Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 1

Pertemuan tak diduga antara seorang lelaki dan perempuan di dalam sebuah rumah sewa. Pertemuan buat pertama kali yang membuatkan mereka merebutkan sesuatu yakni merebut apartment yang disewa tanpa ada tuan rumahnya di sana.

Kedua mata bertentang sejak keduanya sampai di rumah itu. Bagaikan ada pancaran halilintar diantara mereka. Miyoung menggigit bibir bawahnya, geram. Lelaki di hadapannya ini kacak tapi menyebalkan pula. Tak jadi mahu mengorat.

"Aku sampai dulu!" Ayat itu diulang berkali-kali oleh mereka.

Salah siapa sekarang kalau mereka terpaksa bergaduh tapi tak tahu siapa pemenangnya memandangkan tuan rumah sukar untuk dihubungi. Sudahlah mereka tiada jiran untuk bertanya. Kalau ada pun, mereka menghindar. Bukan tak suka orang baru tapi sebab corona. Eh bukan, tapi kerana di tingkat penthouse mahal ini, hanya rumah mereka sahaja yang berpenghuni.

"Okey. Stop it Mr—?"

"Oh Sehun."

"Ya, Mr Oh Sehun. Saya dah bayar duit deposit dan duit untuk duduk sini selama enam bulan! Awak tak boleh nak halau saya sesuka-suki mak bapak awak!" bantah Miyoung. Benar, dia dah bayar semuanya.

Kedengaran agak klise tapi memang itu yang terjadi.

"Aku pun dah bayar! Tapi aku yang sampai sini dulu! Dalam kontrak tu jelas-jelas tertulis rumah ni hak milik aku tanpa housemate!" bentak Sehun pula.

Miyoung mengurut pelipisnya. Pening dengan sikap tidak mahu mengalah Sehun. Di dalam kontraknya juga jelas tertulis hal yang sama.

Dia terus melutut dan memandang kearah Sehun dengan wajah kesian.

"Tolong mengalah? Saya perempuan. Awak kenalah mengalah dengan saya? Awak cari lah rumah lain. Boleh? Awak nampak macam berkemampuan. Saya tak. Saya menganggur."

Sehun berdecit. Dia berdiri dan dengan tidak semena-menanya meludah wajah Miyoung.

"Pergi mampus dengan anggur kau!" ujarnya kasar dan terus memilih bilik untuk dirinya. Dia tak akan keluar dari sini kerana egonya yang tinggi setinggi hidungnya. Kalau rasa nak tinggal sebumbung dengan lelaki, silakan. Lagipula tak kuasa dia mahu mencari rumah lain. Ingat mudah mahu mendapatkan rumah semewah ini dengan harga murah?

Kita tengok sahajalah siapa yang keluar dulu nanti. Umpat Sehun dalam hati.

Miyoung memejamkan matanya. Tangannya dikepal. Jantungnya berdegup kencang. Nafasnya naik turun.

Titisan air liur itu mengalir di sepanjang wajahnya dan hampir mengena pada bibirnya. Belakang Sehun dipandang.

"HOI LELAKI TUA GILA! BERANI KAU—"

bang!

Pintu bilik ditutup dengan kasar oleh Sehun. Miyoung menjerit lagi.

Dia kena bersabar untuk menghadapi lelaki gila ini. Tak apa. Harini hari kau wahai lelaki gila, esok kau tunggulah. Siap kau aku kerjakan!

Miyoung menarik bagasinya masuk ke bilik berhadapan dengan bilik Sehun. Dia turut sama menghempas pintu dengan kasar.

"TAK PAYAH TUTUP KUAT-KUAT! HANCUR PINTU TU KAU NAK BAYAR KE?!" marah Sehun dari bilik sebelah.

Miyoung menghempas begnya dan membuka semula pintunya.

"BIARLAH!! DUIT AKU!! LELAKI GILA PENYIBUK JSHAKS-- ARGHH!!"

Miyoung berlari masuk ke dalam tandas saat terasa air liur Sehun yang masuk ke dalam mulutnya. Dia melompat-lompat sambil menangis kerana geli. Rasanya dia perlu mandi wajib demi membersihkan kuman Sehun di mukanya ini.

Gadis itu menyumpah seranah Sehun sehingga ke keturunan terakhirnya. Memang tak akan hidup senang Sehun nanti. Bukan lelaki itu sahaja, tapi termasuk tuan rumah yang menghilang entah ke mana. Bila lelaki itu datang, dia akan gali kubur untuknya.

Matilah dalam tu!! MATI!!

...

"Miyoung okey dekat sana?" soal ibu kepada Miyoung melalui skype. Gadis itu mengangguk kecil sambil cuba memakai mask.

Dia sedang berbual dengan ibunya setelah siap mengemas bilik tadi. Dia pindah ke Seoul juga kerana ingin meneruskan pengajiannya. Ibunya merupakan seorang doktor pakar puan di Busan.

Agak sukar untuk mereka bertemu kerana ibu sering pulang lewat malam kerana bertugas. Dan sekarang Miyoung pula pindah keluar. Makin sukarlah.

"Bila kelas?" soal ibu lagi.

"Esok pagi, bu. Ibu busy lagi ke? Miyoung nak curhat.." ujar gadis itu, manja.

Ibu mengerutkan dahinya.

"Curhat? Apa tu? Ibu tak faham la bahasa anak muda ni."

"Hahaha. Curhat tu singkatan curahan hati la ibu. Calon daddy Miyoung kan orang Indonesia takkan dia tak ajar ibu?" jawab Miyoung, tersenyum manis.

Ibu mengangguk kecil seraya menggeleng.

"Daddy sibuk. Dia kan director hospital. Nanti ibu tanya lagi pasal bahasa dia tu. Miyoung nak cakap pasal apa?"

Miyoung merenung kearah pintu sekilas lantas berpaling semula kearah ibunya. Tapi saat dia melihat skrin, kelihatan ibunya sedang berbual dengan seorang jururawat dengan wajah serius.

"Pesakit katil 3 dah nak bersalin doktor. Dia nak doktor yang uruskan jugak.." ujar suara di sebelah sana. Kelihatan ibu mengangguk faham dan mulai membereskan dirinya agar kelihatan teratur. Ibu mula mengambil peralatan yang dia perlukan sebelum pergi.

"Sayang kita berbual lagi ya?"

"Tapi ibu--"

"I love you..."

Panggilan dimatikan. Miyoung diam. Dia mengelamun sendirian.

"I love you too.." jawabnya, lemah.

Dia kembali ke katil dan membaringkan dirinya di sana dengan lemah sekali. Ibu tak pernah ada buat dirinya. Dan disaat dia pertama kali ingin meluahkan segalanya, ibu pergi. Dia benci pekerjaan seperti doktor.

Kerana baginya, walaupun pekerjaan itu mulia, tetapi masa bersama keluarga diabaikan demi orang lain. Orang luar sibuk disusukan tetapi anak sendiri dibiarkan mati kelaparan. Lapar kasih sayang.

Dan dia menyambung kuliah dalam bidang sains juga kerana kehendak ibu. Dia tak mahu kerana dia benci apa-apa hal yang berkait dengan sains. Tapi apakan daya? Ibu yang menanggung pengajiannya. Disebabkan itulah, dia mahu mendapatkan biasiswa secepat mungkin supaya tidak terhutang budi dengan ibu. Selepas itu, boleh la dia abaikan pengajian tersebut atau menukar kepada course lain dalam diam.

Grrr..

Perut Miyoung berbunyi. Dia lapar. Kebetulan, dia terdengar bunyi tapak kaki Sehun yang menuju ke dapur. Itu membuatkan dia tak mahu keluar. Memerap sahaja di dalam bilik.

Biarlah dia berlapar sahaja daripada berdepan dengan lelaki pertama yang meludahnya. Dasar lelaki aneh. Tak reti hormat wanita.

Esok-esok sahajalah dia makan. Alang-alang boleh diet.

Sehun selesai memasak hidangan makan malam untuknya. Dia sesekali memandang bilik Miyoung yang lampunya masih terpasang.

Tertanya-tanya juga dia samaada gadis itu sudah makan atau tidak kerana setahunya, tiada bunyi bising daripada dapur tadi. Dia orang pertama yang menggunakan dapur itu hari ini.

"Ah. Persetan!" kata Sehun dan kembali menyambung makan sambil menonton video porno yang diberikan oleh sahabatnya.

Anjing!

Sehun sudah terjebak dengan gejala tidak sihat. Salahkan dirinya sendiri kerana tak menahan diri setelah dihasut sahabat sendiri yang perangainya tak ubah seperti syaitan atau boleh dikatakan syaitan yang terlepas daripada neraka iaitu Kim Jongin.

Jongin tak salah. Dia yang salah kerana tidak memadam video tersebut daripada telefonnya padahal dia punya pilihan. Jadi, pengaruh rakan sebaya itu tidak wujud. Ianya berpunca daripada diri sendiri.

Tak perlu salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri.

Sehun mengerang kecil. Lahanat punya sahabat punya video. Dia terus memadam video tersebut. Lama-lama, boleh hilang ilmu yang dia belajar tadi.

Dipandang pula bilik Miyoung.

"Sabar Oh Sehun. Kim Jongin babi."

Sehun memadam video tersebut kemudian cuba untuk menghubungi tuan rumah. Akan tetapi nombor tidak dapat dihubungi. Runsing dia dibuatnya.

"Esok-esok jelah. Mungkin sibuk," ujar Sehun kemudian menonton berita tengah malam.

to be continued

Cast :

Oh Sehun
27 tahun
Lecturer sepenuh masa
Single sejak lahir
Virgin

Wendy Shon as Kim Miyoung
20 tahun
Student tahun pertama
single sejak gumpalan darah
also virgin




Disclaimer : Kim Miyoung tu Wendy tapi di universe Yeollie_Girl 💙 Jadi jangan hairan kalau nanti banyak cerita dengan nama Miyoung ^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro