalihkan beg Miyoung lantas mengangkat gadis itu duduk diatas pahanya pula. Miyoung terbuai sebentar dengan sentuhan lembut Sehun. Dari bibir, kini Sehun menyium leher Miyoung dan menambah satu lagi tanda.

Sebelum Sehun melampaui batas, Miyoung bangun dan menjauhi Sehun.

Dia terus keluar dari pejabat Sehun dengan tergesa-gesa. Sehun mengelap bibirnya, memandang tangan yang tadinya hampir meraba Miyoung sekali lagi.

Sehun mengeluh perlahan. Dia tak dapat memikirkan alasan kenapa dia berbuat begitu kepada Miyoung sekali lagi.

"Aku cemburu ke ni?"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro