Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

08

"Dami! Kenapa luka sampai macam ni?!"

Seungcheol terus mencampak beg bimbitnya. Ini semua gila! Habis terus panjang terkoyak. Bahagian yang terkoyak betul mengikut bentuk seterika!

"Dami? Dami!"

Dami tidak bergerak. Seungcheol sendiri tidak pasti sama ada Dami pengsan ataupun mati. Seungcheol terus mendukung Dami dan membawa Dami ke dalam kereta.

Tiba-tiba, niat Seungcheol dibatalkan.

Terus dia mendukung Dami keluar daripada kereta dan kembali ke rumahnya. Tubuh Dami diletakkan di atas katil. Kenapa Seungcheol? Kenapa kau tak bawa Dami ke hospital? Budak tu separuh mati tahan sakit!

"Kalau aku bawa Dami pergi hospital, nanti orang syak aku dera anak sendiri.."

Aku rasa nak sepak Seungcheol sekarang juga. Bodoh! Kau bandingkan Dami dengan perkara tak masuk akal macam tu?! Kau ni berakal ke tidak?!

"Dami, appa minta maaf appa tak dapat nak bawa Dami pergi hospital. Dami boleh tahan kan? Anak appa kuatkan?"

Dami masih senyap. Mata Dami masih terkatup rapat sama seperti dia sedang tidur dengan lena. Seungcheol tidak pernah lihat Dami sesenyap tu. Badan Dami.. Pun sejuk.

"Cheol.."

Jiu menggaru belakang tengkuknya.

"Apa kau dah buat dekat Dami?!"

Jiu jatuh melutut. Dia tak dapat nak kawal amarah. Dia diburui rasa sakit hati. Dia tak sedar dia layan budak 12 tahun, darah daging dia sendiri sebegitu sekali.

"A-Aku.."

"Kau apa?! Apa kau buat pada Dami?! Kau cakap sekarang!"

Jiu menutup mukanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Dia terlalu marah. Dia simpan wang itu demi masa depan mereka. Dia jadi tak terkawal bila apa yang dia usahakan habis begitu sahaja dicuri Dami.

"A-Aku... Aku paksa Dami telan duit.."

Seungcheol beku.

"Kau paksa dia buat apa?"

"T- telan.. Du- duit.."

Seungcheol mencekak kolar baju Jiu. Nafas Seungcheol turun naik. Kau memang perempuan tak guna!

"Dia takkan mati kalau sekadar kau suruh dia telan duit! Apa lagi kau bagi dia makan?! Kau cakap!!"

Jiu tercekik tetapi melihat wajah Seungcheol yang berang diusahakan juga untuk bercakap.

"Pil.. Tidur.."

"Banyak mana Jiu?! Cakap! Banyak mana kau bagi dia?! Baik kau cakap semua sekali!"

"S-satu.. Botol.. Aku paksa-.. Agh.. dia telan.. A-Aku tutup mulut dengan hidung dia.. Seminit je.. Aku tak sangka.. Agh.. Dia tak bergerak.."

"Bila kau buat semua ni?!"

"Malam- semalam."

Sah. Dami memang dah tak ada. Cekakan pada kolar baju Jiu longgar. Dia tahu Jiu kejam, tapi tak sangka Jiu sekejam tu. Sampai sanggup membunuh. Seungcheol tahu Dami dah tak ada. Badan dia sejuk. Muka dah jadi biru.

"Kau pergi kemas barang kau. Sekarang!"

Jiu bangun laju. Terus dia lakukan apa sahaja yang diarah Seungcheol. Jiu sendiri tak percaya dia dah bunuh Dami. Dia tak sengaja. Seungcheol menatap wajah Dami, buat kali terakhir. Dia kasihan dengan Dami. Dami budak yang baik.

"Dami, Dahyeon, maafkan appa."

Jiu kembali dengan beg baju. Tubuh Jiu menggeletar hebat. Dia tak sanggup pun nak pandang bilik Dami.

"Jom."

"Apa maksud kau dengan  jom?"

"Berambus dari sini. Takkan itu pun aku nak ajar?"

"Macam mana dengan mayat Dami? Dahyeon?"

"Biarkan."

Jiu terlopong. Dia tak sangka Seungcheol sama sahaja hati mati sepertinya. Seungcheol lebih hebat. Dia sanggup tinggalkan budak yang sihat dan pergi.

"Kalau kau nak hidup dalam penjara, silakan. Aku tak bantah pilihan kau."

"A- aku ikut!"

Mereka menapak keluar daripada rumah tersebut. Pintu dikunci rapat. Mereka sama-sama kejam. Meninggalkan mayat dan yang hidup dan lari daripada masalah.

Kau berdua akan terima balasan.

--
[Author]

Feel feee to guess the end! Just drop your guess in comment section!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro