Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10

Biar Tuhan yang balas.

"Yang arif, Hong Jiu merupakan ibu kepada dua mangsa. Cap jari yang ditemui semasa biopsi juga jelas mengatakan bahawa Hong Jiu yang tertuduh, bersalah di atas kedua-dua kematian Choi Dami dan Choi Dahyeon."

Pendakwa raya Kang mengambil tempat duduk.

"Yang arif, saksi, Choi Seungcheol merupakan yang bersalah di atas kedua-dua kematian beradik Choi. Choi Seungcheol selaku bapa telah disyaki mendera kedua beradik secara fizikal.

Saksi Hong Jisoo, betulkah bahawa yang tertuduh Choi Seungcheol pernah membiarkan Choi Dami, mangsa yang cedera tidak dihantar ke hospital?"

"Benar, yang arif."

"Dari sudut bukti, wang yang berada di dalam perut mangsa juga milik yang tertuduh, Choi Seungcheol. Yang arif boleh melihat bukti yang telah di kepilkan. Choi Seungcheol juga didapati mendukung Choi Dami daripada rumahnya ke kereta tetapi dia berpatah balik semula.

Dan ada saksi yang mengatakan Choi Seungcheol bergegas pada hari kejadian bersama dengan beg baju yang besar. Saya sebagai defendan Hong Jiu, mendapati bahawa Choi Seungcheol bersalah di atas kematian dua beradik.

Fail yang diberikan oleh pendakwa raya telah dipalsukan oleh Choi Seungcheol sendiri. Kenyataan yang diberikan hanyalah tipu semata-mata. Itu sahaja yang arif."

Para hakim berbincang sesama sendiri.

"Saksi, boleh berikan keterangan lanjut?"

"Saya Hong Jisoo, abang kepada Hong Jiu, melihat sendiri Choi Seungcheol mengunci pintu dan memangga rumahnya. Saya mendapat tahu bahawa Jiu tiada dirumah pada ketika itu kerana dia menjalankan urusan di Taiwan. Jadi, penjagaan anak-anak berada betul-betul di bawah  tanggungan Choi Seungcheol.

Itu sahaja yang arif."

Seungcheol naik berang. Gari yang berada ditangannya dihentak di atas meja. Seungcheol mula menggila.

"Aku ada dekat tempat kejadian! Masa tu Jiu yang bungkus beg baju! Dia yang sumbat mulut Dami dengan duit kertas dan pil! Dia yang seterika paha Dami dengan duit! Sebab kononnya Dami yang curi duit dia!

Woi, Jiu! Aku yang ambil duit tu! Kau sedar tak kau bunuh orang yang tak berdosa?! Dasar kau perempuan sundal! Dari dulu diorang berdua bukannya anak aku! Benih kau dengan Hwan dan Bero! Kenapa nak letakkan salah pada aku bodoh?!"

Polis mula memegang badan Seungcheol.

"Itu semua tipu yang arif. Mereka berdua benih Seungcheol, yang arif. Seungcheol sentiasa dera Dami dengan Dahyeon. Saya yang makan penyepak dengan pelempamg Seungcheol yang arif. Saya tak bersalah."

"Kau memang dasar perempuan lahanat!"

Seungcheol disuntik dengan ubat penenang.

"Dengan ini, mahkamah memutuskan Choi Seungcheol didapati bersalah di atas kematian dua beradik Choi Dami dan Choi Dahyeon. Sebatan sebanyak 10 kali, denda sebanyak 1 juta won dan penjara selama seumur hidup ataupun kedua-duanya sekali."

Seungcheol hidup merana di dalam penjara. Dia mendapat layanan, sama macam apa yang dia buat pada Dami dan Dahyeon.

Dia dibelasah teruk, tapi tiada siapa kisah. Itu balasan untuk mematikan hati yang hidup. Itu selayaknya dengan manusia macam kau. Kau patut hidup menderita sepanjang hayat kau.

Sebab cinta antara kita, tak pernah wujud. Sebab apa? Sebab kau zalim dengan jiwa. Itu balasan kau.

Jiu?

Dia bebas.

Walaupun yang bersalah dalam semua hal ini Jiu, dia tetap bebas. Tiada siapa yang salahkan dia. Tapi tak lama. Sebab? Karma itu menghantui pemiliknya.

Dua hari selepas itu, Jiu dilanggar kereta dan menyebabkan badannya kudung kedua-dua belah tangan.  Jiu hidup merempat.  Jiu makan plastik. Makan sampah. Sama macam apa yang Dahyeon rasa.

Jiu mengharapkan pertolongan tetapi tiada siapa yang kisah. Mereka mencemuh. Malah menghina Jiu. Sepakan dan tendangan itu perkara biasa. Apa yang dia lakukan pada Dami, dia terima semuanya.

Semua sekali. Kau selayaknya dapat yang lebih teruk, Jiu. Kau syaitan yang bertopengkan manusia.

Takdir ni adil. Kau buat jahat, kau dibalas jahat. Kau persetankan orang, orang akan persetankan kau. Itu namanya karma.

Orang macam kau berdua, hidup dihantui karma. Karma akan kejar kau. Karma akan cari kau sampai lubang cacing.

Kenapa?

Sebab kau tak pernah adil.

Jadi, karma juga takkan adil pada kau. Faham?

Dan mereka berdua hidup terseksa selama hayat mereka.

Tamat.

--
[Author]

YEAY! Who guess right? Claim your gift with me! Its a ticket of ~

A Special Book Just For You! One short story, with 10 chapt of your dream book written by me!

Claim your gift darling!

Done a book ! Yeay!

biskiut-, nah. Sat gi unp balik😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro