Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 10

"Dah berapa lama kenal Sehun?"

"Menantu omma masih belajar atau kerja?"

"Kenal Sehun dekat mana?"

"Sehun layan menantu omma baik-baik tak?"

"Menantu omma pikat Sehun macam mana?"

"Dah berapa kali buat?"

Miyoung tersedak nasi. Ya, baru kali ini dia merasa air tangan Sehun setelah dipaksa oleh Puan Oh untuk makan tadi.

Sehun menuangkan air dan menolong Miyoung untuk meminumnya. Puan Oh pula semakin berbunga-bunga. Dia rasa pemandangan dihadapannya sekarang ni tersangatlah manis.

"Omma kita kan tengah makan ni." tegas Sehun.

Miyoung rasa bagai nak mati tadi. Kenapalah mulut ibu Sehun ni agak lancang tidak seperti Sehun yang sedikit pendiam ya?

"Alah. Omma nak tahu macam mana anak dengan menantu omma kenal je. Itu pun salah ke?" soal Puan Oh dengan wajah sedihnya.

Sehun mengurut dahinya yang sedikit pening dengan lakonan mantap ibunya sendiri.

Jangan pernah terpedaya dengan lakonan seorang Puan Oh kerana itu semua dusta. Orang bodoh sahaja yang akan terpancing. Wanita itu adalah lulusan sekolah lakonan berprestij di England suatu kala dahulu. Sebab itu dia pandai berlakon.

Dia pernah menerima 20 anugerah lakonan sepanjang masa belajarnya dahulu. Tak dinafikan, ayah Sehun adalah salah satu yang terjebak dalam lakonan sendu Puan Oh sehingga mereka berkahwin.

"Om--Omma.. Janganlah nangis.."

Sampai sudah orang bodohnya.

Miyoung mencapai tangan Puan Oh dan mengusapnya lembut. Bukan apa, dia kesian je. Nanti dicop kurang ajar pula.

Puan Oh kembali ceria.

"Nanti menantu omma cerita ya? Omma nak dengar." pinta wanita tua itu. Miyoung terus mengangguk.

Kemudian, Puan Oh menyambung menikmati hidangan tersebut sambil memuji-muji Miyoung.

Omma sayang menantu omma.

Menantu omma baik tak macam anak kandung sendiri ni.

Menantu omma cantik, nanti anak pun mesti cantik.

Kalau anak omma tu cepat sangat penat, Miyoung bagi je tongkat Ali ya? Kita kena berusaha sikit nak anak cepat-cepat ni.

Sehun menunduk. Habis maruah dia sebagai seorang guru muda. Hancur kerjayanya dihadapan anak muridnya sendiri.

"Menantu omma belajar ke kerja ni? Kalau kerja berhenti la. Biar anak omma yang tanggung kamu," ujar Puan Oh lagi.

Miyoung menelan dahulu makanan sebelum menjawab pertanyaan itu. Risau dia mati tercekik.

"Belajar," jawabnya.

"Dekat mana?"

"Seoul University--"

"HAA!! BAGUSLAH TU!!"

Kali ini, Sehun pula yang tersedak saat suara Puan Oh meninggi sambil tangannya menampar meja. Kalut betul.

"Kamu ambik course??"

"sa--sains.."

"HAH!"

Meja makan ditampar lagi.

"Abang! Patutlah dua-dua ni bercinta! Satu kolej! Satu kolej!!" teriaknya bagai orang gila.

Kadang-kala, Sehun nak sangat mengaku yang dia tak ada emak sebegini. Nampak macam anak angkat pun ada tapi tak logik kerana wajahnya hampir menyerupai wajah Tuan Oh. Haih.

"Cepat bagitau omma. Satu kelas ke tidak?!" ugutnya. Sehun mengangguk lemah.

Bahu Sehun dipukul sehingga badan lelaki itu melanggar meja. Sehun reda.

"PATUTLAH BERCINTA!! OMMA DAH AGAK DAH!! SATU RUMAH!! SATU KOLEJ!! SATU KELAS!! MEMANG JODOH LAH NI!! JODOHH!!!"

Kalutnya lagi. Tuan Oh tenang dengan penutup telinga pada telinganya.

Miyoung menutup matanya dan cuba untuk bersabar. Mungkin bila dah monopause ni, hormon jadi lain macam. Itu bukan jodoh makcik, tapi bodoh.

"Omma..Miyoung masuk dalam dulu ya? Maaf.." ujar Miyoung, meminta diri untuk pergi.

Puan Oh kelihatan kecewa namun tidak menghalang.

Miyoung membasuh tangannya secepat mungkin dan terus berkurung didalam bilik. Malas dia mahu melayan keluarga Oh yang aneh itu.

...

Knock! Knock!

Sehun mengetuk pintu bilik Miyoung beberapa kali setelah ibu bapanya pulang tadi. Dia ingin meminta maaf atas kekasaran keluarganya itu. Mungkin ibunya ada terguris hati Miyoung.

Miyoung tidak membuka pintu walaupun sudah beberapa kali Sehun memanggilnya.

Dia jadi pelik. Miyoung tak dengar atau pura-pura tak dengar? Gadis itu terasa ke?

Rasa bersalah mulai wujud dalam dirinya.

Sehun beransur pergi dan kembali ke ruang tamu walaupun dia masih merisaukan Miyoung.

Mungkin esok, gadis itu akan keluar.

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro