아홉
Sudah seminggu kehilangan Jaehyun , hidupnya seperti dahulu . Gelap dan kosong .
Sehingga hari ini , dia masih menyalahkan dirinya , menggangap dirinya adalah punca kematian Jaehyun .
"TUK TUK TUK !"
Pintu wad diketuk lalu dibuka perlahan . Dia melihat Jiwon membawa makan kegemaran dengan senyuman yang riang . Dia rasa kosong .
" Ni aku belikan masakan kegemaran kau . Makanlah , dah dekat seminggu kau tak makan sampai masuk hospital ni . "
"Kau tak boleh macam ni Sunwoo , kau kena kuat . Kau kena teruskan hidup ."
" Sunwoo ?"
Panggil Jiwon yang melihat gadis itu memandang kearah lantai sahaja dengan wajah yabg sebak .
"Kenapa dia ?"
"K-kenapa bukan aku ?"
Air mata mula menuruni ke pipi .
"Sekurangnya , sebelum dia pergi jauh . Dia tinggalkan pesanan . "
"Sunwoo."
"Hmm."
"Sebenarnya , dia ada tinggalkan pesanan untuk kau , tapi kau tak perasan ."
"Mana ?"
"Kejap-"
"Nah ."
Dia dengan panik merampas telefon kepunyaan dirinya itu lalu membaca . Dia menerkup mulutnya .
"Kepada Kim Sunwoo yang disayangi ,
Terima kasih sebab sudi terima aku kembali hidup kau , aku tak tahu nak cakap macam mana yang betul-betul bersyukur sebab jumpa kau balik setelah lebih 14 tahun kita terpisah .
Aku mintak maaf sebab aku hanyalah lelaki yang banyak kekurangan , aku banyak buat salah dekat semua orang , aku gagal protect dan jaga kau sebagai bestie aku . Aku gagal menjadi manusia .
Sebenarnya , pasal tunang tu kau salah faham . Maafkan pekerja aku sebab diorang salah faham yang wooyoung tu tunang aku . Sebenarnya aku nak cakap yang kau lah tunang aku . Tapi mungkin masatu semua orang dekat situ wonder , siapa tunang aku .
Dan sejak dari malam funfair tu , wooyoung selalu ganggu aku dimana-mana . Even di tempat kerja . Aku tak selesa . Aku rasa aku nak lari dari semua ni .Aku terpaksa layan dia .
Aku minta maaf sebab selalu cancel plan tanpa bagitahu kau , aku sedang menyiapkan tempat untuk melamar kau . Wooyoung pun tolong aku jugak . And tempat tu dah pun siap .
Maafkan aku sebab tak sempat nak jelaskan semua . Aku cuba rahsia semua ni sebab aku nak suprise kan kau . Aku minta maaf Sunwoo . Aku tahu kau terasa , terguris hati sebab layanan aku semakin berubah .
Seandainya kita ditakdirkan terpisah buat selama-lamanya , aku harap kau ambil alih café idaman yang aku bina selama 5 tahun kekal menjadi milik kau buat selama-lamanya . Tolong jangan lupa semua kenangan kita , walaupun kita mungkin terpisah ,
Yang sebenarnya ,
Engkau aku cinta ,
Permata dalam rindu ,
Kuhadiahkan untukmu ,
Saling memerlukan ,
Bila berjauhan ,
Harap kau mengerti ,
Perasaan ini .
Keluh resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman,
Kerana kau yang kuidamkan ,
Bukannya mainan ,
Seandainya kau mengetahui ,
Hanya engkau yang kucintai ,
Itulah yang sebenar-benarnya ,
Usah kau tanyakan ,
Cinta ku dimana ,
Cukup kau menuntut ,
Ucapan asmara ,
Tak mungkin berdusta ,
Perasaan ini ,
Dan kau tak mengerti di hati ,
Kecilku .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro